Tuesday, June 28, 2011

Sakit Mata

Bila dah lama tak berblogging,terasa janggal pula nak mula dari mana. Seminggu dua ini memang tersangatlah busy, hingga langsung tiada masa untuk berblogging apatah lagi untuk melawat ke rumah kawan-kawan. Hari ini saya cuti, jadi adalah masa untuk kembali menulis. Ada yang rindu saya tak? ehehehehehehhe


Sebenarnya saya bercuti hari ini kerana menjaga Zarin yang sakit mata. Pada hari Ahad, mata kanannya agak kemerahan, saya ingatkan mungkin dia bermain buih sabun, jadi saya pun tidak membawanya ke Klinik, hanya picitkan susu ke dalam matanya. Dia pula langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sakit atau gatal mata. Sama seperti biasa.


Pagi Isnin, matanya sedikit bertahi. Saya dapat rasakan yang memang sah Zarin sakit mata. Nak tak nak saya terpaksa hantar juga ke neseri kerana saya ada bengkel dan perlu menyiapkan kerja yang urgent.


Pukul 9.30 pagi, saya menelefon pengetuanya, Kak Zainon. Menurut Kak Zainon, mata Zarin merah dan sedikit bengkak bawah matanya. Menurutnya lagi, sebelum ini,memang ada 2-3 orang budak di situ yang sakit mata. Mungkin Zarin berjangkit dari kawan-kawannya memandangkan penyakit ini mudah berjangkit. Jadi Kak Non meminta saya supaya mengambil Zarin lebih awal dari biasa dan membawanya ke Klinik serta Zarin terpaksa dikuarantinkan sehingga sembuh dari pergi ke Neseri.




Saya telah membawa Zarin berjumpa doktor dan Zarin menerima dua jenis ubat, satu ubat makan, untuk menghilangkan gatal, dan satu lagi ubat titis yang perlu diberikan setiap empat jam sekali. Tidak lupa juga saya titikkan susu ibu ke dalam mata Zarin. Ramai yang kata Susu Ibu merupakan ubat yang paling mujarab untuk sakit mata, Insyaallah. Mula-mula dia taknak, tetapi saya katakan.


"Mata Zarin nak nenen. Mata Zarin sakit buh nenen nanti cepat sembuh", barulah dia ok. ehehehehhehe


Sepanjang sakit mata, saya dapati mata Zarin tidak banyak bertahi, sebaliknya hanya merah.




Yang kelakarnya, bangun pagi tadi minta "pulut dan ayam goreng, mama masak dan suap Alen"



Moga Zarin cepat sembuh ya, Insyaallah.



Sedikit info yang ingin dikongsikan tetang sakit mata.



Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

1. bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
2. mata terasa gatal
3. menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
4. mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Maklumat lanjut boleh di baca DI SINI

Friday, June 17, 2011

Teluk Batik Lagi

Hari ini tak nak bercakap banyak, mood mengarang sudah ke laut. Sudahnya hari ini saya biarkan gambar-gambar di bawah bercerita tentang keseronokan anak-anak ketika bercanda di Teluk Batik.



















Seronok bercanda di tepi pantai, angin sepoi-sepoi bahasa :)

Thursday, June 16, 2011

Mee Udang Banjir

Mee Udang merupakan makanan kegemaran saya. Selalu makan mee udang di Sg. Dua, Penang bila balik Alor Setar. Baru-baru ini, kami menikmati Mee Udang Banjir yang terletak di Kuala Selangor.



Sebenarnya kami ada dua pilihan, sama ada nak makan di restoren mee udang atau pun restoren soto. Setelah berbincang, akhirnya kami memilih mee udang banjir! Mula-mula sampai memang ramai orang makan di situ, penuh meja. Dalam hati dah terdetik, confirm sedap ni ramai orang!

Dah nama restorennya mee udang banjir, jadi memang majoriti famili kami memesan mee udang. Memang udangnya banyak (banjir) tapi tak adalah besar-besar, sedang-sedang saja dan memang sedaplah.



Saya pula memesan kueteow sup tulang. Memang maveles dan terliur bila tengok orang meja sebelah makan. Jadi taknak kempunan orderlah satu untuk share dengan Zarin. hehehehehhe. Sedap! Sup tulangnya memang meletup. Dagingnya lembut dan menepati citarasa saya.



Bukan sekadar mee udang banjir dan kueteow sup tulang yang disediakan, malah aa beberapa jenis makanan lain seperti soto ayam, bihun sup, otak-otak, nasi putih sup tulang dan pelbagai lagi.

Nampak gayanya, lain kali kalau tersesat di Kuala Selangor memang pasti akan menyinggah lagi di restoren ini. nyum-nyum

psst: teringin nak makan mee udang kuala sepetang.

