Tuesday, May 31, 2011

40 minggu nan indah

Hari ini saya dikejutkan lagi dengan khabar gembira yang kakak saya pula mengandung. Sebelum ini kakak ipar saya yang pernah dientrikan dengan tajuk Alhamdulilah Bertambah Ahli Famili.

Sungguh tak sangka, memang murah rezeki betul famili saya tahun ini. Menurut Kak Mek, dia dijangka bersalin pada 24 Januari 2012. Gembiranya saya coz bakal mendapat anak saudara baru lagi, yeaaaa!!!



Memang sudah lama mereka menantikan saat-saat ini. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Untuk Syafiq, lepas ni tak payah lagi tanya mak " Dulu mak janji kalau Afiq darjah satu mak nak bagi Afiq baby, sekarang dah darjah satu, tak ada pun, mak tipu Afiq." hehehehhe. Baby dah ada tu, tungggguuuuuu!!

Untuk Kakak pula, semoga menjadi kakak yang baik dan jangan asyik nak mengusik adik-adik je. heheheheheh

Dan untuk Abang Rizal, selamat merasa alahan trimester pertama. Rasa sikit sorang yea, takkan nak suruh mak je, abah dia pun kenalah tempias sama (kes mengandung kali ini suami yang alah teruk) kihkihkih

Untuk Kak Mek aka Mak Yong, selamat menempuhi 40 minggu nan indah ini dengan selamat. Jaga pemakanan, banyakkan berehat dan jangan lasak-lasak.

We love you so much! muaaaachhhhh!

Monday, May 30, 2011

The Humble Chef - nyum-nyum!

Pertama kali suami mengajak saya makan spageti di The humble Chef, saya dah berkerut dahi. Humble chef?? Kata mana? sedap ke?

Kemudian saya ikutkan juga. Rasanya sudah hampir berkali-kali kami ke situ, tapi langsung tak nampak kedainya. Jenuh pusing sampai bebal jugalah saya. Kata ada, ada setiap kali datang tak ada! Hanginlah satu badan bila berpusing cari kedai tapi tak jumpa. Di tambah lagi dengan perut yang dah masuk angin. Jadilah hangin kuasa dua...hehehehehhe


Malam minggu yang lalu, suami mengajak lagi saya ke situ. Kali Ini betul-betul ada, dia dah SMS pemilik The Humble Chef ini. rupa-rupanya gerai mereka dibuka pada jam 9.30 malam ke atas. kuikuikuikui. Patutlah kami datang selalu tak ada. Datang pukul 8, bukan lori The Humble Chef yang ada, Lori DBKL adalah!

Saya suka makanan di sini kerana makanannya sangat sedap walaupun simple. Dan harganya pun murah lingkungan RM2.50-Rm5/Rm7. Dan inilah yang kami order,



Chicken pita, sedap, makan satu tak cukup, nak kena order 2!




Dan ini pula spagethi. Tak pasti spagethi apa, sebab kami order 3 spageti, seafood olio, chicken carbonara dan lamb olio, eh kami berempat ya, bukan bertiga. Sebab tu order banyak!



Untuk Zarin saya orderkan chicken omelette, tapi kami yang habiskan coz zarin makan spagethi seafood olio mama. sob-sob!



Tapi serius, makanan di The Humble Chef ini memang menepati citarasa saya. Tidak terlalu banyak pilihan, tapi semuanya sedap-sedap. Lagi satu, kat sini tak ada teh tarik ke, teh o ais limau ke, sirap ke, nescafe ais ke, kopi ais ke, laici ke. Yang ada cuma air tin dan air mineral. Jika nak minum air yang sedap-sedap, sila bawa sendiri :)

Next time kalau pergi lagi saya snapkan menunya ya. Haritu tak sempat cozz Zarin dah menggedik nak McD yang tak berapa jauh dari tempat kami makan. Dan kalau pergi mestilah weekend, kalau weekdays tak dapatlah, tak larat nak tahan mata sampai pukul 10 sebab kul 9.30 dan tumbang..zzzzzzzz...

jika berminat bolehlah singgah

alamat:
Pusat Bandar Damansara,
(next to McDonald's by the flyover bridge road),
50490 Kuala Lumpur
Tel: 014-229 6854 (Rosman)
Business Hours: Opens Mon - Sat from 9.30pm - 12.30am (best to call to confirm)

Sunday, May 29, 2011

BabyTV best!

