Thursday, March 31, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

Tadi semasa jalan-jalan blog Kak Risa, ternampak Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong ! Apalagi, terus saya berminat untuk join.



Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah klik di SINI. Jom kawan-kawan, kita berkenal-kenalan dan kasi gegaaaarrrr! :)

Mark's Asam Laksa

Tiba masanya untuk mama jalan-jalan cari makan. Ketika itu, jam telah pun menunjukkan pukul 2.10 petang. Time papa bertugas pun dah habis, so papa pun joinlah sekali. Mula-mula mama teringin nak makan Carl's Jr. Tetapi papa ingin menikmati Mark's Asam Laksa kegemarannya. urmmmm...Fikir dua kali nak makan ke tak. Akhirnya saya ikutkan saja, sebab perut dah berkriuk, kriuk lapar!




Seperti biasa papa memilih Asam Laksa kegemarannya itu. Secara peribadi, saya tidak menggemari laksa ini kerana kuahnya sedikit manis-manis dan ada isi ikan berketul-ketul. Jadi memang tidak kena dengan selera saya yang agak cerewet ini. Saya lebih sukakan laksa bangunan ukir di Alor Setar nun! :P




Saya pula memilih set lunch ikan pari Asam pedas. Untuk Zarin saya tidak memesan sebarang makanan kerana apabila saya bertanya


"Zarin nak makan apa? mama order sup ya (horfun fish ball sup)."

"Alen taknak makan, Alen kenyang dah!"


Memang dia dah kenyang sebab dah makan hotdog, 2 ketul nugget dan 2 ketul bebola ketam. Mana mungkin perut kecilnya dapat menampung lagi makanan. Lainlah perut stokin macam mama nie. hahahahahah!


Tapi bila makanan mama sampai lain pula jadinya.


"Ni Alen punya. Buh sini, Alen nak makan carrot, telur. Alen punya".


Pulak dah, belum sempat nak buat apa, terus tangannya laju menyuap nasi. Lihat saja gambar di atas itu. Tangan kecilnya sudah menjamah nasi terlebih dahulu.




Mama hanya mampu telan liur. Dahla perut lapar! Zarin pulak dah konker nasi!


"Order yang lain jelah. Tu berselera dia makan. Nanti lapar pula!" kata suami.

"Tak pelah, nanti dia taknak saya makanlah. Bukan habis pun tu."

"Mama tak makan ke? Mama kenyang?" tanya Zarin.


Aduii, betuah sungguh budak kecik nie. Dahlah makan nasi kita, bila kita tak makan, dia tanya pulak kita kenyang ke?




Kemudian kami turut memesan ABC. Yang ini papa punya yea. Rasanya pun boleh tahan. Tapi tak ada ice creamlah. Kalau ada ice cream pasti lagi sedap. Cuma dia ada buah pala kering.




Untuk mama, cendol. Tapi turut di konker Zarin! nampaknya Zarin seperti memberi isyarat bahawa mama perlu ber'diet' hari itu. Huhuhuhu.. Banyak juga Zarin makan, hampir setengah mangkuk juga.





Bila dah kenyang, Zarin pun seperti biasa menunjukkan skill "membuasnya" itu. Nasib baiklah pada masa tersebut, tak ramai sangat pengunjungnya. Bolehlah Zarin ke sana ke mari. Mama pun apa lagi, cepat-cepat menikmati makanan yang telah ditinggalkan Zarin.




Sebelum beredar, sempat lagi mama enterframekan diri! hahahahahaha!!! Perut dah kenyang, bolehlah window shopping! Tapi sebelum window shopping, sempat lagi singgah belikan Zarin pretzel Auntie Anne (Almond) dan chocholate stix sebagai bekalan bila dia lapar nanti. ( Bekalan kerana Zarin tersangatlah kuat makan sekarang, tetapi kurang minum susu)


Wednesday, March 30, 2011

fun time @ galactica starship

Baru-baru ini saya sempat membawa Zarin bermain di Galactica Starship One Utama. Sebenarnya tak ada niatpun nak bawa Zarin ke situ. tetapi memandangkan company papa ada event di OU dan memerlukan papa untuk bertugas dari pukul 10.00 pagi-2.00 petang, makanya papa pun mengajak mama dan Zarin untuk turut ke OU.


