Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri untuk semua






Maaf Zahir Batin

Friday, August 26, 2011

Bila start balik kampung???

Semua barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung telah siap dipacking. Rumah pun dah siap kemas, alhamdulilah. Bila tengok barang-barang yang dipacking, masyaallah, banyaknya, muat ke bonet kereta saya ni????. Baru anak sorang, kehkehkehkeh!





Rata-rata ramai yang telah mula pulang ke kampung hari ini. Saya pula insyaallah akan bertolak tengahari nanti.

Kawan-kawan bila pula?

Kepada semua yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Balik kampung,
ho. ho. ho. balik kampung,
ho..ho..ho..balik kampung,
hati giranggggggggggg!!!!

pssst: hari ini mak saya masak bubur lambuk ada pucuk midin, yabedabeduuuuuuuuu!!!!

Thursday, August 25, 2011

lelemak tepu, sob-sob

Baru-baru ini saya cuba membuat pemeriksaan kesihatan, bayaran yang dikenakan adalah RM2 untuk menganalisis apa yang terdapat dalam badan kita. Mula-mula macam taknak, tapi bila tengok macam best try juga.

Masa tengah timbang tu, sembang-sembanglah dengan adik tu. Yang membuat saya terperasan bila dia tanya "umur berapa kak, bila nak kawin?"

saya membalas " 29, dah kahwin pun. Ada anak sorang umur 3 tahun".

"La yeke, mak orang dah, tapi kecil comel je, ingatkan anak dara", balasnya.

Saya tahu itu ayat biasa untuk tarik customer, tapi bila dia kata gitu terus saya jadi kembang jugalah :P





Selesai timbang, dia pun menerangkan hasil dapatan analisis tersebut.

Berdasarkan umur dan ketinggian, berat saya masih underweight. Berat yang ideal ialah 52-58 kg. Dia menasihatkan saya supaya tambahkan berat badan dan jangan kurang lagi dari 50.3kg tu. Sob-sob, baru rancang nak kurus lagi.

Yang lain-lain semuanya ok, kecuali kandungan luaran lemak dibadan. Yang ideal ialah 18-22% tetapi lemak saya 29 %. Uwaaaaaaaaaaaaaa, fengsan. Menurutnya lemak inilah yang menyebabkan selulit dan akan muncul buncit sana, buncit sini tu. Kiranya kandungan lemak ini berada di bawah lapisan kulit. Saya duk imagine, confem lemak saya macam lemak ayam tu.

Namun begitu saya bersyukur kerana tahap kesihatan saya masih lagi dalam kategori orang yang sihat. Cumanya untuk mengurangkan lemak tersebut, saya perlu exercise dan menjaga pemakanan. Jika tidak saya berpotensi untuk gemuk!

psst: diakhir ramadan berat saya semakin menurun hinggakan baju raya jadi besar dan gobos! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Harap-harap saya dapat kembali ke berat yang asal sebelum menjelang aidilfitri supaya baju saya ngam-ngam, tak adalah nampak macam baju pinjam, kehkehkeh!

Wednesday, August 24, 2011

Memecah tradisi

Akhirnya kami pecahkan juga tradisi ramadan kali ini dengan berbuka puasa di luar. Sebelum ini memang berazam tak nak berbuka puasa di luar. Namun sejak Zarin terkena chicken pox dua minggu, mood untuk memasak yang berkobar-kobar sebelum ini terus hilang ditambah pula dengan suami yang langsung taknak menjamah nasi. Saya jadinya malas nak masak berkuasa-kuasa, bukan lagi malas kuasa dua, kehkehkeh.

Alhamdulilah, tempoh kuarantin Zarin dari chicken pox telah pun tamat, jadi sabtu yang lalu kami pun membawanya keluar. Lokasi pertama yang dituju ialah Pavillion. Kami keluar selepas asar, memandangkan kami bercadang untuk berbuka di luar. Sampai di Pavillion, carilah dua-tiga jenis barang untuk raya. Alhamdulilah semuanya ada, tapi ada juga yang frust sebab tak ada size, mana yang ada beli je la.






Pukul 6.30 petang, kami bergerak pula ke KLCC, saja nak berbuka di sana, sambil cari-cari barang yang tak jumpa lagi. Sampai-sampai terus booking tempat untuk berbuka. Malangnya meja yang available hanya pukul 8.15 ke atas. mmmm, oklah dari tak ada langsung.

