Friday, August 12, 2011

cara merawat chicken pox

Terdapat pelbagai cara dan petua yang sering diamalkan untuk merawat rasa gatal dan miang chicken pox. Salah satu daripadanya ialah ubatan dari klinik. Zarin diberikan ubat demam kerana badannya sedikit panas, ubat tahan gatal dan juga calamine lotion.



Calamine lotion ini turut saya beli di farmasi dan masuk botol yang ketiga dah pun. Jadinya sepanjang terkena chicken pox, zarin akan dibedakkan seluruh badan. Calamine lotion yang bersifat sejuk dan berangin dapat mmbantu Zarin menghilangkan rasa gatal dan miang. Tapi bercinta juga nak sapukan calamin lotion ni. Asyik meraung cakap sakit dan pedih. Tapi sekejap je la meraungnya, kemudian aktif balik bermain.




Untuk rawatan tradisional pula, saya gunakan daun semambu dan juga daun kangkung. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga saya letakkan di atas tilam Zarin yang telah dialas dengan kain sutera bagi mengelakkan rasa miang dan gatal.

Dari segi pemakanan pula, apabila bintik-bintik telah keluar sehingga ke kaki, bolehlah diberikan air kelapa yang dicampur dengan sedikit garam. Saya dan Zarin pula mestilah berpantang terhadap telur, ayam, seafood dan juga beberapa makanan lain. Tetapi sedikit tercabar kerana telur dan ayam lauk kegemaran Zarin.

Keluarga saya di kampung juga turut mencadangkan kami mengambil air penawar, tapi di sini, tak tahu pula nak ambil di mana.



Zarin pula, sedikit sebanyak meragam juga. Selepas sapu calamine lotion, nak biarkan dia tidak berbaju, tetapi meraung pula. Kes budak tak suka kalau tak pakai baju. Kuku pun sentiasa dipotong kerana Zarin kerap juga menggaru.

Soal pantang larang juga ada yang saya ikuti. Antara yang sinonim dengan chicken pox ialah jangan terkena hujan dan makan kicap, dikhuatiri akan meninggalkan parut berlekuk dan hitam. Yang lain-lain pula, jangan memasak dan menggoreng ketika anak berada di dalam rumah. Sudahnya beberapa hari ini asyik makan siakap stim, itu pun guna microwave. Ada yang cakap jangan bagi mandi, jangan beli buah-buahan dan bawa masuk dalam rumah. Apepun terpulanglah pada kita sama ada nak ikut ataupun tidak.

13 comments:

  1. pantang dan larang tu terpulangla samada nak ikut ke dok kak....
    janji zarin sihat =)

    ReplyDelete
  2. calamine lotion tuh kena biar krg dolo kan baru leh biarkan drg.. kalo x, tersapu mater pedih ooo... hu2

    ReplyDelete
  3. cian ensem boy sorang ni...moga cepat sembuh yer sayang...

    btul tu,bab2 pntang larang tu mana yg logik bley la ikut huhu...kita usaha je kan..semua atas izinNya...

    ReplyDelete
  4. kat rumah kami pun sentiasa ada celamine lotion, 2 beradik tu, kdg2 kulitnya sensitif, gatal2, bila sapu tu, sejuk....

    apa2 pun, moga zarin cepat sembuh!!

    ReplyDelete
  5. moga cepat sembuh..

    elakkan makanan yang berunsur gatal.. macam seafood dan ikan2 yang gatal...

    ReplyDelete
  6. alololo siannyer zarin. Anty doakan mudahan zarin cepat sembuh yea. Nanti boleh main sepak bola ngan irfan hehehee

    ReplyDelete
  7. yup pantang tetap pantang utk kebaikkan..

    ReplyDelete
  8. saya baru kene hari ni.....uwaaaa......umur dah 25 baru kene....seksanya bila gatal.....tangan ni ringan je nak mengaru....

    ReplyDelete
  9. sya pulak baru abis seminggu kene chickenpox,,tp muka ada bekas hitam2 dan berlubang,,dah tak cun cedewnya!!

    ReplyDelete
  10. sya pulak baru abis seminggu kene chickenpox,,tp muka ada bekas hitam2 dan berlubang,,dah tak cun cedewnya!!

    ReplyDelete
  11. info yang bagus la. anak saya baru kena leh la saya praktikkan pantang larang tu. cian tgk dia tahan gatal tu. meragam je.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...