Friday, November 11, 2011

Sentap!

Dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha, kami sekeluarga cukup seronok. Yelah, balik kampung, sape yang tak sukakan? Kalau boleh nak cuti lama-lama. Zarin pula pantang kalau kereta berhenti, terus terpacul pertanyaan “dah sampai kampung ke?”.
Dalam keriangan itu, tiba-tiba


Zarin: Mama, perut mama besarlah. Mama gemuk!”
Mama: Hah?


Sentap hati mama bila si anak berkata begitu. Sang suami pula ketawa tak hingat.

Papa: Dalam perut mama ada babylah, sebab tu besar.
Zarin: Mana ade, perut mama besar, mama gemuk.


Huaaaaaaaa, sentap lagi hati mama ni. Baby apanya, segala jenis mak nenek lemak ada dalam perut ni. ekekekekekekeke

Mama mula menguji kepintaran anak dengan bertanya soalan terbalik.

Mama: Zarin, mama kurus ke gemuk?
Zarin : Gemuk.
Mama : Zarin, mama gemuk ke kurus?
Zarin: Gemuk!





Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dah-dah, kali ini tak payah la kau nak sentap-sentap, Ida. Terimalah kenyataan yang kau tu dah gemuk, dah berisi. Kalau kau sentap pun bukan boleh kurus serta-merta. (tiba-tiba terdengar suara halus dari dalam diri).


Memang tak dinafikan badan saya agak berisi kebelakangan ini mana taknya, pagi nasi, tengah hari nasi, petang nasi, malam nasi, tengah malam pun nasi. Baju raya haji pun ‘sendat’ , jeans pun ‘ketat’. Huaaaaaaaaaa, sentap lagi sambil guling-guling.

Bila tanya suami ayat standardnya,


“Ok je, sama macam dulu.”


Bila dah kata “sama macam dulu”, apalagi automatiklah perasan kurus. Cuma kebelakangan ini, baru tersedar yang munculnya beberapa bonjolan comel, bahasa betulnya (lelemak berlebihan) di sana sini. Muahahahahahahahaha...


Nasib baik juga Zarin tegur. Yelah kanak-kanak tak pandai menipukan. Prihatin juga Zarin pada berat badan mama :P. Tapi bila tiba-tiba je cakap automatik sentap hati mama anak oiiii!

Lepas ni kena jaga makan, exercise dan amalkan cara hidup sihat serta pengambilan pil manjakani ‘syyyyyhhhh, rahsia wanita!’ Lain kali saya share ya ;)

7 comments:

  1. huhuhu, zarin mana ada menipu..kihkhihk..k.diana pun sokong zarin =^__^=

    jom, kita g senamrobik kat titiwangsa (setiap pagi ahad).... (ini kes dada rasa ketat dr semalam... terus nk g senam. Adui..minggu dpn nk g wat ujian kolosterol...:-((

    ReplyDelete
  2. ayat sama dgn laki ku..ayat tak boleh blah!!

    ReplyDelete
  3. hik3. gelak bsr eB bacer, bijak yer dier... ps: eB pn samer tapi dh berjayer trn balik pas poser :)

    ReplyDelete
  4. sama macam my hubby,kita tanya dia ikhlas..dia jawab gitu la.."ok je..sama macam dulu"..geram!!hehe(sbb geram bila dia cakap camtu perasan kurus la bini dia..haha)
    cute zarin :p

    ReplyDelete
  5. lately nie, Kira pun selalu tepuk perut wina & cakap "mama, ade babylah mama" eeeerrrrr!

    samalah..wina pun dah berisilah ida, hukhukhukkk

    ReplyDelete
  6. ntah2 ada baby kot kak ida.. baik cek lu.. heheheh..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...