Sementara dapat makan di situ, kami bertenggek dulu tumpang Zarin makan ice cream. Setiap kali ke KLCC pasti mencari ice cream durian kegemarannya. Alang-alang dah di situ, dan hampir waktu berbuka, sudahnya kami berbuka dengan makan ice cream je la dulu.






Selepas menunaikan perkara wajib, sempat jugalah beli barang sikit-sikit. Masa ni tak crowded sangat sebab masing-masing sibuk berbuka, senang sikit nak memilih. Pukul 8.15 kami pun dapat tempat. Yeaaaaa!!!! Suka sebab perut memang dah lapar yang amat. Di tambah pula kami tak perlu tunggu lama untuk menikmati hidangan. Zarin pun tersangat ok semasa makan. Nasib baik ada chips dan spagethi, memang ralit la dia makan, lebih-lebih lagi chips cicah tomato tu, krup krap krup kraplah.







Bila perut dah kenyang, sambung lagi cari barang. Kali ni zarin dah mula buat perangai, letih agaknya. Dia dah menjerit nak jam Ben10. So kami pun bawalah dia pilih sendiri jam Ben10 tu. tapi tak nak pula, sibuk dengan Vtech. Last-last dia dah lenguh berdiri terus cakap nak buku dan pensel, jam tak nak. Nasib baik, kalau tak terbang RM99.90.

Bila dapat Ben10 terus jadi budak baik, asyik dengan buku dan pensel Ben10. Alhamdulilah, kalau tak haru juga nak beli barang. barang-barang yang dicari masih ada yang tak lengkap. sudahnya kami bercadang untuk ke OU dan The Curve pula keesokan harinya :)

Surprise yang tak seberapa surprise

Rentetan dari chicken pox juga kami sekeluarga langsung tidak berpeluang untuk keluar bershoping raya. Untuk saya, encik suami telah belikan aksesori pelengkap gaya bersendirian, dia tak bawa saya pun!

Kira surprise gitu, tapi tak surprise pun apabila selang beberapa minit bertalu-talu telefon saya dihidangkan dengan pelbagai jenis dan design aksesori pelengkap gaya itu. Suruh pilih yang mana berkenan. Bila dah pilih,menurut suami, yang saya berkenan pula tak ada stok di semua outlet, dah call pun! Sabar je la.

Saya pun sedikit kecewa, yelah, tadi beriya-riya suruh pilih, tapi tak ada stok pula, yang ada cuma yang display. Terus saya tak nak. sob-sob, sedih sungguh. Namun sedikit terkejut apabila di dalam kereta semasa pulang dari kerja suami berkata

"Hati-hati sikit kaki tu, kan terpijak barang saya", saya pun lihatlah ke bawah,

Rupa-rupanya aksesori pelengkap gaya saya dia dah belikan, matching lagi, suka. Saja main-main kata tak ada stok! Sabo je la.

Apepun tq sayang sebab belikan. Saya tahu taste kita sehati sejiwa, sukaaaaaa!!!




*shoping-shoping juga, tetapi diakhir-akhir ramadan ini banyakkanlah amal ibadat, dan bersederhanalah dalam setiap perkara :)

Monday, August 22, 2011

Rasa bersalah

Kadang-kadang terasa sangat bersalah apabila ada kawan-kawan yang mencuba resepi di blog saya tu, kemudian tak menjadi. sob, sob, sob

Saya pun tatau nak cakap macam mana, memang itulah resepi yang saya buat dan itulah resepi yang saya pastekan. Saya sangat menghargai kalau ada yang mencuba dan menjadi alhamdulilah. Tapi dalam masa yang sama saya turut rasa bersalah, jika tidak menjadi. Saya tahu, sesetengah resepi memerlukan kos yang tinggi untuk membuatnya.

Friday, August 19, 2011

Muka kacang

Muka kacang macam pelik je dengarkan? tapi inilah yang suami saya selalu katakan apabila saya mengambil gambar close up.



Nak tau camne muka kacang? ha, camni

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V






Hahahahahahaha, ada ada saja cik suamiku ini. Muka kacanglah, muka mempelam lah. Nasib baik tak kata macam muka usop sontorian. Kalau tidak konfem tidur luar :p

Bila ditanya kenapa panggil muka kacang?

Jawapannya, sebab muka saya bujur, nampak macam bentuk kacang, lucu tengok kalau ambik gambar gini! Adoiii, sabo je lah.




