Thursday, December 22, 2011

Hijau Mara Hijau Juara!

"Hijau Mara Hijau Mara"


Itulah tagline Rumah Hijau (Dewan Pelajar) yang saya wakili semasa sukan antara Rumah DBP yang berlangsung baru-baru ini. Bila kami dibahagikan mengikut rumah iaitu, Jingga, Hijau, Biru dan Ungu terus mengimbau kembali zaman muka sunburn/muka berbelang masa zaman persekolahan dulu. Hehehehehehehe


Kalau tak silap saya, sebanyak 13 jenis sukan dan 1 persembahan dikir barat yang akan dipertandingkan. Mula-mula saya tidak terlibat dengan sebarang jenis sukan yang dipertandingkan. Tapi tak lama selepas itu telefon mula berdering

"Ida, nak main netball tak?"
Ida, awak pandai main congkak?"

Saya menjawab

"Taklah pandai sangat, tapi bolehlah main sikit-skit. Saya nak jadi simpanan boleh?"

Hahahahahahha, ayat tak boleh blah. Semua game nak jadi simpanan. Sudahnya semua kena main. Takde simpanan-simpanan kahkahkah!

Permainan yang pertama adalah bola jaring. Hampir seminggu juga setiap petang turun latihan. Dah lama tak main badan mula sakit-sakit. Saya memang ahli kelab bola jaring DBP, tapi masa bujang aktiflah, bila dah kahwin dan dah anak, terus menyepikan diri. Hahahahahahaha







Hari sabtu 10hb, berlangsungnya perlawanan netball di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan. Mula-mula nak bermain asyik ke tandas je, sakit perut dan kecut perut. Bila dah start main bertambah ok, dan ok. Paling tak tahan dan rasa nak pitam bila matahari tegak di kepala masih lagi di padang. Alhamdulilah dengan kerjasama dan sokongan daripada semua ahli rumah hijau, kami muncul sebagai johan!





Memang pelbagai aksi lucu yang dipamerkan, lebih-lebih lagi kali ini diadakan juga bola jaring lelaki. Saya pun bersyukur kerana Mr. papa dan Zarin turut hadir memberi sokongan untuk saya terus bermain dengan baik.




Untuk aktiviti sukan tradisional, saya turut bermain congkak dan galah panjang. Congkak alhamdulilah, kami muncul juara juga. Sebenarnya permainan congkak bergantung pada nasib dan juga teknik, tak sangka saya boleh lakukan dengan baik. Lihatlah betapa seriusnya muka saya semasa barmain congkak. Otak ligat mengira biji guli :P





Untuk galah panjang, kami mendapat tempat kedua. Pada awal permainan, tersangatlah pasif kerana masing-masing tidak bergerak, risau 'mati' dicuit oleh ibu. Tapi alhamdulilah, di saat akhir perlawanan, peraturan ditukar dan kembali meriah. Tak adalah hanya menari-nari di dalam gelanggang. Semasa bermain galah panjang juga, tumit dan kaki saya mula sengal-sengal dan sakit.

Hari sabtu 17hb, saya bermain pula futsal yang bertempat di gelanggang Futsal JPS, Ampang. Serius saya langsung tak pernah main futsal! Tapi alhamdulilah, dengan tunjuk ajar daripada rakan-rakan rumah kami muncul juara bagi Futsal Wanita. Tapi sayang, tak ada pula gambar futsal buat masa ini.

Sejujurnya saya tersangat malu apabila Mr. papa melihat saya bermain futsal. Komen yang diterima daripadanya

"Mama oklah juga main futsal. Bolehlah sepak bola. Tapi tiap kali sepak bola tak tengok orang,asyik tengok bola dan main sepak je. Lagi satu asyik "tangkap katak" (jatuh) je. Yang nak tergelak, tiap kali jatuh bangun dan tengok kaki. Orang lain kalau jatuh tak tengok pun! hahahahahaha

Akibat bermain futsallah saya terpaksa jalan terhinjut-hinjut ke ofis, tak boleh pakai high heel / wedges, pakai kasut flat/ballet je.Huhuhuhuhu.. Hingga sekarang kaki masih lagi sakit.





Dan penglibatan saya yang terakhir pada kejohanan sukan baru-baru ini ialah Dikir Barat. Mula-mula tak nak joint, tapi bila katanya tak cukup orang dan turun latihan, saya pun ikutlah. Saja suka-suka.Tapi langsung tak reti berdikir.

Mula-mula datang sudah ditegur

"duduk bersila tu biar tegap, macam pahlawan"

Hok aloh, terus terfikir kena pakai bengkunglah masa pertandingan nanti. Lenguh wehhhh, sakit belakang!

Lagi satu

"tepuk tu camni-camni baru sedap bunyi dia, bukan tepuk amai-amai"

Haahahahahahaha.. tepi serius seronok, bila mula berdikir dan naik sheikh, otomatik seluruh tubuh bergoyang mengikut paluan gong! hahahahahaha

Walaupun kami bukan johan dikir barat, alhamdulilah kami mendapat tempat ketiga. Dan paling menggembirakan rumah hijau muncul sebagai Johan keseluruhan dengan jumlah pungutan pingat emas sebanyak 7 pingat. saya berjaya mengutip 3 pingat emas, satu perak dan satu gangsa. Oklah tu kan? ;)


Tapi serius tersangatlah enjoy, dapat mengeratkan hubungan diantara staf berlainan bahagian, sesuailah dengan tema sukan tahun ini "bermula disini, keakraban dan kemesraan"

Apepun, tahniah kepada semua ahli rumah hijau

"Hijau Mara, Hijau Juara" HOOOOO!!!

*** kredit pic to: Mohd Fetri Shah dan Hadi Roslan

4 comments:

  1. Tahniah Da, dan kawan2 rumah hijau!! Yang penting semangat kesukanan dan akhirnya menjalinkan persahabatan....:-))

    ReplyDelete
  2. Menarik!

    dah lama tak main bola jaring..

    TAHNIAH

    ReplyDelete
  3. menyerlah gambor dier. i lioke :)

    ReplyDelete
  4. wah,main congkak tu...go hijau go

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...