Monday, February 28, 2011

'10 Budak Hitam'

Minggu ini agak bz. Banyak yang perlu dibuat dan diselesaikan memandangkan kami di sini hanya tinggal '10 Budak Hitam'.

10 budak hitam?? itulah yang biasa bos gelarkan kepada kami. kehkehkeh....

enjoy this video ok! Lagu yang sangat sesuai ditontoni apabila terkenangkan beban kerja yang menimbun!



sambil layan soto, nyum-nyum :)

Friday, February 25, 2011

Bila anak semakin bijak

Sungguh seronok apabila melihat anak membesar di depan mata. Bertambah seronok apabila setiap hari ada sahaja perkara baru yang dilakukan juga perkataan serta ayat-ayat baru yang diujarkan, pendek kata semakin hari semakin bijak.

Setiap hari, saya selalu ternanti-nantikan perkara baru yang ingin Zarin lakukan. Sudah menjadi rutin hariannya sebaik kami mengambilnya di neseri, dia menceritakan apa yang dilakukan di sana. Contohnya:

"Alen makan nasi ngan ayam, telur. Telur edas (pedas)."
"Alen makan bubur karot."
"Cikgu Ayu mandi Alen."
"Put wat Alen sini. Alen nangis."
"Zaquan nangis nak mama."

Dan macam-macam lagilah.



Setiba dirumah pula, ke mana Zarin pergi mama mesti berada di sisinya. Nak bergerak sikit pun payah. Apa yang kita pegang semua dia punya. Lagi susah apabila mendapat arahan dari bos kecik itu



“Mama duk sini. Engok tv ngan Alen.
“etop (laptop) Alen nak tengok Pablo, ekom (backkom)
“Mama tdo sini Alen nak nenen.”
“Alen nak susu lembu, mama pi amik la”.
“Mama kemas sat buku Alen, kita kemas sama-sama”



Aduiila... kadang-kadang saya curi-curi juga ngadap laptop dalam bilik. Pernah suatu hari tu, Zarin terjerit-jerit panggilkan saya. Namun saya hanya menyahut dari dalam bilik, namun tidak pedulikannya. Sedang saya leka melayan FB, tiba-tiba ;
Zassssssss, kelam, gelap gelita. Terus padam laptop. Rupanya Zarin sudah cabut plug. Bateri pula saya cabut. Alahai, anak mama lagi bijak rupanya.
Husband saya pun berkata;

“Ha, tulah, anak panggil tak layan sangat. Terus cabut plug. Padan muka mama” :p


kedebukkk, terkena batang hidung la pulak :P sorry mama

Lagi satu yang membuatkan saya terkesima dan termalu apabila zarin berkata

“Mama, kemaslah. Buh kacang dalam nie”

Saya hanya diamkan diri sambil terus membaca majalah. Kemudian dia menambah lagi.

“Malas la”

Aduiiiiiiii!! Terkena lagi. Entah mana dia belajar pun tak tahulah. Dikatanya mama malas. Oh anak, sungguh tak sangka. Itu tandanya mama kena ubah perangai ya!

Baru dua tahun lebih dah pandai cakap macam-macam. Selepas ini memang lagi banyak bertanya dan bercakaplah jawabnya. Alamatnya mama kena siapkan perisai dari awal sebelum ditembak oleh Zarin. ehehehehehehehehehe

follower bertuah: blog saya direview!

Jumaat yang berkat ini saya telah dikejutkan dengan berita gembira iaitu saya terpilih sebagai follower bertuah unmtuk blog Ct N Honey.



Hadiah yang saya dapat ialah, jeng..jeng..jeng..

Blog saya telah direview dalam blognya. Siap buatkan satu entri khas lagi untuk saya. Thank you so much dear. Really appreciate it! muaaaahhhhhh!!!

Boleh refer DI SINI ya.