Wednesday, June 15, 2011

Teluk batik - budak spek oren

Alang-alang dah sampai Lumut, paginya kami bermandi manda di Teluk Batik. Best juga, lama dah tak terjun laut. Zarin pula dari awal lagi dah cakap nak "mandi laut!"



Teluk Batik Best!



Budak geli jejak pasir, "Pasir gigit kaki Alen"

Lucu Zarin bila dia mintak spek orennya. Orang mandi tak payahla nak pakai spek, ni melaram habis dengan spek orennya yang kebetulan terjumpa dalam beg. Kes dah lama beli, tak nak pakai, mama simpan dan jumpa balik. hehehehhe


Seronok dah terjun laut.


lagak macam budak besar, taknak orang pegang!


Nak naik atas darat, nak datang kat mama


"Kak Hawa, Alen nak ball boleh?"

Seronok juga sekali sekala menghabiskan masa bersama ahli keluarga. Paling bahagia anak-anaklah sebab ada kawan untuk bermain. Zarin pulak kalau dapat mandi laut sure taknak naik. Hinggakan tertelan air masin deguk-deguk pun masih lagi nak terjun juga. hehehehehehe..

Lagi gambar menyusul selepas ini, tak sempat nak resize :)

Tuesday, June 14, 2011

Gitu-gitu

Semalam saya ke kedai bakery untuk membeli hazelnut dan juga choc chip untuk membuat cookies. Semasa tiba di sana, amoi cashier pandang saya dan asyik senyum-senyum, mungkin juga dia perasan yang saya kerap ke situ. Setelah berpuas hati dengan barang yang dipilih, saya terus membayarnya.

Amoi tadi masih lagi tersenyum-senyum memandang saya dan suami.

Amoi: Itu lu punya abang ka? (Sambil tunjuk ke arah suami yang sedang membelek barang-barang )
Saya: Abang??
Amoi: Aiyaa, abang gitu-gitu lor.
Saya: Abang gitu-gitu? Cintan-cintun ke?
Amoi: Iyalah, Abang cinta-cinta maaa
Saya: Bukan cinta-cinta, tu husben I lah.
Amoi: Haiyaaa? Lu orang sudah kawin ka? I ingat lu orang baru gitu-gitu.
Saya: Taklah, I dah kahwin lama dah. Dah nak masuk 4 tahun.
Amoi: Haiya, betul ka? Tarak pecaya itu macam oooo.
Saya: Betulla, I dah ada anak sorang. Dah nak masuk 3 tahun pun.
Amoi: Wa tengok lu orang macam gitu-gitu. Tak percaya dah kahwin dan ada anak ooo. (sambil geleng-geleng kepala dan senyum-senyum lagi.)Lu punya kasut banyak cantik ooo.
Saya: Hah?? Biasa-biasa saja. (dalam hati berkata, dia ni duk perati aku ke?)
Amoi: Lu beli mana.
Saya: Vincci
Amoi: Vincci mahal juga ooo.
Saya: Yang ini murah saja, ada diskaun.
Amoi: haiya lu orang nikan, I banyak suka la. Sambil tangan laju menekan mesin cashier.


Aduiiii, macam-macam hal sungguhlah amoi ni. Asyik “gitu-gitu, gitu-gitu” ingat Saiful Apek ke nak “gitu-gitu”. Orang cakap betul tak percaya pulak.




Tapi bila orang luar yang melihat kami memberikan gambaran sedemikian , sedikit sebanyak mulalah terperasan muda dan romantik kah kami ni di mata umum???! Kahkahkahkah!


Eh, papa, “I buatkan U Kek Red Velvet sebijik ok! semerakkan cintamu" :P

Monday, June 13, 2011

Selamat pengantin baru Ira dan pasangan

Hujung minggu yang lalu, kami berkampung di Perak kerana menghadiri dua majlis kahwin. Pukul 3.00 petang Sabtu, kami bertolak ke Ipoh untuk menghadiri majlis akad nikah sepupu sebelah suami iaitu selepas solat Asar.




Kami tiba di Ipoh tepat pada masanya. Duduk sekejap, terus akad nikah dilangsungkan. Alhmadulilah mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.



Untuk Ira dan pasangan, selamat pengantin baru dan menempuh alam rumahtangga. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.

Gambar pengantin tak boleh tempek banyak-banyak, coz majlis bersanding akan diadakan bulan 9 nanti. Tunggguuuuuuu!!!!!Hehehehehehehehe.



Dan ini pula gambar anak beranak sedang bergosip bila dah lama tak berjumpa :P

Dah-dah, jom balik makan mee kari, nanti kita sambung gosip ya :P

++Psstt: mee kari memang sedap, saya makan bertambah. Tak hingat punya makan hinggakan malamnya saya sakit kepala mungkin kerana masakan berlemak dan akibatnya terpaksa telan ubat sakit kepala sebijik! kahkahkahkahkah!!!

