Saturday, January 29, 2011

Buah nona

Siapa suka makan buah nona angkat tangan? eh, macam cikgu kat sekolah pulak. Dulu cita-cita nak jadi cikgu, tapi masa dapat KPLI, sedang sarat mengandungkan Zarin pula. Sekarang terbawa-bawa perwatakan cikgu pula :P

Kali ini bersiaran dari kampung. Seronoknya balik kali ini sebab buah nona sedang banyak berbuah dan masak. nyum-nyum...

Jom kita berkenalan dengan buah nona buah ini.



"Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak."

(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_Nona)



Buah nona yang ditanam di rumah saya berwarna hijau dan ada juga sepokok yang berwarna merah. Kalau tak silap saya, kami menanam pokok ini dengan menggunakan biji yang diambil daripada buah nona yang dibeli di Sungai Perak suatu masa dahulu.

Memang buah nona ini tidak bermusim, boleh dikatakan setiap masa ada saja buahnya. Cuma sedikit dan banyak sahaja.



Balik kali ini, buah nona sedang masak ranum dengan banyaknya. Isinya yang manis dan baunya yang harum menyebabkan saya makan hampir dua biji seorang. Nyum-nyum!

Friday, January 28, 2011

Sampai bila harus begini????

Akhirnya hajat untuk menggunting rambut Zarin terlaksana juga setelah beberapa hari tertunda-tunda. Semasa sampai di KwikCut IKEA semalam jam telah menunjukkan pukul 8.30 malam. Orang pula tersangatlah ramai gara-gara tukang gunting hanya ada 2 orang sahaja malam tadi. Kene tunggu hampir 45 minit. Eee geram-geram. Habis hajat nak makan meatball dan cuci mata tergendala!

Ok, berbalik pada kisah Zarin dan acara gunting rambut ini. Sekarang, rambut zarin semakin cepat panjang. Jadi boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali pasti saya akan gunting dan rapikan rambut zarin.

Sebaik melangkah masuk ke dalam kedai, Zarin sudah pun menjerit

“Tak nak, tak nak, papa jommmmm, Alen tak nak”

Setelah dipujuk-pujuk, dia pun makin ok dan tibalah giliran Zarin untuk dirapikan rambutnya. Sebaik letak di kerusi, terus sahaja menangis, bergema kedai tersebut dengan jeritan Zarin. Nak taknak papa terpaksa meriba Zarin kali ini.



Maka bermulalah episod gunting mencantas rambut. Sepanjang proses menggunting dan merapikan tersebut, tangisan dan jeritan Zarin on off. Kejap nangis, kejap diam. Kejap nangis kejap diam. Suara yang tadinya bergema semakin beransur hilang,. Yang ada hanyalah esakan kecil. Sekali sekala menyebut



“Mama, mama, papa, papa”



Walaupun menangis, namun satu sifat yang harus dipuji ialah, Zarin tidak akan menggelepar atau meronta-ronta hendak turun dari kerusi. Hanya tangisan yang kedengaran. Tapi badan dan kepalanya keras macam patung. Kalau kain hijau tidak melilit tubuhnya, sekali sekala tangganya meagacau. Tetapi jika disarungkan kain hijau memang “patung bersuara” la jadinya. Hikhikhik.



Kadangkala kesian juga kepada tukang gunting yang terpaksa menahan telinga apabila Zarin menjerit bingit. Saya syorkan selepas ini, selain daripada memakai mask, mereka juga seharusnya memakai alat penutup telinga bagi menangani kes budak-budak yang suka menjerit nyaring seperti Zarin nie. Kihkihkih.



Semasa di dalam kereta, saya sempat bertanya Zarin

“Kenapa Zarin menangis dan menjerit tadi, sakit ke gunting rambut tu?”

“Tak sakit lah. Alen akutttt (takut)” katanya sambil tersipu-sipu

Hahahahhahha, memang dah agak, budak-budak mesti takut apabila tengok gunting, lebih-lebih lagi bila gunting lalu dicelah-celah cuping telinga! Cuma yang merisaukan, sampai bila harus begini? Terpekik terlolong setiap kali menggunting dan merapikan rambut!

Oh Zarin sila jawab pertanyaan mama! :P



Namun saya cukup puas hati bila melihat rambut Zarin ini, kemas dan rapi serta tersangatlah handsome, macam papa :P


Zarin aka Papa Jr.!