Mula-mula saya pening juga, bagaimana nak handle Zarin sepanjang waktu tersebut. Biasalah kan, budak-budak mana nak duk diam. Kemudian baru teringat yang di sana ada tempat main-main untuk kanak-kanak so bolehlah kami melepak di situ. Tiket yang dikenakan untuk seorang kanak-kanak ialah RM20 per entry.

Untuk masuk dan bermain di situ, setiap orang diwajibkan untuk memakai stokin. Masa itu, zarin dan saya mana ada pakai stokin, so belilah stokin di situ dengan harga RM4 sepasang. So total kami kena bayar ialah RM28!

Oklah, malas dah nak merepek-repek, apakata layankan saja pic Zarin seamsa berada di situ. (Sila jangan muntah yea, STK memang giler gambar!)











Hampir 2 jam setengah kami di sana, Zarin pun dah mula boring. Sebelum keluar, sempat lagi saya bawa Zarin menikmati hotdog, nugget dan bebola ketam serta soya bean yang terdapat di cafe di dalam galactica tersebut.


Memang seronok berada di situ. Cumanya kalau dah agak lewat, memang ramailah kanak-kanak. Selepas Zarin kenyang dan puas bermain, turn mama pula untuk jalan-jalan cari makan!

Tuesday, March 29, 2011

Penangan cornetto love

Masa saya kecil-kecil dulu, bila dapat makan aiskrim cornetto dah kira cukup hebat dah. Tapi itu dulu. Sekarang Zarin tiap-tiap hari ingin menikmati cornetto love ini. Dia sudah fall in love agaknya. kekekekeekekeke

Kadang-kadang saya ngelat juga tak bagi dia makan. Cuba alihkan perhatiannya terhadap makanan lain. Ada kalanya misi berjaya adakalanya gagal. Bila saya kata

"kedai tutup, aiskrim habis, peti ais rosak, nanti demam, makan aiskrim rosak gigi, mama tak ada duit dan sebagainya lagi"

Tapi paling tak tahan bila dia menjawab!

"Haaaa, tu ye eskim, ade pun!"


dah dapat cornetto love dah! sedapnyaaaaaaa!


nyum-nyummmm


Ada orang nak amik cornetto Zarin, lari-lari!


Sejuk bibir Alen


panjangnya lidah budak kecik nie. kihkihkih


Bila saya rasa aiskrim cornetto love ni, tidakla sesedap mana. Entah macam mana zarin suka sangat-sangat. Saya lebih sukakan cornetto perisa vanilla classic. Selera masing-masingkan.


Cumanya saya agak risau bila zarin makan aiskrim atau apa sahaja makanan sejuk yang lain, sekitar mulutnya akan naik merah-merah dan akan beransur hilang 10-15 minit selepas itu. Tapi dia tidak pernah pula mengadu sakit atau gatal. Macam biasa saja!

Monday, March 28, 2011

Nasi minyak resepi bonda

Nasi minyak resepi dari Ummi saya merupakan salah satu nasi yang menjadi kegemaran saya. Hari minggu yang lalu, sempat juga saya membuatnya. Ini merupakan kali kedua saya mencuba resepi nasi minyak ini. kali pertama ketika raya haji tahun lepas, tetapi terlebih letak pewarna, nasi menjadi terlebih merah dan suami saya memanggilnya nasi minyak 'gong xi fa chai'. hahahahahah!

