Friday, June 3, 2011

PT Part 1 - Khazanah tercicir, ekekekekeke

Umur Zarin sekarang memang sesuailah untuk mengajarnya potty training. Dulu pernah juga berusaha melatihnya, tapi sebab tak berapa bersungguh, terbengkalai. Sudahnya baru-baru ini aktiviti tersebut dijalankan kembali.

Zarin alhamdulilah, kalau siang memang berjaya. Tapi lain pula baru-baru ini, masa itu lebih kurang pukul 8.30 malam. Dia juga yang tak nak pakai pampers, so kalau tak pakai pampers memang inilah yang dicakap

"Alen nak akai shender (spender) malu, tak akai pampers!"

Memang dari awal lagi saya sudah sediakan stok spender untuknya. Yelah, takkan nak biarkan pakai seluar berzip terus kalau tak pakai spender, buatnya terkepit nanti, naya!

So tengah dia syok berkaraoke lagu "animal sound" kat you tube, tiba-tiba wajah dan aksinya bertukar menjadi seperti di bawah



Mama: Pasai ape sayang?
Zarin: Diam sambil muka berkerut
Mama: Zarin nak berak ke?
Zarin: Tak de pun!
Mama:Nak berak ke? Jom pi toilet, sambil terus mengangkatnya
Zarin: Dah keluar pun!
Mama: Hah???

Sampai depan pintu toilet terus Zarin membuka spendernya, maka tergoleklah 'khazanah' yang seketul itu. Adoiiiii????

Mama: Pasai pe Zarin tak cakap kat mama nak berak. Lain kali cakap ya?
Zarin: Anggukkkan kepala
Mama : Papaaaaaaaaaa! tengok Zarin wat apa ni?
Papa: Awat? sambail menghampiri kami. Dah tergolek angkat je la.
Mama: Papa ambiklah, mama nak basuh berak zarin ni.
Zarin: Alen beyak. Kat skul tadi Arif beyak banyak. eeee mucuk! sambil menutup hidung.

* Ariff tu kawannya di neseri, setiap kali ambilnya dineseri, pasti cerita Arif ni terkeluar. hihhihihihi

Nampaknya misi untuk potty training malam itu tidak berjaya. Khazanah tercicir dulu baru cakap. hehehehehehehe, Kita cuba pula malam ini. yezzzzzzaaaaaa!!!!

** Tapi tak boleh nak salahkan Zarin juga, coz biasanya waktu membuangnya adalah statik iaitu antara pukul 6.30 petang-7.00 malam. Tapi hari itu 8.30 malam. Waktu berubah sampai terlupa nak cakap, kehkehkeh

8 comments:

  1. keke..
    lawak sungguh zarin ni.
    gini lah gaya nye kan kalu budak2 nak pandai sepenuhnya

    ReplyDelete
  2. hahahah ingatkan 'khazanah' ape tadi :-)

    hurmmm salah dengan Kira..dh 2-3 minggu start potty train...cubaan pertama, 'khazanah' dia pun tercicir jugak huhuhuuu

    tapi after that, berjaya jugak pegi toilet..yang kelakarnya dia kata nak shi², tapi terpoo² pulak kekekekekek

    xpe, teruskan mencuba!

    go zarin, zarin boleh!

    ReplyDelete
  3. ida betul2 tercabar kan nak potty train anak2 ni..hehehe Irfan pun dlm proses ni juga..so far lum cicir lagi..tak tau la sok lusa ke..hihiihihi..

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha....kelakar laaaaa!!!!
    xpe xpe nnti cuba lagi :)

    ReplyDelete
  5. hahaha... budak2 kan... tapi karenah dorgla yang menceriakan...

    ReplyDelete
  6. alorlorlor..comeynya ayat dia..hehe..takpe2..lps ni boleh cuba lagi..caiyok2 zarin!

    ReplyDelete
  7. takpa cuba lagi lepas ni....kelakar le pulak

    ReplyDelete
  8. hek hek hek kite pun belum berjaye lagi mentraining si irfan lor. Manjang jer tak berkesempatan + malas huhuhu.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...