Thursday, July 28, 2011

Lucu

Budak-budak memang tidak banyak perbendaharaan kata yang boleh dikuasai. Kadang-kadang lucu juga apabila Zarin selalu keluarkan perkataan dan juga ayat yang membuatkan kami ketawa terbahak-bahak.

Antara ayatnya yang membuatkan saya tersenyum pagi tadi

"Mama Alen kentut banyak!"

Hahahahahaha, memang saya dengar dia kentut panjang dan kuat pulak tu. Tak tahulah apa istilah yang sebenarnya. Tapi 'kentut banyak' memang buat saya tergelak. Mungkin pada Zarin 'banyak' itu menggambarkan kejadian yang berlaku berulang-ulang kali.








Dan yang agak lucu juga setiap kali dia ingin membuang air besar. Pasti mencari port yang sesuai, iaitu grill, balkoni, celah pintu, dan celah sofa.

Dia akan cakap

Zarin: "Mama Alen nak beyak".
Mama: "siap nanti bagitau mama, kita basuh."
Zarin: "Mama diamlah Alen nak beyak ni", sambil kerutkan muka
Mama : "Pasaipe muka Zarin camtu?"
Zarin: "Beyak ni tak bagus!"

Berdasarkan ayat Zarin, kalau tak bagus tu jenis yang susah keluar, senang cerita ala sembelit, dan yang bagus pula jenis yang senang keluar, tak perlukan banyak tenaga. Kahkahkahkah! Macam-macam betulla budak kecik ni.

Tuesday, July 26, 2011

Mr. Handsome Jr.

Setiap kali nak gunting rambut, memang bercinta jugalah menghadapi kerenah Zarin. Semua entri berkaitan Zarin menggunting rambut boleh di baca DI SINI

Alhamdulilah, gunting rambut kali ini memang zarin tersangat cool dan sporting. Ini merupakan kali kedua zarin tidak menangis dan tak buat helah. Sampai saja di Ikano, orang tak ramai, jadi kami tidak perlu menuggu lama lantas terus rambut Zarin dirapikan.










Memang tersangat coolla manja mama kali ini. Cuma sekali sekala papa terpaksa pegang kepala Zarin risau mesin tersalah potong jika Zarin tak duduk diam.

Sebaik siap menggunting rambut terus Zarin menjerit

"Handsome dah! Mama Alen Handsome dah!"

Kerana sikap cool dan sporting Zarin dan menjerit handsome itu, Zarin dihadiahkan tepukan yang gemuruh oleh sepasang mat saleh diikuti oleh customer-customer lain yang menunggu giliran.

"Good boy! Good boy!" kata mereka.









Selepas siap mengunting rambut, Zarin mengajak kami menikmati tutti frutti. Okeylah, ganjaran kerana berkelakuan baik tadi, kihkihkihkhikhik


"Setiap kelakuan baik pasti mendapat ganjaran yang baik jugakan?"

Friday, July 22, 2011

Iras siapa?

Kemas-kemas bilik, terjumpa gambar-gambar masa kecil-kecil dulu. Masa ni umur kami antara 2-3 tahun. Bila diteliti, nampak muka zarin sekarang banyak ikut mama, tapi bila tengok gambar papa masa kecil pula, lagi sebijik macam Zarin.


Jom tengok gambar kami masa kecil comel dulu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*

*

*

*

*
*
*
V




Agak-agak acuan siapa yang lebih ni, papa ke mama???

Thursday, July 21, 2011

shopping pre-raya

Majoriti ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Segala-galanya mesti baru. Teringat masa kecil dulu, dari atas sampai bawah nak baru, luar dan dalam. Tabiat tersebut dah terbawa pula hingga ke besar dan menjadi mak orang pun :p




Baru-baru ini kami ke Pavillion untuk membeli persiapan pre-raya untuk Zarin. Biasalah bila dah ada anak ni, memang anaklah yang menjadi fokusnya. Mama dan papa tunggu dekat-dekat nak raya, tapi bila ada yang berkenan disambar juga, kihkihkih.




Sebaik sampai kami terus ke Carl's Jr. Teringin nak makan fries dia yang sedap itu. Suka makan di sini sebab suasananya memang sesuai untuk budak yang aktif macam zarin. Kalau di OU, ok juga tapi orang ramai dan kalau MV, langsung tak boleh makan bila Zarin asyik keluar dan orangpun konfemlah ramai jugak! Memang serik untuk ke Carl's Jr. MV, cukuplah sekali.

Bila perut kenyang diisi, hati pun gumbiralah untuk menyopping. Maka misi untuk mencari baju Zarin pun bermula. Dari satu kedai ke satu kedai dijelajah. Zarin pun tersangatlah sporting untuk menerai baju dan seluar. Dan paling best Zarin memang sepenuhnya duduk di stroller sambil melihat kartun kegemarannya Boboiboy. Yang tak bestnya, mama kena tolak stroller! Kalau tidak sure patah pinggang papa nak berdukung. Kalau mama memang gigil lutut dan dah beberapa kali tergolek masa dukung Zarin, ekekekekeke.





