Friday, September 23, 2011

Beraya di Queensbay

Bila berkumpul rasanya tidak sah kalau tidak ada acara merayap ke shopping complexs, makan-makan. Adik-beradik kaki nyoping dan kaki makan, gitulah kekdahnya, penyakit keturunan agaknya, kihkihkihkihkih...

Hari raya ketiga kami semua ke Queensbay Penang. Perancangan awal mahu menginap di sana, mahu ke Bukit Bendera, mahu bercanda di tepian pantai Batu Feringghi, mahu ke situ, mahu ke sini, sudahnya hanya melekat di Queensbay! Itupun rasa macam tak cukup lagi, perlu bermalam di Queensbay baru puas hati!

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 12 tengah hari. Rasanya ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini.





Sebaik sampai, bila kanak-kanak ribena ramai, (padahal 4 je) tempat pertama yang dituju adalah ToysRus. Jika tak ke sana, memang ada je muka kanak-kanak yang seperti sembelit! ha, sape tu?? jeng! jeng! jeng! Bila dah dapat yang dihajati, barulah mak bapak boleh shopping dengan aman. Shoping lepas raya :P





Selepas itu, jumpa pulak benda alah ni. Aduiiiiiii! Hampir sejam di sini, semua benda nak naik dan ulang naik. Takpa, bagi chance kat budak-budak happy dulu.





Bila dah penat bagi lagi peluang kat anak-anak makan ais krim dulu. Bila dah settle semua bahagian anak, mula la kami mengganas. Budak-budak, duk diam-diam. Ingatkan shoping lepas raya, best! Rupanya tak best sebab banyak benda habis. Kedai gas hampir kosong jeans di raknya. Kedai gek pun sama, begitu juga kedai-kedai yang lain. Kasut pun seme tak de size. Memang raya sakan tahun ni, agaknya. Tapi tak adalah kami tak membeli langsung, pendek kata penuh juga satu troli. Kalau sangkut di dua stroller konfem terbalik stroller. hahahahahahaha





Dan sebelum balik, part yang paling best, sempat juga kami menyinggah di kedai bling-bling. Masing-masing isteri senyum sampai ke telinga bila dapat bling-bling, lip lap-lip lap anak mami. hahahahahahaha, tak rancang tapi terbeli, opsssssss!!!

Sebelum balik ke Alor Setar, sempat lagi kami menyinggah di capitan, makan roti naan, kemudian ke padang kota makan pasemboq dan kerang bakar. Kemudian nak singgah lagi makan mee udang, tapi perut dah full sangat, so batalkan saja niat itu.

Yang lucunya si emy berkata " jom kita p ghani pulok"
"Ghani???"
Opss rupanya Gurney, dia sebut Ghani.. hahahahahha.. Tak sempatlah sayang, next time kita datang lagi ya. Tapi saya suka Penang, sebab makanan sedap-sedap, opssssss!!!!

7 comments:

  1. aduhaiii biler la daku nk smpai penang ni??

    ReplyDelete
  2. "bagi budak2 dulu, baru mak budak mengganas", setuju sgt!!

    ReplyDelete
  3. akak pun sama, kalo nak shopping baju raya anak2, mesti pegi QBay

    ReplyDelete
  4. insyallah hujung tahun nie nak gi penang..nak naikkan berat badan yang sememangnya dah overdos nie kekekeekekek

    ReplyDelete
  5. dah lama jugak tak pegi penang.last pegi dulu masa abang kawin 10 tahun lalu :)

    ReplyDelete
  6. wahhh...siap dpt bling2 lagi...
    fuhhh!!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...