Saturday, April 30, 2011

Satay Station + Domino's Pizza

Anda penggemar satay? Ya, saya penggemar satay. Kami sekeluarga penggemar satay! Hari minggu memang suka berjalan-jalan cari makan. Oleh sebab itu, semalam kami terus ke satay station, bukan makan di sana, sebaliknya tapau. Zarin manalah nak duk diam kalau ke sana. Asyik nak berlari je kejenya! !



Satay di sini super duper sedap walaupun harganya agak mahal tetapi berbaloi kerana sataynya besar-besar, serta montok-montok gitu. Kuah kacangnya pun sangat sedap, pendek kata berbaloilah makan satay ni. Jika hali kelurag datang dan teringin nak mkan satay, memang satay stationlah yang kami syorkan. Zarin mampu habiskan 5 cucuk satay, bergantung kepada tahap kelaparannyalah.

Suma yang menggelikan hati saya semalam, ada sekumpulan mat saleh meminta "satay medium rare" daripada pembakar satay tersebut. Aduhai, terkulat-kulat pembakar satay itu. Ingat steak ke nak medium rare? hikhikhikhikhik,

Selepas siap menapau satay, tiba-tiba Zarin mengamuk pula nak pizza. Aduhaiiiii, tak suka tau!!!! Nak tak nak terpaksa beli juga, dah dia teringinkan. Nanti kalau apa-apa jadi menyesal tak sudah! Saya kalau bab makan saya tak sampai hati tak beli, kalau benda lain saya boleh lagi berkompromi.



Cumanya saya tak suka ke satay station atau pun domino's di sini kerana pasti Zarin inginkan kedua-duanya. Sama juga dengan subway dan tutti frutti! Aduhaiiiiii, kenapalah korang buka kedai sebelah menyebelah, strategi ek?


Memang membuntallah kami anak-beranak malam tadi. Sudahnya tak boleh tidur, terpaksa telan gaviscon nak bagi perut selesa! kahkahkah!

Friday, April 29, 2011

Justin Bieber dan kakak

Bila sebut Justin Bieber (JB) pasti ramai dikalangan budak-budak sekolah yang minat. bukan sahaja budak sekolah, ada juga yang mak budak yang minat. Tapi saya tidaklah berminat dengan JB ni, sebaliknya anak buah saya (kakak) yang sorang ni tersangatlah minatnya dengan Justin Bieber nie.

Sikit-sikit JB, JB. "Ni lagu kakak suka, jangan ubah channel!" Mak aiiii, setakat sebut baby, baby maksu pun boleh nyanyi, bukan setakat maksu, Zarin pun pandai kakak oiiii! :P



Budak hingusan ini juga yang diminatnya! :P

Baru-baru ini, suami saya sempat lagi mengusik kakak ni dengan hantar mesej kat FB

"Kakak, paksu ada tiket JB, mai la KL tengok!"

Apalagi terus menggelupurlah budak kecik tu. Tanya betul ke? betul ke? Haisssh, tak baik betullla paksu nie. mmm, next time suruh paksu belanja betul-betul tengok konsert JB yea!

Tapi biasalah budak-budak tengah nak naikkan, pasti kalau ada penyanyi yang seusia atau remaja sikit pasti diminatnya. Samalah maacam saya dulu, suka sangat dengan Jimmy Lee 911 tu. Oooooh so cute okeh! siap beli majalah galaxie kemudian tampal poster kat dinding. Muahahahahahha

Itu dulu, zaman tengah menggedik. Tapi bila dah jadi mak budak dan bersuami nie, tak minat kat sapa-sapa dah, minat kat suami je, auwwwwwww!! opssss, ada-ada sorang je yang saya masih minat, tapi bukan penyanyi tetapi pemain bola sepak, Theo Walcott, hensem okeh!




daripada layan JB baik Zarin layan air pancut ni lagi best!

Dan Zarin pula setiap kali terpandangkan gambar JB ni pasti cakap

"Mama, tu kakak punya!"

Hahahahha, lucu betullah Zarin. Bila masalah JB ni jadi hak kakak. Nanti mama beli shampoo bawang bia rambut Zarin lebat macam JB tu yea :P

Apepun kakak, nasihat maksu JB, JB jugak, tetapi jangan lupa study, tahun ni nak UPSR tu!

Wednesday, April 27, 2011

Nasi Ayam Special

Nasi ayam merupakan salah satu makanan kegemaran Zarin. Sejujurnya saya memang tak pernah buat nasi ayam ni walaupun ramai yang berkata nasi ayamlah antara resepi yang paling mudah. Baru-baru ini ketika saya cuti cemas kerana tragedi kunci kereta hilang, pukul 11.30 pagi Zarin dah minta nasi.

Malangnya dalam peti hanya ada 2 ketul ayam, takkanlah nak goreng kunyit sajakan, akhirnya saya mengodek-godek resepi nasi ayam serba kekurangan. Alhamdulilah menjadi. Dan hari minggu yang lalu, saya mencuba sekali lagi membuat nasi ayam ini dengan semua bahan-bahan lengkapnya.