Friday, June 10, 2011

Hari-hari pancake

Semakin hari Zarin semakin liat untuk ke neseri. kadang-kadang ok, kadang-kadang langsung taknak pergi. Kami lebih suka jika dia masih tidur ketika kami angkat masuk kereta. Dia akan ok dan tak banyak kerenah. Tapi bila dia bangun awal, mulalah dia cakap

"Alen tak nak g school, Alen nak duk umah."
"School tutup, Alen dah kunci tadi. Cikgu tak de"
"Alen nak ikut mama g work!"

Tapi bila pujuk-pujuk akhirnya dia akan ok. Tak tenang hati bila tinggal anak di neseri dalam keadaan menangis.



Dan sekarang pula semakin banyak lencongnya sebelum sampai ke neseri. Masuk dalam kereta dia cakap

"Alen dah bangun dh. Alen nak makan apa ye?" sambil jari telunjuk menepuk-nepuk dagu.
"Alen nak makan el el cc (kfc) la" (semua fast food dia panggil el el cc)

Kini, setiap pagi dia akan hantar mama ke ofis. Dalam kereta dia akan sentiasa bercakap

"Alen makan pancake, papa makan burger, mama g work ok?"
"Alen makan pancake banyakkkkkkkk, sedappppppp!!!"
"Alen baguskan mama? Papa not good!"
"Alen nak duit shinggit banyak, Alen nak g el el cc."

Aduii anak, bukak mata aje ingat pancake, el el cc, jenuh. Boleh dikatakan setiap hari makan pancake. Lepas makan baru pergi school. Tapi menurut suami, dia memang makan banyak pancake tu. Oklah, tak membazir.

Dan kadang-kadang nak makan nasi lemak, ais kacang, kopi, teh dan macam-macam lagi. Bukannya mama tak reti buat pancake, tapi dia nak suasana McD tu. Adusssss, sabo jelah. Nampak gayanya nanti mama bawak bekal pancake g tumpang makan kat McD, aci gitu? hakhakhakhak

Wednesday, June 8, 2011

Kuih siput gergasi?????

Hehehehehhe, bila mama rajin kecahkan dapur, si anak pun apa lagi turut samalah nak kecahkan tapi versi yang berbezalah.

Nak tahu apa yang Zarin baking bila mama sibuk siapkan tempahan cookies????


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V



Tadaaaaaaaaaaaaaa!

kihkihkihkih,agak-agak kuih apa yang Zarin buat dengan doh tu? Sardin roll kah?kuih siput gergasikah? ke kuih apa yang seiras-irasnya ya????Takkan cakoi pulakkan? hakhakhak



Memang lucu betul zarin nie, bila tanya dia menjawab

"Alen wat kuih sama mamakan? samakan?"

"Ye, ye, sama memang sama tapi berbeza."

Dia cukup berkenan dengan pan pizza tu, kin sebab berlubang-lubang kot. Seronok dia main. Tapi alhamdulilah, sepanjang membaking Zarin tidak pernah mengacau. Sebaliknya dia mencipta kuihnya tersendiri. Kreatif juga zarin ni. Berangan nak jadi chef macam mama jugaklah tu :p - lalalalallalalalala-

Monday, June 6, 2011

Menangis tak ketahuan

Entah di mana silapnya, semalam Zarin tak dapat tidur lena dan menangis tak ketahuan! Bila tidur, dia sentiasa merengus dan berpusing ke kiri ke kanan, dan akhirnya minta didukung dan menangis.



Memang tak dapat tidur saya semalam, Pukul 7 pagi masih lagi menangis, sudahnya hari ini terpaksa EL. Harap-harap malam ini oklah, jangan nangis-nangis lagi. Risau kalau anak menangis tak bersebab.

Friday, June 3, 2011

PT Part 1 - Khazanah tercicir, ekekekekeke

Umur Zarin sekarang memang sesuailah untuk mengajarnya potty training. Dulu pernah juga berusaha melatihnya, tapi sebab tak berapa bersungguh, terbengkalai. Sudahnya baru-baru ini aktiviti tersebut dijalankan kembali.

Zarin alhamdulilah, kalau siang memang berjaya. Tapi lain pula baru-baru ini, masa itu lebih kurang pukul 8.30 malam. Dia juga yang tak nak pakai pampers, so kalau tak pakai pampers memang inilah yang dicakap

"Alen nak akai shender (spender) malu, tak akai pampers!"

Memang dari awal lagi saya sudah sediakan stok spender untuknya. Yelah, takkan nak biarkan pakai seluar berzip terus kalau tak pakai spender, buatnya terkepit nanti, naya!

