Tuesday, June 14, 2011

Gitu-gitu

Semalam saya ke kedai bakery untuk membeli hazelnut dan juga choc chip untuk membuat cookies. Semasa tiba di sana, amoi cashier pandang saya dan asyik senyum-senyum, mungkin juga dia perasan yang saya kerap ke situ. Setelah berpuas hati dengan barang yang dipilih, saya terus membayarnya.

Amoi tadi masih lagi tersenyum-senyum memandang saya dan suami.

Amoi: Itu lu punya abang ka? (Sambil tunjuk ke arah suami yang sedang membelek barang-barang )
Saya: Abang??
Amoi: Aiyaa, abang gitu-gitu lor.
Saya: Abang gitu-gitu? Cintan-cintun ke?
Amoi: Iyalah, Abang cinta-cinta maaa
Saya: Bukan cinta-cinta, tu husben I lah.
Amoi: Haiyaaa? Lu orang sudah kawin ka? I ingat lu orang baru gitu-gitu.
Saya: Taklah, I dah kahwin lama dah. Dah nak masuk 4 tahun.
Amoi: Haiya, betul ka? Tarak pecaya itu macam oooo.
Saya: Betulla, I dah ada anak sorang. Dah nak masuk 3 tahun pun.
Amoi: Wa tengok lu orang macam gitu-gitu. Tak percaya dah kahwin dan ada anak ooo. (sambil geleng-geleng kepala dan senyum-senyum lagi.)Lu punya kasut banyak cantik ooo.
Saya: Hah?? Biasa-biasa saja. (dalam hati berkata, dia ni duk perati aku ke?)
Amoi: Lu beli mana.
Saya: Vincci
Amoi: Vincci mahal juga ooo.
Saya: Yang ini murah saja, ada diskaun.
Amoi: haiya lu orang nikan, I banyak suka la. Sambil tangan laju menekan mesin cashier.


Aduiiii, macam-macam hal sungguhlah amoi ni. Asyik “gitu-gitu, gitu-gitu” ingat Saiful Apek ke nak “gitu-gitu”. Orang cakap betul tak percaya pulak.




Tapi bila orang luar yang melihat kami memberikan gambaran sedemikian , sedikit sebanyak mulalah terperasan muda dan romantik kah kami ni di mata umum???! Kahkahkahkah!


Eh, papa, “I buatkan U Kek Red Velvet sebijik ok! semerakkan cintamu" :P

18 comments:

  1. teruskan gitu gitu anda, semoga bahagia terus berpanjangan...aminnn

    ReplyDelete
  2. ha, manyak muda wooo, ini dua beradik..hehheheh

    ReplyDelete
  3. kak ida cntik dan mmg nmpak muda pun..he..he puji2 skit dpt red velvet tak kak?..he..he
    smoga bahagia selamanya kak..aminnn

    ReplyDelete
  4. hehe.kalu saya lah dapat pujian..
    da terbang tak jejak tanah sambil lambai2 orang kat bawah...keke

    muda you all ye...

    ReplyDelete
  5. mesti romantik kat luar tu..tu yg amoi tu prasan...herhehe

    ReplyDelete
  6. ♥MAMASYAZA♥ : tq, amin-amin. kami rasa tak ada pulak 'gitu-gitu' tapi tatau la nape, kin dia pelik kot bila tgk suami ikut isteri beli brg+bawak sekali. hihihihi

    ReplyDelete
  7. eB ezrin: aduii, malu den, rasanya takde romantis2 pun. dalam kedai beli brg nak romantis apanya. lainlah kalu g kedai bunga ke. tp pandnagan org kita tatau, hahahahahahah

    ReplyDelete
  8. - dieyana - : ha, dua beradik, sorang lahir bulan cerah, sorang lahir bulan gelap! :P

    ReplyDelete
  9. ♥Mrs.Eady♥: eheheh, u pun apa kurangnya, "semarakkan cintamu" :)

    ReplyDelete
  10. ratusiput : ehehehe, kami dlm keta mmg gelak sakan, suami kata dia tak pernah tgk orang mcm kita kot, tu yg pelik tu.

    ReplyDelete
  11. Murni Delights: Aduhaiii vill, kembang semangkuk dh kak ida ni :p

    red velvet? buleh2, kak ida buat kek tu, vill deco ok?

    ReplyDelete
  12. ashra : itulah, kembang semangkuk juga, lupa nak tunjuk sijil nikah. hehehehe

    kami mmg sentiasa muda belia :P (sila jgn muntah ijau ya)

    ReplyDelete
  13. Ila: aduii, xde romanticnya. Biasa saja, mcm pasangan lain juga. mungkin dia tak pernah tgk agaknya kot

    ReplyDelete
  14. Ada Dalina : ahaks, tak sia-sia makan ulam banyak!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...