Susah juga bila shopping baju anak ni, mama berkenan, papa pula tak berkenan, bila papa berkenan mama pula yang tak berkenan. haisssshhh! Tapi alhamdulilah, dapatlah juga beberapa helai baju untuk Zarin yang dirembat di Pavillion.

Selepas puas berjalan di Pavillion kami ke OU pula. Seronok bila suami isteri suka jalan dan window shopping ni :) . Di sana pun sempat juga merembat beberapa helai baju dan jeans untuk Zarin. Kali ini kami tak cerewet, taste mama dan papa sama kali ini. eheheheheheheheh. Syukur, kalau tidak jenuh juga.

Bila sampai rumah, tengok bil rupa-rupanya lari bajet yang telah diperuntukkan, hahahhahahahaha! Memang selalu lari bajet bila tiba bab beli barang anak nie. Sekarang boleh dikatakan 60% persiapan untuk zarin dibeli, tunggu next shopping pula ya.

pssst: sedih sebab tempahan baju raya mama ditolak, kena buat misi mencari baju ready made la pulak, sob-sob!

Wednesday, July 20, 2011

Berkaraoke bersama Zarin

Inilah tempat yang selalu Zarin panjat apabila berkaraoke bersama-sama. Saya bukakan simple dimple ABC dan animal sounds memang melalak la dia nyanyi, siap pasang speaker kuat-kuat lagi.






Layankan je la budak kecil ni menyanyi ABC, :)

Monday, July 18, 2011

Tempahan Watermark Dibuka Sekarang!

Eh, bukan saya yang buat watermark tu. Saya manalah reti. Orang yang buta IT ni mana reti benda-benda gitu, kihkihkihkhihkih. Saya hanya menempah, yang buatnya orang lain :)

Yeaaa, akhirnya semua gambar saya dah ada watermark. Jika sebelum ini saya selalu guna picasa untuk buat watermark. Sudahnya kejap ada, kejap tak ada (macam chipsmore pulak). kalau rajin bubuh, kalau tak berapa nak rajin tak bubuh. ehehehehehe

Tapi sejak ada watermark baru ni, memang rajin dan bersemangatlah nak letak watermark di kedua-dua blog saya ini. Bukan apa, untuk mengelakkan gambar kita dicuri sesuka hati, walaupun kadangkala boleh dicrop. sob-sob







Cantikkan watermark blog saya ini?

Kalau kawan-kawan berminat untuk memiliki watermark sendiri seperti saya, bolehlah hubungi Kak Asniza <-------- (sila klik ya). Harganya tersangatlah berpatutan. Servis pun tiptop! Saya tersangat suka watermark nie, cantik sangat-sangat. Terima kasih Kak As.

Friday, July 15, 2011

Trial posting

Using Blogger application for android


Thursday, July 14, 2011

kembali bekerja setelah MC 6 hari

Disebabkan sakit mata, saya mendapat MC 6 hari. Bila dah lama bercuti, terasa berdebar-debar pula apabila melangkah ke ofis. Macam baru masuk kerja pun ada. Tapi saya memang terasa agak janggal apabila ke ofis dengan imej baru. Imej baru???? Tak percaya???



Tengok ni!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




Muahahahahahahaha. Terasa tersangatlah janggal bila banyak mata yang memandang, dan tak kurang juga yang duk gelak-gelak. Eh, korang ingat saya suka-suka ke nak pakai spek hitam datang ofis? Kalau nak melaram pun, tak adalah asyik nak pakai spek hitam melintang 24 jam! sabo je lah!

Kadang-kadang terasa geram dan sakit hati juga. Malah ada juga yang cuba menjauhkan diri apabila melihat kelibat saya. Seolah-olah nampak hantu atau kata lain macamlah saya ni pembawa virus HIV yang korang takut sangat. HIV pun tak merebak melalui sentuhan tau!

Namun begitu terhibur juga apabila ramai yang memuji saya nampak vogue dan ala-ala mak datin. kah!kah!kah! Tak kurang juga yang mengatakan macam artis fofular serta artis 60-an dan sebagainya. Saya pula terasa macam ahli kumpulan pop yeh yeh saja! Nasib baiklah Pak Cik Majuni out station ke Terengganu. Jika tidak sudah pasti saya memintanya memetik gitar dan kami adakan konsert secara percuma!




Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan, mata saya sudah baik. Doktor sudah sahkannya, kalau tak baik, konfemlah saya mendapat MC lagi! Yang menyebabkannya berjangkit ialah apabila terkena rembesan yang keluar daripada mata, bahasa mudahnya mata berair dan tahi mata tu. Sekarang semua dah ok, cuma, saya perlu memakai sunglass untuk melindungi mata saya daripada habuk dan juga cahaya, lebih-lebih lagi apabila mengadap komputer, mungkin dalam seminggu juga berimej begini.

Haisssh, beginilah nasib apabila imej baru diluar kebiasaan.