Resepi diambil dari myresepi.com. Saya copy dan pastekan disini ya

Bahan Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk

Cara-cara membuatnya
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

Bahan Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Cara membuatnya
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.


inilah ayam yang telah berjaya saya hasilkan

Untuk nasi pula
bahan-bahannya ialah:
3cwn beras
11/2 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam serta pewarna kuning. Masak seperti biasa



Nasi yang saya buatkan ini terlebih pewarna kuning. sudahnya kuning semacam je. kahkahkah. Gambar yang atas tu nasi untuk mama dan papa, dan gambar yang bawah tu nasi untuk zarin :)

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

cara buatnya
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)



Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Cara membuatnya
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Untuk kicap
Masukkan sesenduk air rebusan ayam ke dalam bekas perapan ayam dan kacau sebati.

Hasilnya...walllahhhhh! Sedap dan sangat puas makan! Dahla cara buat dan bahan-bahannya tak renyah. Memang sesuailah dengan saya yang suka masak simple-simple ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi



Dan ini pula gaya anak bujang saya sedang meratah ayam goreng. Alahai anak oiiii, kalau bakal mak mertua tengok gambar ni konfem fail nak wat menantu :P

Tuesday, April 26, 2011

Dijamin basah

Alhamdulilah, kebelakangan ini kerja rumah saya sudah menjadi semakin ringan. Bukan setakat seorang pembantu, malah saya sudah ada dua orang pembantu. Satu besar dan satu kecil! Kalau pembantu besar (encik suami) saya sangat senang hati sebab dijamin beres, tetapi bila kalau pembantu kecil ini, jawabnya dijamin basah!



Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana Zarin punya inisiatif untuk membantu serta ingin berdikari. Mungkin juga amalan kami selepas makan terus basuh pinggan telah meresap dalam sanubarinya, budak-budakkan suka meniru. Oleh sebab itulah, Zarin tersangat suka mencuci pinggan atau istilah lainnya main air dan main sabun!



Saya puji sikap Zarin yang tersangat-sangatlah bersungguh menyental sisa makanan di pinggan itu. Kadang-kadang lucu tengok dengan muka serius dan muncung mulut duk menyental. Bila dah siap sental, terus dibilasnya. kemudian repeat lagi menyental hingga habislah semangkuk buih pencuci pinggan itu! haisssshhhh!!!




Sinki tinggi, mana mungkin Zarin sampai. Sudahnya stool inilah yang menjadi mangsa. Dia cakap "Alen 'panjat' tinggi. Jangan acau Alen nak basuh pinggan ni. Mama duk sana!"



Kalau setakat nak basuh pinggan plastiknya itu saya boleh bertolak ansur, tetapi bila pinggan kaca pulak yang turut disukainya mulalah saya seriau. Bukan apa risau jika pinggan pecah dan terluka. Pinggan pecah tak apa boleh beli baru, tapi kalau terluka nanti? mulalah menyesal tak sudah!



Bila zarin dah siap basuh pasti dia akan berkata:

Mama, Alen baguskan? Alen gud. Alen basuh lagi ok?"

Apepun memang mama berterima kasih kat Zarin sebab rajin membantu mama. Bukan saja membasuh pinggan, tetapi turut gemar membuat kerja rumah yang lain seperti basuh baju, jemur baju, mop lantai, sapu lantai. Cumanya kalau Zarin basuh pinggan mama pasti dapat kerja baru iaitu mop lantai sebab memang dijamin basahlah jawabnya! Aduhai anak oiii, proses belajar memang gitulah jadinya!

Bahagiakan Pasangan Anda

Sekadar ingin berkongsi untuk tatapan para isteri dan para suami :)

Tulisan:
Hj Ibrahim Abd Rahman
Ketua Biro Motivasi Pelajaran & Pendidikan Kekeluargaan

Salah satu kebahagiaan adalah ketika melihat orang yang kita cintai bahagia. Kebahagiaan jenis ini tingkatnya lebih tinggi dari kebahagiaan yang bersifat individual. Boleh jadi, ini masuk dalam kategori kebahagiaan sosial.

Tidak mudah untuk memperoleh kebahagiaan jenis ini. Apalagi bagi mereka yang bersifat egois. Semua kebahagiaannya diukur dari kebahagiaan diri sendiri. Orang yang demikian adalah tipikal 'pemburu kebahagiaan,' yang justeru tidak pernah menemui kebahagiaan.

Berumah tangga adalah sebuah cara untuk memperoleh kebahagiaan, dengan cara membahagiakan pasangan kita. Isteri atau suami. Mampukah itu terjadi? Mampu, ketika berumah tangga dengan berbekal cinta. Bukan sekadar berburu cinta. Apakah ada bezanya?

