Tuesday, November 29, 2011

Mak Ngah Nasi Dagang

Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu memang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita
Na na na na na Terengganu kita


Masih lagi berkisar kepada entri jalan-jalan pantai timur yang dah lama tertangguh dek kerana sibuk (menyibukkan diri :P)





Kalau berdasarkan lagu Blues Terengganu kita, katanya



Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang


Tetapi hari tu, entah macam mana suami mengajak saya makan di Mak Ngah Nasi Dagang, berhampiran Simpang Empat, Chendering kerana menurutnya kedai tersebut agak popular dan rata-rata kata sedap.Bila dah ada testimonia begitu, mulalah panjang kaki nak mencuba. Kadang-kadang malu juga sebab saya orang Terengganu, tapi tak tahu kat mana makanan yang sedap, sebaliknya suami pulak yang lebih arif. (nampak sangat jarang balik kampungkan, :P)





Terengganu juga sinonim dengan keropok gete. Alhamdulilah kat situ juga turut menjual keropok gete goreng panas-panas. Sangat sedap ok! sungguh nikmat menikmati kepok gete.





Kemudian terpandang pula dengan kuih kegemaran saya iaitu tepur kapur. Apalagi, terus bukak plastik dan makan sorang-sorang. Tambahan pula tepur kapur tersebut merupakan bungkusan yang terakhir. Memang rezeki saya hari itu.





Untuk Zarin yang gemarkan pulut, saya pesan pulut lepa. Pun sedap juga. Aduii, kalau balik Terengganu memang syok habis sebab semua makanan sedap-sedap, semua sedap dan semua nak.

Pada pendapat saya, Nasi Dagang Mak Ngah ni sedap juga ditambah dengan harganya yang murah. Kira berbaloilah menikmatinya. Jika kawan-kawan ke Terengganu jangan lupa untuk singgah di Mak Ngah Nasi Dagang ya, pasti puas hati ;)

5 comments:

  1. mak hai sedpnyer... dh la gambor lawo. hu3

    ReplyDelete
  2. sy duduk trgnu dah hampir 5 tahun, tp x pernah singgah mkn nasi dagang mok ngoh ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. pulut lepa tu mcm pulut panggang ea?

    sedapnya nasi dagang! faveret jugak tu =)

    ReplyDelete
  4. lama btol tak ke ganu...
    huhu~
    tingin ploks mkn nasi dagang...

    ReplyDelete
  5. eB ezrin : tq, mknan kat tengganu mmg sedap2 belaka :)

    wida: Kena tera tu, rugi kalu dok tera ;)

    ~izan~: aa'ah sama, tapi kalu versi terengganu inti sambal ikan dan tak pedas. bukannya inti udang seperti yg biasa kita tgk kat Kl dan negeri lain

    Krsty Pinky: jom ke tengganu :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...