Monday, December 26, 2011

Alvin and The Chipmunks di McD

Pasti ramai yang suka cartoon Alvin and The Chipmunkskan? Bukan saja budak malah mak budak pun suka juga. Kami masih lagi belum berkesempatan untuk menonton cerita Alvin yang terbaru ni. Insyaallah akan menonton juga nanti :)

Cuti tiga hari yang panjang pun kami tidak ke mana-mana. Jadi untuk mengelakkan Zarin kebosanan, maka kami membawa Zarin breakfast di McD. Rasanya memang dah lama juga tak berkunjung ke situ.

Sampai di sana, terus Zarin terpandangkan mainan Alvin dan kawan-kawannya itu. Lantas terus menjerit

"nak mainan, nak mainan!"

Jadi kami pun belilah set happy meal untuk Zarin. Bukan satu tapi dua!Satu untuk Zarin satu untuk mama :P



Mama pun ambil set happy meal sebab nak dapatkan sepasang! Kesemua mainan ada 8 ekor dan 2 ekor setiap minggu. Untuk minggu ni Zarin dah dapat sepasang.

Minggu depan, minggu depan satu lagi dan minggu depan satu lagi juga memang wajib kami berkunjung lagi, sebab nak kumpulkan mainan tu. hahahahahahha. Mr. papa senyum kambing bila mama cakap nak semua mainan Alvin 8 ekor tu.

Zarin sebenarnya tak adalah teruja sangat. Memang mula-mula nak, lepas tu entah ke mana dicampaknya. Tapi serius memang cute mainan ni.

Eh, ni anak yang teruja ke mamanya ni? :p

Pada peminat Alvin and The Chipmunks, jangan lupa untuk berkunjung ke McD ok?

6 comments:

  1. hu huu cutenyeee mainan tuu...bukan anak je tertarik mak dia pun suka jugak

    ReplyDelete
  2. patutla aqeel asik cakap chipmunks ada kat mcd. bila masa ntah dia tengok...perasan ajer hehe

    ReplyDelete
  3. ingat lagi masa ami kecik2 dulu, akak slalu bwk dia g mcd semata2 nak kumpul setiap menan yg diiklan dlm tv. sebenarnya akak ni yg suke sgt kumpul menan cumel mcd, mmg cute sgt

    ReplyDelete
  4. alvin n chipmunks memng best! kita yang dewasa pun terhibur apatah lg kanak2!

    ha, iman pun sibuk ajak ke mcd..main kejap, lps tu ntah ke mana2, mama la kena ambik simpan, kalau tk, hancur!;-)

    ReplyDelete
  5. ini mamanya yg terlebih teruja ni...

    Jom Singgah Baca : Gigi Dah Tak Cantik | Faiz

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...