Friday, April 22, 2011

super moist eggless chocolate cake

Masa anak dara dulu, nak jejak kaki ke dapur pun malas. Tapi bila dah jadi mak dara ni, dapur seolah-olah tempah yang paling best untuk dikunjungi. Nasib baik dapur rumah saya sempit, kalau tidak sure dah bentang toto kat situ :p

Semalam betapa berkecainya harapan saya kerana apabila buka peti langsung tiada bahan mentah untuk memasak. Sudahnya saya terus mengodek-godek resepi yang boleh dibuat dengan bahan-bahan kek yang pelbagai jenis itu. Akhirnya saya terjumpa satu resepi dari blog Kak Nor iaitu super moist eggless chocolate cake! nyummmmyyyyyyyy!!!!





Kak nor, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber:
Kak Nor@ Secubit Garam


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir

Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.

Terima kasih Kak Nor sebab berkongsi resepi kek yang sedap ini :)




Muka Zarin yang tak sabar nak rasa choc cake ni



Serius, kek ini memang sangat sedap. Memang super duper moist. Paling best sebab kacau-kacau saja. Tak payah guna mixer, kalau tidak "bercinta" juga nak basuh mixer tu. Walaupun kebiasaannya papa yang basuh :P

Zarin seperti biasa menjadi ketua juri cinonet yang sentiasa menilai air tangan mamanya ini. Dan jawapan standardnya ialah

"Mama bagus, Gud. Sedap!"

psssttt: Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Tetapi saya suka mencuba. Resepi-resepi yang ditulis adalah sebagai rujukan saya di masa depan. Terima kasih pada yang terjumpa blog saya melalui resepi dan kemudian add saya di FB. selamat berkenalan :)

31 comments:

  1. aduhhh ida tabik springgg la saye kat awak, walaupun hanye mencube resepi tapi berhasil okeh, suke la awak share2 resepi kat sini ai likeeeeee heheheeeeee :)

    ReplyDelete
  2. errr ida kalau tak keberatan nanti buatla entri ape alatan2 yang digunakan utk baking. ehehehehe sy minat jugak nak baking tak seumur hidup belum penah try lagi. so skang 00 ilmu di dada (cewah)

    heheheeee sangat eksaited nak belajar baking!! :))

    ReplyDelete
  3. tengokpun dah sedap..apatah lagi rasanyer...terliur...

    ReplyDelete
  4. fuh nasib boh gambaq kek cokelat sebab tak makan cokelat. :D

    rajen wat kek.suke.pasai saya malas

    ReplyDelete
  5. terliur sudah
    harus dicuba
    resepinyer pun simple jer

    ReplyDelete
  6. bes2..cam senang (mmg senang pun kan)..nak try arini,ada bahan takder plak..

    bebila le ar ngetest gak.hehe

    ReplyDelete
  7. mmg mudah resepi nya gaulkan semua je..pas tu bakar...kek tu mmg menyelerakan,pandai ambil gambar..nampak lagi cantik kek tu..
    kalau nak belajar buat kek boleh lah baca disini
    http://cthoney.blogspot.com/2011/04/jadikan-sebagai-hobi-atau-sumber.html

    ReplyDelete
  8. serius,ila sebenarnya rasa buat kek ni paling leceh..tak kira kek jenis apa..sebab dapur mesti berkecah..tp kalau nak makn,kenalah wat gak kan..nak tempah boleh

    ReplyDelete
  9. mengancam kalbu betul gambo kek tuh...ish..ish..cantik gebu jer..

    ReplyDelete
  10. yummyyyyyyyy........
    thank kongsi resepi

    ReplyDelete
  11. adui terliur,,leleh2 nih..sedapnya..jelous kt zarin..

    ReplyDelete
  12. sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeee....ade masa nnti leh cuba.skang ni mmg tak dan nk cuba2.mood membaking ke longkang :)

    ReplyDelete
  13. mmg menyelerakan...nak cuba tapi kemudahan tak cukup lak kat umah nie..huhuhu...

    ReplyDelete
  14. sdapnyer..tergeliur..yang pling menarik skali dia nyer mould tue..he..he

    ReplyDelete
  15. MAPPIAU: alhamdulilah, setakat ni boleh dikata semua emnajdi, cuma pernah buat japanese cottoncake tp x berapa menajdi. kehkehkeh!!!

    saya pun dlm proses belajar juga, semua berguru kat internet. Tapi serius sekali terjebak memang akan jadi 'gila' membaking nanti. hahahahahha, berdasarkan pengalaman diri sendiri ni.

    ooo, alatan, insyaallah nanti sy entrikan, kena ambik gamba dulu :)

    ReplyDelete
  16. ♥ Mrs.Eady ♥ & Zaidah: alhamdulilah, rasanya kek ini yang paling sedap sepanjang sy buat kek coklat, dahla mudah. tapi serius mmg super duper moist!

    ReplyDelete
  17. ainiyah: la, x suke ceklat ke? aduhaii rugi tak boleh menternak lemak mcm kami. kahkahkah!!!

    rajin sebab dua beranak kat rumah tu suka.

    psstt: lps ni nak kecek2 resepi kek gula hangus wawi adam :P

    ReplyDelete
  18. eB ezrin: alahai, jgn pengsan dulu, nanti pengsan dah x boleh mkn. nak hantar jauh, try la resepi tu eb, mudah je :)

    ReplyDelete
  19. nuyue: selamat mencuba, mmg senang+kacau2 je, tp rasa sedap gilos!

    ReplyDelete
  20. ashra : selamat ngetest, jgn lupa ajak aleesya sekali tolong ;)

    ReplyDelete
  21. ct N honey: yup mmg mudah, gambar biasa2 je main snap je tu. yang penting sedap. ooo, ok, nanti sy terjah!

    ReplyDelete
  22. Ila : itulah, dapur mmg akan berekcah sikit, tp lepas tu ekmaslah. tempah??? tak berani lagi nak amik tempahan kek coklat nie, yg lain insyaallah :)

    ReplyDelete
  23. Ina: mmg nyummy kek ni, super duper moist + x hanyir. pendek kata mmg sedaplah!

    ReplyDelete
  24. si ngokngek: hehehe, Zarin asyik ternak lemak je skang, tp kena control takut nanti kecik2 dah obes!

    ReplyDelete
  25. ratusiput : betul2 mood membaking ni pun ada turun naik juga, sampai satu tahap anagu, mmg x sempat tunggu dh, terus kena buat. kaalu mood x ada, mmg tak berasaplah dapur tu :)

    ReplyDelete
  26. RaNiA: apa yang tak cukupnya yang? oven ke? mmm, try kukus, mana tau menajdi. tp saya tak pernah try kukus lg, saje bg cadangan. kihkihkih

    ReplyDelete
  27. Murni Delights: vill, sedap tau kek ni, cubalah, bhn2 membaking brownies tu bleh kot try wat ni :)

    ReplyDelete
  28. risa : nak saya buat CPR ke? :P
    cubalah kak, at least berasap juga microwave+oven tu :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...