Thursday, June 16, 2011

Mee Udang Banjir

Mee Udang merupakan makanan kegemaran saya. Selalu makan mee udang di Sg. Dua, Penang bila balik Alor Setar. Baru-baru ini, kami menikmati Mee Udang Banjir yang terletak di Kuala Selangor.



Sebenarnya kami ada dua pilihan, sama ada nak makan di restoren mee udang atau pun restoren soto. Setelah berbincang, akhirnya kami memilih mee udang banjir! Mula-mula sampai memang ramai orang makan di situ, penuh meja. Dalam hati dah terdetik, confirm sedap ni ramai orang!

Dah nama restorennya mee udang banjir, jadi memang majoriti famili kami memesan mee udang. Memang udangnya banyak (banjir) tapi tak adalah besar-besar, sedang-sedang saja dan memang sedaplah.



Saya pula memesan kueteow sup tulang. Memang maveles dan terliur bila tengok orang meja sebelah makan. Jadi taknak kempunan orderlah satu untuk share dengan Zarin. hehehehehhe. Sedap! Sup tulangnya memang meletup. Dagingnya lembut dan menepati citarasa saya.



Bukan sekadar mee udang banjir dan kueteow sup tulang yang disediakan, malah aa beberapa jenis makanan lain seperti soto ayam, bihun sup, otak-otak, nasi putih sup tulang dan pelbagai lagi.

Nampak gayanya, lain kali kalau tersesat di Kuala Selangor memang pasti akan menyinggah lagi di restoren ini. nyum-nyum

psst: teringin nak makan mee udang kuala sepetang.

10 comments:

  1. cheqna yang tengok gambo ni pun terasa sedapnya sup itu
    meleleh air liur ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. fuh! terliur giler tengok!!
    tapi jauh sangat la nak pegi..adoii..

    i pun selalu makan mee udang kat sg dua masa duk penang dulu2..

    ReplyDelete
  3. adu! teliur dgn sup tulang tu !

    ReplyDelete
  4. nak mkn mee udang kuala sepetang?? meh sini akak bawak kan..hehehe
    akak tak mkn udang,akak tengok jer udang2 tu :)

    ReplyDelete
  5. sedap! k.diana berehi mi udang!

    ReplyDelete
  6. akak tag ida tau!!!
    http://hasrisa.blogspot.com/2011/06/puteri-kasih-saya-sayang-ayah-saya.html

    ReplyDelete
  7. ayoyoyo mee udang nampak sedap lorrrr *sambil leleh2 air liuq* hahahaha mule la ni nak hover!!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...