Pada kawan-kawan yang lain, jika mahu blog anda direview oleh ct N Honey, jangan ketinggalan untuk menjadi follower beliau. Mana tahu, kot-kot lepas ni anda pula yang terpilih :)

aku terkenang!













semarakkan cintamu :)

Thursday, February 24, 2011

Jom Join Faceblog!

Bila BW majoriti terpapar entri faceblog. Secara tidak langsung saya juga tertarik untuk menyertainya.



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Jadi apa lagi, marilah kita sama-sama memeriahkan faceblog ini.

keterangan lanjut boleh dilihat DISINI

Lari dari rumah?

Siapa yang nak lari dari rumah tu??? iskk, iskk, iskkk, kena repot polis nie.
Inilah hobi baru Zarin sekarang. Suka sangat main beg balik kampung mama nie. Sekali tengok macam orang nak lari dari rumah atau kena halau dengan tuan rumah. Bila tengok lagi teringat pulak kes heret beg oleh budak-budak AF yang tersingkir, sob, sob, sob!



Jika dimarah, nanti mengamuk tak hingat. Kalau dibiarkan semakin menjadi-jadi pula. Diheretnya beg tersebut ke mana-mana. Habis lekat debu-debu beg mama! eeee, geram, ada je nak kena cubit nie!



Ada suatu hari tu ketika kami sedang bersiap-siap untuk ke Mid Valley, Zarin pulun duk tarik beg nie. Kesudahannya, terpaksalah bawak beg nie samapi ke tempat parking. Nasib baik bila sampai di Mid Valley dia taknak pulak tarik, kalau tak lagi haru!

Sudahnya beg mama menjadi penumpang setia dalam bonet. Ke hulu ke hilir mengikut ke mana kami pergi. Biarlah beg tersebut aman bersemadi di sana, daripada menjadi bahan mainan Zarin. Mama akan ambil beg tu bila kami nak ke kota keriangan nanti :)

Pesanan untuk Zarin: Mainlah mainan yang mama belikan sayang. Jangan duk main benda yang pelik-pelik/bukan-bukan. Membazir duit mama tau. Lepas ni mama taknak beli dah mainan. Nanti mama beli beg tarik kat Zarin satu, mainlah sampai rosak yea :P

lempeng cicah sardin

Lempang nak? eh silap-silap. Lempeng lah. Pagi-pagi Khamis nie tiba-tiba tersasul pula :P

Anda suka makan lempeng? saya tersangatlah suka. Paling suka lempeng nyiur yang dijual di sebuah restoren di Kuala Terengganu. Tapi kalau kat sini manalah nak cari nyiur yang tak berapa tua kan. Sudahnya jadilah lempeng cicah sardin.



Lempeng sangat sedap di makan panas-panas. Boleh juga nak cicah sambal ikan bilis, kari atau gula. Untuk zarin, saya hidangkan lempeng bersama susu.

Nyum-nyum, jemput makan :)

Wednesday, February 23, 2011

kek marble shiela mambo

Entah mengapa minggu ini terasa rajin pula untuk memasak kuih muih dan juga kek. Mungkin mood untuk membaking sudah datang. Dalam berkira-kira untuk makan apa petang semalam, tiba-tiba saya teringin membuat kek marble shiela mambo yang saya ambil resepinya daripada Dapur Tanpa Sempadan atau Mat Gebu.

Di sini saya copy dan pastekan resepinya. Resepi asal boleh dilihat DI SINI

BAHAN-BAHANNYA :

125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
*125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar

CARA MEMBUATNYA :

1.Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
2.Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata. *(saya bagi kepada 3 adunan iaitu, pink, hijau dan plain)
4.Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2...

* Memandangkan saya tiada coklat, jadi saya gantikan coklat tadi dengan warna hijau dan pink.



Dan inilah kek marble shiela mambo versi saya yang terhasil. Ala-ala kek pelangi lah pulak. kihkihkih. Mula-mula saya letakkan ceri di atas kek tersebut sebelum dibakar. Namun bila siap dibakar, ceri tersebut termasuk ke dalam.

