Thursday, July 14, 2011

kembali bekerja setelah MC 6 hari

Disebabkan sakit mata, saya mendapat MC 6 hari. Bila dah lama bercuti, terasa berdebar-debar pula apabila melangkah ke ofis. Macam baru masuk kerja pun ada. Tapi saya memang terasa agak janggal apabila ke ofis dengan imej baru. Imej baru???? Tak percaya???



Tengok ni!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




Muahahahahahahaha. Terasa tersangatlah janggal bila banyak mata yang memandang, dan tak kurang juga yang duk gelak-gelak. Eh, korang ingat saya suka-suka ke nak pakai spek hitam datang ofis? Kalau nak melaram pun, tak adalah asyik nak pakai spek hitam melintang 24 jam! sabo je lah!

Kadang-kadang terasa geram dan sakit hati juga. Malah ada juga yang cuba menjauhkan diri apabila melihat kelibat saya. Seolah-olah nampak hantu atau kata lain macamlah saya ni pembawa virus HIV yang korang takut sangat. HIV pun tak merebak melalui sentuhan tau!

Namun begitu terhibur juga apabila ramai yang memuji saya nampak vogue dan ala-ala mak datin. kah!kah!kah! Tak kurang juga yang mengatakan macam artis fofular serta artis 60-an dan sebagainya. Saya pula terasa macam ahli kumpulan pop yeh yeh saja! Nasib baiklah Pak Cik Majuni out station ke Terengganu. Jika tidak sudah pasti saya memintanya memetik gitar dan kami adakan konsert secara percuma!




Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan, mata saya sudah baik. Doktor sudah sahkannya, kalau tak baik, konfemlah saya mendapat MC lagi! Yang menyebabkannya berjangkit ialah apabila terkena rembesan yang keluar daripada mata, bahasa mudahnya mata berair dan tahi mata tu. Sekarang semua dah ok, cuma, saya perlu memakai sunglass untuk melindungi mata saya daripada habuk dan juga cahaya, lebih-lebih lagi apabila mengadap komputer, mungkin dalam seminggu juga berimej begini.

Haisssh, beginilah nasib apabila imej baru diluar kebiasaan.

8 comments:

  1. hehehe..klas gitu..tapi tulah,sakit mata ni senang berjangkit

    ReplyDelete
  2. hehhehe, nak buat mcm mana kan, utk perlindungan ... nasib baik la comey....glamor la kejap satu bangunan...hheheeh

    ReplyDelete
  3. takpe imej baru yg vogue...biola org senyum2..janji mata kite sihat...

    ReplyDelete
  4. peeewitt...ok jer sis..buat derk jer kat mata2 yg sinis melihat tu..yg penting mata kamu terpelihara...

    ReplyDelete
  5. memang vouge lah idazs....pernah jugak kena sakit mata pastu gie kerja pakai spek hitam...buat cover...

    ReplyDelete
  6. kelas mak noookkk pg keje pakai spek itam..ekekekeek...

    ReplyDelete
  7. wah...vogue btol berkaca mata hitam!hehehe..smoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...