Dua minggu kebelakangan ini Zarin memang suka sangat menonton Channel 618 (Babytv), channel baru untuk kartun. Sebelum ini dia lebih sukakan PHDC dan Cartoon Network. Tapi sekarang sikit-sikit nak tengok baby.


Saya akui, Babytv memang banyak segmen-segmen yang berunsurkan pendidikan. Memang sesuai sangatlah untuk baby, juga kanak-kanak seusia Zarin. Antara cerita yang Zarin sukai ialah, charlie and the numbers, mice builders, baby song, bath tubbies dan banyak lagilah. Setiap cerita kebanyakannya disiarkan hanya dalam lingkungan 10-15 minit menyebabkan Zarin begitu ralit menontonnya. Biasalah kalau lama-lama kanak-kanak pasti hilang fokus.

Kalau saya pula, waktu siaran yang paling disukai ialah antara pukul 9 hingga 10 malam kerana muzik yang dinainkan di saluran tersebut mampu mendodoikan diri kita yang menontonnya. Eh, ni anak yang minat ke mamanya ni? hehehehehhe



Zarin tengah khusyuk tengok cite, panggil pun tak layan dah!

Saya pun suka menonton Babytv kerana kartunnya cute-cute. Zarin pun akan mengikut apa yang disebutkan, kiranya belajar sambil menonton. Sebenarnya bukan semua kartun tak bagus, tapi sebagai ibu bapa kita haruslah memilih kartun yang sesuai untuk anak-anak.

Buat sementara channel Babytv ini diberikan secara percuma. Kalau tak silap saya, beberapa bulan lagi, pelanggan akan dikenakan caj RM5. Walaupun dicaj, saya confem akan pilih chanel ini. Best sangat, lain dari yang lain.

Saturday, May 28, 2011

Calon-calon askar

Kadang-kadang seronok juga melihat keletah anak-anak bermain. Kalau sorang-sorang mulalah bercakap seorang diri dan mencipta pelbagai dialog seolah-olah memang betul-betul ada orang di situ. Kadang-kadang teddy bear yang jadi mangsa, begitulah juga dengan Zarin. Teddy merupakan teman rapatnya bermain tetapi bukan bantal busuk.

Lain pula jadinya jika berjumpa sepupu-sepupunya yang sebaya. Ada saja yang nak dimainkan. Paling lucu apabila setiap orang menyarungkan topi askar ini. Dengan ini diumumkan calon-calon askar sesi 2011.



1. Zarin Shah, nama timbangan (Alen)
Walaupun calon yang paling muda, namun zarin merupakan satu-satunya jejaka macho yang layak untuk pengambilan kali ini.



2. Nama Hani Amirah, nama timbangan (Hani)
Umur lebih kurang dengan Zarin, dalam empat bulan lebih tua. Tersangat comel dan sedikit pemalu. Alahai sayang hani, macam mana nak masuk hutan kalu malu gak. Lagi satu kulit dahla putih melepak, habislah sunburn nanti. hikhikhik




3. Dan yang terakhir, Hawa Atikah, panggilan manja (Hawa).
Calon yang paling senior dalam kumpulan ini. Diharap Hawa dapat membimbing calon-calon muda yang lain. Tapi sebelum itu, kena belajar dulu cara pakai topi dengan betul. hahahahha

Itulah sepupu-sepupu Zarin yang sentiasa dia jumpa. Boleh gelarkan mereka ini "the three stooges" . Nama Hawa memang tak lekang dari bibir Zarin. Kalau jumpa konfem seronok bermain. Itulah dunia budak-budak, kadang-kadang seronok kadang-kadang bercakar juga.

Okey askar-askar sekalian, selamat berkhidmat untuk negara!

Friday, May 27, 2011

Kan dah termalu!

Rehat panjang dan terperap di ofis, tangan pun mulalah tergatal menekan butang go online di chat FB. Mana tau kalau ada member-member senasib yang tengah keboringan bolehlah berchat.

Baru je klik, tak sampai seminit terus muncul tetingkap ni.