Sebenarnya terdapat pelbagai resepi untuk membuat nasi minyak, tetapi resepi dari Ummi saya juga yang menjadi pujaan hati. Iyelah, masakan ibu, siapa yang tak sukakan??? Jom kita lihat resepi untuk membuat nasi minyak ini:

bahan-bahan

3 cawan beras

2 helai daun pandan disimpul

***3 ulas bawang merah

***1 ulas bawang putih

*** ½ inci halia

1 ulas bawang besar di mayang halus

Rempah empat serangkai (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, biji limau (buah pelaga kot kalau tak silap)

1 sudu majerin

½ sudu kecil garam

Bahan yang bertanda *** ditumbuk sehingga halus


Cara membuatnya:

1. Mula-mula, basuh beras kemudian toskan. Kemudian, didihkan air di dalam rice cooker (ikut sukatan beras yea) saya guna jari, so tatau nak tulis banyak mana air.

2. Panaskan kuali, tumiskan semua bahan yang bertanda *** yang telah ditumbuk bersama-sama dengan rempah empat serangkai dan juga bawang besar yang telah dimayang halus. Bila dah naik bau, masukkan ke dalam rice cooker. Apabila mendidih, masukkan daun pandan, garam dan majerin berserta beras.

3. Apabila Nasi telah masak, masukkan pewarna merah. Siappppppp!!!

Dan inilah rupa nasi minyak yang telah siap dihidangkan bersama lauk-pauknya

Tadaaaaaa, jemput makan :)

Setiap kali membuat nasi minyak ini, lauk yang menjadi kegemaran ialah sambal tumis ikan tongkol. Sebenarnya lauk boleh dipelbagaikan. Untuk kali ini saya hidangkan bersama sambal tumis ikan tongkol, sambal telur dan juga ayam goreng beserta acar timun+carrot.

Alhamdulilah, nasi minyak ini memang menjadi kegemaran suami dan juga Zarin, makan sampai bertambah-tambah. Zarin pula lebih suka makan nasi kosong kerana nasinya sudah terasa lemak-lemak masin.

***warna nasi minyak boleh ditukarkan ikut selera masing-masing. Resepi kami memang warna merah turun-temurun. Ada "ong" maaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Sunday, March 27, 2011

bubur nasi berlauk menu wajib!

Bubur nasi berlauk merupakan menu yang wajib ada setiap minggu dalam keluarga kami. Sebenarnya, memang kami penggemar bubur nasi. Kalau di Kedah di panggil moi sup, kalau di Terengganu di panggil nasi air. Kesemuanya kami suka. Cumanya bila dah masak sendiri memang pelbagai jenis lauklah yang boleh dihidangkan.

Untuk bubur nasi berlauk kali ini, agak special sikit kerana ada tambahan lauk pauk. Makanya, bertambah-tambahlah kami makan, lebih-lebih lagi bubur nasi dimasak menggunakan beras siam, harum semerbak satu rumah!

Menu bubur nasi dihidangkan bersama-sama lauk berikut;


Pekasam ikan lampam


Ayam goreng kunyit, wajib ada!


Ikan bilis goreng, wajib ada!


Sup tulang, sekali-sekala ciptakan kelainan


kailan ikan masin


dan paling penting dan wajib ada ialah bubur nasi!

Wah, memang membuka selerakan? Lebih-lebih lagi ada pekasam, diperah pula dengan limau nipis! gulp!!!!!!!! Kalau mak mertua lalu dibelakang sure tak sedar, kihkihkih.

Friday, March 25, 2011

tiny pomen

Beban kerja yang semakin bertambah, dicampur pula kekangan masa membuatkan sudah agak lama saya tidak berentri dan jarang dapat ke rumah kawan-kawan. Agak-agak ada tak orang yang rindu nak dengar celoteh saya? hahahahahah

Okey, rehat yang panjang hari ini sempat juga saya updatekan sedikit cerita tentang hero saya ini. Oh, budak kecil ini memang semakin macam-macam perangai. Hobi terbarunya sekarang ialah main-main tool ala Handy Manny. Pantang lepa sikit, terkuaklah tool box tu.



Mama, apa ni? entahlah, nak. Mama pun tak tahu. huhuhuhu

Yang terbaru, dia tersangat suka ambil spanar, (eh betul ke yang zarin pegang tu spanar?) saya pun tak pasti, abaikan. Kemudian godek-godek basikal tu ala-ala pomen. Mungkin pengaruh upin dan ipin kot.


