Thursday, July 21, 2011

shopping pre-raya

Majoriti ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Segala-galanya mesti baru. Teringat masa kecil dulu, dari atas sampai bawah nak baru, luar dan dalam. Tabiat tersebut dah terbawa pula hingga ke besar dan menjadi mak orang pun :p




Baru-baru ini kami ke Pavillion untuk membeli persiapan pre-raya untuk Zarin. Biasalah bila dah ada anak ni, memang anaklah yang menjadi fokusnya. Mama dan papa tunggu dekat-dekat nak raya, tapi bila ada yang berkenan disambar juga, kihkihkih.




Sebaik sampai kami terus ke Carl's Jr. Teringin nak makan fries dia yang sedap itu. Suka makan di sini sebab suasananya memang sesuai untuk budak yang aktif macam zarin. Kalau di OU, ok juga tapi orang ramai dan kalau MV, langsung tak boleh makan bila Zarin asyik keluar dan orangpun konfemlah ramai jugak! Memang serik untuk ke Carl's Jr. MV, cukuplah sekali.

Bila perut kenyang diisi, hati pun gumbiralah untuk menyopping. Maka misi untuk mencari baju Zarin pun bermula. Dari satu kedai ke satu kedai dijelajah. Zarin pun tersangatlah sporting untuk menerai baju dan seluar. Dan paling best Zarin memang sepenuhnya duduk di stroller sambil melihat kartun kegemarannya Boboiboy. Yang tak bestnya, mama kena tolak stroller! Kalau tidak sure patah pinggang papa nak berdukung. Kalau mama memang gigil lutut dan dah beberapa kali tergolek masa dukung Zarin, ekekekekeke.





Susah juga bila shopping baju anak ni, mama berkenan, papa pula tak berkenan, bila papa berkenan mama pula yang tak berkenan. haisssshhh! Tapi alhamdulilah, dapatlah juga beberapa helai baju untuk Zarin yang dirembat di Pavillion.

Selepas puas berjalan di Pavillion kami ke OU pula. Seronok bila suami isteri suka jalan dan window shopping ni :) . Di sana pun sempat juga merembat beberapa helai baju dan jeans untuk Zarin. Kali ini kami tak cerewet, taste mama dan papa sama kali ini. eheheheheheheheh. Syukur, kalau tidak jenuh juga.

Bila sampai rumah, tengok bil rupa-rupanya lari bajet yang telah diperuntukkan, hahahhahahahaha! Memang selalu lari bajet bila tiba bab beli barang anak nie. Sekarang boleh dikatakan 60% persiapan untuk zarin dibeli, tunggu next shopping pula ya.

pssst: sedih sebab tempahan baju raya mama ditolak, kena buat misi mencari baju ready made la pulak, sob-sob!

28 comments:

  1. adoyaiiii..part jilat tgn tu yg tak tahan tuh!!! :)

    ReplyDelete
  2. belum shopping lagilah...huuhh

    ReplyDelete
  3. bestnya dah start shopping raya..mmg btul tue..keperluan anak2 diutamakan...:D

    ReplyDelete
  4. belum start lagi..nx week bru nak gi carik kain sib baik SIL boleh jahitkan

    kalau wina lak, bab shopping nie mmg 100% keputusan wina...tanya hubby ok tak, jawapan dia selalu ok aje heheheeee

    cakap pasal budget, tahun nie budget lagi up sebab dah 2 orang anak huhuhuuu

    ReplyDelete
  5. skang memang tailor dah tak amik tempahan baju...

    ReplyDelete
  6. bestnye masing2 sporting bab2 window shopping.

    dan yang lagi best zarin nak kan duduk stroller alahaiii bagus betul zarin.

    ReplyDelete
  7. bagus buat prepartain awal2 ni kan...akk belum lagik...ada aje halangan bila nak kuar soping...

    ReplyDelete
  8. dulu akak rajin gak makan burger kat Carl's Jr....dulu kat kotaraya ... sekrg susah nak cari...... kat pavilion pun ada? akak tak perasan lak sebelah mana...... ni kena cari ni nanti.....

    ReplyDelete
  9. haha..i pun kekadang camtu gak lain2 pendapat...tapi biasanye i yg decide suma kekeke

    ReplyDelete
  10. wah... dah start shopping raya...
    biasa lah, dah ada anak, bajet banyak untuk anak je lah... :)

    ReplyDelete
  11. wow, dh shopping2 for raya??? dh sale besorrr ke kak???

    ReplyDelete
  12. wooo..satu persiapan nak raya pon tak mula lagi..

    ReplyDelete
  13. :: Mrs.Eady :: buruk benor mama makan ye, langsung tak jaga protokol :p

    ReplyDelete
  14. Norazrani Maamin : shoping tak terancang ni. sbb dah lama x ukur mall, bila dh keluar terus shopingla. mmg kena beli sikit2, kalau sekaigus fengsannn!

    ReplyDelete
  15. Vna Sandhu: untungnya ada yang nak jahitkan. Zarin dan papa tempah kat bak je la kot, harap2 nak amik lagi. yang risau baju mama je, sob-sob.

    Betul tu vna, seorang dh byk, kalau bedua mesti bertambah byk. Takpe dekat raya ada sale :)

    ReplyDelete
  16. MAPPIAU: hahaha, jgn tatau kami mmg kuat jalan2 ukur mall nie. sejak dari bujang sampai la dah beranak pinak. seronok cuci mata, kempiskan poket :P

    ReplyDelete
  17. Eye_nee: takpe kak, ada amsa sebulan lebih lagi ni. Kena sikit2, baju budak mahal2, kalah baju org dewasa, kalau sekaligus fengsannnn!

    ReplyDelete
  18. Shahayu: dia duk tepi dan hujung, bawah sekali sebelah KFC. memang kami selalu mkn situ, dan sizenya burger mmg amerika punya!

    ReplyDelete
  19. gee ryder: best la gitu. baju jln2 mmg byk papa yg pilih, kalau baju hari-hari mmg sepenuhnya kuasa di tgn mama, hihiih

    ReplyDelete
  20. sya: kak sya itulah, anak diutamakn. naka mesti nampak hensem bergaya di hari raya :P

    ReplyDelete
  21. FIFIEY LYCHEE MARATION: sikit2 beli. kalau sekaligus fengsann la dik! tak pasti pula sales besaran ke tak. Tapi ada juga yang sales ;)

    ReplyDelete
  22. Krsty Pinky: takpe, baby gurl byk choice, kalau boy ni, faham-faham je sob-sob. Kena beli sikit2, bulan posa nanti takut fenat!

    ReplyDelete
  23. cakap pasal Bak Tailor, ni bisnes family belah my FIL...my SIL keje sini dulu bertahun² tp sekarang duk rumah amik tempahan :-)

    ReplyDelete
  24. Vna Sandhu : yeke Vna? bestnya, agak-agak SIL nak amik tak aklau tempah baju Melayu zarin :)

    ReplyDelete
  25. lega dah shopping awal ye idazs, kak ida lum shopping lagi ni....adussss

    ReplyDelete
  26. lololo... saPA suh last minit tempah baju kurung ni... hehehe... shopping mmg best kan !

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...