Berbekal cinta, bererti kita mencintai pasangan kita. Ingin memberikan sesuatu kepada pasangan agar ia merasa bahagia. Sedangkan berburu cinta, bererti kita menginginkan untuk dicintai. Menginginkan sesuatu dari pasangan kita, sehingga kita merasa bahagia.

Menurut anda, manakah yang lebih baik? Mengejar cinta atau memberikan cinta? Mengejar kebahagiaan ataukah memberikan kebahagiaan? Mengejar kepuasan ataukah memberikan kepuasan? Mana yang bakal membahagiakan, yang pertama ataukah yang kedua?

Ternyata, yang kedua. Mengejar cinta hanya akan mendorong anda untuk berburu sesuatu yang tidak pasti. Yang tidak pernah anda raih. Kerana, keinginan adalah sesuatu yang tidak pernah ada habisnya. Apalagi keserakahan.

Hari ini anda merasa memperoleh cinta dari pasangan anda, maka berikutnya anda akan merasa tidak puas. Dan ingin memperoleh yang lebih dari itu. Sudah memperoleh lagi, berikutnya anda akan ingin lebih lagi.

Ini hampir tak ada bezanya dengan ingin mengejar kesenangan dengan cara memiliki kereta atau rumah. Ketika kita masih miskin, kita mengira akan senang memiliki motorsikal berharga 2-3 ribu ringgit. Kita berusaha mengejarnya. Lantas memperolehnya. Dan kita memang senang.

Tapi, tak berapa lama kemudian, kita menginginkan untuk memiliki kereta yang berharga puluhan ribu. Motorsikal yang telah kita miliki itu tidak lagi menyenangkan, atau apalagi membahagiakan.

Benak kita terus menerus terisi oleh bayangan betapa senangnya memiliki kereta berharga puluhan ribu. Jika kemudian kita MAMPU memenuhi keinginan itu, kita pun merasa senang. Tetapi, ternyata itu tidak lama.
Benak kita bakal segera terisi oleh bayangan-bayangan, betapa senangnya memiliki kereta yang lebih besar dan harganya lebih juga ya. Begitulah seterusnya. Cuba rasakan hal ini dalam kehidupan anda, maka anda akan merasakan dan membenarkannya.

Kesenangan dan kebahagiaan itu bukan anda peroleh dengan cara mengejarnya, melainkan dengan cara merasakan apa yang sudah anda miliki. Dan jika anda mensyukurinya, maka kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya pada perubahan yang datang berikutnya.

Anda tidak perlu mengejar kebahagiaan, kerana anda sudah menggenggamnya. Yang perlu anda lakukan sebenarnya adalah memberikan perhatian kepada apa yang sudah anda miliki. Bukan melihat dan mengejar sesuatu yang belum anda punyai. Semakin anda memberikan perhatian kepada apa yang telah anda miliki, maka semakin terasa nikmatnya memiliki. Jadi, kuncinya bukan mengejar, melainkan memberi. Demikian pula dalam berumah tangga. Jika kita ingin memperoleh kebahagiaan, caranya bukan dengan mengejar kebahagiaan itu. Melainkan dengan memberikan kebahagiaan kepada pasangan kita. Bukan mengejar cinta, melainkan memberikan cinta. Bukan mengejar kepuasan, melainkan memberikan kepuasan.

Maka anda bakal memperoleh kebahagiaan itu dari dua arah. Yang pertama, anda akan memperolehnya dari pasangan anda. Kerana merasa dibahagiakan, ia akan membalas memberikan kebahagiaan. Yang kedua, kebahagiaan itu bakal muncul dari dalam diri anda sendiri. Ketika kita berhasil memberikan kepuasan kepada pasangan kita, maka kita bakal merasa puas. Ketika berhasil memberikan kesenangan kepada partner kita, maka kita pun merasa senang. Dan ketika kita berhasil memberikan kebahagiaan kepada isteri atau suami kita, maka kita pun merasa bahagia.

Ini, nikmatnya bukan main. Jumlah dan kualitinya terserah pada anda. Ingin lebih bahagia, maka bahagiakanlah pasangan anda. Ingin lebih senang, maka senangkanlah pasangan anda lebih banyak lagi. Terserah anda, minta kesenangan, kepuasan, ataupun kebahagiaan sebesar apa. Kerana kuncinya ada di tangan anda sendiri. Semakin banyak memberi semakin nikmat rasanya.

Anda yang terbiasa egois dan mengukur kebahagiaan dari kesenangan peribadi, akan perlu waktu untuk menyelami dan merenungkan kalimat-kalimat di atas.

Contoh yang lebih konkrit adalah perkahwinan dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Perkahwinan semacam ini sungguh membuat menderita pihak yang tidak mencintai. Padahal ia dicintai. Segala keperluannya dipenuhi oleh pasangannya. Katakanlah ia pihak wanita. Segala keperluan sang wanita selalu dipenuhi oleh suaminya. Rumah ada. Kereta tersedia. Pakaian, perhiasan, dan segala keperluan semuanya tercukupi. Tetapi ia tidak pernah merasa bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada cinta di hatinya.

