Thursday, August 4, 2011

Hingga bertemu lagi

Setelah berfikir semasak-masaknya saya akhirnya telah berhenti mengepam susu di ofis sejak tiga minggu yang lalu. Terasa sedih pula terpaksa meninggalkan beg kecil saya yang telah bersama hampir 2 tahun 9 bulan.

Inilah rupa breast pump yang menjalankan tugas sepanjang menyusukan Zarin.




Saya nekad berhenti mengepam setelah berfikir umur Zarin yang telah meningkat ditambah pula susu yang semakin merudum. Walaupun telah berhenti mengepam, ini tidak bermakna Zarin telah berhenti menyusu badan. Alhamdulilah sehingga hari ini Zarin masih lagi melekat dengan saya. Daripada pengamatan, Zarin bukanlah minum susu sangatpun, namun lebih kepada habit.

Walaupun begitu, saya masih berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk Zarin bercerai susu. Terasa sayang pula, pasti selepas ini saya rindukan saat-saat menyusukan Zarin. Oleh sebab itu, buat sementara, biarlah Zarin melekat dengan saya, Insyaallah, selepas hari raya Aidilfitri nanti saya akan cuba ikhtiarkan untuk bercerai susu.

Kadang-kadang saya bertanya Zarin

"Ada lagi ke susu mama ni yang zarin asyik nak nenen je?"

Lantas Zarin menghisap kuat-kuat dan kemudian membuka mulut

"Ni ada nenen, tengok!" sambil menunjukkan susu di dalam mulutnya yang telah tumpah itu. hihihhihihi

Nampaknya, sampai di sini sajalah saya membimbing beg kecil itu, Insyaallah saya akan kembali aktif mengepam seandainya ada rezeki untuk Zarin mendapat adik. Amin!



Selamat tinggal beg kecil comelku
Terima kasih atas khidmat yang telah kauberikan
Jasamu tidak akan dapat kubalas
Mana mungkin daku dapat melupakanmu
Akanku simpan dirimu sebaik mungkin
Hingga bertemu lagi di lain waktu.......

30 comments:

  1. Moga ketemu lagi dgn beg comel tu, insya-Allah, mudah-mudahan.

    Wafiy pun gitu jugak, lebih kepada nk melekat, bila ditanya ada ke lagi susu mama ni, terus aje buka mulut, ckp, "ada ada, ni!" >_<

    ReplyDelete
  2. tahniah..
    bestnya dpt bf anak selama itu:)

    ReplyDelete
  3. syahdunyeeee...ini la jugak perasaan yang saye alami. Cume bezanye saye dah tak pam susu lagi sejak setahun yang lepas.

    Tapi sampai umur irfan 3 tahun die masih lagi nyenyen. Memang dah patut sangat pun bercerai susu badan. Tapiii diri sendiri tak ready lagi untuk tuh hehehehe.

    (ni kes omak eh yang hover ni hiks)

    ReplyDelete
  4. sedih pulak....huhhuuu..teringat mase stopkn syahmi sb dh pregnantkan sufiya...

    sediiih......harap berjaya dlm perancangan yg di rancang :)

    ReplyDelete
  5. sayu baca tp nk ucap tahniah kat ida sbb berjaya susukan zarin dlm jangka masa yg lama...

    semoga beg itu akan berdamping semula bila zarin dpt adik nnt... =)

    ReplyDelete
  6. kak
    kena cepat2 dapatkan adik untuk zarin r..baru tak berpisah ngan beg kecik tu =)

    ReplyDelete
  7. mmg berat hati kan masa memula nk pisahkan dia dr susu badan tp tahniah jugak sbb amik masa yg lama menyusukan badan utk zarin.

    ReplyDelete
  8. sedihnyer.....zaipun dah tak membuat sesi pemerahan di opis...cuma kat rumah tu adam memang melekat ajelah kerjanyer....emak pun ade tanya jugak bila nak ceraikan susu sebab adam dah 2 tahun lebih...zai kata nantilah dulu...rasa sedih bila nak ceraikan susu tu...

    ReplyDelete
  9. betul ker susu badan ni selagi ada permintaan selagi itu ada penghasilan susu..

