Friday, December 16, 2011

baru nak perasan jadi perempuan melayu terakhir

Sana sini terlihat ramai yang suka memakai skirt labuh, cantik dan memang cantik. Nampak sungguh ayu dan sopan. Mungkin juga fesyen sekarang kot. Saya pun secara tak langsung mencuba juga untuk menggayakan fesyen ini. Serius saya bukan penggemar skirt, tapi dalam keadaan terdesak terpaksa juga memakainya.

Ketika pulang ke Terengganu dan ke Cherating baru-baru ini, semua jeans saya kotor dan basah. semuanya gara-gara Zarin yang makan dan lantas menumpahkan makanan ke atas jeans saya. Habis 3 helai jeans kotor. Nak basuh memang tak sempat kering. Nak beli baru memang tak sempat nak cari ditambah dengan brand kegemaran tak ada di situ.

Akhirnya saya meminta sehelai skirt dari mak saudara saya yang berumur 23 tahun untuk digayakan. Nak pinjam jeans dia memang tak muat, silap-silap boleh masuk dua oranglah jawabnya! hahahahahahaha






Mula-mula pakai rasa janggal juga, rasa sungguh sopan, ala-ala perempuan Melayu terakhir gitu :) . Tambahan pula angin sepoi-sepoi bahasa, sungguh selesa. Walaupun saya rasa tersangat ok, tapi Mr. papa kurang berminat jika isterinya menggayakan skirt begini.






Bila saya menyarungkan skirt ini, dia mula senyum kambing. Nak kata tak suka, tak juga. Nak kata dia suka, pun juga tak. Habis macam mana????

Katanya,

"Saya lebih suka awak pakai jeans, nampak lebih cantik dan kemas!"

Sob-sob... Ok, saya dah dapat jawapannya. Baru je nak berangan dan tukar imej ala-ala perempuan Melayu terakhir, nampaknya terpaksalah dilupakan.

Yang penting nampak cantik di mata suami :)


Psst: Tapi saya suka tengok orang pakai skirt. Nampak gayanya kena tunggu jadi mak yong dululah baru dapat pakai dress/ skirt, ngeh-ngeh-ngeh..Harapnya dalam tempoh masa tersebut saya tak allegic untuk pakai skirt seperti masa mengandungkan Zarin dulu :P

8 comments:

  1. singgah dlm ke'MC'an. hu3.
    eB nmpk u sweet jerk :_)

    ReplyDelete
  2. okey da, nampak ayu dan tutup aurat..;-)

    ReplyDelete
  3. ye la..lagi cantik ko pakai suar jean la ida..hehehe..

    ReplyDelete
  4. hehehe tulah kak ida.. skrg trend kan seket meket ni kan :)
    tringin gak nak ubah gaya sekali sekala.. busan asek saut jeans je manjang :)
    nmpk org pkai cntik, tp kite rasa tk yakin.. mcm tu gak zte tgk kak ida pkai, oke je nmpk kena sgt :)

    ReplyDelete
  5. akak tak boleh nak pakai skirt camni, lagilah nampak pendek

    ReplyDelete
  6. cun je ida..nampak matured..hehe..btw, suami ayu pun tak suka ayu pakai skirt...hehe

    ReplyDelete
  7. betul2..
    yang penting,cantik di mata suami..
    sejuk di hatinya.. =)

    ReplyDelete
  8. kalu orang kurus ork..pakai la nape pun mesti nampak cantik...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...