Thursday, May 12, 2011

Disney vs Armani

Bila anak dah besar dan pandai serta suka bergaya memang seronok. Namun kadang-kadang pening juga bila terlalu suka bergaya. Lebih-lebih lagi bila ada taste tersendiri. Sudahnya semua hak mama dan papa jadi milik Zarin.

Antara barang yang dah jadi milik kekal Zarin ialah cepek (spek) kata Zarin.


Zarin, sila jaga elok-elok cepek mama ni yea, banyak kenangan tu



Alen hensemkan mama?

Bukan dia tak ada, ada, tapi tak nak pakai. Yelah, silap mama juga, rata-rata budak-budak mesti suka spek disney yang ada gamba pooh, Ben10, Toy story dan sebagainya kan. Jadi mama pun pernah terbeli juga satu spek pooh kat Zarin, tapi dia tak nak pakai. Sudahnya entah ke mana dicampaknya spek itu.


Gaya macho Zarin

Setiap kali hendak keluar dan di dalam kereta, pasti perihal spek yang di tanya.

"Mama, mana cepek (spek) Alen? Alen nak pakai, hot. Sakit mata Alen."
"Mana spek Zarin? ni mama punya. bukan Zarin punya"
"Ni Alen punya la. Mama beli Pooh ok?"


Besar nanti Zarin nak jadi model boleh :P

Toing! Toing! Memang gitulah selalunya. Alih-alih disuruhnya kita beli spek pooh. Sabo jelah budak kecik nie. Nak melaram pun ikut standard umurlah budak kecik oiiiii!!! Tapi nasib baik juga spek saya tu memang agak muat dengan muka dia.


Dalam rumah pun nak pakai cepek jugak. Sabo jelah!

Kat rumah pun sama, dia suka juga pakai spek papa, mungkin brand dan lambang yang sama. Tapi suami saya telah buka cermin spek atau kanta tersebut kerana ada power bimbang pula rosak mata zarin nanti. So Zarin pakai bingkai sajalah. Dah nak bergaya sangat. Tapi pandai pula dia, pakai spek tu bila kat rumah je.

Baru-baru ini, saya terjumpa spek yang cantik untuk budak-budak, bila zarin pakai nampak macam ala-ala rockstar pula.Memang berkenan sangat. Tapi malangnya Zarin taknak! Katanya,

"Alen dah ada cepek. Alen taknak. Mama beli mama ok?

Bila dia taknak baik jangan beli, konfem membazir!


Saya sentiasa bergaya walau dimana saja!

Anak-anak, mama dah malas dah nak berebut dengan Zarin. Makanya sekarang sudah tiba masanya mama membeli sunglass baru. Masih belum terfikir nak beli sebenarnya. Sebab saya bukanlah penggemar sangat. Pakai pun sekali sekala je.

Bak kata papa " Mama beli jelah spek Pooh macam Zarin cakap tu!"

Sabo jelah!

14 comments:

  1. hehehehh sama anak bujang den! hak dia memang tak nak pakai. yang mak pak juga dia kebas. lebih kurang jer entry.. heheh tunggu ptg baru autopublish nanti hehhe

    ReplyDelete
  2. ala hensem nyer...syahmi gak susah nk pakai spek..:)

    ReplyDelete
  3. Comel je pakai cepek ha..
    Kecik2 dah pandai nk bergaya kan kak :)

    ReplyDelete
  4. cewahhh..bukan main bergaya berjalan.ni awek tgk ni,tak tido malam awek tu..hehe

    ReplyDelete
  5. wow...smart betul ank bujang sorang nie......pandai tul bergaya.

    ReplyDelete
  6. ensem zarin....huhuhu, mama pakai pooh sudah....;-)

    ReplyDelete
  7. zarin..keleteh betulla kamu ni..meh jd menantu auntie nak??

    ReplyDelete
  8. hencem boy
    dah pandai bergaya yer..bagus2..nanti ramai lah awek alin lps ni..

    ReplyDelete
  9. wah handsome boy..
    pndai bergaya la...
    mmg ada talent..he..he

    ReplyDelete
  10. hihi.. tak rock lah mama belikan zarin pooh.. pooh ssuai utk ikha jer tauu... hehehe.

    ReplyDelete
  11. zarin betul2 suka bergaya macam mama dia lah... dah besar esok mesti hensem n smart... :D

    ReplyDelete
  12. hehe..boleh plak si comel tu suruh beli spek pooh utk ibunya hehe..comel je bunyiknyer... alen mmg smart hehe

    ReplyDelete
  13. aloh aloh aloh ensemnyer zarin pakai spek!!, pandai bergaye oh huhuhu

    ReplyDelete
  14. wah..wah zarin dah pandai bergaye cam model ye... :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...