Tuesday, December 6, 2011

cantik pun salah

Adussss! kadang-kadang pelik juga dengan sikap manusia ni. Kalau puji cantik pun salah kalau kata huduh konfemlah makan penampar gamaknya.

Contoh yang paling mudah dan biasa diujarkan untuk berbasa-basi ialah;

"Lainlah nampak hari ni, cantik!"

Respon 1: Terima kasih..alah make up je yang nampak lain tu. (Ayat merendah diri tu)
Respon 2: Orang kalau dah cantik pakai ape pun nampak cantik. (Hihihi..memang ada yang jenis macam ni)
Respon 3: Aiii, takkan hari ni je cantik, hari-hari lain tak cantik ke? (Hok aloh!)







Respon 4: Aiii, macam perli je. (pulak, kata huduhkan teriak pulok!)
Respon 5: Saya taulah saya ni tak cantik, tapi sekali sekala nak juga nampak cantik.(Ni pun nak merendah diri dalam masa yang sama nak masuk bakul juga)
Respon 6: Tiba-tiba puji ni, tentu ada makna tu! (berprasangka itu tidak bagus)
Respon 7: Saya memang cantik pun, awak je yang tak tahu (Ya ampun! desyummmmmm!)

Hahahahahahaha, memang macam-macam respon yang diterimakan? Oleh sebab itu, sebolehnya saya nak elakkan menggunakan ayat berbasa-basi di atas. Bukan apa, tiap orang punya tafsiran yang pelbagai. Kita puji cantik pun salah, kalau kata huduh tataulah camne responnya.

Walau apepun respon yang diberikan, kecantikan itu abstrak. Tiap orang punya pandangan yang berbeza dan semua orang ingin kelihatan cantik. Yang penting cantik luar dan dalam, ye dak?

5 comments:

  1. iye cik ida...kamu mmg cantik!dan lajuuuuu....heheeehe... :D

    www.ed-zwa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. em jgn amik port sgt kalau tak kite yg serabut... :)

    ReplyDelete
  3. betul tu ida,kita kata A dia kata B..

    tp ayat2 yg diucap ni kdg2 kita dpt baca ikhlas ke tak..yg penting,kata2 yg diucap biarlah disenangi org lain..kan =)

    ReplyDelete
  4. heheh...mmg ssh nak puaskan hati org. yg penting zarin & papa puji mama sokmo cantik. hehehe...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...