Monday, May 30, 2011

The Humble Chef - nyum-nyum!

Pertama kali suami mengajak saya makan spageti di The humble Chef, saya dah berkerut dahi. Humble chef?? Kata mana? sedap ke?

Kemudian saya ikutkan juga. Rasanya sudah hampir berkali-kali kami ke situ, tapi langsung tak nampak kedainya. Jenuh pusing sampai bebal jugalah saya. Kata ada, ada setiap kali datang tak ada! Hanginlah satu badan bila berpusing cari kedai tapi tak jumpa. Di tambah lagi dengan perut yang dah masuk angin. Jadilah hangin kuasa dua...hehehehehhe


Malam minggu yang lalu, suami mengajak lagi saya ke situ. Kali Ini betul-betul ada, dia dah SMS pemilik The Humble Chef ini. rupa-rupanya gerai mereka dibuka pada jam 9.30 malam ke atas. kuikuikuikui. Patutlah kami datang selalu tak ada. Datang pukul 8, bukan lori The Humble Chef yang ada, Lori DBKL adalah!

Saya suka makanan di sini kerana makanannya sangat sedap walaupun simple. Dan harganya pun murah lingkungan RM2.50-Rm5/Rm7. Dan inilah yang kami order,



Chicken pita, sedap, makan satu tak cukup, nak kena order 2!




Dan ini pula spagethi. Tak pasti spagethi apa, sebab kami order 3 spageti, seafood olio, chicken carbonara dan lamb olio, eh kami berempat ya, bukan bertiga. Sebab tu order banyak!



Untuk Zarin saya orderkan chicken omelette, tapi kami yang habiskan coz zarin makan spagethi seafood olio mama. sob-sob!



Tapi serius, makanan di The Humble Chef ini memang menepati citarasa saya. Tidak terlalu banyak pilihan, tapi semuanya sedap-sedap. Lagi satu, kat sini tak ada teh tarik ke, teh o ais limau ke, sirap ke, nescafe ais ke, kopi ais ke, laici ke. Yang ada cuma air tin dan air mineral. Jika nak minum air yang sedap-sedap, sila bawa sendiri :)

Next time kalau pergi lagi saya snapkan menunya ya. Haritu tak sempat cozz Zarin dah menggedik nak McD yang tak berapa jauh dari tempat kami makan. Dan kalau pergi mestilah weekend, kalau weekdays tak dapatlah, tak larat nak tahan mata sampai pukul 10 sebab kul 9.30 dan tumbang..zzzzzzzz...

jika berminat bolehlah singgah

alamat:
Pusat Bandar Damansara,
(next to McDonald's by the flyover bridge road),
50490 Kuala Lumpur
Tel: 014-229 6854 (Rosman)
Business Hours: Opens Mon - Sat from 9.30pm - 12.30am (best to call to confirm)

21 comments:

  1. uiksss simple je gerai dia...ramai orang tak...? simple but nice ekk...

    ReplyDelete
  2. rajin bebenau budak ni cari makan..
    meh le jadi jiran akak..boleh tunjukkan akak tempat2 yg makan best best..heee

    ReplyDelete
  3. ooo..... camtu ka?? ha, kalu sesat barat, leh le singgah..

    ReplyDelete
  4. cam best..akan ku heret hubby satu hari nanti.hehe

    ReplyDelete
  5. hangin kuasa dua yg x tahan tuh!!ku pun sama kalo lapo dh x bleh pikir dah :)

    ReplyDelete
  6. chicken pita tu nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  7. yummyyyyyyyyyyy...ada ke org rajin nak bawak su su malam2 g sana niee

    ReplyDelete
  8. menarik! bila la nak sampai sini huhu

    ReplyDelete
  9. wah nmpak menarik..telan air liur pagi2 nie

    ReplyDelete
  10. fisa othman: ramai, kalu x silap majoriti regular customer. masa pergi tu br buka meja org dh ramai. seris pun cepat :)

    ReplyDelete
  11. risa : hehehehhe, nak-nak confem best kalu berjiran ngan kak risa :)

    ReplyDelete
  12. NM02: boleh sgt2, mskn yg simple tp sedap :)

    ReplyDelete
  13. ashra: heret jgn x heret. kihkihkih

    ReplyDelete
  14. ♥Mrs.Eady♥: hahahah, itu perangai sejak azali, sebab tu hubbyku kata hanya dia sorang je yang buleh handle aku yg kaki menyebal+hangin nie. :P

    ReplyDelete
  15. Munirah: Mmg sgt sedap. dalam dia ada cheese. mmg simple tp sedap sgt

    ReplyDelete
  16. Munirah: Mmg sgt sedap. dalam dia ada cheese. mmg simple tp sedap sgt

    ReplyDelete
  17. su su: insyaallah pasti ada. :)

    ReplyDelete
  18. ~izan~: bila dtg kl nanti singgahla. Malam-malam ronda2 p mkn kat sini dulu ;)

    ReplyDelete
  19. Naimatul Hafizah Nor Rodin: ha, mmg gitula kak, van@ lori, masak atas tu. tp sedapla mknn dia pada saya. secukup rasa

    ReplyDelete
  20. Murni Delights: Vill nanti ajak cik abg singgah ya :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...