Monday, May 9, 2011

chocolate cream puff

Masih lagi dalam mood masak-masak dan resepi. Mama tengah perasan jadi Nigella Bites! kihkihkihkih. Owh sungguh teringin nak ada dapur seperti beliau, macam-macam ada!

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk cuba membuat cream puff. Percubaan pertama yang berjaya dan mendapat pujian, alhamdulilah. Jangan tak percaya, setiap kali saya ingin membaking, pasti saya akan cari resepi yang paling minima penggunaan telur. Tak tau la kenapa, mungkin juga saya tak suka bau telur yang hanyir kot.



Cream puff yang sedang disejukkan di atas jaringan


Rupa-rupanya taklah susah sangat nak buat cream puff ni. Resepi ini di ambil daripada My Resepi.com. Saya copy dan pastekan resepinya di sini. resepi asala lihat DI SINI

Bahan-bahan ( 10 biji )
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel bulat. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

untuk creamnya saya gantikan dengan chocolate cream.
200ml whipping cream
100ml coklat ganache
Sedikit gula icing.

Kesemua bahan tapi dipukul sehingga gebu.


Jempu makan :)


Dan inilah rupa chocolate cream puff yang dibuat. Hehehe, buruk sikit rupanya coz tak reti nak bentuk, senget benget dan muncung pulak. kahkahkahkah. Ikut resepi dapat sepuluh, saya buat dapat 13 biji.

Chocolate cream tadi saya simpankan dalam peti sejuk, bila nak makan baru saya picitkan ke dalam cream puff tu. Kemudian saya taburkan gula icing, rasanya sebijik seperti cream puff kat Beard Papa! Cumanya cream puff saya ini tak sempat nak ber'beard'. Masih baby lagi. kihkihkih!

Zarin kata Aiskrim! hehehehehehe

Insyaallah akan cuba buat lagi, perlu improvekan cara nak membentuk.

28 comments:

  1. sedapnyer... tak pernah buat..mesti sedap ni..kan..takot tak jadi je kalau buat huhu

    ReplyDelete
  2. beb..lapar beb lapar jadi nyer nieee...:)

    ReplyDelete
  3. baru lepas makan nasi nie, ida buat wina lapar lagi kekekekek

    x rasa pun tau mesti sedappp!

    ReplyDelete
  4. senang jer kan nak buat..

    nuyue pernah buat..mula-mula buat dapat dlm 12 bijik..saat tuu jugak,buat utk kali dua..alhamdullilah menjadi..tapi lupa nak ambik gambar & update kat blog

    ReplyDelete
  5. hehehe ida boleh buat kelas masakan la ini macam, dan saye nanti akan jadi murid first mendaftar!! akekekeke

    ReplyDelete
  6. sedapnya.....nak rasa...heheheh

    ReplyDelete
  7. besnye..tak pernah buat.nanti nak asah bakat jugalah..


    thanks 4 the recipe!

    ReplyDelete
  8. sedapnye makan panas2 nih!
    terliur~

    btw, salam kenal :)

    ReplyDelete
  9. sorry, noorfaizal diatas tu akaun husband ;)

    ReplyDelete
  10. saya sukerrrr...... minta skitttttt

    ReplyDelete
  11. sedapnyerr....teror betul chef masak2 ni...ade 2,3 resepi sy ambil dr blog ida..halal tau!!

    ReplyDelete
  12. emmmm..ko kan dik..bila nak bagi akak rasa neh..haishhhh

    ReplyDelete
  13. teringin gak nk cuba buat creampuff ni...tp ntah bila.nk buat donat pun dh sbulan tertangguh sbb malas.ehehe..

    ReplyDelete
  14. likha nak sebijik cik ida... cedappp ikha cukerr krimpuff tauuu...

    ReplyDelete
  15. ~izan~ : mula-mula buat saya pun rasa camtu, dahla nak pipe kan tepung tu senget benget, tp alhamdulilah jadi juga dan sedap serta lembut :)

    ReplyDelete
  16. ♥ Mrs.Eady ♥ & Wina: jemput mkn yea kawan-kawan, sama-sama kita ternak lemak. kihkihkih

    ReplyDelete
  17. nuyue: memng senang. memang aritu ingat nak wat lg sekali, tp whipping cream dah abis, terus x jadi buat.

    ReplyDelete
  18. MAPPIAU: kelas masakan? nanti ada je jadi tok guru sesat mcm ayah pin tu, tp yg ni versi mama pin, kihkihkih..., saya pun kena belajar byk lagi. Insyaallah cita-cita dah ada nak buka bakery! :P

    ReplyDelete
  19. - Suraya -: insyallah kalau sy buat lagi, tp next time kena wat 2 adunan, sbb ramai yg nak rasa

    ReplyDelete
  20. ashra: selamat mengasah, jgn lupa ajak aleesya sekali, sure dia suka :)

    ReplyDelete
  21. gee ryder: salam kenal juga dan tanx singgah sini yea.

    memag sedap, aritu tak sempat nak sejuk dh picitkan cream, org tak sabar mmg ginilah selalunya.

    ReplyDelete
  22. NM02: ramai yg suka cream puff ni kan? boleh, nanti sy hantar mangkuk tingkat yea :)

    ReplyDelete
  23. ejan sara: Dijamin halal :)
    saya pun copy paste resepi org juga, sama-sama belajar ;)

    ReplyDelete
  24. risa: saya bagi jamu mata dulu. kihkihkihkhih,
    jgn marah, sayam akak! muaaaahhhh!!!!

    ReplyDelete
  25. eB ezrin: saya suka mencuba, kdg2 bising juga cik suami, perut makin maju katanya. kahkahkah!

    ReplyDelete
  26. ratusiput: cubalah, lagiopun cara buatnya sgt mudah. Donattt?? sy x pernah buat lagi, mls nak menguli tepung

    ReplyDelete
  27. Mama Likha: ololololo, cian budak kecik ni nak creampuff yea, meh cik ida suap, mana tau nanti cik ida dapat baby gurl cute macam Likha! muaaaahhhhhh!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...