Sebaliknya, sang suami merasa bahagia, kerana ia mencintai isterinya. Ia merasa senang dan puas ketika mapu membelikan rumah. Ia juga merasa senang dan puas ketika mampu membelikan kereta.

Dan ia senang serta puas ketika mampu memenuhi segala keperluan isteri yang dicintainya itu. Semakin cinta ia, dan semakin banyak ia memberikan kepada isterinya, maka semakin bahagialah sang suami. Kalau ia benar-benar cinta kepada isterinya, maka ukuran kebahagiaannya berada pada kebahagiaan si isteri. Jika isterinya bahagia, ia pun merasa bahagia. Jika isterinya menderita, maka ia pun merasa menderita.

Akan berbeza halnya, jika si suami tidak mencintai isteri. Ia sekadar menuntut isterinya agar mencintainya. Memberikan kesenangan, kepuasan dan kebahagiaan kepadanya. Ketika semua itu tidak sesuai dengan keinginannya, maka ia bakal selalu merasa tidak bahagia.

Sebaliknya, jika isteri tersebut kemudian mampu mencintai suaminya – kerana kebaikan yang diberikan terus menerus kepadanya - maka si isteri itu juga bakal memperoleh kebahagiaan kerananya.

Pelayanan yang tadinya dilakukan dengan terpaksa terhadap suaminya, kini berganti dengan rasa ikhlas dan cinta. Tiba-tiba saja dia merasakan kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada terkira.

Kalau dulu ia memasakkan suami dengan rasa enggan dan terpaksa, misalnya, kini ia melakukan dengan senang hati dan berbunga-bunga. Kalau dulu ia merasa tersiksa ketika melayani suami di tempat tidur, kini ia merasakan cinta yang membara.

Ya, tiba-tiba saja semuanya jadi terasa berbeza. Penuh nikmat dan bahagia. Padahal seluruh aktiviti yang dia lakukan sama saja. Apakah yang membezakannya? Rasa cinta!

Ketika 'berbekal cinta', semakin banyak ia memberi, semakin banyak pula rasa bahagia yang diperolehnya. Hal ini memberikan gambaran kepada kita bahawa yang bahagia itu sebenarnya bukanlah orang yang dicintai, melainkan orang yang mencintai. Orang yang sedang jatuh cinta...

Kerana itu keliru kalau kita ingin dicintai. Yang harus kita lakukan adalah mencintai pasangan. Semakin besar cinta kita kepadanya, semakin bahagia pula kita kerananya. Dan yang kedua, semakin banyak kita memberi untuk kebahagiaan dia, maka semakin bahagialah kita....

Begitulah mestinya rumah tangga kita. Bukan saling menuntut untuk dibahagiakan, melainkan saling memberi untuk membahagiakan. Kerana di situlah kunci kebahagiaan yang sebenar-benarnya memberikan kebahagiaan.

Sumber: HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia)

Monday, April 25, 2011

blog resepi?

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang mencadangkan supaya saya wujudkan satu blog khas untuk resepi sahaja. Memang satu idea yang sangat bagus.Tetapi, memandangkan saya bukanlah pemasak yang tegar, jadi tak dapatlah saya buat blog resepi tersebut.



Pic dr google

Nanti ada pulak sampai setahun tak terupdate sebab dapur tutup. Memasak pun ada turun naiknya. Kalau sampai satu tahap angau, memang cepat-cepatlah kena buat, tapi kalau datang penyakit ‘M’ tak berasaplah dapur jawabnya. Sebenarnya, memasak hanyalah sekadar hobi dan saya suka-suka mencuba, saya sendiri pun masih dalam proses belajar. Bukan masuk kelas pun, belajar dari internet jugak, resepi di hujung jari gitu. Setakat ni alhamdulilah, kebanyakan resepi yang saya cuba menjadi.

Oleh sebab itu, untuk merakamkan saat-saat manis saya menjadi chef tak bertauliah itu, saya rakamkan gambar dan tempekkan resepinya di blog ini. Tetapi bukan semua yang saya masak saya tempek di sini, cukuplah sekadar resepi yang pertama kali saya cuba dan agak rumit. Bukan apa, mudah untuk saya rujuk kemudian hari. Jangan tak percaya, setiap kali saya memasak pasti saya akan usung laptop ataupun telefon ke dapur, chef bertauliah sangatlah tu. Kahkahkah!




Pic dr google


Apepun, InsyaAllah suatu hari nanti jika berkesempatan, pasti akan saya wujudkan satu blog resepi tersebut. Teringin juga nak jadi ratu dapur sepenuh masa + memang seronok main masak-masak :)

Saturday, April 23, 2011

aku sebiji belon

Bila baca tajuk entri teringat pula zaman kanak- kanak hingusan dulu, antara tajuk karangan yang agak popular diberikan oleh cikgu Bahasa Melayu. Biasanya kalau cerita begini pasti klimaks dia kesedihan dan penyudahnya happy ending. Eh, ape dah melalut-lalut nie, kin sebab banyak makan pulut durian kot.