Apalagi terkejut beruklah saya. Tiba-tiba pulak Sabrina. Memang sah salah orang. Suhaida-Sabrina jauh bebenor tu. Nasib baik sampai di situ saja.

Kemudian saya try la bukak wallnya, dengan list friend yang tak seberapa ramai itu saya carilah nama sabrina dan seakan-akan. Tak ada pula. mmmmmmmm

Mungkin betul dia tersalah orang atau sebaliknya. Mungkin juga dia baru terperasan muka suami saya yang tengah tersengeh itu. Takpun terkejut dan tersedar "eh, aku kenal la laki pompuan ni!" Ha! Nak kene debik dengan suami den ko?

Apepun lain kali berhati-hatilah nak ucap sayang dan rindu, kalau dah tersalah orang kan dah termalu! hahahaha


psst: sbb tu suka offline. kalau tak macam-macam tingkap yang keluar nanti

Thursday, May 26, 2011

Tengok Rugby

Sebenarnya dah lama nak entrykan pasal tengok rugby ni. Tapi asyik tergendala kerana cari gambar tak jumpa. Maklumlah blog suka tempek gambar macam saya ni memang begitulah selalu, rasa tak lengkap kalau entri tak ada gambar. :p

Ok, berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya kejadian tengok rugby ini berlaku pada 1 Mei 2011 bertempat di Sekolah Menengah Sains Selangor Cheras sempena Powerbar SMSS 10's 2011 kali ke-19. Oleh sebab dah lama berlaku, saya hitam putihkan gambarnya, muahahahahah, poyo je!






Sebenarnya suami saya yang mengajak kami tengok rubgy ni kerana alumni SAHOCA yang turut mengambil bahagian. Majoriti yang bermain itu kenalannya. So saya ikutkan saja memandangkan tiada apa-apa aktiviti yang ingin dilakukan di rumah. Namun cuaca pada hari tersebut tidak berapa baik, hujan!, Tapi layankan juga kerana sudah Final. Zarin pun seronok, katanya, "soccer!"

Jujurnya, saya tak berapa faham macam mana kiraan mata main rugby ini, sikit-sikit tu taulah. Macam takut pun ada juga sebab nampak ganas je. Suami saya memberitahu bahawa ada di antara kawan-kawannya yang mengalami kecederaan dan patah, gulp!







Tapi seronok juga melihatnya! Apepun tahniah kepada SAHOCA kerana berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke-8 berturut-turut. Dan juga untuk semua pasukan yang bertanding, tahniah pasukan anda juga hebat ! errrkk, papa next time ajaklah lagi ya :)





Seperti biasa, suami saya bila ramai kawan-kawan berkumpul, apalagi dia pun sama naiklah. Keluar malam balik pagi. Tak apa ,saya bagi peluang padanya untuk beramah mesra dengan kawan-kawan. Yelah, walaupun dah kahwin, kawan-kawan tidak patut dilupakan, pandai-pandailah bahagi masa, bukan selalu, sebulan sekali je kot.

Kadang-kadang bila saya tersedar awal pagi, suami masih belum pulang, lantas saya terus SMSnya "Sesat cari jalan ke?" kehkehkeh, saja nak ngusik.

Wednesday, May 25, 2011

Berangan jadi besday boy!

Kerenah anak memang macam-macam. Kadang-kadang nak marah, kadang-kadang nak tergelak. Salah satu kerenah Zarin yang saya perasan sekarang ini, kalau baik saja demam pasti ada sesuatu yang akan dimintanya.

Jika dahulu, Sebaik sembuh dari demam zarin minta basikal, POLYGON KID-AKU SEBUAH BASIKAL, dan baik demam kali ini Zarin minta pula Kek besday to you!



yeeeea, dapat kek hepi besday to. Tapi, kenapa NO.8???

Mula-mula saya ingatkan apalah yang dia duk cakap, asyik-asyik

"Mama Alen nak hepi besday to you!
"Mama Alen nak hepi besday to you papa!"

Ha, sudah. Nak besday to you ape kebendanya nak oiii! Besday Zarin lambat lagi, bula sepuluh ni! Kemudian dia cakap lagi.