Apepun terima kasih kepada Dapur Tanpa Sempadan kerana berkongsi resepi kek yang sangat sedap ini. Sekali makan habis. Hikhikhik. Kalau ingin mencuba pelbagai resepi, jangan lupa untuk singgah ke blog Mat Gebu yea :)


shawl dan inner

Shawl dan inner menang tidak dapat dipisahkan dalam cara bertudung saya. Setiap kali terpandang shawl dan inner yang cantik-cantik mula la tergedik-gedik nak beli. Memang dari dulu saya suka memakai shawl, tetapi sekali sekala. Namun semenjak keluarnya tudung syria, saya terus 'gajah putih' kan segala jenis tudung bawal, yang mengisi ruang hanger sekarang hanyalah shawl.

Beberapa minggu yang lepas, saya tambahkan lagi koleksi shawl. Bila disusun rupa-rupanya banyak shawl yang saya ada, pelbagai color.


Shawl plain ini selalu saya pakai ketika ke pejabat. Maklumlah baju kurung saya banyak yang berbunga dan bercorak, kalau pakai shawl yang bercorak juga sudah pasti saya menjadi pokok bunga bergerak. hahahahahahah

Shawl yang saya miliki terdiri daripada jenis chiffon, jojet dan juga cotton. Dulu saya sangat sukakan jojet kerana tidak licin, tetapi sekarang saya sukakan jenis cotton pula. Bila pakai terletak elok. Mudah tak perlu digosok. Sesuailah dengan saya yang setiasa busy. wahahahaha, bussyyy? (alasan je tu) :P

Kemudian inner pula saya pun ada pelbagai jenis. Kiranya saya sudah bertukar menjadi perempuan syirialah. Sangat selesa dan sesuai dengan muka saya.



Kalau tak silap, saya ada lebih kurang 35 helai inner. Ada yang dua layer, tiga layer, berbatu, cotton, lycra, dan juga bercorak. Warna pun ada macam-macam. Boleh tukar-tukar ikut selera. Mix n match! Ada kala saya pakai shawl dan inner warna yang sama, kadang-kadang warna berbeza untuk nampak kelainan. Apepun kena tengok baju juga. Tapi saya suka mencuba sesuatu yang baru.

Shawl bercorak juga memang tidak dapat dipisahkan dengan saya. Saya suka yang bercorak abstrak. Tetapi kadang-kadang terbeli juga yang berbunga-bunga.


Untuk shawl bercorak, saya lebih sukakan jojet daripada chiffon. Bukan apa, kalau jojet tak adelah licin sangat, kalau chiffon, kejap-kejap senget, pin terlari dan sebagainya.

Shawl bercorak selalu saya saya padankan dengan blouse. Ikut kesesuaian, kalau blouse kosong pakailah shawl bunga, tapi kalau blouse bunga tukarlah dengan shawl plain pulak. Ada juga yang langsung tak pernah pakai sebab tak ada baju yang sesuai. Tapi sebab berkenan color, beli juga :p

Nampaknya kalau dah namanya perempuan pasti koleksi tudung berpuluh-puluh helai kan?

Tuesday, February 22, 2011

Lipstik oh lipstik

Lipstick, gincu atau lebih tepatnya pemerah bibir memang tidak dapat dipisahkan daripada wanita untuk menaikkan seri wajah. Ada orang yang tak perlukan sangat lipstik, kerana bibirnya sudah merah asli, bab delima merekah. Ada pula yang kalau tak pakai lipstik muka akan jadi pucat lesi. Alhamdulilah, saya tergolong dalam golongan yang tidak perlu sangat memakai lipstik, tetapi bibir tidaklah semerah delima merekah, mungkin delima yang baru nak masak. muahaahhahahahaha...

