Thursday, November 3, 2011

Ben10

Budak-budak cepat sungguh bertukar minat, sekejap backyardigans, upin-upin, toy story, dan sekarang Ben10 pulak dah. Itulah anak bujang saya :)

Setiap hari sampai di rumah dia cakap

"Mama,Zarin nak tengok network (cartoon network)!"





Memandangkan dia minat Ben10, jadi saya pun belikanlah beberapa helai baju dan spender Ben10. Ingatkan okey, boleh tukar-tukar, tapi lain pulak jadinya. Setiap masa nak pakai baju Ben10, tengah jemur dah ambil nak pakai. Syukurlah Zarin yang jenis makan pujuk.

Cuma yang agak menggelikan hati, gambar Ben10 mesti berada di depan. Jadi pakai baju terbalik, spender pun terbalik, asalkan nampak Ben10. Selalu dia mengadu

"mama, spender masuk kat punggung!" muahahahahahahahaha..

Yela, kalau yang depan buh belakang, memang gitula jadinya :P

Bukan sekdar gemar menonton cerita Ben10, malah apa sahaja yang ada gambar Ben10 pasti nak. Aduhaiiiii, pening kepala mama nak oiiiiiii!!! Agaknya kalau petai balut dengan kertas Ben10 pun konfem nak :P


psttt: saya agak busy kebelakangan ini, saya sempat membaca sepintas lalu, jadi tidak dapat nak meninggalkan komen di rumah kawan-kawan. Insyaallah jika keadaan kembali pulih seperti sedia kala pasti saya singgah di rumah kawan-kawan ya. Dan terima kasih juga pada yang sudi singgah di sini :)

4 comments:

  1. heheh....ben 10, lepas ni gapo dio pulok..;-)

    ReplyDelete
  2. heheh... seme pun mak ben10 yer.. mmg pengsan kita nak ngikut mood karakter dorg ni..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...