Thursday, May 26, 2011

Tengok Rugby

Sebenarnya dah lama nak entrykan pasal tengok rugby ni. Tapi asyik tergendala kerana cari gambar tak jumpa. Maklumlah blog suka tempek gambar macam saya ni memang begitulah selalu, rasa tak lengkap kalau entri tak ada gambar. :p

Ok, berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya kejadian tengok rugby ini berlaku pada 1 Mei 2011 bertempat di Sekolah Menengah Sains Selangor Cheras sempena Powerbar SMSS 10's 2011 kali ke-19. Oleh sebab dah lama berlaku, saya hitam putihkan gambarnya, muahahahahah, poyo je!






Sebenarnya suami saya yang mengajak kami tengok rubgy ni kerana alumni SAHOCA yang turut mengambil bahagian. Majoriti yang bermain itu kenalannya. So saya ikutkan saja memandangkan tiada apa-apa aktiviti yang ingin dilakukan di rumah. Namun cuaca pada hari tersebut tidak berapa baik, hujan!, Tapi layankan juga kerana sudah Final. Zarin pun seronok, katanya, "soccer!"

Jujurnya, saya tak berapa faham macam mana kiraan mata main rugby ini, sikit-sikit tu taulah. Macam takut pun ada juga sebab nampak ganas je. Suami saya memberitahu bahawa ada di antara kawan-kawannya yang mengalami kecederaan dan patah, gulp!







Tapi seronok juga melihatnya! Apepun tahniah kepada SAHOCA kerana berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke-8 berturut-turut. Dan juga untuk semua pasukan yang bertanding, tahniah pasukan anda juga hebat ! errrkk, papa next time ajaklah lagi ya :)





Seperti biasa, suami saya bila ramai kawan-kawan berkumpul, apalagi dia pun sama naiklah. Keluar malam balik pagi. Tak apa ,saya bagi peluang padanya untuk beramah mesra dengan kawan-kawan. Yelah, walaupun dah kahwin, kawan-kawan tidak patut dilupakan, pandai-pandailah bahagi masa, bukan selalu, sebulan sekali je kot.

Kadang-kadang bila saya tersedar awal pagi, suami masih belum pulang, lantas saya terus SMSnya "Sesat cari jalan ke?" kehkehkeh, saja nak ngusik.

16 comments:

  1. tak pernah lagi tengok ragbi live... tengok kat tv jer... tu pun takut... ganas sangatla cara main nya... hehehe

    ReplyDelete
  2. erks...x suka ngn ragbi kalo bola okey lagi la...:)

    ReplyDelete
  3. dwty, saya pun 1st time ni. ok jugalah walaupun nmpk mcm sakit je!

    ReplyDelete
  4. ♥Mrs.Eady♥: syok juga, sbb dpt tgk ramai jejaka tough! muahahahahahahah.

    tp okeyla, bola daku x pernah lg tgk cara live, kat tv lyn arsenal je :)

    ReplyDelete
  5. pernah tengok rugby masa perlawanan kat sekolah dulu...memang tak faham macam mana kira....ganas memang ganas...

    ReplyDelete
  6. ida, suam akak tak pernah ngajak gitgk apa2 sukan scr live, dan jarang betul dia pamerkan isteri dia ni pada umum. sampaikan org kata, suami akak ni sorok bini.... kahkahkah....

    bagus la ayat power ida tu, "sesat cari jalan ke?"heheheh

    ReplyDelete
  7. zaidah: itulah, sy pun x phm, ditambah dengan cuaca buruk. tiba-tiba kata dah menang! erkkk?? bila masa dia score? tumpang tepuk tgn je la...hahahahah

    ReplyDelete
  8. Naimatul Hafizah Nor Rodin: hehehehehe, mcm tu pulak. suami sy dulu masa kami tgh couple n tunang mmg selalu sorok, jumpa pun x kenalkan. skang je slalu ajak bini join sekali. kin dh jadi hak milik kekal bolehlah tayang! hahahahaha.

    tp seronok juga sekali sekala tgk sukan :)

    ReplyDelete
  9. Naimatul Hafizah Nor Rodin: kak fiza, ayat power tu yg akan cepatkan dia balik rumah. 'makna dalam tu" hahahahah

    ReplyDelete
  10. hahaha!! ayat yg last tu tak menahan...hehehe..

    tak pernah tgk ragbi...tapi cik hubby minat...

    ReplyDelete
  11. sesekali g tgk sukan anak beranak, syok jugak...

    "sesat cr jalan ke" pedas molek! nak pinjam la ayat ni, nk tgk apa reaksi" ehheeh

    ReplyDelete
  12. tak pnh lg tgk rugby live.. :)

    ReplyDelete
  13. salam kenal,

    kalau rugby je mesti
    ingat org lelaki badan besaqkan ...hehe

    ReplyDelete
  14. Salam Ida
    kawan tetap tak dilupakan
    meskipun kita dah berkahwin,kan.

    ReplyDelete
  15. hehehe saye kalau tengok rugbi musti tutup2 mate bile dieorang dok himpit2 badan masing2 tuh hahahaha

    ReplyDelete
  16. hehe...
    sebelum kawin, rajin ngekor boyfriend tu pegi game rugby. lepas kawin, dah tak kuasa dah...

    dah 5 tahun lebih kawin dengan orang gila rugby ni, baru le nak paham sikit2 tentang rugby... hehehe..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...