So tengah dia syok berkaraoke lagu "animal sound" kat you tube, tiba-tiba wajah dan aksinya bertukar menjadi seperti di bawah



Mama: Pasai ape sayang?
Zarin: Diam sambil muka berkerut
Mama: Zarin nak berak ke?
Zarin: Tak de pun!
Mama:Nak berak ke? Jom pi toilet, sambil terus mengangkatnya
Zarin: Dah keluar pun!
Mama: Hah???

Sampai depan pintu toilet terus Zarin membuka spendernya, maka tergoleklah 'khazanah' yang seketul itu. Adoiiiii????

Mama: Pasai pe Zarin tak cakap kat mama nak berak. Lain kali cakap ya?
Zarin: Anggukkkan kepala
Mama : Papaaaaaaaaaa! tengok Zarin wat apa ni?
Papa: Awat? sambail menghampiri kami. Dah tergolek angkat je la.
Mama: Papa ambiklah, mama nak basuh berak zarin ni.
Zarin: Alen beyak. Kat skul tadi Arif beyak banyak. eeee mucuk! sambil menutup hidung.

* Ariff tu kawannya di neseri, setiap kali ambilnya dineseri, pasti cerita Arif ni terkeluar. hihhihihihi

Nampaknya misi untuk potty training malam itu tidak berjaya. Khazanah tercicir dulu baru cakap. hehehehehehehe, Kita cuba pula malam ini. yezzzzzzaaaaaa!!!!

** Tapi tak boleh nak salahkan Zarin juga, coz biasanya waktu membuangnya adalah statik iaitu antara pukul 6.30 petang-7.00 malam. Tapi hari itu 8.30 malam. Waktu berubah sampai terlupa nak cakap, kehkehkeh

Thursday, June 2, 2011

Kreatifnya dia

Budak-budak memang kreatif, ada saja idea baru yang dilakukan. Baru-baru ini ketika saya sibuk menyediakan hidangan makan tengahari, Zarin diam sahaja menonton TV sambil makan satay. Oklah, dia tak kacau mama, kalau tak sampai ke sudah tak boleh masak.

Tapi jangan salah sangka, rupa-rupanya diam ada makna. Tengoklah set meja makan baru Zarin itu. Hahahahahahahha, aduii anak, kreatif sungguh kamu ya


"Usi baru Alen, cantik tak?"



"Selesa duk dalam usi ni, sambil makan satay, nyum-nyummmm"



Ni buat aksi apa pulak ni?

Memang saya dah lama belikan meja ikea ini untuk Zarin. Tapi kerusi itu?????? oh nooooooooooo!!! besen rendam baju yang diambilnya. Hahahahahahha, sabo je la.

Bila saya tanya:

"Nape Zarin amik besen baju mama, duduklah atas kusyen ni"
"Ni usi (kerusi) Alenlah. Alen duk sini."

Hikhikhik, lucu pun ada, kalau makan nasi biasanya kami akan makan bersama di meja makan, dan Zarin akan duduk dalam high chairnya. Tapi kali ini, kreatif pula dia amik besen buat kerusi.

Fuh! baru satu kreatifnya, memang banyakkkkkk lagi benda kreatif yang Zarin buat, nanti mama akan bongkarkan satu persatu. :P

Wednesday, June 1, 2011

111??? 113???

Betapa terkejutnya saya apabila membuka DDK (Dari Dapur Kecah) tadi apabila tertera 111 orang tengah online di situ. Sungguh terkejut dan tak disangka. Blog saya yang tak seberapa itu ada juga yang sudi menjengah rupanya. Syukur alhamdulilah.



Kemudian, setelah mengedit entri saya tengok lagi. Owwhh, dah naik ke 113. Apepun saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang sudi singgah dan menjadi follower DDK. Diharap saya dapat berkongsi sesuatu dengan anda semua setiap kali anda singgah di sana. Insyaallah.




Kepada kawan-kawan yang add saya di FB bertanyakan resepi dan itu ini saya amat hargainya. Saya pun dalam proses belajar, mana yang tahu saya akan jawab, kalau tak dapat jawab dalam waktu itu, pasti akan saya tanyakan pada sifu-sifu masakan yang lain, jom kita sama-sama belajar. Dan juga terima kasih pada Kongsi Resepi yang banyak membantu :)

Tak boleh komen

salam...

Dua minggu kebelakangan ini saya banyak tak dapat komen blog kawan-kawan. Tak tahulah mana silapnya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Kalau kotak komen yang jenis popup window insyaallah boleh. Tapi kalau yang jenis select profile, memang sampai ke sudah tak boleh. Kalau boleh pun dia akan naik nama anonymous. huhuhuhuhuhu

Kalau tak boleh komen, kadang-kadang saya tinggalkan jejak di shoutmix. Sedih betullah camni gak. sob-sob.

Kawan-kawan ada alami masalah macam ni tak? Camne nak selesaikan ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...