Monday, December 12, 2011

lama tukar baru!

Secara jujurnya, sudah lama saya tidak bersukan. Semenjak melahirkan Zarin, saya terus pencen. Bayangkan sudah tiga tahun lebih tidak menyarung kasut sukan dan tiba-tiba baru-baru ini saya kembali aktif bersukan gara-gara adanya pertandingan sukan antara rumah anjuran ofis saya. Mula-mula saya tidak mengambil sebarang bahagian, namun kerana semangat kesukanan dan pelawaan rakan-rakan untuk bermain netball maka, saya pun kembali menyarung kasut yang telah lama menjadi gajah putih!

Kasut ini telah dihadiahkan oleh Mr. papa ketika saya berusia 21 tahun. Ketika ini tengah mabuk kepayang cintan cintun dan majoriti masa tersebut ramai yang memakai sneakers jenis ini. hahahahahahaha..Bayangkan sudah berusia hampir 8-9 tahun.







Bila dah lama, mulalah menunjukkan pelbagai kerenah. Semasa saya mula memakai kasut ini untuk latihan netball, tapaknya mula lekang. Kemudian saya hantar untuk repair, boleh pakai kembali dan tak lama selepas itu lekang semula. Sungguh, saya sangat sayangkan kasut ini, banyak kenangan dowh! Tapi apakan daya, sehari sebelum perlawanan netball, riwayatnya tidak dapat diselamatkan lagi, nak tak nak kena dapatkan pengganti!

So, malam jumaat saya dan Mr. papa dan si comel Zarin ke Mid valley untuk membeli sepasang kasut baru. Cari dan cari maka banyaklah pilihan yang boleh dibuat. Setelah dihitung dan dibuat perancangan yang rapi, akhirnya dapatlah sepasang kasut seperti gambar di bawah!







Tadaaaaaa, mini canvas women 917 akhirnya menjadi teman baru saya. Tapi bukanlah kasut sukan sepenuhnya! Yang ini sneakers yang lebih casual. Oklah kan, boleh pakai untuk jalan-jalan juga :P, tak adalah jadi gajah putih lagi kasut ini. kihkihkihkihkih..







Sebenarnya kasut ini pilihan Mr. papa. Katanya cantik, dan tapaknya sedikit berlainan dengan kasut-kasut lain. Saya ok saja bila Mr. papa dah pilih. Orang lelaki lebih arifkan. ;)

Bila dah ada kasut baru, automatik semangat bersukan dan bersenam untuk turunkan berat badan membuak-buak!

Bila saya bertanya Mr. papa

"Saya nampak gemuk ke? Peha saya besarkan?"

Jawapan yang diterima

"Takla gemuk. Cuma peha ni kalau buat daging korban dapatlah 2 bahagian!"

Kahkahkahkahakahkah!!!!Deeeeeemmmmmmm!!!!!!

"Majulah sukan untuk negara!"

15 comments:

  1. serius beb mmg cantik & ku pun berkenan dgn kasut nih!!

    ReplyDelete
  2. smart choice, ida nmpk slim dah la ni,tp if nk trnkan lg chaiyok2 :)

    ReplyDelete
  3. hehe...
    daging korban ye?.... =p

    cantik kasutnya.

    ReplyDelete
  4. x ingat dah bile last beli kasut suka atau bersukan pun hahahahhh!

    all the best dear :-)

    ReplyDelete
  5. wahhh sgt santek... biru lgk tuh... hehe...

    ReplyDelete
  6. salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

    ReplyDelete
  7. cantik! kasut lama tu penuh dgn sentimental value yer ida =)

    ReplyDelete
  8. serius cantik kasut baru tu...nampak stylo la...

    aku ni pun dah lama tak bersenam, dari hari tu kata nak joging, tak terbuat2...huhu...


    p/s: kasut lama pun cantik la...

    ReplyDelete
  9. :: Mrs.Eady :: jgn lupa dptkan satu, ada mcm2 color :)

    alawi's cotton: tq, secara fizikal nmpk slim, tp dlmnya mmg byk lelemak tepu.kalau tak exercise mmg jd mcm lemak ayamlah jawabnya. hihihihihihih

    ReplyDelete
  10. ashra: :p maknanya besarlah tu

    - dieyana - : tq :)

    ♥ Wina ♥: tq dear. itulah, saya pun lama giler x beli kasut sukan ni. hahahahahhaha

    ReplyDelete
  11. MyKhalish: tq, biru fevret color ;)

    Pakaian Muslim Formal: salam kenal juga dari saya :)

    ReplyDelete
  12. ~izan~ : mmg byk kenangan kasut ni. siap bunga2 lagi tu :p

    ReplyDelete
  13. wahida: tq, cantik tu yg sayang tu..hahahahhaa

    ReplyDelete
  14. wahida: tq, cantik tu yg sayang tu..hahahahhaa

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...