Tuesday, July 12, 2011

saya yang sakit mata

Sebelum ini saya menceritakan yang zarin sakit mata, tapi sekarang saya pula yang sakit mata. Sebenarnya sakit mata (conjunctivitis) ada beberapa jenis. Yang biasa kita dengar ialah Bacterial conjunctivitis dan juga viral conjunctivitis.

Menurut Doktor, kalau jenis Bacterial conjunctivitis, dia akan baik dalam tempoh 2-3 hari. Malangnya kami terkena viral conjunctivitis, yang memakan masa 1-2 minggu untuk sembuh dan ada sesetangah kes sehingga 6 minggu.





Memang sakit sangat, mata rasa tak selesa, berair, merah dan alah kepada cahaya. Mula-mula masukkan ubat titis tersangatlah pedihnya, hingga saya melompat-lompat dan nak terkucil serta menangis kerana tersangatlah pedih. Tidak hairanlah jika kanak-kanak sekecil zarin meraung bagai nak rak!



Sepanjang sakit mata, doktor menasihatkan saya supaya tidak melakukan sebarang jenis kerja rumah, memasak, menonton tv, membaca surat khabar dan sebagainya. Memang mata saya perlukan rehat yang secukupnya.


saya pastekan beberapa info berkaitan viral conjuntivitis ini

How long will the effects last?


Viral conjunctivitis usually gets worse 5 to 7 days after the first symptoms. It can get better in 10 days to 1 month. If only one eye is affected at first, the other eye may become infected up to 2 weeks later. Usually, if both eyes are affected, the first eye has worse conjunctivitis than the second.


Untuk maklumat lanjut, saya linkkan beberapa perkara berkaitan viral conjuctivitis untuk pengetahuan kita semua bagi mencegah diri kita daripada terkenanya memandangkan memang menjadi musim sekarang ini.

1. Viral or Bacterial Conjunctivitis
2. Conjuctivitis
3. Viral Conjunctivitis Symptoms
4. Conjunctivitis

Monday, July 11, 2011

Tiga hari dua malam

Sebaik saja dimasukkan antibiotik, zarin terus muntah. Kemudian memang meraung sakanlah apabila dimasukkan ubat titis Tabrodex, memang ubat yang paling kuat menurut doktor. Alhamdulilah, sekali titis selang beberapa jam, Zarin sudah boleh membuka sedikit matanya. Memang tersangat lega saya, terus bayangan "mencuci mata" hilang dari ingatan.



Kami ditempatkan di bilik 635 yang berhampiran dengan playland. Apalagi, setiap masa Zarin mahu duduk di situ. Satu lagi tempat yang disukainya ialah kedai! arggghhhhh!!! sungguh tensen bila kejap-kejap ke kedai, kejap-kejap ke kedai. kalau boleh mahu angkut satu kedai masuk bilik. Budak tak sihat layankan saja.




Menurut Dr. Lim, mata Zarin akan semakin terbuka, tetapi perlu dipantau. Tobradex yang diberikan itu memang tersangat pedih, sebab itulah Zarin menangis. Namun risau juga, apabila Dr. Lim berkata, jika matanya tiada perubahan, Zarin akan diberikan suntikan di punggung.




Hari-hari berlalu di hospital dan keadaan Zarin bertambah baik. Kalau boleh mahu cepat keluar. Siapa yang suka duduk di hospitalkan?



Semasa dihospital juga, mata saya turut berjangkit dengan Zarin. Sudahnya merah sebelah mata dan bengkak dan doktor sarankan saya boleh berkongsi ubat dengan Zarin. Tapi kalau boleh janganlah saya pula yang masuk wad, cukuplah zarin seorang. Tiga hari dua malam seolah-olah sebulan.

Apapun, jika terkena sakit mata, janganlah ambil mudah, lebih-lebih lagi melibatkan matakan??

Esok, zarin ada follow up dengan doktor Lim. Harap baik-baik saja, amin-amin.

Wednesday, July 6, 2011

masuk wad

Sakit mata yang zarin alami memang semakin melarat. Sudah hampir seminggu dan 2 klinik telah kami pergi, tetapi semakin parah. Mata kanannya langsung tak dapat buka dan bengkak.

Rata-rata ramai yang berpandangan bahawa sakit mata akan baik dalam tempoh seminggu. Namun lain pula dengan zarin, seminggu berlalu tetapi semakin parah. Saya mula susah hati dan terus mencari maklumat di internet.

Beberapa blog dan forum saya baca. Paling merisaukan apabila ada yang mengatakan mata anak mereka terpaksa di cuci bagi membuang selaput yang menyebabkan mata tidak dapat dibuka. Ada pula yang berkata akan berlalu pendarahan dalam mata. oiiii,risau mak!

Tanpa berlengah, pukul 8.30 pagi hari ahad,kami terus membawa Zarin ke Ampang Puteri.



Setelah diperiksa, Zarin terpaksa ditahan diwad kerana terdapat jangkitan kuman dan bengkak. Zarin diberikan antibiotik dan juga ubat titis serta menjalani pemeriksaan darah. Zarin diletakkan dibawah perhatian Dr. Lim.

Maka bermula kisah berkampung di APSH selama tiga hari dua malam.

-bersambung-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...