Ok-ok, berbalik kepada tajuk aku sebiji belon ni, semenjak dua menjak kebelakangan ini, Zarin tersangat sukakan belon. Sebelum ini dia agak takut, yang dia suka hanyalah belon yang ada stick bergambar kartun tu. Tapi sekarang pantang nampak belon, konfem nak, bukan murah sepeket rm7.90. Haissssssh, kayap kalu gini gak! :P



Yang selalu menjadi mangsa untuk meniup belon sudah semestinya mama. Aduiii, dahla mama takut belon, alih-alih demi anak terpaksalah juga beranikan diri tiupkan. Tapi kadang-kadang belon ni pun degil juga, tiup punya tiup sampai nak tercabut 'keng' pun tetap tak kembung-kembung, haissshhhh! Akhirnya guna pam letrik yang selalu guna untuk pam tilam angin tu, kahkahkah!




Zarin bila belon dah kembung, bukan main lagi berani dan seronoknya. Paling tak tahan dia suka picit-picit dan duduk-duduk serta guling-guling atas belon tu. Lagi kita larang lagi dibuatnya. Mama larang sebab mama seriau tengok dan takut belon tu meletup.



Teringat lagi sukaneka sekolah rendah bila ada acara tiup belon, mulalah masing-masing kepit jarum kasi senang pecah. Tapi kalu sukaneka ni mama memang orang pertama yang tarik diri. :P



Zarin cuma satu perangainya yang mama kurang berkenan, suka tiup semua belon. Jimat-jimatlah sikit main satu-satu, tak payahlah mama asyik beli je. :p

Tapi itulah, bila tajuknya aku sebiji belon, akhir cerita konfem semua belon pecah, tak pun kena campak ke bawah dari balkoni, kemudian kena langgar kereta. sob-sob. Kalau cikgu BM baca ni agak-agak dapat A tak karangan saya ni? kihkihkih

Friday, April 22, 2011

super moist eggless chocolate cake

Masa anak dara dulu, nak jejak kaki ke dapur pun malas. Tapi bila dah jadi mak dara ni, dapur seolah-olah tempah yang paling best untuk dikunjungi. Nasib baik dapur rumah saya sempit, kalau tidak sure dah bentang toto kat situ :p

Semalam betapa berkecainya harapan saya kerana apabila buka peti langsung tiada bahan mentah untuk memasak. Sudahnya saya terus mengodek-godek resepi yang boleh dibuat dengan bahan-bahan kek yang pelbagai jenis itu. Akhirnya saya terjumpa satu resepi dari blog Kak Nor iaitu super moist eggless chocolate cake! nyummmmyyyyyyyy!!!!





Kak nor, dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini ya :)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber:
Kak Nor@ Secubit Garam


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

* saya tidak masukkan chocolate emulco
* gula saya kurangkan. 2/4 gula perang dan 1/4 gula pasir

Dan kek ini saya mandikan dengan chocolate ganache.

Terima kasih Kak Nor sebab berkongsi resepi kek yang sedap ini :)




Muka Zarin yang tak sabar nak rasa choc cake ni



Serius, kek ini memang sangat sedap. Memang super duper moist. Paling best sebab kacau-kacau saja. Tak payah guna mixer, kalau tidak "bercinta" juga nak basuh mixer tu. Walaupun kebiasaannya papa yang basuh :P

Zarin seperti biasa menjadi ketua juri cinonet yang sentiasa menilai air tangan mamanya ini. Dan jawapan standardnya ialah

"Mama bagus, Gud. Sedap!"

psssttt: Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Tetapi saya suka mencuba. Resepi-resepi yang ditulis adalah sebagai rujukan saya di masa depan. Terima kasih pada yang terjumpa blog saya melalui resepi dan kemudian add saya di FB. selamat berkenalan :)

Thursday, April 21, 2011

meatball-ratta-tiramisu

Setiap kali menjejakkan kaki ke IKEA tidak sah kiranya tidak menikmati meatball dan juga daim cake. Alang-alang dah sampai masa gunting rambut Zarin, terus bawanya makan meatball sebagai umpan sebab Zarin sibuk nak main ball yang banyak-banyak kat bawah tu. Ball-meatball bunyinya pun ball jugakan. Satu tak boleh makan, satu lagi boleh makan...hehehehhe.



Kami suami isteri dah kenyang, sudahnya hanya memesan menu kids sahaja - 5 pieces meatball dan juga 2 pieces chicken wing dan daim cake. Sayangnya gambar daim tak ter'snap' pula, sebab sibuk ber'ngap' sahaja.


meatball untuk Zarin + chicken wing (mama yang habiskan :P)



Sungguh berselera Zarin makan, jika sebelum ini dia memang tak akan duduk diam, lebih-lebih kalau letak dalam high chair tu, sure la menggelepur nak keluar! Tapi kali ini tersangatlah behave dan makan dengan berseleranya. Zarin mampu habiskan 4 pieces meatball + fries. yeaaaaaa!!!!