Lipstik harian saya hanyalah lip gloss atau lip balm sahaja. Inilah antara lipstik-lipstik yang menjadi pujaan hatiku.


source:http://fairhanieshop.com


(a) Yang paling saya gemari ketika ke pejabat ialah mood magic lipstik keluaran nutrimetics iaitu green wonder, Orange Bluff dan juga Gold Miner. Warna lipstik ini akan bertukar mengikut darah dan juga mood masing-masing. Selalunya saya pakai Gold Miner, kadang-kadang kalau nak merah sikit baru calitkan Green Wonder atau Orange Bluff.

source: http://sebamed.com/


(b) Yang paling tak dapat dipisahkan ialah, lip balm sebamed. Memang menjadi rutin harian dan saya selalu calitkan ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu. Bukan apa, suami saya tidak menggemari jika saya memakai color yang terang-terang, nanti kena tegur dan disuruhnya lap dengan tisu :(


source:http://indianvanitycase.com

(c) Pemerah bibir pilihan saya yang seterusnya ialah Maybelline lip gloss color &care. Yang ini baru beli masa CNY hari tu. Pusing-pusing dalam watson terbekenanlah pulak. Tapi saya jarang guna sebab ada perasa.

Itulah sedikit sebanyak lipstik yang saya gunakan. Bukan saya tak teringin nak mencuba yang lain. Malangnya bibir saya alah kepada lipstik yang berwarna. Bila pakai lipstik juga bibir saya akan rasa membahang, kering dan menggelupas. Oleh sebab itu,saya lebih selesa dengan lip gloss dan Lip balm.

Lagi satu, bila memakai lipstik, bibir terasa terjuih dan terperasan merah seperti kepala lori!

Inilah rupa bibir saya tanpa sebarang calitan lipstik.


Tadaaaaaaaaa!!!!

Seronok juga jika bibir alah nie. Jimat belanja.

"isteri selesa, suami bahagia" (bahagia sebab tak perlu sediakan elaun lebih untuk lipstik) ~lalalalalalalaalalala~

keras kejung

Sungguh bahagia apabila melihat anak membesar dengan sihat, aktif, cergas dan lincah! Walaupun kadang-kadang demam, normallah untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kita yang tua ni pun demam juga. Oleh itu, janganlah sentiasa merungut bila anak tak sihat. Anggaplah diri sebagai insan terpilih yang diberikan Ujian oleh-Nya.



Zarin tersangatlah banyak kerenahnya. Sekejap aktif yang amat, tak sampai seminit boleh meraung bagai nak rak. Macam-macam sungguh. Bayangkan dari tempat parking yang hanya ambil masa lima minit untuk sampai rumah boleh berubah menjadi 20-30 minit baru boleh sampai! sabar je lah!



Turun kereta terus nak pergi kedai. Bila dah pergi kedai corner pulak sana-sini, singgah sini, lari situ, tengok ini, tengok itu. Paling tak tahan bila buat badan macam patung. Keras kejung tak nak bergerak! Alahai anak-anak. Kalau mood dia ok, memang beruntunglah. Kalau mood tak ok, merap sampai malam. Yang ni memang letih nak layan.

Tapi kerenah yang pelbagai inilah yang sentiasa mencuit hati. Sebagai ibu bapa memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak-anak.

anak-anak??? amin-amin :P

cucur keria cek mek molek

Saya sangat sukakan makanan yang berasaskan keledek. semalam ketika pulang dari kerja, sempat juga saya membuat cucur keria dan cek mek molek memandangakan suami saya tidak mahu makan nasi.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

5 ketul keledek bersaiz sederhana
1 biji telur
tepung gandum
sedikit gula icing (cucur keria)
sedikit gula pasir (cek mek molek)

Cara membuatnya

Rebus keledek sehingga empuk, kemudian kupas kulitnya dan lecekkan. Apabila telah hancur, masukkan telur dan kacau sebati.Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan bolehlah dicanai.



Untuk kuih keria, saya bulat-bulatkan macam donat dan goreng garing. Memandangkan saya tidak suka cucur keria yang disira gula (gula bertepek-tepek), saya gantikan dengan gula icing yang ditabur.