Mana nak baiki dulu nie? mmmmm

Kadang-kadang risau juga, benda alah tu dah la tajam. Kalau luka kami juga yang susah. Bila dah sembunyi, entah macam mana tiba-tiba dia jumpa balik. Ambil dan main lagi. kelekuk kelekang kelekuk kelekang di ketuknya benda alah tu kat basikal. aduii anak, habis calar basikal tu! eeee, geraaaaaaaaaaaaaammm


kepit dia, kepit dia!


Agak-agak, kalau zarin bukak salun guna benda alah ni ada ke orang nak datang? :P

Paling geram bila dia gunakan spanar ni untuk wat ala-ala gunting, seperti orang gunting rambut tu. Aduuuiii, memang seriau. Terpotong ke, terluka ke tak ke naya. alahai anak!

Makan celet (coklat) dulu!

Bila dah kena tegur dan marah banyak kali barulah taknak main benda alah tu. Alih-alih nak pulak candy yang besar gedabak tu. Makannya tidak, nak je yang lebih!

Monday, March 21, 2011

Masalodeh

Hari minggu memang hari yang ditunggu-tunggu. Hari cuti inilah saya mencuba pelbagai resepi. Maklumlah, waktu pun panjang,kalau penat boleh rehat-rehat.

Hari sabtu, saya terfikir-fikir apa yang boleh saya buat dengan kacang dhal, lebihan daripada membuat tau sa piah. Kemudian saya godek-godek blog kegemaran saya iaitu Lady of Leisure, tengok-tengok resepi yang boleh saya buat.

Kemudian ternampak resepi masalodeh! Bila lihat bahan-bahannya, memang cukup untuk saya buat kuih ini. Malangnya, bila saya baca sekali lagi cara membuatnya, rupa-rupanya kacang dhal itu perlu direndam semalaman. Sudahnya saya hanya boleh membuatnya semalam (ahad). Itupun setelah kacang dhal direndam semalaman. hihihihihi..

Masalodeh ini juga merupakan kuih kegemaran suami saya. Mmm, suami saya semua makanan India dia suka! Nasib baik dia tak jatuh cinta dengan Kajol ke, Rani Mukherjee ke, Kareena Kapoor ke. Kalau tak menangis saya! Hahahahahahaha

Rupa-rupanya taklah rumit sangat buat masalodeh ni. Jom kita lihat resepinya



Bahan-bahan:
2 cawan kacang dhall
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
*1 tangkai cili hijau - dadu halus
1 biji bawang besar - potong dadu kecik
1 sudu kecik jintan
Garam secukup rasa
* memandangkan kat rumah tak ada cili hijau, saya gantikan dengan 2 biji cili padi
Cara-cara:

1.Rendam kacang dhal semalaman. Toskan kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar
2.Campurkan kesemua bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, once masalodeh timbul maknanya dah masak.

Resepi asal boleh dilihat di blog Lady of Leisure

Sangat sedap menikmati masalodeh ketika panas-panas.Di tambah pula jika dihidangkan bersama teh o! Di luar pula hujan renyai-renyai. wallllaaaaahhh! Kacang dhal yang rangup, krup! krap! krup! krap!Tak sedar tangan laju mencapai kuih ini. Sedar-sedar dah licin. hehehehehehehe



Zarin pula tidak berapa gemar kuih ini. Pedas katanya. Walaupun saya dah buatkan masalodeh tanpa cili untuknya. Mungkin juga tergigit daun kari. Sudahnya kami juga yang habiskan.

Tanx Lady sebab kongsikan resepi masalodeh ini. Nampaknya kakak saya dah request untuk buatkan kuih ini bila mereka datang ke KL nanti. Al-maklumlah, kuih ini juga merupakan kuih kegemaran abang ipar saya! hahahahahaha.. Memang keturunan berbulu lebat kami ni kot :P

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...