"Alen nak kek hepi besday to you macam ni!" (sambil buat aksi tiupkan lilin).

kihkihkih, baru la mama faham. Nak kek yang ada lilin rupanya.


eh, salah nombor rupanya, ingatkan Zarin dah 8 tahun tadi

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, lantas mama terus membuat super moist eggless moist chocolate cake. Memang itu je bahan yang ada dan paling mudah serta sedap! Cuma yang tak bestnya, bila kek dah siap, Zarin pun sibuk nak mendeko, sudahnya selonggok coklat rice ditempekkan ke atas kek tersebut. sob-sob! Hentam sajalah Zarin, dah kek hepi besday to you Zarin punyakan?


Mama, tengok Alen nak tiup ni!

Bukan main seronok lagi Zarin. Yang paling seronoknya sebab ada lilin dan api. Itupun kebetulan. Tengok jelah lilin tu NO.8. kah!kah!kah! Sebenarnya lilin ni masa besday mama tahun lepas. No.2 dan No.8 (28). Tapi No.2 dah hilang, yang ada hanya No.8, dah itu aje yang ada, belasah jelah. Takkan la nak letak lilin besar gedabak pulak. (yang pasang time takde letrik tu).



Aku sebatang lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain :P

Bila dah seronok sangat ada lilin, mulalah kek itu dikorek-korek (potong). Haisssh, tak boleh jadi ni. Jika dibiarkan konfem sebiji kek itu hancur dikerjakan. Lantas saya potongkan seketul dan letakkan dalam piring, kemudian pacakkan lilin. Tunggu hingga lilin tu habis mencair, kemudian kek tersebut saya buang. huhuhuhuhuh.

Bila lilin dah abis menyala dan tak boleh guna, menangis pulak nak lilin lagi. Tapi bila dah pujuk-pujuk alhamdulilah ok. Fuh, nasib baiklah demam kali ini Zarin hanya minta kek hepi besday to you. Kalau minta benda yang mahal-mahal memang rabaklah poket mama! :p

Tuesday, May 24, 2011

Terdelete!

Sedih! sedih! sedih!

Semalam suami terdelete folder gambar-gambar saya! Uwaaaaaaaaaaaaaa!! Sedih sangat-sangat, dalam folder EOS tu, hanya 20% sahaja yang dapat diselamatkan, yang lain-lain semua dah hilang.



kalau Zarin nangis nampak juga cute, cuba mama tempek gamba mama tengah menangis camni???

Benda dah berlaku, lagipun bukannya sengaja, terdelete! Menangis tak berlagulah jawabnya, sob-sob.

Monday, May 23, 2011

color tema raya 2011?

Sana sini orang mula memperkatakan tentang baju raya. Yelah tinggal beberapa bulan saja lagi umat Islam akan berpuasa seterusnya menyambut hari raya aidilfitri. Setiap tahun pasti pening memikirkan color tema ini.

Untuk makluman, saya bukanlah seorang yang cerewet. Setiap kali membeli baju raya, saya biarkan suami dahulu yang memilih warna untuk baju Melayunya. Kemudian saya minta tolong salesgirl carikan beberapa pasang kain yang matching dengan warna pilihan suami. Selepas itu, baru saya membuat pilihan. Mudahkan? Tak perlu pening kepala.

Jom kita soroti color tema raya kami empat tahun lepas.



2007 (zaman berdua-duaan)




2008 (zaman kembang semangkuk, menunggu hari untuk meletup!)



2009 (zaman kembali slim)



2010 (verangan ala-ala pengantin baru)



2010 (payah nak amik gambar sekali + Zarin tengah selsema)






2011??? masih lagi menjadi tanda tanya!



Jika tahun lepas kami memilih color dari kain sekayu, adakah tahun ini akan berulang lagi tema kain sekayu ini? owh masih lagi belum membuat apa-apa keputusan. Color pun masih lagi berfikir. Kain pun confirmlah belum beli kan? Suami saya pula bila bertanya,

"Nanti kita pergi kedai kita pilih, macam-macam warna ada, senang cerita!"

Memanglah senang cerita sayang oii, tapi saya pulak nanti yang payah cerita. Ada ke orang nak ambil tempahan lagi??????Sekarang pun tempahan untuk menjahit baju raya dan banyak DITUTUP!

Emmmmm, atau mungkin juga saya akan beli baju readymade? Masih lagi berfikir-fikir.