Setelah kenyang, kami pun mulalah jalan-jalan pusing-pusing dalam IKEA tu. Dan Zarin pula dalam banyak-banyak toys yang ada, si tikus mondok color grey tu jugak yang dipilihnya. Kalau tak salah, namanya ratta ape ntah! Aduhaiiiii, sekali tengok macam geli pula, dah la besar, montok pulak tu, sebijik macam tikus betul! :P tapi syok, lembut gebu!

Saya pula apa lagi, terus membeli gelas-gelas kecil yang comel-comel untuk membuat tiramisu. Memang sebelum ni dah beli, tapi tak cukup. Sebenarnya design yang saya nak tak ada. Namun begitu saya tetap membeli juga 1 set gelas tersebut. Oklah dari tak ada langsung!




Sampai di rumah, Zarin pun tidur kepenatan. Saya apalagi terus membuat tiramisu. Excited sebab nak letak dalam gelas barukan. Jemput makan :P

Wednesday, April 20, 2011

macho pulak kali ini

Setiap kali ingin menggunting rambut Zarin, pasti kami risau. Yelah, sebut saja nak gunting rambut, terus melalak bagai nak rak! Hinggakan kami tertanya-tanya Sampai bila harus begini?????

Tapi alhamdulilah, gunting rambut kali ini sangat cemerlang dan berjalan lancar. Zarin memang ternyata macho kali ini. Syabas sayang!



Memang dari awal-awal lagi saya telah maklumkan padanya untuk menggunting rambutnya yang agak panjang itu. Zarin pun ok saja dan setiap kali saya bertanya pasti jawapan "nak" yang diucapkan. Ini menunjukkan yang Zarin sedia untuk membenarkan rambutnya dikerjakan!

Ketika mula-mula sampai di Kwikcut, Zarin dah cuba mengelat. Mula-mula ajak pergi beli roti, kemudian soya, kemudian belon, ball dan macam-macam lagi. saya bersetuju untuk membeli kesemuanya dengan bersyarat:

"Gunting rambut dulu baru Zarin boleh beli semua tu ok?"

"Ok"
singkat sahaja jawapannya.








Dan tersangatlah syukur kerana sepanjang proses menggunting rambut itu Zarin sangat sporting. Langsung tidak terkeluar satu perkataan dan tangisan pun dari mulutnya itu! Wah!! Satu rekod yang boleh dibanggakan. Sebelum ini, pasti bergema bilik kaca itu mendengar siren kecemasannya!

Cuma yang membuatkan saya dan beberapa orang yang berada di situ tergelak ialah, ketika rambutnya sedang dibersihkan (Vacum) terkeluar perkataan

"Siaaaaaaaaap" kuat pulak tu.

Zarin siap mendapat pujian lagi dari pengunjung yang sedang menunggu giliran sebab memang sporting, good boy dan macho! Tak nangis walaupun masih kecil serta duduk atas kerusi sorang-sorang!



Wah, nampaknya Zarin tersangatlah hensem dan macho dengan rambut baru ini. Lebih menampakkan pipinya yang tembun itu!

Entri berkaitan dengan Zarin gunting rambut

1. Rambut kembang rambut Kuncup
2. Hero korea
3. Ekspresi wajah berepisod
4. sampai bila harus begini

psttt: Terima kasih pada semua yang singgah di sini dan sudi menjadi rakan saya. Sekarang saya tersangatlah kekangan waktu, Insyaallah jika berkesempatan pasti saya singgah rumah kawan-kawan yea :)

Monday, April 18, 2011

al kisah kunci kereta!

Aduhai, memang nasib tak baik betul hari ini. Pagi-pagi lagi ketika bersiap-siap untuk ke ofis, tiba-tiba suami saya memberi tahu

"Kunci kereta hilanglah!"
"Hilang?? salah letak kot, carilah dulu" . Kata saya sambil siapkan bekalan Zarin untuk ke nursery.



pic from google

Ketika itu jam telah menunjukkan 7.15 pagi. Masih ada msa 15 minit untuk mencari. Apalagi, satu rumahlah kami geledah. Puas mencari masih juga tak jumpa. Ketika itu jam telah menunjukkan lagi 3 minit pukul 8. Saya terus menelefon rakan sepejabat dan memberitahu saya akan lambat atau pun langsung tak datang. Tengok sama ada kunci jumpa atau pun tidak.



Kat mana yea, jap Alen fikir


Bila tanya Zarin dia menjawab

"Alen tak amik".
"Alen buang dalam toilet"
Alen buh sini (speaker) dan sini (bakul basikal)

Mendengar jawapannya yang macam-macam bikin lagi pening. Paling risau jika dia buang dalam toilet tu, aduhaiii anak. Memang dah syak dia yang ambil.