Kalau kuih cek mek molek pula, canaikan adunan dan masukkan satu sudu kecil gula ditengahnya dan kemudian tutup. Bolehlah digoreng sehingga kuning keemasan.



Inilah rupa cek mek molek saya. Bila makan kuih cek mek molek ni tiba-tiba teringat Datuk M. Daud Kilau sedang bergelek sakan lagu cek mek molek.

"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"
"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"
"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"



Monday, February 21, 2011

kamceng berkepit!

Kebelakangan ini, Zarin tersangatlah kamceng dengan mama. Pendek kata asyik nak berkepit sajalah. Kalau panjang kata pula

Alen nak makan ngan mama
Alen nak duk ngan mama
Alen nak tengok tv ngan mama
Alen nak mama kukung
Alen nak wat milo ngan mama
Alen nak mandi ngan mama
Mama basuh berak Alen
Mama pakai baju Alen
Mama...
mama...
mama...

kannnn??? semua mama. Aduiiii...



Kalau dulu semua dengan papa. Legalah juga. Bolehlah rehat sikit. Sekarang nie bila dah jadi kamceng berkepit, memang porak perandalah jawabnya. Sudahnya memang papa pula yang ambil alih tugas suri rumah. Tak apekan papa???? Bukan mama tak nak buat, tapi Zarin yang tak bagi :P.

Yang lain-lain tu saya tak kisah sangat. Tapi kalau bab berdukung. Aiyaaaa! patah pinggang ooo. Terus badan jadi seram sejuk nak demam. Bayangkan kalau keluar jalan-jalan, sepanjang masa nak berdukung, tak nak duk stroller.

Tapi bila difikir-fikir balik, anak yang menyusu badan memang akan terlebih manja agaknya. Maklumlah setiap masa dipeluk dan dibelai.

Apapun mama sayang Zarin. Baby manja sayang mama. muaaach...muaaaahhh!

Polygon kid - Aku Sebuah Basikal

Semasa demam minggu lepas, boleh rujuk di entri INI, setiap hari Zarin meminta basikal Ben10. Mungkin juga demam nak basikal. Untuk tidak menghampakan permintaan Zarin yang baru baik demam itu, kami pun sibuk mencari basikal Ben10 seperti yang diminta. Basikal Ben10 ada dijual di toy r us, tetapi harganya RM499 (adoooiii, fengsaaaan!). Menurut seorang kenalan di FB (Kak As), basikal Ben10 ada di jual di Seri Rampai, dan harganya dalam lingkungan RM200. Tanpa melengahkan masa, suami saya terus ke sana. Malangnya basikal Ben10 tidak ada. uhuk-uhuk.

Semalam pula, aktiviti kami mencari basikal Ben10 pun bermula. Mula-mula kami ke sebuah kedai basikal di Damansara, memang ada basikal Ben10 tetapi harganya RM490 (fengsannnn lagi). Tambahan pula, basikal tersebut biasa sahaja, cuma ditampal-tampal sticker Ben10. (mama pun boleh buat gitu :P)

Kemudian baru kami teringat yang tahun lepas Rodalink yang menjual basikal Polygon ada membuat promosi di Mid Valley dan Zarin suka salah sebuah basikal yang dipamerkan. Lantas kami terus ke kedainya yang terletak di Sri Hartamas. Mula-mula sampai, saya sudah terjatuh hati apabila terpandang sebuah basikal iaitu Polygon Kid Crosser 12.



Yang kelakarnya waktu itu, Zarin yang baru bangun tidur tak nak basikal tersebut. Setelah di tanya berkali-kali tetap tak nak. Jadi kami pun tak jadi beli. Kemudian kami ke Rodalink Bangsar pula, kerana menurut jurujualnya, di Bangsar ada lagi banyak pilihan basikal untuk kanak-kanak. Tetapi bila masuk dalam kereta, muka Zarin mencebek. Nak basikal tu! nak basikal tu! Haaa, tau pun nak, tapi bila tanya tak nak, buat muka malu-malu.


