Monday, July 11, 2011

Tiga hari dua malam

Sebaik saja dimasukkan antibiotik, zarin terus muntah. Kemudian memang meraung sakanlah apabila dimasukkan ubat titis Tabrodex, memang ubat yang paling kuat menurut doktor. Alhamdulilah, sekali titis selang beberapa jam, Zarin sudah boleh membuka sedikit matanya. Memang tersangat lega saya, terus bayangan "mencuci mata" hilang dari ingatan.



Kami ditempatkan di bilik 635 yang berhampiran dengan playland. Apalagi, setiap masa Zarin mahu duduk di situ. Satu lagi tempat yang disukainya ialah kedai! arggghhhhh!!! sungguh tensen bila kejap-kejap ke kedai, kejap-kejap ke kedai. kalau boleh mahu angkut satu kedai masuk bilik. Budak tak sihat layankan saja.




Menurut Dr. Lim, mata Zarin akan semakin terbuka, tetapi perlu dipantau. Tobradex yang diberikan itu memang tersangat pedih, sebab itulah Zarin menangis. Namun risau juga, apabila Dr. Lim berkata, jika matanya tiada perubahan, Zarin akan diberikan suntikan di punggung.




Hari-hari berlalu di hospital dan keadaan Zarin bertambah baik. Kalau boleh mahu cepat keluar. Siapa yang suka duduk di hospitalkan?



Semasa dihospital juga, mata saya turut berjangkit dengan Zarin. Sudahnya merah sebelah mata dan bengkak dan doktor sarankan saya boleh berkongsi ubat dengan Zarin. Tapi kalau boleh janganlah saya pula yang masuk wad, cukuplah zarin seorang. Tiga hari dua malam seolah-olah sebulan.

Apapun, jika terkena sakit mata, janganlah ambil mudah, lebih-lebih lagi melibatkan matakan??

Esok, zarin ada follow up dengan doktor Lim. Harap baik-baik saja, amin-amin.

12 comments:

  1. tutup dah mata zarin yang sebelah tu, bimbang nya kalau anak-anak yang sakit....apa2 pun, harap follow up zarin ngan doktor Lim, okey!

    ReplyDelete
  2. mmg stress kalau kena dok wad lelama...hrp zarin cpt sembuh.mamanya jugak :)

    ReplyDelete
  3. mudahan apptnment nanti da ok semuanya.

    btw,apa nama sakit ni?asalnya dari sakit mata melarat ke atau mmg ada sejenis penyakit mata yang lain selain conjunctivitis atau tembel atau apa2 la..?

    ReplyDelete
  4. mater? betol... sdgkan mkiter yg dh tua nih pn sakit ya ampunnnnnnnn...
    get well soon yer :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukurrr zarin dah sihat.

    ermmm sakit ape2 pun memang kite jangan amik mudah kan.

    mudahan ida sekeluarga sihat hendaknye.

    ReplyDelete
  6. dieyana- tu dah buka sikit kak. aritu mmg tutup terus dan bengkak. pastu keluar air mata. mmg kesian sgt. kalau anak sakit mmg jgn ambil mudah. Biar terlebih risau pun tak apa

    ReplyDelete
  7. Ratusiput: alhamdulilah Zarin dah ok. Terima aksih banyak2 kerana mendoakan kami sekeluarga.

    a'ah, aritu kami amik blik share. Yang geramnya famili roomate kami tu anak sorang je yang sakit tapi semua kaum kerabat angkut tido sana. Pastu anak-anak dia pulak jenis yang agak buas. Pukul 2-3 pagi duk goncang katil, besi katil keletung keletang, aisssssh sabo je la.

    ReplyDelete
  8. ashra, mmg conjuctivitis. Tapi dah ada jangkitan kuman dan bengkak. Yang kak ida agak hairan, mata zarin dan kak ida ni tak adalah bertahi yang bertempek tu. Tapi mmg sakit. Bila letak tobradex tu rasa macam curah cuka kat tangan yang kena pisau, pedih sampai nak terkucil!

    alhamdulilah dah makin ok kami :)

    ReplyDelete
  9. eB, tq so much. mmg sakit. budak2 lagilah terasa sakitnya, huhuhuhu, mmg musim sakit mata sekarang nie

    ReplyDelete
  10. MAPPIAU : itulah. lebih-lebih lagi mata, tempat yang sangat sensitif. apepun terima kasih mendoakan kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  11. semoga follow up zarin yg berikutnya akan okey...Amin..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...