Friday, October 7, 2011

Demam berjemaah

Terasa lama sungguh tak update blog. Masa sangat mencemburui saya, ehehehehehehehehehe...alasan nak cover penyakit M.

Sebenarnya minggu lepas minggu yang tersangat busy dan kami pula demam berjemaah...achummmmmmmm!!!!tengok, Masih ada lagi saki baki demam ni. Memang jarang kami demam berjemaah, biasanya Zarin, kemudian baru yang lain-lain amik turn. Tapi kali ini tidak.

Bila demam berjemaah faham-faham sajalah, kita ratu di rumah, nak tak nak terpaksa gagahkan diri menjaga orang yang tersayang walaupun sebenarnya saling menjaga antara satu sama lain.





Bermula dari hari sabtu, badan dah tak sedap dan terpaksa pula bekerja pada hari minggu kerana ada bengkel. Sebaik tamat saja bengkel hari ahad memang hampir pengsan dibuatnya. Hari isnin saya halfday kerana Zarin demam lagi di nursery. Selasa dan Rabu saya ambil cuti agar demam Zarin, saya dan suami pulih sepenuhnya.

Alhamdulilah petang rabu Zarin dah pulih dari demam cuma batuk masih ada. Demam kali ini selera makannya berkurang dan memang susut berat badannya. sob-sob

Apepun terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga. Bagi menenangkan fikiran dan merehatkan diri, esok hingga Isnin kami akan ke Terengganu dan Cherating.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan :)

7 comments:

  1. Alhamdulillah, dah baik, selamat bercuti, amik gamba banyakbanyak, update blog ye, no M! ;-))

    ReplyDelete
  2. bestnye g jenjalan...amik gmbo byk2 yea...happy holiday n have a safe journey:)

    ReplyDelete
  3. mudahan keluarga ida cepat sembuh jemaah yea hehehe.

    Memang sekarang ni musim penyakit senang dapat kan huhuhu.

    ReplyDelete
  4. anak² pun baru baik demam..get well soon!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...