Kawan-kawan macam mana? dah ada color tema? Dah tempah baju raya?Fesyen apa tahun ini? Jom kongsi-kongsi, mana tahu dapat ilhamkan?

Saturday, May 21, 2011

penuh penghayatan!

Setip kali mencuba resepi baru, pasti teruja menunggu hasilnya. Saya teruja menunggu hasilnya, dan Zarin pula teruja untuk merasanya. Hahahahahah, anak-beranak jenis teruja, nak buat macam mana??? Jom layan gamba Zarin yang sedang mencuba apam polkadot.



Wah menarik betul apam ni, bukak 'kulit' dia dulu



Bismillahirrahmanirrahim, oh, penuh penghayatan nak gigit apam ni



Ngap! nyum-nyum

Apam polkadot yang colourful memang pasti menarik minat kanak-kanak untuk menikamtinya. Resepi Apam polkadot ini boelh dilihat DI SINI.

Dan Zarin setiap kali mencuba makanan pasti akan berkata

"Mama cepat ambil gamba Alen"

heheheheheh, dah faham sangat tabiat mama yang suka snap gamba makanan itu.

Saya sangat suka melihat Zarin menikmati makanan, penuh penghayatan, siap dengan ekspresi wajah. Besar nanti bolehlah jadi hos rancangan JJCM. kihkihkih

Friday, May 20, 2011

Launching : D@ri D@pur Kec@h

STICKY MODE , entri terkini sila scroll ke bawah

Dengan segala hormatnya, saya memperkenalkan blog resepi saya iaitu;






Klikkan header ini, dan anda terus dibawa ke sana :)

Sebelum ini saya ada entrikan berkaitan hal ini di BLOG RESEPI



Setelah difikir-fikir dan mendengar pendapat kawan-kawan, akhirnya terbuka hati saya untuk membuka satu blog khusus untuk resepi-resepi masakan yang saya cuba dan juga sebagai satu tempat khas untuk saya menyimpan resepi.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan D@ri D@pur Kec@h

Semoga blog ini akan sentiasa terupdate, walaupun bukan setiap hari, tapi sekurang-kurangnya sebulan sekali pun dah ok.

Saya memilih nama D@ri D@pur Kec@h kerana saya masih dalam proses belajar memasak, jadi memang sesuai sangatlah dengan dapur berkecah tu.hahahahahahha.

Apepun saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kak Dieyana kerana banyak membantu saya dari segi idea, pandangan dan juga nasihat yang diberikan.

Jadi kepada kawan-kawan yang singgah di sini, jika sudi bolehlah menjadi follower di D@ri D@pur Kec@h. Terima kasih.

Si sponge bob dan Si patrick

Are ya ready kids?
Aye, Aye captain!

I can't heeeaaar yooouuu!

AYE, AYE CAPTAIN!

oooooooooooo.........

Who lives in a pineapple under the sea?
Sponge Bob Square Pants!
Absorbent and yellow and porous is he.
Sponge Bob Square Pants!
If nautical nonsense be somethin' ya wish.
Sponge Bob Square Pants!
Then drop on the deck and flop like a fish.
Sponge Bob Square Pants!


Ready?
Sponge Bob Square Pants,
Sponge Bob Square Pants,
Sponge Bob Square Pants,
Sponge Booob Square Paaants!

toot-toot-toot-toot-toot

Mungkin itulah antara lirik lagu tema sponge bob, sedutan dari iklan McDonald Happy Meal yang menyebabkan Zarin menjerit-jerit nak. Memang sebelum ini Zarin bukanlah peminat sponge bob. Mungkin dia gerun melihat gigi kapak sponge bob yang besar itu. hahahahahahaha

Tapi dah namanya budakkan, bila setiap hari mata dijemu dengan benda yang sama berulang kali, confirmlah akan terpengaruh.



Abob dan Etrik


Akhirnya, saya pun membelilah dua batang straw sponge bob dan patrick untuk Zarin. Bukan main suka dia. Namun bukan hanya Zarin yang suka, mama dan papa pun turut suka dan selalu guna straw ni untuk minum air, tersangat cute ok! Tapi tak adalah sampai kami berebut, anak didahulukan ;)

Ok Zarin lepas ni jangan lagi duk menjerit nak "Abob dan Etrik, ya!". Cukuplah 2 ekor tu. Gelas dan lain-lain tak payah, guna je gelas mana yang ada. hikhikhikhikhik.

pssst: Kuat betul pengaruh iklan! urmmmmmmm

Wednesday, May 18, 2011

Agar-agar santan

Agar-agar santan merupakan kegemaran saya dari dulu hingga sekarang. Tambah syok bila dimakan pada waktu berbuka di bulan puasa. Oh, nyaman je masuk tekak.

