Tuesday, May 10, 2011

Apple pie dan strawberi

Hok aloh, asyik duk tayang gamba makanan dan masakan dia saje!:P Tak apalah, alang-alang dah rajinkan, seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya masih dalam proses belajar dan seronok untuk mencuba sesuatu masakan. So sila jangan menyampah yea!

Memasak ini pun ada turun naiknya, jika rajin memang terhasillah macam-macam hidangan, tetapi jika penyakit M datang memang tak berasaplah dapur jawabnya!

Okeylah malas nak membebel, hujung minggu yang lalu saya mencuba pula resepi apple pie yang diambil daripada Dapur Tanpa Sempadan ( Cik Mat gebu)



Deco apple pie yang ala-ala main masak-masak kata suami saya. kihkihkih. I tak berseni okey!


Dengan izin ya Cik mat, saya copy dan pastekan resepinya di sini. Resepi asal boleh dilihat DI SINI ya :)

BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries (saya ganti dengan strawberi), contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)- saya tak ada yang gula ini, saya gantikan dengan gula halus
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie


Keratan rentas Apple pie

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.

2.UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.

3.UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES (sy gantikan dengan kismis dan starwberi) :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.


Sepotong apple pie untuk hidangan minum petang :)


Saya dan suami sangat menggemari apple pie ini. Sayangnya si kecik Zarin tidak menggemarinya. Katanya "masam". Huhuhuhhuhuhu.

Tak apalah Zarin, nanti mama godek2 resepi yang sesuai untuk umur Zarin ya :)

Apepun terima kasih pada tuan empunya resepi :), lepas ni tak payah lagi nak beli apple pie kat McD, buat sendiri je, puas makan!


Pssst: Harga gula dah naik kena kurangkankan aktiviti membaking. muahahahahahahaha

26 comments:

  1. apa pulak nyampah, suka la! ehhehe ... ye lah, mood rajin dan mahu mencuba diadun bersama, lalu terhasillah apple pie n segala bagai resepi yg best2...nampak sedap la pie tu, pandai buat pastri tu.....;-)

    ReplyDelete
  2. hehehe ai pun tak nyampah nok kalau tiap2 hari duk tayang gambar makanan ai sookkaaaa *statement orang kuat makan memang cenggini hiks*

    ReplyDelete
  3. xmo dah ar masuk sini..asyik terliur jek!hahaaha..nasib x ngandung lagi kalo tak masak la ko nak hantar skit kat aku wahai idazs oiii...:)

    ReplyDelete
  4. ratu pun tak berapa gemar ngan pie2 ni.mcm zarin kata...masam...tp tgk ida rajin mencuba ni...suka gak tgk hasilnya...

    ReplyDelete
  5. wahhh...ber apple pie pula....jelezzzz amat!!

    ReplyDelete
  6. sedapnyer
    kalau kita berjiran..dah lama aku serbu umah mu..hehhe

    ReplyDelete
  7. arghhhhh!!!(tetiba tension..)hahaha :p

    ReplyDelete
  8. idazs ni...suka bikin ai ngences...tak suka taw...bak sini sikit..

    ReplyDelete
  9. sedapnyer...mmg nampak sedap dah walaupun gambar...tak pernah pun buat pie...kalau dekat2 ni tempah aje la kat ida hehe

    ReplyDelete
  10. masya allah ida, smpai ke entry bwh suma bab makanan.. teliur jadinya wpun zte tk suka sgt pastry2 ni.. huhu.. pndai tauuu snap pic :)


    ida, klo sudi jom undi family zte yer http://ummiakid-lily.blogspot.com/2011/05/contest-detik-indah-bersama-tersayang.html tq a lot :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya ida... bilalah agaknya dapat rasa yer... terliur tengok...hehehehe

    ReplyDelete
  12. - dieyana - : tq kak, org suka ternak lemak mmg asyik mkn je la kejenya. kihkihkih.
    pastri tu penat juga nak leperkan. eh, leperkan ke istilah dia, rasa cam naik muscle duk gelek biar nipis!

    ReplyDelete
  13. MAPPIAU: yeaaa!! ada geng rupanya, sy pun suka kalau g blog2 yg ada gamba mknn+resepi sekali, nyum-nyum

    ReplyDelete
  14. ♥ Mrs.Eady ♥ : uwaaaaaaaaa, ilang sudah pengomen diblogku. sob-sob!

    No poblem beb, setakat sebelah sogo tu mmg aku sanggup delivery!

    ReplyDelete
  15. ratusiput: sy suka, tapi rasa x best bila kita buat anak tak mkn. nampaknya lps ni kena tuka ke banana pie la agaknya, baru dia makan

    ReplyDelete
  16. ejan sara: tiba-tiba terasa mcm duk negara omputih! hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  17. nuyue: pintu umah sentiasa terbuka untuk mu, mehla :)

    ReplyDelete
  18. sasha @ mumyalya: alahai besan, jgn tensen2, nanti aku buat hantaran untuk anak-anak kita yea. kihkihkihkih

    ReplyDelete
  19. Mak Su : hihihihih, itulah suami sy kata mcm main masak2 je. lps ni kena beli acuan fondant la, baru lg cute kan.

    apepun tq singgah dan salam kenal mak su :)

    ReplyDelete
  20. Cikyan bini MrRuffey : hikhikhihk, hrp2 perangai begini jgn di bawak ke bulan posa!! habis kurus posa org! hahahahahah

    jemput makan :)

    ReplyDelete
  21. ~izan~ : cubalah, senang je buat dia, cuma nak leperkan pastri tu yg perlukan tenaga yang banyak.
    tempah?? aduii, tak berani la nak amik tempahan apple pie ni, nanti jadi ternganga mcm kerang dah tak cantik dah.

    ReplyDelete
  22. mama likha: semua entri menternak lemak tu.. kihkih, gambar je yg menampakkan mknn tu sedap!

    ReplyDelete
  23. kak fatin: apple pie ni kecik, xdan nak bg org rasa kami dah licinkan.. insyaallah nant2 ye

    ReplyDelete
  24. nyummy.....
    ida mmg super rajin membaking la.jeles..kena merajinkan diri gak ni..

    ReplyDelete
  25. ashra: hehehe, rajin mencuba hingga cik suami dh bising perut dia maju ke depan. kahkahkah

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...