Wednesday, January 26, 2011

kisah satu malam

Misi untuk menggunting rambut Zarin tidak dapat dilaksanakan semalam. Selepas mengambil Zarin dari neseri, kami terus ke klinik Desa Sri Hartamas memandangkan encik suami tidak sihat. Zarin pula sepanjang masa asyik berkata

“Nak makan aiskrim, nak makan aiskrim”

Sehari sebelumnya pun dia menyebut juga, tetapi hajatnya untuk menimmati aiskrim tidak kesampaian gara-gara Zarin tertidur selepas kami selesai solat maghrib. (Kes dah berjanji nak pergi selepas maghrib)

Petang semalam kami tidak menghampakan permintaannya. Memandangkan papa kurang sihat, hanya saya dan zarin sahaja yang menikmati tutti frutti. Papa sila telan liur saja yea :P



Kerana terlalu kerap ke sana, hinggakan pekerja di situ bertanya

“Akak kerja kat sini ke?”

“Taklah, rumah akak area sini”.
Jawab saya

“Ooo, patut selalu datang”



Saya melemparkan senyuman sambil menunggu kad tutti frutti saya di cop. Sukanya, hanya tinggal lagi 1 cop untuk saya mendapat 50% diskaun bagi cup yang seterusnya. Yeaaaa! Suka. Selepas menikmati froyo, kami ke Subway pula.

Sebaik sampai di rumah, baru saya terperasan yang beg susu Zarin tertinggal di ofis. Rasanya memang dah ambil, cari-cari dalam kereta tidak ada.Adusss, dussss! Ketika itu jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Lantas saya mengajak suami ke ofis untuk mengambil beg tersebut. Dalam hati sudah berdup dap dup dap.



Sejujurnya saya memang takut nak ke ofis ambil beg tersebut. Dah la malam pula tu, orang dah tak ada. Kalaulah stok susu saya masih banyak, sudah pasti saya tidak datang mengambilnya. Ini dah kontang, nak tak nak terpaksa lah juga.

Ketika mengambil kunci di bilik guard, hati saya semakin berdebar-debar. Dada terasa nak pecah. Dalam hati tak putus-putus saya membaca ayat suci al-Quran. Lagi risau apabila Zarin ada bersama. Bukan apa, bimbang dia nampak sesuatu yang tidak sepatutnya. Lagi pula tingkat saya agak terkenal dengan “benda-benda yang tak nampak ni”. Lagi menakutkan apabila seorang rakan sekerja saya memberitahu bahawa ramai orang terjumpa “orang yang dah meninggal” di dalam lif. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Lagi menggigil lutut saya.

Saya cepat-cepat membuka pintu. Tangan dah agak menggigil, hinggakan cari suis lampu pun tak jumpa. Huhuhuhuhu. Nasib baik suami saya terjumpa. Bila dah terang benderang, cepat-cepat saya ambil beg tersebut. Zarin pula seronok berlari ke sana ke mari. Aduiii, anak, mama dan pucat kamu sempat lagi nak berlari berkejaran.

Alhamdulilah, nasib baik tiada apa yang berlaku. Lega rasanya. Saya berharap kes tertinggal beg susu ini tidak berlaku lagi. Cukuplah sekali!



Setiba di rumah, kami cepat-cepat solat maghrib. Selepas itu menikmati subway. Nyum-nyum

Untuk kak dieyana, sila jamu mata tengok subway nie ya :P

Jemput makan!

Tuesday, January 25, 2011

Pakej 3 in 1

Pakej 3 in 1? Pakej apa nie? Pakej holiday ke?

Eh, bukan-bukan. Tapi pakej Tutti Frutti+Subway+ Cold Storage. betul la tu, 3 tempat sekali harung, sama dengan 3 in 1!

Boleh dikatakan dalam seminggu pasti 1- 2 kali kami akan singgah ke Tutti Frutti. Sejak Zarin suka makan aiskrim di situ (sebenarnya frozen yogurt (froyo), tetapi Zarin sebut aiskrim) memang kami pengunjung setia di sana.



Sebenarnya, zarin makan tak adalah banyak. Sikit saja, tapi papa dan mama yang terlebih suka sebenarnya. kihkihkih. Pantang Zarin sebut nak makan aiskrim berdesup je kami menyinggah. :P

Kalau boleh nak beli satu mesin Tutti frutti tu letak kat rumah. muahahahahahaha..Berangan mat jenin lagi. Lagi syok bila dapat 10% diskaun bila tunjukkan Jcard. Lagi panjanglah kaki nak ke sana.


