Wednesday, July 6, 2011

masuk wad

Sakit mata yang zarin alami memang semakin melarat. Sudah hampir seminggu dan 2 klinik telah kami pergi, tetapi semakin parah. Mata kanannya langsung tak dapat buka dan bengkak.

Rata-rata ramai yang berpandangan bahawa sakit mata akan baik dalam tempoh seminggu. Namun lain pula dengan zarin, seminggu berlalu tetapi semakin parah. Saya mula susah hati dan terus mencari maklumat di internet.

Beberapa blog dan forum saya baca. Paling merisaukan apabila ada yang mengatakan mata anak mereka terpaksa di cuci bagi membuang selaput yang menyebabkan mata tidak dapat dibuka. Ada pula yang berkata akan berlalu pendarahan dalam mata. oiiii,risau mak!

Tanpa berlengah, pukul 8.30 pagi hari ahad,kami terus membawa Zarin ke Ampang Puteri.



Setelah diperiksa, Zarin terpaksa ditahan diwad kerana terdapat jangkitan kuman dan bengkak. Zarin diberikan antibiotik dan juga ubat titis serta menjalani pemeriksaan darah. Zarin diletakkan dibawah perhatian Dr. Lim.

Maka bermula kisah berkampung di APSH selama tiga hari dua malam.

-bersambung-

13 comments:

  1. kesiannya zarin...
    cepat sembuh ye...
    nak tengok muka ceria zarin semula...

    ReplyDelete
  2. susah hati bila anak2 tak sihat.
    moga zarin cepat sembuh ok

    ReplyDelete
  3. beb..dulu aku bwk sufiya pg ampang puteri la.alhamdulillah cepat baik dari pegi 4 klinik!!!adeess..

    ReplyDelete
  4. aduhai kesiannye zarin. mudahan zarin cepat sembuh yea.

    ReplyDelete
  5. aduhhh mmg risau tu sbb mende yg melibatkan mata...hrp semuanya ok nnti...

    ReplyDelete
  6. Semuga tak der apa2 yg serius pada mata Zarin..

    ReplyDelete
  7. kesiannya Zarin...x sangka ye boleh melarat, selalunya cepat aje sembuh

    get well soon zarin!

    ReplyDelete
  8. ya Allah, kesian zarin...aku tumpang simpati..ko banyakkan sabar dan teruskan berdoa ye..

    semoga zarin cepat sembuh...amin...

    ReplyDelete
  9. padanlah lama ida senyap..
    zarin cane skang?harapnya da bertambah baik..

    sian nye... =(

    ReplyDelete
  10. biasa sakit mata ni seminggu aje, tak sangka skit mata ni boleh memudaratkan eh....:-(

    lama jugak 3 hari 2 malam! :-(

    ReplyDelete
  11. aduhhhhh... get well soon ya... ciannyer eB tgk... cam dpt raser sktnyer camner..hu3

    ReplyDelete
  12. kak ida.. sian alen.. ingtkan dh baik aritu.... smpi masuk wad ni ?? hope tkde apa yg lebih teruk ye, hope alen cpt2 baik...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih pada semua kawan-kawan yang mendoakan Zarin. Alhamdulilah Zarin dah sembuh. Tapi mata masih lagi sepet sikit. Mungkin ambil masa juga nak pilih sepenuhnya.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...