Wednesday, May 25, 2011

Berangan jadi besday boy!

Kerenah anak memang macam-macam. Kadang-kadang nak marah, kadang-kadang nak tergelak. Salah satu kerenah Zarin yang saya perasan sekarang ini, kalau baik saja demam pasti ada sesuatu yang akan dimintanya.

Jika dahulu, Sebaik sembuh dari demam zarin minta basikal, POLYGON KID-AKU SEBUAH BASIKAL, dan baik demam kali ini Zarin minta pula Kek besday to you!



yeeeea, dapat kek hepi besday to. Tapi, kenapa NO.8???

Mula-mula saya ingatkan apalah yang dia duk cakap, asyik-asyik

"Mama Alen nak hepi besday to you!
"Mama Alen nak hepi besday to you papa!"

Ha, sudah. Nak besday to you ape kebendanya nak oiii! Besday Zarin lambat lagi, bula sepuluh ni! Kemudian dia cakap lagi.

"Alen nak kek hepi besday to you macam ni!" (sambil buat aksi tiupkan lilin).

kihkihkih, baru la mama faham. Nak kek yang ada lilin rupanya.


eh, salah nombor rupanya, ingatkan Zarin dah 8 tahun tadi

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, lantas mama terus membuat super moist eggless moist chocolate cake. Memang itu je bahan yang ada dan paling mudah serta sedap! Cuma yang tak bestnya, bila kek dah siap, Zarin pun sibuk nak mendeko, sudahnya selonggok coklat rice ditempekkan ke atas kek tersebut. sob-sob! Hentam sajalah Zarin, dah kek hepi besday to you Zarin punyakan?


Mama, tengok Alen nak tiup ni!

Bukan main seronok lagi Zarin. Yang paling seronoknya sebab ada lilin dan api. Itupun kebetulan. Tengok jelah lilin tu NO.8. kah!kah!kah! Sebenarnya lilin ni masa besday mama tahun lepas. No.2 dan No.8 (28). Tapi No.2 dah hilang, yang ada hanya No.8, dah itu aje yang ada, belasah jelah. Takkan la nak letak lilin besar gedabak pulak. (yang pasang time takde letrik tu).



Aku sebatang lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain :P

Bila dah seronok sangat ada lilin, mulalah kek itu dikorek-korek (potong). Haisssh, tak boleh jadi ni. Jika dibiarkan konfem sebiji kek itu hancur dikerjakan. Lantas saya potongkan seketul dan letakkan dalam piring, kemudian pacakkan lilin. Tunggu hingga lilin tu habis mencair, kemudian kek tersebut saya buang. huhuhuhuhuh.

Bila lilin dah abis menyala dan tak boleh guna, menangis pulak nak lilin lagi. Tapi bila dah pujuk-pujuk alhamdulilah ok. Fuh, nasib baiklah demam kali ini Zarin hanya minta kek hepi besday to you. Kalau minta benda yang mahal-mahal memang rabaklah poket mama! :p

22 comments:

  1. ehehe..kelakarla zarin ni...baik demam mcm2 permintaan dia...nasib baik mintak kek je...mama lh buatkan.kalau mintak bulan bintang atas langit tu jenuh gak mama :)

    ReplyDelete
  2. hahaahhaa...nasib mintak kek kalo mintak kete ke motor ke masak!bijak bijak zarin nih! :)

    ReplyDelete
  3. sedap skit tekak... nk yg manis2.. kan kan kan?

    ReplyDelete
  4. ida..apsal klau i wat kek ni, jd kecik je klau ikut bahan2 y ida bg..ker..ida double kan bahan2..sb, nmpk besar

    ReplyDelete
  5. heheh sgt sweett.. sebjk kek mampu ceriakan hati anak & seisi rumah kan... no 8 pun bolela alen.. janji hepi. hehe..

    ReplyDelete
  6. lambatnya tiup lilin,da nak abes da 8 nye tu zarin.hehe

    terbaik la..moist gile.da la saya giler coklat.hehe.akan ku try juga nanti resepi kamu ni..

    ReplyDelete
  7. wah besar tu no.8 dia..he..he..
    belum besday dh nak kek..
    agaknyer lme sgt nak tunggu bulan 10..jdi sthun boleh ler buat 2 kali..bulan 5 dan bulan 10..he..he

    ReplyDelete
  8. sib baik mama zarin pandai wat kek..pasnie hari2 lah bleh mintak "hepi besday to you!"...hihi

    kene sediakan lilin byk2 la kat umah pasnie...hikss

    ReplyDelete
  9. amboi sedapnya kek dgn taburan coklat rice yg byk.. heheheee...

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum,

    salam perkenalan..bestkan dapat buat kek mengikut citarasa anak2..hemm dgn taburan kek coklat yang banyak..

    bestnya zarin lepas demam minta apa pun dapat ye..

    ReplyDelete
  11. ratusiput: itula pasal. ada je yang dia nak. kalu mintak bulan dan bintang mama kena jadi angkasawanlah gamaknya. Tak pun mama nyanyikan lagu twinkle2 little star je, hikhik

    ReplyDelete
  12. ♥Mrs.Eady♥: kete moto kalu yg mainan takpe, kalu yg betul? merangkaklah mama bayar ansuran bulan-bulan, sob-sob

    ReplyDelete
  13. eB ezrin: betul juga tu. Baru terfikir :)

    ReplyDelete
  14. ejan sara: x, sy wat 1 adunan je. mungkin size cawan kita berbeza. kalu nak besar buleh guna gelas, tapi mesti guna gelas yg sama size utk sukat semua sukatan tu, hrp dpt membantu :)

    ReplyDelete
  15. MyKhalish:heheh,belasah je la dah nak sgt lilin. ya mmg menceriakan seisi rumah sbb dpt mkn kek :P

    ReplyDelete
  16. ashra : tu dh berapa kali cucuh api tu. nasib la sumbu pendek, kalau tidak nak tunggu semua no. cair. try la, rsanya ini kek coklat yang paling sedap, mudah dan cepat!

    ReplyDelete
  17. Murni Delights: berangan jadi budak besar. besday setahun 2 kali? kalu mintak kek yg mama pandai buat takpe, jgn mintak hadiah mhl2 sudah. kihkihkih

    ReplyDelete
  18. Norazrani Maamin : kek simple2 bulehla. yang lain x reti. nampak gayanya gitulah, nak beli lilin murah2 sudah!

    ReplyDelete
  19. Lia: nyummmy, mmg sedap sgt, cuma bila dh terampau byk nampak x berapa elok. anak-anak

    ReplyDelete
  20. anitaare: waalaikumsalam. salam kenal juga dan tq sudi singgah sini.

    klau kek coklat okla, hrp jgn dia minta kek pablo (kartun fevret dia) sudah, jenuh mama nak deco kek jd kaler biru nanti.

    kalau minta yang murah2 insyaalah dpt. Tapi kalau yg mhl2 kena tunggu 2-3 bulan mam kumpul duit dulu. hehehhe

    ReplyDelete
  21. zarin dah tau, mama dia pandai buat kek, mestilah mintak kek..hihkhik. Cerdik zarin, tk minta yg bukan2! :-)

    ReplyDelete
  22. hikhikhik kelakar la zarin ni tau ade je peel die kan. hihihi

    wauu!! cokelat moist tuh memang mengiurkan laaa. Tak menahan tau tengok limpahan cokelat cair tuh.

    Err err Alennnn..meh la anta umah anty sikit haaaa hiks

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...