Zarin pula seakan dan hafal kedai-kedai di situ. Sebaik selesai makan froyo, terus cakap nak burger (subway) pulak. Yang ni pun kami juga terlebih suka. Jadinya, pantang anak sebut, panjang jugalah kaki menapak ke subway. hahahahahahaahhaha


Zarin sukakan tuna sandwich dan juga raisin oatmeal cookies. Kalau beli subway mesti dia yang nak bawak. kadang-kadang hingga terseret di jalan. Adusss, anak-anak! Tak bagi meraung pulak!


mama jadi pokok bunga bergerak - serba hijau muahahahahah


Bila dah masuk kereta, mulutnya berkata lagi, nak susu lembu (fresh milk - di sebut susu "lembu" kerana dalam cold stroge tu ada seekor replika lembu di atas peti ais) . Jadinya kami menyinggah pula ke cold storage untuk membeli barang-barang dapur di sana.


my little happy family


Itulah yang saya namakan pakej 3 in 1! Wajib dan mesti singgah. kihkihkih. Juga sebahagian daripada aktiviti di hujung minggu jika kami tidak keluar ke mana-mana shopping complex terkemuka di ibu kota.


Munchkin Backyardigans Insulated Straw Cup

Baru-baru ini saya telah membeli botol air baru iaitu Munchkin Backyardigans Insulated Straw Cup untuk Zarin kerana botol air kegemarannya sebelum ini telah rosak putingnya. Entri Zarin dan botol air kesayangannya dahulu boleh dibaca DISINI


puting yang robek seperti dikerit tikus

Mula-mula saya bercadang untuk menukar sahaja puting tersebut. Malangnya, sparepart untuk botol tersebut tidak dijual. Nak tak nak kena beli botol yang baru. Sob! sob!

Zarin pula tengah kemaruk dengan The Backyardigans : Pirates Treasure. Jadi ketika sampai di The First Few Years, The Curve mulut comelnya terus berkata

“Mama, Alo (Pablo), irate (pirates). Alen nak nie” sambil terus mencapai botol tersebut.




Pablo the Pirates

Saya pun mulalah membelek-belek botol tersebut. Munchkin Backyardigans Insulated Straw Cup, BPA Free. Zarin suka, jadi kami pun terus membelinya.



Yang saya suka tentang Insulated Straw Cup ini ialah, Boleh buka semua bahagian dan mudah dibasuh serta ada spare parts yang dijual!!!!! Yeaaaa...


Zarin pun senang minum menggunakan straw cup ini. Kemana pergi pasti Pablo the Pirates tersebut dikeleknya. Lepas ini Pablo apa lagi yang zarin nak yea???

Monday, January 24, 2011

cookies chocolate chip - pembuka tirai 2011?

Akhirnya dapur comel saya kembali berasap! cookies chocolate cips+ hazelnut + seeds merupakan pembuka tirai masak-masak 2011.

Sebelum ini saya telah postkan tentang cookies ini berserta resepi DI SINI

Resepi asal dari Lady juga boleh dilihat DI SINI

Untuk kali ini saya campurkan cookies ini dengan chocolate chip, hazelnut dan juga seeds. Dan hasilnya ialah


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V

tadaaaaaa


Adunan yang terhasil tadi saya bahagikan kepada 2 bahagian. Satu plain dan satu lagi saya letakkan serbuk coklat.

Sebenarnya, biskut ini boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis kacang mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing seperti almod, peanut, chewsnut, chocolate rice, seed, oat, raisin dan cornflakes dan sebagainya. Tetapi pilihan saya semestinya hazelnut :)

Zarin pula sangat menggemari cookies ini.

"Mama nak ukies (cookies). Ukiess sedap, good!"

Zarin mampu habiskan 5-6 keping cookies ni sekali makan. Zarin sukaaaaa, mama bertambah rajinnnn!!!!!

Mulut comot makan cookies

Ha, inilah dia budak mulut comot makan cookies tengah nak panjat grill akibat keboringan di hujung minggu.

Friday, January 21, 2011

Model cilik berkaca mata

Dari sehari ke sehari, Zarin semakin pandai beraksi di hadapan kamera. Bila mama kata

“Zarin posing cepat, mama nak ambik gambar nie”

Zasssssssssss!!!!!

