Sunday, May 29, 2011

BabyTV best!

Dua minggu kebelakangan ini Zarin memang suka sangat menonton Channel 618 (Babytv), channel baru untuk kartun. Sebelum ini dia lebih sukakan PHDC dan Cartoon Network. Tapi sekarang sikit-sikit nak tengok baby.


Saya akui, Babytv memang banyak segmen-segmen yang berunsurkan pendidikan. Memang sesuai sangatlah untuk baby, juga kanak-kanak seusia Zarin. Antara cerita yang Zarin sukai ialah, charlie and the numbers, mice builders, baby song, bath tubbies dan banyak lagilah. Setiap cerita kebanyakannya disiarkan hanya dalam lingkungan 10-15 minit menyebabkan Zarin begitu ralit menontonnya. Biasalah kalau lama-lama kanak-kanak pasti hilang fokus.

Kalau saya pula, waktu siaran yang paling disukai ialah antara pukul 9 hingga 10 malam kerana muzik yang dinainkan di saluran tersebut mampu mendodoikan diri kita yang menontonnya. Eh, ni anak yang minat ke mamanya ni? hehehehehhe



Zarin tengah khusyuk tengok cite, panggil pun tak layan dah!

Saya pun suka menonton Babytv kerana kartunnya cute-cute. Zarin pun akan mengikut apa yang disebutkan, kiranya belajar sambil menonton. Sebenarnya bukan semua kartun tak bagus, tapi sebagai ibu bapa kita haruslah memilih kartun yang sesuai untuk anak-anak.

Buat sementara channel Babytv ini diberikan secara percuma. Kalau tak silap saya, beberapa bulan lagi, pelanggan akan dikenakan caj RM5. Walaupun dicaj, saya confem akan pilih chanel ini. Best sangat, lain dari yang lain.

9 comments:

  1. nak usha gak r cenel ni nanti
    thanks 4 the info =)

    ReplyDelete
  2. ratu amik astro basic je.takde tambah pape pun.amik pun sbb nk bg tv terang.ehehe..

    ReplyDelete
  3. betul2...siap ada mcm2 lagu utk baby kita..lullaby song.

    anak2 izan pun suka..izan tahu pun kebetulan tekan2 remote then terlajak..sebelum ni 611-616 aje tekan hehe...

    ReplyDelete
  4. haha mmng kusyuk btul si encem tuh! ;D

    ReplyDelete
  5. suke jugak channel tu..he..he cute sgt

    ReplyDelete
  6. sara pn suke gak....tp, lagi suke barney...hehe..

    ReplyDelete
  7. samalah....
    asal kita pegang remote,aleesya siap2 cakap 'baby first'..

    hehe.asalnya baby first kitaorang subscribe dalam HyppTv.skang da ada baby tv plak.sakan lah die..

    ReplyDelete
  8. ehh betul ke kena bayar nanti? rancangan tv kanak-kanak yg agak melekakan eysraf selain you tube... tp tuh lah sekejap je dia fokus pastu dia lagi sonok panjat segala beskal, skuter...sepah sana sepah sini! sabo je lah...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...