Wednesday, December 21, 2011

Panas: Gambar Zarin dalam Majalah Wanita Jan 2012

Hari minggu yang lalu, saya dikejutkan dengan perkhabaran dari seorang rakan di FB yang menyatakan

Kak Ida, Zarin masuk majalah!! Wahhhhh!!!!

Saya sungguh terkejut, automatik baju yang bertimbun untuk dilipat tidak terlipat. Saya mula bertanya itu dan ini kepadanya, rupa-rupanya gambar Zarin terpampang dalam majalah Wanita keluaran Januari 2012, cover depan tiara jacline (betul ke ejanya ni?)







Mula-mula pelik juga, betul ke ni? Setahu saya memang saya tidak pernah menghantar sebarang gambar Zarin pada mana-mana majalah. Malah saya tidak pernah langsung membeli majalah tersebut. Yang selalu beli hanyalah majalah Ben10 dan Toy Story kerta komik Upin dan Ipin.

Sejujurnya saya rasa gembira juga apabila gambar Zarin keluar majalah. Tambahan pula ini merupakan kali kedua Zarin keluar majalah. Kali pertama dalam majalah Pa&ma bersama saya. Pada masa tersebut saya diinterview berkaitan penyusuan susu ibu. Cumanya kali ini, rasa sedikit ralat apabila gambar Zarin disiarkan tanpa pengetahuan saya tuan empunya gambar, malah tidak juga dikreditkan kepada saya. Sob-sob. Saya sendiri pun tidak pasti sama ada gambar tersebut diambil di mana, mungkin FB ataupun blog.







Apepun saya mengucapkan terima kasih pada pihak majalah kerana memilih gambar Zarin sebagai penghias artikel. Harapan saya pada masa akan datang, pihak yang berkenaan seharusnya meminta izin terlebih dahulu, paling tidakpun dinyatakan sumber gambar tersebut.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya terpaksa menggunakan widget disable right click dan juga watermark. Diharap selepas ini semua pihak akan lebih professional dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

7 comments:

  1. suka-suka je kan..at least bagi taulah kan..siot betul

    ReplyDelete
  2. eh, eh...
    tak profesionalnya 'pengambik' gambar tu... patutnya kena bagitahu, atau sekurang2nya bagi kredit...

    ida tak nak contact editor majalah tu ke?

    ReplyDelete
  3. a'ah lah main cilok jer pic org kan without permission.tak profesional lah mcm tu.

    ReplyDelete
  4. tumpang bangga, tapi tulah kan... hmmmmm

    ReplyDelete
  5. antara bak hepi atau tidak kan..
    hepi sbb wajah ekspresi anak kita dalam majalah.
    tapi tak bestnya,tanpa keizinan..

    ida tak buat aduan ke?..
    sekurang2nya,tanggujwab majalah tu tuk mintak maaf...

    tamau kejadian sekali lagi menimpa..sebab kadang2 gamba ni leh mendatangkan seribu satu crita yang tak berkaitan.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...