Terus sahaja membuat pelbagai aksi dan gaya. Tangan pula melentok ke sini, melentok ke sana. Aisssshhh, bab tangan melentok ni mama tak berapa berkenan. Tak macho la bila posing ala-ala manja gitu sayang.



Naik kereta memang cepat-cepat ambik sunglass mama.

“Papa anas (panas) nak pakai spek”




Sudahnya memang menonggeng-nonggeng la spek tu dikerjakan. Spek orang tua, memang tak muatlah dengan muka Zarin yang kecil comel itu. Spek dia taknak pakai. Nak yang orang punya jugak.

Bila kami puji

“Wah, hensemlah Zarin. Style abis”

Dia jawab

“Alen hensem, style” sambil tersipu-sipu dan terus bergaya lagi.



Aduiii sayang, sudah-sudahlah bergaya lentok-lentok ni.

Lepas ni mama suruh papa ajar Zarin posing cam orang bina badan nak?

hikhikhihkihkik

Jaga etika ketika berFB

Sudah lama saya ingin menulis sesuatu tentang FB, tetapi tidak terlaksana. Dan di pagi Jumaat yang mulia ini, saya terpanggil untuk mencoret sesuatu berkaitannya.

FB! FB! FB!


Itulah yang menjadi ‘kegilaan’ semua buat masa ini. Tidak mengira peringkat umur, setiap orang sebolehnya mahu ada akaun FB.

Pernahkah anda terdengar bahawa banyak kes penceraian berlaku disebabkan oleh FB?

Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

“Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

… Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.

Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.”
Namun inilah realiti yang benar-benar berlaku dalam kalangan orang sekeliling saya. Lebih-lebih lagi jika rumah tangga memang dalam keadaan genting, Mulalah menampakkan pakwe/makwe lama lebih caring. Dan mereka mulalah mencari kesalahan suami/isteri masing-masing.

“Mengong”

“Penampar nak?”

Lagi satu, status. Janganlah menaip status tergantung khususnya berkaitan rumah tangga yang boleh menimbulkan spekulasi seterusnya fitnah. Dari sekecil zarah, terus membesar seperti gajah. Dari yang tak tahu terus tersebar satu dunia. Kang lagi haru.

Yang ni juga saya nak tekankan. Komen. Janganlah kita khususnya para isteri meninggalkan komen yang bersifat “manja-manja” atau lebih tepatnya “gedik” di wall lelaki lain selain daripada suami anda! Walaupun anda dan lelaki tersebut adalah bestfriend atau apa saja istilah “friend” nya. Mungkin pada anda tidak menjadi apa-apa kesalahan, namun pada orang lain yang membacanya.

Fikir-fikirkanlah :)

Saya menulis entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi sebagai peringatan pada diri sendiri juga peringatan kepada para isteri khususnya /suami di luar sana supaya menjaga etika dan adab serta tahu batas-batas ketika asyik dalam dunia FB. Belajarlah untuk menerima segala kebaikan dan keburukan suami/isteri masing-masing. Kalau tak puas hati bincang face to face ok? Jangan nak luahkan pada orang yang tak berkaitan. Banyak hati yang perlu dijaga dan banyak mata yang membaca dan melihatnya.


Sekian, renung-renungkan

Wednesday, January 19, 2011

- + ????

Alamak macam belajar Kimia dan Fizik pula, ada cas negative, ada cas positif.

Hari ini taknak sesakkan kepala dengan belajar cas-cas negative dan positif ni. Tapi nak bercerita tentang pandangan negatif dan positif zarin terhadap papa.

Negatif

Ya, zarin sentiasa akan menyalahkan papa jika berlaku perkara yang tak elok
Contohnya air tumpah

“Mama, papa wat umpah”

Zarin bermain dan terjatuh

Sambil menangis dan berkata “Papa wat Alen”

Terasa sakit terhantuk dan sebagainya

“Papa wat, papa wattttt”

Kalau mama marah Zarin

“Papa marah Alen”

Itulah antara beberapa contoh. Segala yang negatif memang papa yang buat, walaupun kadangkala Papa berada jauh daripada Zarin atau pendek kata, papa langsung tak ada di situ. Yang syoknya mamalah, walaupun mama yang marah zarin, papa juga yang kena! Sorry papa!



Positifnya pula

Kalau bab shopping dan beli barang memang papa juga yang dapat nama.

