Thursday, December 8, 2011

Bila bercakap tanpa berfikir

Banyak orang banyak ragam. Itulah ayat yang tepat dengan entri saya kali ini. Kadang-kadang saya tersangat pelik dengan sikap sesetengah orang, suka bercakap tanpa berfikir sama ada apa yang diujarkan menyinggung perasaan orang lain atau tidak (kadang-kadang terlepas tanpa sedar, saya sendiripun tidak menafikannya). Mungkin pada si dia, apa yang diujarkan adalah biasa, dan langsung tidak berniat untuk menyinggung, apatah lagi menjatuhkan air muka. Namun pada yang mendengar kadangkala lain pemahamannya. Contohnya situasi-situasi berikut :

Situasi I:
Perempuan A: Eh, baju awak samalah macam baju raya anak kita.
Perempuan B: yeke? Sama taste kot kita ni.
Perempuan A: Taklah, ni untuk anak saya, lagipun murah je, budak-budak. Untuk saya mestilah yang mahal sikit.
Perempuan B: Saya ni biasa-biasa je. Murah ke mahal ke ini je yang mampu.


Kata pemerhati : Aduhaiii, rasa kesian sangat kat perempuan B. Kalau ye pun kain perempuan B tu murah, tak payahlah nak mention. Sedikit sebanyak akan membuatkan perempuan B tu rendah diri lebih-lebih lagi ada orang lain disekelilingnya yang mendengar . Belilah kain RM1k pun semeter, i tak kisah you! duit youkan?

Serangkap pantun dari pemerhati:
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap diranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

Situasi II:
Perempuan C : Renyuknya baju/tudung awak ni. Tak iron ke apa?
Perempuan D : Iron, biasalah ada anak kecik ni.
Perempuan C : Orang lain pun ada anak kecik juga. Iron ape sampai 2-3 line kat lengan tu?
Perempuan D : Saya lain, dalam kereta masih menyelak baju riba anak bagi susu. Camne tak kedut. Takpelah baju/tudung saya kedut pun asalkan anak saya tak melalak lapar susu!

Kata pemerhati: Kadang-kadang geram dengan orang begini. Suka sangat ambil tahu sampai baju dan benda-benda remeh gini pun nak tegur. Lantak pi lah kat depa. Sebelum mengata orang cermin dulu diri sendiri, baju engkau yang beriron tu kalau cicak jatuh confem terbelah dua ke?

Serangkap pantun dari pemerhati:
Jeruk manis dimakan manis,
Manis sekali kulit bijinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali tutur bahasanya.

Situasi III:
Perempuan E : Tengok baju yang awak pakai ni teringat masa zaman saya study dulu.Masa ni memang glamer giler kain jenis ni.
Perempuan F : A’ah, memang baju ni saya buat masa study dulupun. Dah lama dah ni.
Perempuan E: Itulah, sekarang orang dah tak pakai lagi dah kain jenis gini.
Perempuan F: Orang tak pakailah saya pakai. Sekurang-kurang saya boleh pakai lagi baju-baju dulu tu.


Kata pemerhati: Hok aloh, itu pun nak tegur ke? Saya tahulah perempuan F tu outdated, old fashion lebih mudahnya ketinggalan zaman, tapi janganlah kata gitu. Kecik hati perempuan F tau!


Serangkap pantu dari pemerhati:
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Ulasan pemerhati : Memang situasi tersebut agak remeh dan mungkin mereka tidak berniat apa-apa. Tapi bagi yang terkena mungkin terasa. Kita sendiri tidak tahu situasi mereka bagaimana, baik dari segi kewangan, penampilan dan sebagainya. Kita tidak boleh nak samakan diri kita dengan orang lain. Mungkin juga kita jenis yang low profil, tak kisah asalkan masih boleh dipakai, dan tidak mengikut perkembangan fesyen, janji masih menutup aurat. Tepuk dada tanya hati!

Serangkap pantun dari pemerhati:
Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu!



Renung-renungkan dan selamat beramal ! :)

8 comments:

  1. ida.... satu lg yg tak tak tahan.. kenapa baju u dijahit begitu begini. patutnya gitu..patutnya gini! baju sdiri kedut berut kita tk tegur pn. mnusia cm gini, buang ke laut hijau pn akan komplain.

    ReplyDelete
  2. heheh..setuju..letih btl org yg nak duk belek seme menda... rajin bebeno..

    ReplyDelete
  3. err..dari situasi2 ni,perempuan ACE ni orang yang sama ke?..
    kalu orang yang sama,saya akan cakap giler berlagak perempuan ni.keke...cam bagus je die.. =p

    haii...macam2 pe'el kan orang ni.

    ReplyDelete
  4. setuju sesangat la ida.lg satu kalau yg bila kita kata kita suka mkn benda tu pastu dia kata dia tak makan sbb tak tahan bau la itu la ini la.sentap!contoh durian ke budu ke ekeke

    tak makan sudah,dok diam2 ehehe..

    suka n3 ida ni.

    ReplyDelete
  5. adeh situasi 3 tuh eB pernah kena, satu pn samer, tapi as alwiz, eB akan senyum sbb eB nk jager hati. kalo dier x nk. terjunla ngan labu2 ko labu. ekekkekekeke. eB pakai baju lamer ms anak dara sbb eB muat lagi.s hah laks kater cantek. nk carik tailor kat sini mahal. ekkeekkekekek

    ReplyDelete
  6. huhu..ye kan?
    pernah kene tak?
    lagi pernah kene perli dalam gurauan

    dalam lif
    A: eh hari ni semua org hijau
    B: yg penting hijau akak baju menyerlah, bukan macam muni, hijau macam pucuk daun yg nk mati je..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...