Tuesday, October 18, 2011

Mari potong kek

Kalau dah cheesecake, mesti kena simpan dalam peti beberapa jam atau semalaman baru sedap dimakan. Untuk birthday Zarin tahun ini, seperti permintaan Zarin, saya buatkan oreo cheesecake dengan ditampal edible angry bird, dihiaskan dengan snickers, cadbury, kitkat dan juga hirisan strawberry serta disimbahi dengan lelehan coklat ganache dan strawberry filling jadi meriah bila selera si kecik diadun bersama selera si ibu bapa. hikhik...

Apabila saya masuk sahaja kereta, Zarin dah cakap nak makan kek bird, cheese, kitkat dan strawberi. Sudahnya hari itu, langsung tidak menyimpang ke kedai seperti kebiasaannya. sukaaaaa!!!!




Seronok bukan main Zarin bila melihat kek birdnya. Siap panjat kerusi bukak peti nak ambil kek. hihihihhihihihihihi..Teruja sungguh anak bujangku ini ;) Siap cakap nak tiup ni! Nak tiup ni. dan bila cium kek dia cakap "ummmmmm, sedapnya bauuuuuuuuu!"




Untuk tidak hampakan permintaan, bagilah dia tiup lilin. Bukan sekali, tapi berulang-ulang kali ok! adusss-dussss! Memang teruja sungguh.





Dan akhirnya selamatlah kek bird dibedah siasat dan inilah keratan rentasnya. Jika tanya pada Zarin dan suami, confirmlah sedap. Zarin memang hantu cheese, so memang banyaklah dia makan. Jangan tak percaya kek tersebut habis sebiji kami makan ok!

Dan pagi ini Zarin masih lagi mintak kek birdnya. Sorry sayang, dah habis. Esok mak long datang mama buatkan lagi ya. Kali ini mungkin ada makan-makan sikit untuk ahli keluarga saya yang datang dari Kedah.

Jika ditanya hadiah Zarin..emmmmmm???? belum terfikir lagi nak bagi apa, mainan dah selalu sangat beli. Dia pun tak ada sebut nak apa-apa.

Agak-agak nak bagi apa yea? urrrrmmm, bagi Zarin adik boleh? ngeh-ngeh-ngeh! :P

11 comments:

  1. baru nak suggest bagi Zarin adik, ida dh cakap ngeh ngeh ngeh

    sedapnye cake tu!!

    ReplyDelete
  2. hepi 3rd besday zarin! sebiji mkn kek! hahha.... betul2 berehi cis 3 berank ni..hihkhik.zarin dh bosan dpt menan, hadiah dpt adik, elok bebenar dh tu....;-))

    ReplyDelete
  3. hepi 3rd besday zarin! sebiji mkn kek! hahha.... betul2 berehi cis 3 berank ni..hihkhik.zarin dh bosan dpt menan, hadiah dpt adik, elok bebenar dh tu....;-))

    ReplyDelete
  4. zarin! aunty nak sikit boleh? terliur sangat dah ni heheh...

    btw, happy birthday zarin!

    ReplyDelete
  5. hepi beday zarin..idea nak bagi adik tu ok gak

    ReplyDelete
  6. boleh sangat kot nak bagi adik dah..hehehe..hepi besday zarin!

    ReplyDelete
  7. yerla hasil buatan tangan mama nya mesti lah zarin suka kan.

    ReplyDelete
  8. beruntungnya zarin dapat mama rajin buat kek...yummy..
    ye la...hadiah adik je zarin lum dapat lagi..moga-moga insyaallah.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...