Tuesday, September 27, 2011

Hampir Hilang???

Tersangat ngeri apabila membaca kisah kanak-kanak hilang, Lagi seram sejuk apabila mendengar pengumuman di shopping complexs yang meminta ibu bapa kepada sekian-sekian untuk datang mengambil anak mereka.

Baru mendengar dan baca dah takut inikan pula jika bakal terjadi pada diri sendiri. Hampir tercabut nyawa ok!

Baru-baru ini ketika ke Queensbay, Zarin bersembunyi dan pendek kata saya dah terfikir yang dia HILANG!

Nak dijadikan cerita, seperti biasa Zarin akan berjalan dengan sepupu-sepupunya dan diawasi oleh kami. Baru sebentar tadi dia ada di depan mata, tiba-tiba TAK ADA!

Apabila abang saya bertanya, Zarin mana???

Terus saya panik! sepupu-sepupunya pun tak tahu. Serius berlaku sekelip mata!

Terasa gelap dunia dan hampir pitam, nafas seakan-akan berhenti apabila toleh kiri dan kanan dipenuhi kelibat manusia tanpa kelibat Zarin! Muka kami semua memang pucat lesi.

Automatik terus terkeluar suara "jantan" saya menjerit "ZARRRRINNNNNNN" memenuhi ruang tingkat bawah Queensbay!Air mata dah bergenang dah masa ni.

Cari punya cari, tiba-tiba terdengar suara halus "Zarin kat sini!"







Masyaallah!!Rupa-rupanya dia bersembunyi dibalik stand/gegantung kedai tersebut!

Terus saya mendapatkannya sambil memeluknya erat! "Zarin buat apa kat sini?" (Memang sebak dah masa ni)

"Mama pi sana! jangan kacau, Zarin nak beyak ni! Yang ni tak bagus!" sambil terus berdiri dibalik stand tersebut!

Aduhaiiiiii, rupa-rupanya dia buat 'projek' di balik stand tersebut! Hampir pengsan kami dibuatnya.

Serius, memang ngeri bila diingat!

7 comments:

  1. memang ngeri..wina pun ade jugak beberapa kali fikir Kira hilang kat supermarket atau mall, tapi rupa²nya dia ade jek kat situ...

    lagi satu, Kira nie suka lepas tangan tetiba & lari...itu yg buat wina lg risau nak bawak dia mane² tanpa hubby untuk tolong tengokkan

    ReplyDelete
  2. eB pn pernah g2... mmg pucat ar muker.. kalo toreh x der darah punyer.. tup2, aerish tgh sebok pilih dress. hu3

    ReplyDelete
  3. huwaaaaa harus berderai air mata kalau hilang sekejap je pun...

    ihikss tapi nk tergelak la pulak bila tau dia tgh buat 'projek'..:D

    ReplyDelete
  4. mmg perangai anak2 akak sama gak, masa kecik2 dulu kalo nak beyak, mesti merata depa sembunyi, bwh meja la, blakang langsir la. bila panggil tak nak menyahut, buat mama sakit jiwa aje tau

    anyway, anak sape tu yg pompuan, so cuteee

    ReplyDelete
  5. memang ngeri kan...aku dah alaminya masa ke sogo ari tu..

    ReplyDelete
  6. aduyaiii...sakit jiwa kan kalau tetiba anak hilang.
    aqeel pun sama suka menghilangkan diri huhuhu

    ReplyDelete
  7. uiiii memang gegel oh kalau cenggitu ishhh..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...