Kami masih lagi mencari-cari hingga satu rumah habis di geledah. Pergi cari kat tempat parking, tanya guardhouse, management juga mereka tidak terjumpa. Dalam pada itu kami berkira-kira untuk menukar sahaja kunci itu. Sebenarnya kunci spare ada, tetapi alarmnya yang tak ada. So memang tak boleh buat apa!

"Pa, kita cari sekali lagi. Nie last! Kalau tak ada kita call oranglah suruh tukar!"

Akhirnya dengan kuasa Allah, kami pun terjumpa kunci tersebut. Zarin selitkan dalam poket high chairnya. Alahai anak, memang bikin papa dan mama panik hari ini.

Serius, dah berkali-kali saya cari dan belek high chair tu, tapi tak jumpa! Malangnya, kunci kereta tu kami jumpa hampir pukul 10.00 pagi. Sudahya tak pasal-pasal saya EL hari ini. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Tapi nasib baik jumpa. Jika tidak paling busuk pun terbang juga 1k. Fuh selamat duit dah la tengah-tengah bulan pula tu!!!!!

Pengajarannya, simpan kunci kereta di tempat yang tinggi dan terbuka.

Sunday, April 17, 2011

Hot pancakes

Hari minggu memang penuh dengan agenda makan-makan. Tak cukup makan di rumah, makan lagi di kedai. Dan hari minggu jugalah kami dapat menikmati McD Family Breakfast.

Zarin pagi-pagi lagi dah ajak makan KFC (Zarin semua fast food dipanggil KFC)kalau burger hanya untuk subway!



Pancakes kegemaran Zarin



Melayan anakanda makan :)


Seperti biasa, untuk tidak hampakan permintaan Zarin seminggu sekali itu, kami bersiap untuk ke McD yang berhampiran. Seronok makan di McD ini kerana majoriti yang datang breakfast semuanya friendly. Agaknya kejiranan kami ini semua friendly dan pelbagai bangsa. Dengan muka bangun tidur mata bengkak sempat jugalah bersiap ala kadar. Yang penting perut lapar mesti diisi.



Zarin 'terbang' bersama papa!



Ikan dan burung batu, serta kawan baru, christopher.


Selepas kenyang, bawa pula Zarin tengok ikan dan burung di kawasan sekitarnya. Budak-budak memang suka tengok binatang. lebih-lebih lagi ikan, kalau boleh mereka ingin turut sama terjun dalam kolam berenang-renang bersama ikan. hehehehehhe


Posing tepi kolam, boleh masuk majalah mangga ni :P



Buah hati pengarang jantung



Mama, jom balik jom!


Hari minggu hari yang ditunggu-tunggu :)

Friday, April 15, 2011

Alhamdulilah bakal bertambah Ahli Famili

Alhamdulilah, Alhamdulilah, syukur padaMu ya Allah!

Alhamdulilah, tahun ini bilangan ahli keluarga kami akan bertambah. Eh, jangan salah sangka, bukan saya yang mengandung, tetapi kakak ipar saya, Oje :)


weeehuuuuuuu!!!! suka-suka, Dah lama menunggu saat-saat ini :). Mak Su dah tak sabar nak beli baju baby yang kiut miut tu. Tapi masih awal lagi. Baru 2-3 bulan. Menurut kakak ipar saya, dia alah teruk mengandung kali ini. ehem-ehem, baby boy kot eh? :P

Apepun jaga diri, jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga serba serbilah, dan banyakkan berehat. Teringin nak makan air mata kucing mid valley dan cheesecake kan? Insyaallah, balik kampung nanti kami belikan. Kalau lambat, datang je KL, dengan rela hati kami melayan kerenah ibu mengandung :)




Untuk emylda tersayang, jangan nakal-nakal. Mama ada baby tu. Lepas ni emy tak payah lagi main dengan baby alive :)

Untuk abangku tersayang pula, sila layan kakak iparku umpama tuan puteri ya. Awas jika kamu ingkar! :P

Alhamdulilah, alhamdulilah.

Thursday, April 14, 2011

Jangan tiru aksi ini!

Semalam, ketika saya sedang sibuk membuat muffin strawberi, tiba-tiba terpandangkan zarin tengah buat aksi camni???

Camneeee?????

Camneee??????

Macam nihaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!



Masyaallah, berdebar-debar jantung saya melihat aksi sebegini. Sila jangan biarkan anak anda tiru aksi ini yea! Lantas terus saya menjerit kerana risau, terkejut dan macam-macam

"Astagfirullahalazim....Zarin, buat apa tu???"

"Hah? Takde pun!"

"Tadi Zarin buat apa?"

"Takde pun!"

"Zarin tak boleh buat camtu, nanti patah leher, sakit dan bla-bla-bla,"panjang berjela saya memberikan ceramah kepadanya.

"Tak de pun!" jeritnya pula sambil mula berguling tanda protes!



