Thursday, October 13, 2011

Kedai Kopi Hai Peng

Jalan-jalan ke pantai Timur berjalan dengan lancar. Ketika sibuk mengemas barang, Zarin bertanya

"Mama, kita nak gi mana ni?"
"Nak gi terengganu"
"Gi 'Kotnu" kat mana?
"Bukan Kotnu, terengganu, ganu kite"
"ooo, nak gi ganu, ok!"

Zarin pun sibuk kemaskan mainan penuh beg toy storynya. Kami bertolak selepas subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi. Sampai di Kemaman kira-kira jam 9.30 pagi. Dalam hati dah terfikir nak cari gerai makan yang ada jual apam kuah. Malangnya hampa! Bila saya bertanya

"Takdok orang buat doh mek eh apang tu lening. Kali kale ade ar. Doh ngidang ke guane?"






Hehehehehehe, seronok juga cakap ganu..lama dah tak cakap gitu. hehehehehehhe..Akhirnya kami singgah breakfast di Kedai Kopi Hai Peng. Kedai ini amat terkenal di Kemaman.










Macam-macam juga makanan yang ada dan sedap-sedap pula tu. Yang special roti dua ketul tula. Makan dengan tenang dan aman serta dapat menikmati nasi dagang dengan aman kerana Zarin tersangatlah goodboy. Mahunya tak good, bila dia leka melihat seekor ibu ayam dan anak-anaknya yang terkedek-kedek itu.

"Mama, chicken tu cari mama dia. Mama dia tinggal"
"Mama, chicken tu lari sana, dia kokokokokokok!"





Budak-budakkan, ada saja yang nak dicakapnya. Dahlah cakap kuat-kuat. Hehehehehehe

Bila perut dah kenyang, kami ke pasar kemaman untuk membeli buah tangan untuk saudara mara di kampung.

10 comments:

  1. kedai kopi hai peng tu mmg femes.
    masa saya kt kuala tganu dulu gi kemaman semata2 nk minum kopi kt kedai tu.

    ReplyDelete
  2. alaa nape xtau psl kedai nih.. kot x, leh sggh ms g kemamang.. huhu...

    ReplyDelete
  3. x tau pun pasal kedai nie..lain kali pegi kemaman lagi, boleh singgah

    budak handsome tu mestilah good boy sebab gi jalan² kan heheheee

    ReplyDelete
  4. ameris, ni dipanggil kopi kemamang jugakan? saya baru first time pegi..tp mmg x mengecewakanlah :)

    ReplyDelete
  5. Mykhalish- boleh repeat nanti. daku x jumpe cari kedai aziz satar tu, sob-sob

    ReplyDelete
  6. ♥ Wina ♥: ya, mmg wajib singgah. mknn byk juga. ahahahaha, kalau bejalan mesti pasai mknn yg utama!

    Itulah, suka jalan, tapi zarin kurang makan, byk main je!

    ReplyDelete
  7. hai peng ni glemer kat kemamang. mak cik ada sebut2 juga hai peng ni....

    ReplyDelete
  8. cantik tgk piring cwn tu....berbunga mcam zaman dulu2

    ReplyDelete
  9. welkam @ ganu kite..
    sy name je duk ganu, MIL org kemaman..
    tp lama dh tak pi..
    masa zmn blaja dlu pernah la pi skali..
    mmg femes tempat ni, ramai sokmo org!!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...