Malangnya, sebaik sampai di Bangsar, basikal tersebut baru saja dijual dan memang out of stock! aduiiiiii.. Sekali lagi Zarin mencebek dan menjerit nak basikal. Lantas, kami berpatah balik ke Sri Hartamas. Sampai di sana, Zarin terus memgang basikal tersebut dan cakap NAK! fuhhh legaaaa. Selepas membayar, terus angkut naik kereta. Kalau ikutkan Zarin, nak kayuh basikal sepanjang koridor deretan kedai.



Memandangkan basikal ini menggunakan angin, jadi kami terus membeli pamnya sekali. Bukan main lagi Zarin renyeh sampai telinga. Sebenarnya Zarin bukan nakkan basikal Ben10, semua basikal disebutnya basikal Ben10! hahahahha. Mama yang salah faham.


Sampai di rumah apa lagi, terus dikayuhnya basikal, walaupun tak berapa reti lagi. Menurut jurujualnya, basikal tersebut sesuai sehingga budak berusia 4 tahun. Okey sangatlah tu. Ada warranty lagi. Harap riwayat aku sebuah basikal ini berpanjangan. Selepas ini, mama belikan helmet pula ye, untuk keselamatan :)

Alhamdulilah, hajat Zarin untuk mendapatkan sebuah basikal berjaya dipenuhi. Maklumat lanjut tentang basikal ini boleh dilihat di laman web POLYGON.

Friday, February 18, 2011

Pulut Durian

Oh kome doyan dah berbunge
moh kita minang anok dare
Anok dare,anok dare bote
Teman jumpe di Padang Tenggale

....

Oh kome,doyan udoh luroh
Lebih baik abang pegi suloh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok

Itulah lirik lagu yang saya paling ingat setiap kali terpandang durian atau makan durian. Sebut saja pasal durian pasti teringat lagu nie.

Baru-baru ini, semasa mengambil Zarin di neseri, terjumpa pula orang sedang menjual durian di tepi jalan. Durian kampung you! Apalagi kami sekeluarga memang hantu durian, cepat-cepatlah singgah membelinya.

Tapi harga yang ditawarkan masih mahal pada saya iaitu RM12 sekilo. Durian dari Perak menurut penjualnya. Tapi sebab dah nak makan, angkut jugaklah dua bijik (RM39).



Sampai di rumah, belum sempat nak buka tudung Zarin dah mengadap suruh belah durian. Siap ambil tupperware lagi (kebiasaan simpan durian dalam peti).

"Mama, cepatlah, Alen nak uyan (durian).
Bukak, bukak! buh sini."

"Kejap tunggu papa. Mama tak reti bukak durian nie. Kejap yea sayang." Sambil alihkan durian yang begitu hampir dengan kakinya.

Bila dah bukak! wallah! Cantik dan sedap sangat isinya. Siap dapat durian kucing tidur lagi (eh betul ke kucing tidur? dah lupa istilah dia)



Selepas siap mengopek satu durian, papa kopek pula yang lain. Yang ini isinya tak kuning sangat. Tapi sedap juga. Zarin pun dah bersila mengadap, habis 2 ulas dimakannya.



Bila dah beli durian, tak sah kalau tak buat pulut durian. Lantas saya cepat-cepat kukuskan pulut. Terus mewangi satu rumah bau pulut kukus. Pulut siam pulak tu.

Dan hasilnya, jadilah pulut durian. Sungguh enak dan menyelerakan



Saya sangat suka pulut durian, cuma tak suka makan pulut durian guna tangan. Rasa cam geli sikit. Lebih selesa pakai sudu dan letak santan banyak-banyak. Bila dah makan durian, walaupun dah gosok gigi tetap mulut bau durian. Timun pula tidak ada untuk elakkan mulut berbau durian. Sudahnya sendawa pun bau durian. Nasib baik kentut tak bau durian, kehkehkeh!

lepas ni bila dah betul-betul musim durian,hari-hari pulut durian :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...