Baru-baru ini saya sempat membuat agar-agar santan ini. Sebenarnya tak rancang pun nak buat. Tapi memandangkan saya teringin nak makan pulut durian, jadi santan yang berlebihan itu saya gunakan untuk membuat agar-agar santan daripada dibuang begitu sahaja. Kelapa pun mahal sekarang, jadi kena mengkreatif diri bagi meminimunkan pembaziran. Tambahan pula membazir itu amalan syaitan, tak mau! tak mau! tak mau!




Untuk zarin sudah semestinya ada dan saya letakkan di dalam acuan mickey mouse. Tersangatlah sayang nak makan sebab terlampau cute telinga capangnya itu.



Untuk saya pula diletakkan dalam acuan bunga! Kali ini malas nak letak dalam caserol, jadi saya letakkan dalam acuan kecik-kecik supaya mudah untuk dinikmati. Kalau ada potluck baru boleh letak dalam caserol. hikhikhikhik



Dan yang bulat ini pula untuk suami. Eh, eh, bukan saya menyindir kata dia bulat tau, (suami saya tetap maintain), tetapi acuan bunga dan tak muat, so kena masukkan dalam acuan bulat ini.

Resepi agar-agar santan ini boleh dilihat DI SINI. Cumanya kali ini gula merah yang dibeli tidak memberikan kesan warna yang mengujakan hati saya. Sudahnya saya masukkan pandan paste supaya menjadi hijau. sayangnya bila dan bercampur kedua-dua warna tersebut maka terhasillah agar-agar santan itu. Hentam sajalah, yang penting SEDAP!

Selamat mencuba :)

assistant photographer!

Budak-budak memang cepat meniru aksi ibu bapa, begitu jugalah dengan Zarin. Bila mama dah suka ambil gambar, sudahnya sekarang asyik duk berebut camera dengan mama ajelah kejenya!

Mungkin Zarin dah penat jadi model untuk mama kot, so sekarang biar mama pula yang jadi model untuk Zarin. hehehehehehehe, (mama verangan jadi noami campbell jap :P)

Hehehehehe, sekali tengok Zarin pegang camera macam tak boleh percaya je. Camera gajah yang disangkut dileher hampir-hampir menyembah bumi. Aduiiii seriau ok!

Jom lihat hasilnya



1. Eh Zarin nak ambil gamba mama ke gamba mamat belakang mama tu???



2. Mmg sah-sah difokusnya mamat tu. Gaya mamat tu jalan dah ala-ala model tu!




3. Eh, eh, peha batang pinang mama pulak yang difokusnya, atas sikit lah anak oiiii!!!!sensitif tau bab peha-peha nie :P


dan hasilnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




V




4. Tadaaaaaaaa!!! mama PEACE!

Wahhhh! terperanjat juga mama. Kagum juga dengan hasil budak kecik nie. Gaya pegang camera macam tak boleh percaya, tapi hasilnya sangat memuaskan. Lepas ni bolehlah mama bergambar romantis dengan papa, tak payah guna si kaki tiga lagi. :P

Ok Zarin, mama bagi Zarin satu lagi kerja tambahan, iaitu model dan assistant photographer, amacam??? deeeeaaaaaallll!!!!!!


Model : ida aka mama zarin

Lokasi: Dataran Air Pancut Mont Kiara

Pakaian: Koleksi peribadi

Make up: natural beauty (tiada tajaan) sob-sob

Photographer: Zarin Shah, sesiapa yang nak menggunakan khidmat beliau bolehlah menghubungi mamanya ye. Tempahan dibuka sekarang :P

Monday, May 16, 2011

Dah ok, tapi....

