Wednesday, September 14, 2011

Hilangkan parut chicken pox

Masih lagi berkisar tentang chicken pox walaupun dah hampir sebulan lebih Zarin mengalaminya. Tapi kali ini berkaitan dengan parut yang ditinggalkannya.

Sedih tengok muka anak teruna I tau! Parut tu masih muda dan nampak macam merah-merah sikit. Kalau hari cuaca ok, tak adalah nampak sangat, tapi kalau cuaca tak berapa baik, maka akan nampak comotlah muka anak teruna I tu, sob-sob.






Ada yang kata, "alah budak-budak tak apa, nanti dah besar kulit meregang hilanglah parutnya itu." Memang saya setuju, tetapi sebagai ibu rasa cam tak berapa best tetap ada.

Sebagai ikhtiar, saya sapukan bio oil pada parut Zarin. Baru beberapa hari, kesannya tak nampak lagi. Berdasarkan penerangan ahli farmasi mungkin mengambil masa 2-3 bulan juga. Itupun mestilah pakai ikut aturan. Jangan pakai bila ingat je! :P







Nampak macam best juga bio oil ni, penggunaannya pun pelbagai. Harap berkesanlah untuk parut Zarin. Insyaallah :)

Eh, nak tanya, sampai bila budak yang kena chicken pox perlu pantang makan telur dan kicap ya? Almaklumlah, Zarin ni hantu telur dan kicap, dan saya masih berpantang lagi untuk zarin menikmati dua benda ni. Cumanya kadang-kadang hampir kalah juga bila dia menangis nak makan telur dan kicap. Tapi buat hati kering! :(

pic bio oil from : httpwww.lifestylelog.nluploadedbiooil.jpg

9 comments:

  1. ha, ramai yang cakap bio oil ni bagus! utk wanita mengandung pun elok tu....

    ReplyDelete
  2. bagus eh? nk try la.. parot eB dari kecik leh ilang ker eh? hu3

    ReplyDelete
  3. itu ler pantang nyer hhuhuhuhu...but bio oil terbaik!

    ReplyDelete
  4. tok umi slalu pesan, jgn makan kicap nanti parut tak hilang
    pastu jgn bgi kena hujan selagi tak berbedak.
    berbedak tu maksudnya bila dia dah sembuh demam campak tu, org tua2 akan cari daun yg sejuk cam daun bunga raya, blend ngan bedak sejuk, sapu seluruh badan. tak tau le kat tempat ida, ada lagi tak petua camni

    ReplyDelete
  5. x tau la plak sampai bila..
    dan bio oil ni memang bagus...

    ReplyDelete
  6. izan ada beli bio oil utk parut minyak panas tp sbb tak disiplin,maka tak hilang2 lagi hihi..

    lepas ni ensem balik la zarin..eh skrg pun ensem jugak =)

    ReplyDelete
  7. dua2 anak saya tengah kena chicken pox....sedih tengok anak. teruk betul kan???

    ReplyDelete
  8. saya nk cuba bio oil ni..baru nk sembuh..dah tua baru nak kena chicken pox..dah smggu x sentuh ank2..tgk dari jauh je..:(

    ReplyDelete
  9. As salam..nice blog awak..salam perkenalan..saya suka baca..jom baca entry blog saya pasal parut chicken pox :)
    http://rinnran.blogspot.com/2013/09/herbal-blend.html

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...