Saturday, May 28, 2011

Calon-calon askar

Kadang-kadang seronok juga melihat keletah anak-anak bermain. Kalau sorang-sorang mulalah bercakap seorang diri dan mencipta pelbagai dialog seolah-olah memang betul-betul ada orang di situ. Kadang-kadang teddy bear yang jadi mangsa, begitulah juga dengan Zarin. Teddy merupakan teman rapatnya bermain tetapi bukan bantal busuk.

Lain pula jadinya jika berjumpa sepupu-sepupunya yang sebaya. Ada saja yang nak dimainkan. Paling lucu apabila setiap orang menyarungkan topi askar ini. Dengan ini diumumkan calon-calon askar sesi 2011.



1. Zarin Shah, nama timbangan (Alen)
Walaupun calon yang paling muda, namun zarin merupakan satu-satunya jejaka macho yang layak untuk pengambilan kali ini.



2. Nama Hani Amirah, nama timbangan (Hani)
Umur lebih kurang dengan Zarin, dalam empat bulan lebih tua. Tersangat comel dan sedikit pemalu. Alahai sayang hani, macam mana nak masuk hutan kalu malu gak. Lagi satu kulit dahla putih melepak, habislah sunburn nanti. hikhikhik




3. Dan yang terakhir, Hawa Atikah, panggilan manja (Hawa).
Calon yang paling senior dalam kumpulan ini. Diharap Hawa dapat membimbing calon-calon muda yang lain. Tapi sebelum itu, kena belajar dulu cara pakai topi dengan betul. hahahahha

Itulah sepupu-sepupu Zarin yang sentiasa dia jumpa. Boleh gelarkan mereka ini "the three stooges" . Nama Hawa memang tak lekang dari bibir Zarin. Kalau jumpa konfem seronok bermain. Itulah dunia budak-budak, kadang-kadang seronok kadang-kadang bercakar juga.

Okey askar-askar sekalian, selamat berkhidmat untuk negara!

3 comments:

  1. sama dgn anak2 akak, pantang jumpa cousin masing2, mesti macam2 permainan yg depa cipta, main ketapi le, meriah suasana

    ReplyDelete
  2. mmg seronok kalau tgk bebudak ni bergabung.mcm2 hal yg dibuatnye :)

    ReplyDelete
  3. calon2 askar yang mantop gituuuu...
    hahahaha.
    sweet je tgk budak2,kan?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...