Huhuhuhuhuhu, ramai juga yang ala-ala cacing kepanasan apabila tidak dapat berbelog. Begitu juga saya, blogger tegarlah katakan :P.


aiiiyaaaaaaaa, jangan fenin-fenin mama. Tak ke mana belog mana tu, jom ikut Zarin jalan-jalan

Alhamdulilah sabtu lepas dah ok. Tapi ada juga komen-komen yang hilang. Blog kawan-kawan macam mana? Ada yang hilang tak.

Rindu nak terjah blog kawan-kawan. Ok selamat berbelog. Dah lewat malam nak tido . Baru habis teman suami tengok bola, Arsenal lawan Aston villa. Walaupun Arsenal kalah 2-1 tapi tak apalah seperti kata suami saya

"I am still proud of Arsenal, we're not that kind of people who obses with winning games just to show off and discredit others, our heart are big enough to accept the lost and still be proud of Arsenal!!!"

Thursday, May 12, 2011

Disney vs Armani

Bila anak dah besar dan pandai serta suka bergaya memang seronok. Namun kadang-kadang pening juga bila terlalu suka bergaya. Lebih-lebih lagi bila ada taste tersendiri. Sudahnya semua hak mama dan papa jadi milik Zarin.

Antara barang yang dah jadi milik kekal Zarin ialah cepek (spek) kata Zarin.


Zarin, sila jaga elok-elok cepek mama ni yea, banyak kenangan tu



Alen hensemkan mama?

Bukan dia tak ada, ada, tapi tak nak pakai. Yelah, silap mama juga, rata-rata budak-budak mesti suka spek disney yang ada gamba pooh, Ben10, Toy story dan sebagainya kan. Jadi mama pun pernah terbeli juga satu spek pooh kat Zarin, tapi dia tak nak pakai. Sudahnya entah ke mana dicampaknya spek itu.


Gaya macho Zarin

Setiap kali hendak keluar dan di dalam kereta, pasti perihal spek yang di tanya.

"Mama, mana cepek (spek) Alen? Alen nak pakai, hot. Sakit mata Alen."
"Mana spek Zarin? ni mama punya. bukan Zarin punya"
"Ni Alen punya la. Mama beli Pooh ok?"


Besar nanti Zarin nak jadi model boleh :P

Toing! Toing! Memang gitulah selalunya. Alih-alih disuruhnya kita beli spek pooh. Sabo jelah budak kecik nie. Nak melaram pun ikut standard umurlah budak kecik oiiiii!!! Tapi nasib baik juga spek saya tu memang agak muat dengan muka dia.


Dalam rumah pun nak pakai cepek jugak. Sabo jelah!

Kat rumah pun sama, dia suka juga pakai spek papa, mungkin brand dan lambang yang sama. Tapi suami saya telah buka cermin spek atau kanta tersebut kerana ada power bimbang pula rosak mata zarin nanti. So Zarin pakai bingkai sajalah. Dah nak bergaya sangat. Tapi pandai pula dia, pakai spek tu bila kat rumah je.

Baru-baru ini, saya terjumpa spek yang cantik untuk budak-budak, bila zarin pakai nampak macam ala-ala rockstar pula.Memang berkenan sangat. Tapi malangnya Zarin taknak! Katanya,

"Alen dah ada cepek. Alen taknak. Mama beli mama ok?

Bila dia taknak baik jangan beli, konfem membazir!


Saya sentiasa bergaya walau dimana saja!

Anak-anak, mama dah malas dah nak berebut dengan Zarin. Makanya sekarang sudah tiba masanya mama membeli sunglass baru. Masih belum terfikir nak beli sebenarnya. Sebab saya bukanlah penggemar sangat. Pakai pun sekali sekala je.

Bak kata papa " Mama beli jelah spek Pooh macam Zarin cakap tu!"

Sabo jelah!

Wednesday, May 11, 2011

cheesecake oh cheesecake

Petang-petang camni mulalah banyak syaitan bertenggek tepi mata, mulalah mata rasa berat je, ditambah pula dengan aircond ditahap beku memang seronoklah melayan mata yang hampir tertutup ala-ala garfield nie.

Apa kata segarkan mata dengan melihat gambar-gambar cheesecake ini. Nyum-nyum










Jemput makan yea :)

psttt: arini teringin nak makan durian udang merah. Harap adalah durian tu, boleh masak pulut durian nanti, lalalalalalalalalala (saya suka menternak lemak!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...