Tuesday, December 27, 2011

De Bella Aloe Vera Icy Cool

Inilah Rupa De Bella Aloe Vera Icy Cool yang saya gunakan untuk Zarin ketika selsema dan batuk. Pada mulanya, saya tidak tahu menahu tentang produk ini sehinggalah saya selalu bercerita dengan seorang ofismate (Kak Dirah) tentang kesihatan Zarin yang kerap demam, selsema dan batuk ditambah lagi dengan susah nak makan ubat. Dialah yang memperkenalkan produk ini dan mengesyorkannya kepada saya. Thank a lot Kak Dirah.. muaaach!

Saya pun mencuba produk yang disyorkan ini. Alhamdulilah, dengan izin Allah, ketika Zarin selsema dan batuk memang cepat hilang. Apa yang saya lakukan hanyalah sapukan di dada dan belakang Zarin.

Rasa sejuk dan nyaman, memang sangat-sangat melegakan dan memang sesuai dengan budak-budak. saya suka guna produk ini ketika sakit kepala, memang cepat hilang. Dia tidak panas, tapi berangin, macam makan gula-gula hacks kot :P





Menurut katalog, Aloe vera Icy Cool memberi resapan yang mendalam dengan rasa dingin yang melegakan dan cepat bertindak. Sapuan yang memberikan kelegaan kepada otot, sendi dan urat yang sakit, lenguh, kejang, terseliuh, kebas-kebas, lelah dan resdung.

Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba produk ini. Harga di pasaran ialah RM34.00. Dapatkan di stokis De bella ya :)

psttt: Agak-agak saya boleh ganti aishah sebagai duta De bella tak? :P

7 comments:

  1. orang dewasa pun boleh kot? nak ganti aishah? aishah penyanyi tu, ke? hehhe

    ReplyDelete
  2. wah,baru dgr produk ni..boloeh try ni

    Jom Singgah Baca : Tolonglah Jadi Manusia Yang Ada Sivik

    ReplyDelete
  3. kak diey: utk semua peringkat umur boleh guna, best!

    ha, aishah tu la :P

    ReplyDelete
  4. cheqna: semua peringkat umur boleh guna

    ReplyDelete
  5. Ila: selamat mencuba, keluaran de bella. di perbuat daripada aloe vera.

    stakat ni baru cuba yang ini dan lipstik, sesuai :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...