    ReplyDelete
  10. sedihkan bila nak bercerai susu. bertuah ida dpt susukan zarin sampai dekat 3 thn. akak ni hanya bebrapa bulan aje

    ReplyDelete
  11. nk bercerai susula dugaan yg sgt hebat bagi eB.. x thn eB tgk aerish menangis 2 nk nenen... eB curi2 gaks bagi. takot shah nmpk.. hu2

    ReplyDelete
  12. huhu..ade la tu...kite je rase macam dh takde susu..

    lame jugak di menyusu. smpai 2 tahun lebih..

    eh bile nk beranak lagi ?
    hihi

    ReplyDelete
  13. wah tahniah kak lame akak susu kan zarin..menjadi contoh kepada bakal2 ibu...he..he

    ReplyDelete
  14. adoii konpem rs rindu sgt2.. rs cam ada yg xkena plak dlm senarai beg nak kena pikul hr2. hehe..

    ReplyDelete
  15. - dieyana -: insyaallah, jomla seklai, boleh checkup sama-sama, kihkihk

    ReplyDelete
  16. wida: alhamdulilah, terima kasih. Itupun pelbagai halangan juga

    ReplyDelete
  17. MAPPIAU: hahahah, bab mama yang terhover tu mmg setuju, rasa cam nak, tp berat ati pulak. tgkla camne berjaya ke tak, kihkihkih

    ReplyDelete
  18. :: Mrs.Eady ::x dpt bygkan, zarin kalau cakap amboi pun dah sebek, ni x bg nenen bertambah sebek la kot eh.

    insyaallah, amin

    ReplyDelete
  19. ~izan~: tq izan, alhamdulilah rezeki.

    Amin-amin insyaallah seronok dgr kwn2 dapat baby lagi

    ReplyDelete
  20. cheqna: hahahahha, insyaallah, ntah2 saing2 sama cheqna nanti. eh cheqna bila nak langsungnya?

    ReplyDelete
  21. ratusiput: itulah, papa zarin kata

    "Mama cam taknak cerai susu je" huhuhuhuhu

    terima kasih, rezeki dari Allah, alhamdulilah

    ReplyDelete
  22. zaidah: itulah, ramai yang duk tanya dan tak kurang juga yang seolah2 tak senang. tapi mls nak cerita.

    Sedih tu memang sedih, rasa mcm x sanggup pulak. Biala dia cerai sendiri, ada tak kes gitu?

    ReplyDelete
  23. Riri Yoorin: setahu saya camtu la. lagi byk ransagan lg banyak susu, wallahualam

    ReplyDelete
  24. ♥MAMASYAZA♥: itulah, rasa sedih sgt, tu yang asyik duk ngelat bila nak try cerai susu tu.

    alhamdulilah, rezeki.

    Takpe mamasyaza, insyaallah next baby pasti boleh, jgn sedih2 ya :)

    ReplyDelete
  25. eB ezrin: itulah, tataula camne nanti. bglah tips sikit masa cerai susu dulu?

    ReplyDelete
  26. .:mUnies:.: itulah, dulu target 2 tahun je, tapi setiap kali pam ada je hasilnya terus tunda-tunda hinggalah zarin nak amsuk tiga tahun beberapa bulan lagi. hahahahha

    beranak lagi? entahla, kalau ada rezeki alhamdulilah. kena kerja keras sikit la kot :P

    ReplyDelete
  27. .:mUnies:.: itulah, dulu target 2 tahun je, tapi setiap kali pam ada je hasilnya terus tunda-tunda hinggalah zarin nak amsuk tiga tahun beberapa bulan lagi. hahahahha

    beranak lagi? entahla, kalau ada rezeki alhamdulilah. kena kerja keras sikit la kot :P

    ReplyDelete
  28. Murni Delights: alhadulilah rezeki anak vill, eh, malulah nak jd contoh, kak dia ni biasa2 je. hahahahahha..

    btw, insyaallah kalau yg bertanya, pasti akan jawab setakat yang tahu :)

    ReplyDelete
  29. MyKhalish : itulah, kadang2 sebelum balik2 carik2 beg dalam bilik file, last2 baru teringat, eh aku x pam dah la. hahahahah

    ReplyDelete
  30. bagusnya sampai 2 tahun lebih.. saya sempat setahun lebih je.. insyaallah utk si adik, de rezeki lagi ni..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...