Serius, saya tersangat risau bila Zarin main lipat-lipat macam ahli gimnastik nie. Bukan apa, risau sekiranya patah ke, terseliuh ke. Tapi dia merasakan itu seakan suatu aksi biasa dan magic, serta hebat! Aduhaiii anak.



Bila di tegur mula berguling, kemudian ambil hanger dan buat-buat seperti tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Tapi yang lucu Zarin pula tanya saya

"Mama nak nie?" sambil tunjukkan hanger kepada saya!

Oh, mama pula yang nak dirotannya. Dia yang salah. Mungkin juga sebab saya selalu cakap camtu bila Zarin tak dengar cakap. Rotan tak ada, so gunakanlah hanger sebagai senjata. Cakap je, tapi buatnya tidak (sila jangan tiru aksi ini juga :P)

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI ...

Eh, Abg Ben buat segmen gegar lagilah. jom kita join jom.



kalau nak tahu lebih lanjut, just click je kat pic Abg Ben yang hensem tu. hihihihihihihihih

Wednesday, April 13, 2011

Sejuk perut ibu mengandung

Alhamdulilah, kebelakangan ini ke mana saja kami pergi jika Zarin terpandangkan masjid terus ajak kami Allahuakbar. Allahuakbar tu maknanya sembahyanglah bagi Zarin. Dia tak reti sebut sembahyang, yang keluar pun bunyi (nyang) je.

Bukan sahaja masjid, malah semua bentuk bangunan yang ada kubah, turut diajaknya Allahuakbar. Baru-baru ini ketika lalu di kementerian kebudayaan berhampiran dataran merdeka Zarin terus berkata

"Mama, tengok, Allahuakbar, jom Allahuakbar!"

"Eh, tu bukan Allahuakbar, tu kementerian kebudayaan", terang saya.


"Bukan, Allahuakbar! jom-jom!" sambil mula menangis.


Apabila dipujuk-pujuk, Zarin pun ok. Ketika menghantar ahli keluarga ke LCCT, kami pun singgahlah di masjid yang berhampiran. Zarin seperti biasa, bila tengok kawasan yang lapang dan luas mulalah berlari ke sana ke mari.



Kemudian saya terus mengajaknya mengambil wuduk, memandangkan dia tidak mahu mengikut papanya. Alahai kalau dah jumpa air, surelah nak mandi nanti. Tapi alhamdulilah, kali ini dia taknak main air. Nak Allahuakbar katanya.



Zarin pun terus ambil wuduk juga. Tapi setiap kali ambil wuduk, Zarin hanya basuh tangan, muka, dahi dan juga kaki. Itu kalau dia sorang-soranglah. Kalau bersama-sama, pasti dia ikut apa yang kita buat. Suruh ulang setiap pergerakan tiga kali, sudahnya berkali-kali dibuatnya. Paling suka basuh kakilah. ehehehehehe.



Bila tiba time solat, dia hanya berdiri, sujud dan kemudian baca tahiyat. Masa baca tahiyat mulalah jari telunjuknya bergerak-gerak ke atas dan kebawah. Aduhai lucu juga. Tapi dia hanya buat sekali. Bila saya kata.


"Eh, tu baru satu rakaat, ada lagi 3.


" Alen, Allahuakbar dah! "


"Baru 1, papa tak abis lagi tu, cepat ikut papa"


Barulah terkocoh-kocoh ikut papa balik. Tapi paling susah nak ajak dia solat ialah antara waktu Maghrib dan Isyak. Perbezaan dua waktu ini tak lama. Bila dah solat Maghrib, kemudian nak ke Isyak dan ajak dia pasti dia jawab:


"Alen dah Allahuakbar dah tadi!"


"Itu Maghrib, ni Isyak. Ada dua waktu yang berbeza" terang saya


"Alen dah Allahuakbar dah tadi, Alen taknak!"


"Mana buleh taknak, nanti Allah marah"


"Hah?"


"Kalau tak Allahuakbar nanti Allah marah" balas saya


"Hah?"


"Kalau tak Allahuakbar nanti Allah marah" ulang saya lagi


"Hah"?


"Kalau tak Allahuakbar nanti Allah marah" ulang saya lagi dan memberi sedikit penekanan dan lambat-lambat


"Hah?"


Pada pandangan saya, mungkin Zarin masih tak faham lagi ayat "Allah marah tu". Sebab tu asyik hah? hah? hah? tu.


Tak apa sayang, nanti sampai satu peringkat, pasti Zarin akan faham, malah Zarin pasti akan bertanya pelbagai soalan dan mama pula perlu melengkapkan diri dengan jawapan-jawapan yang meyakinkan dan mudah difahami. Mama kena jadi Profesor Serba Tahulah jawabnya. hehehehehehe



Memang kanak-kanak sentiasa ingin tahu dan belajar dari tingkah laku kita. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Teringat pula cerita wardina BERBALOI PENAT LELAHKU.


Doa dan harapan saya agar dapat mendidik Zarin menjadi anak yang soleh termakbul. Insyaallah, amin-amin.


* Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...