Contohnya

Beli buku, baju, roti biskut dan sebagainya, mama yang bayar tapi Zarin akan cakap

“Papa beli kat Alen”

Dia akan cakap “papa beli” untuk semua yang berkaitan dengan duit.

Mama???? Pokai aje yang dapat . huhuhuhuhuhu..



Itulah sedikit sebanyak pandangan negatif dan positif zarin terhadap papa.
Kadang-kadang mama geram juga bila papa asyik dapat nama. Memang senyum sampai ke telinga la papa! Tapi kalau yang negatif tu tak dapat la nak nolong!




Tuesday, January 18, 2011

korek hidung - satu kepuasan???

Setuju atau tidak jika saya katakan yang korek hidung merupakan satu kepuasaaann????

tak percaya???

tak percaya???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


Zarin posing orang tengah korek hidung

Malas nak ulas lebih lanjut, kalau tak percaya cubalah sendiri!!!!!

keh!keh!keh!
:P

Monday, January 17, 2011

s.e.j.u.k b.e.k.u

sejuk! sejuk! sejuk!

Entah mengapa sejak dua menjak ini, aircond di ofis memang terlampau sejuk. Pendek kata memang boleh jadi beku, lebih-lebih lagi jika orang yang tak tahan sejuk macam saya nie. Sudah banyak kali call suruh kecilkan aircond. Mula-mula panas kejap, kemudian sejuk balik.Tingkat saya sejuk melampau, tingkat lain panas membahang.. Aduuuuii. susah-susah. Alangkah syoknya jika ada bulu yang tebal macam beruang kutub nie. ehehehehehehehehe


source: http://nieznanies.wordpress.com

Bila dah sejuk ni, mulalah asyik ke pantri bancuh kopi. Sudahnya kejap-kejap ke toilet, kejap kejap ke toilet, asyik nak terkucil. Sekarang ni pun saya telah memakai berlapis-lapis baju, dari cardigan + sweater + jacket + shawl lilit hidung ke bawah. Nampak mata je ala-ala ninja gitu. ehehehehehhe...sejuk weh!

Nampak gayanya saya terpaksa mencari winter coat cam nilah. Kira berangan macam duk di oversea la tu, :P


source: http://ioffer.com

Tapi serius, bila sejuk melampau, kadang-kadang terasa sakit kepala dan badan. Lebih-lebih lagi kalau selsema. Harap-harap lepas ni aircond kembali pada keadaan normal. Tak tahan bila mulut dan gigi terketaq-ketaq, sejuk. Susah nak fokus pada kerja!

Carl's Jr.

Hari minggu memang penuh dengan agenda makan-makan makanan segera, oppppsss (-----------------------> jangan tiru tabiat ini) :P!!!.

Kali ini kami ke Carl’s Jr. kerana terpengaruh dengan siaran AFC yang menonjolkan burger-burger yang menggiurkan (sila salahkan AFC yea). Ini merupakan kali kedua kami ke sana, sebelum ini saya berdating dengan suami ketika lunch hour ke Carl’s Jr. Pavillion.



Walaupun berdating dan dapat menikmati hidangan sepuasnya, tetapi tetap terasa tidak seronok apabila Zarin tiada di sisi. Jadi untuk menebus kembali rasa bersalah itu, kami membawa Zarin ke Carl’s Jr. OU. Hehehehehhe.

Inilah yang kami order


papa punya


mama punya - telah dikerit oleh Zarin :p

Memang burger yang dihidangkan bersize besar punyaaaaaaaa! Namun begitu, size burger bukanlah yang menjadi tarikan utama.



Sebaliknya, friessssssssssss!!!! OMG, tersangat sedap ok! Segar dari ladang. Nyum...nyummmm!!! Bila balik teringat-teringat. Nak makan lagi, nak makan lagi....hihihihihihihi


zarin punya

Untuk budak kecik hensem, saya orderkan fish n chip. 2 ketul habis zarin makan. Yeaaaaa!!!!



Secara amnya dapat saya simpulkan bahawa, kedai makanan segera pilihan kami adalah seperti berikut:

1. Carl’s Jr. - burger+ fries
2. Wendy’s - burger+ baked potatoes
3. KFC – ayam sahaja
4. Mc Donald – Mc flurry
5. Popeye

Tapi jangan amalkan selalu, sekali sekala oklah kan?????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...