Tuesday, July 12, 2011

saya yang sakit mata

Sebelum ini saya menceritakan yang zarin sakit mata, tapi sekarang saya pula yang sakit mata. Sebenarnya sakit mata (conjunctivitis) ada beberapa jenis. Yang biasa kita dengar ialah Bacterial conjunctivitis dan juga viral conjunctivitis.

Menurut Doktor, kalau jenis Bacterial conjunctivitis, dia akan baik dalam tempoh 2-3 hari. Malangnya kami terkena viral conjunctivitis, yang memakan masa 1-2 minggu untuk sembuh dan ada sesetangah kes sehingga 6 minggu.





Memang sakit sangat, mata rasa tak selesa, berair, merah dan alah kepada cahaya. Mula-mula masukkan ubat titis tersangatlah pedihnya, hingga saya melompat-lompat dan nak terkucil serta menangis kerana tersangatlah pedih. Tidak hairanlah jika kanak-kanak sekecil zarin meraung bagai nak rak!



Sepanjang sakit mata, doktor menasihatkan saya supaya tidak melakukan sebarang jenis kerja rumah, memasak, menonton tv, membaca surat khabar dan sebagainya. Memang mata saya perlukan rehat yang secukupnya.


saya pastekan beberapa info berkaitan viral conjuntivitis ini

How long will the effects last?


Viral conjunctivitis usually gets worse 5 to 7 days after the first symptoms. It can get better in 10 days to 1 month. If only one eye is affected at first, the other eye may become infected up to 2 weeks later. Usually, if both eyes are affected, the first eye has worse conjunctivitis than the second.


Untuk maklumat lanjut, saya linkkan beberapa perkara berkaitan viral conjuctivitis untuk pengetahuan kita semua bagi mencegah diri kita daripada terkenanya memandangkan memang menjadi musim sekarang ini.

1. Viral or Bacterial Conjunctivitis
2. Conjuctivitis
3. Viral Conjunctivitis Symptoms
4. Conjunctivitis

14 comments:

  1. Salam Ida,

    Ya Allah merahnya mata Ida...uikss semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. aduh mcm terasa2 keperitannye tu...sbr k ida..moga cpt sembuh...

    ReplyDelete
  3. teringt mase sufiya kene...mase dia nangis izwa pun nagis jugak....huwaaa....
    sian kamu zarin & ida...

    ReplyDelete
  4. orang kata..kalau tak mau berjangkit..kene jelir kat orang sakit mata tu...cheqna dah jelir dah ni..
    huhuhu moga2 cepat sembuh ye =)

    ReplyDelete
  5. aiyokkk..."sakit montot"...
    hehhehe..org tua2 kata kalo nmpak org skt mata,kena ckp skt montot! :D

    get well soon jugak to mama zarin...

    mmg seksa kan skt mata? huhu....

    ReplyDelete
  6. ida,
    tengok gambar je pun boleh buat terasa pedih mata ni haa... hehe..

    ReplyDelete
  7. alahai.. tengok gambar kak ida ni pun dah podih mata jue.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. uishhh! merahnya! samapi k.diana pun turut berair tgk mata da...:-(

    ReplyDelete
  9. kena duduk rumah n kena kuarantin nie....ikut aje pesan dr tu...jangan buat kerja...kena rest...

    ReplyDelete
  10. alamak! berjangkit ke ida pulak ek?

    semoga cepat sembuh ye..tcare!

    ReplyDelete
  11. alahai..siannya ida
    moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  12. semoga ceapt sihat...sakit mata memang sselalu berjangkit...

    ReplyDelete
  13. aduiiiii.....rasa sakit pula tengok mata ida tu..huhuhu...semoga cepat sembuh.
    agak2 berapa lama lagi tu datang ofis style 'Datin Vouge' ...hehehe

    ReplyDelete
  14. adusss..
    seksa beb sakit mata gitu..
    pedih kalo kena angin..
    moga2 cpt sembuh, kena perintah berkurung la yer.. ada yg ckp, sakit mata leh merebak kan??..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...