Mama rasa ni gambar yang paling cun abis dah ni. Alih-alih dia kata lucu gambar ni, macam muka kacang, sob-sob!

Muka kacang inilah yang menjadi igauan dari dulu hingga sekarang, kehkehkeh

Wednesday, August 17, 2011

Semua dah longgar

Kalau dah perempuan pasti sinonim dengan barang kemaskan? Saya bukanlah peminat barang kemas, adalah serba satu atau serba dua tetapi yang kecil-kecil saja sebagai pemanis seperti kata ibu saya. Akhir-akhir ini saya sedikit runsing apabila memikirkan kesemua cincin saya longgar.

Longgar? jangan gelak ya :P

Nak kata kurus tak juga, mengembang je ni, cuma jari saya sedikit mengecut. Eh ada ke jari mengecut? Jari semakin meruncing kot ayat yang betul. hahahahahaha..

Cincin tunang atau kawin kawan-kawan boleh pakai lagi tak sekarang?




Memang susah hati apabila cincin asyik tercabut je. Pernah terjatuh dalam kereta, tapi tak perasan, nasib baik masa cuci kereta, pekerja disitu terjumpa dan kembalikan. Oh tak sangka ada lagi orang yang berhati mulia kan?

Jatuh dalam kereta ok lagi, kalau jatuh dalam lubang jamban? Menangis tak berlagulah jawabnya. Sob-sob.




Mula-mula terasa seperti nak pergi kecilkan,tapi rasa sayang. Nanti kalau saya gemuk, tak pasal-pasal pulak kena besarkan. Takkan nak pakai kat jari tengah pulakkan? Rasa pelik pula, sebab biasa hanya pakai di jari manis.

Sebagai alternatif, terpaksa la pakai 2 cincin satu jari, yang longgar duk belakang yang ketat duk depan. hikhikhihkihikhik. Sekurang-kurangnya manis juga jari, tak adalah kosong je walaupun kadang-kadang terasa seperti tok bomoh, hak hak hak!

Emmm, dekat-dekat raya ni best juga kalau dapat cincin baru yang ngam-ngam dengan jarikan? bling-bling di hari raya- lalalalalalalalala

Friday, August 12, 2011

cara merawat chicken pox

Terdapat pelbagai cara dan petua yang sering diamalkan untuk merawat rasa gatal dan miang chicken pox. Salah satu daripadanya ialah ubatan dari klinik. Zarin diberikan ubat demam kerana badannya sedikit panas, ubat tahan gatal dan juga calamine lotion.



Calamine lotion ini turut saya beli di farmasi dan masuk botol yang ketiga dah pun. Jadinya sepanjang terkena chicken pox, zarin akan dibedakkan seluruh badan. Calamine lotion yang bersifat sejuk dan berangin dapat mmbantu Zarin menghilangkan rasa gatal dan miang. Tapi bercinta juga nak sapukan calamin lotion ni. Asyik meraung cakap sakit dan pedih. Tapi sekejap je la meraungnya, kemudian aktif balik bermain.




Untuk rawatan tradisional pula, saya gunakan daun semambu dan juga daun kangkung. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga saya letakkan di atas tilam Zarin yang telah dialas dengan kain sutera bagi mengelakkan rasa miang dan gatal.

Dari segi pemakanan pula, apabila bintik-bintik telah keluar sehingga ke kaki, bolehlah diberikan air kelapa yang dicampur dengan sedikit garam. Saya dan Zarin pula mestilah berpantang terhadap telur, ayam, seafood dan juga beberapa makanan lain. Tetapi sedikit tercabar kerana telur dan ayam lauk kegemaran Zarin.

Keluarga saya di kampung juga turut mencadangkan kami mengambil air penawar, tapi di sini, tak tahu pula nak ambil di mana.



Zarin pula, sedikit sebanyak meragam juga. Selepas sapu calamine lotion, nak biarkan dia tidak berbaju, tetapi meraung pula. Kes budak tak suka kalau tak pakai baju. Kuku pun sentiasa dipotong kerana Zarin kerap juga menggaru.

Soal pantang larang juga ada yang saya ikuti. Antara yang sinonim dengan chicken pox ialah jangan terkena hujan dan makan kicap, dikhuatiri akan meninggalkan parut berlekuk dan hitam. Yang lain-lain pula, jangan memasak dan menggoreng ketika anak berada di dalam rumah. Sudahnya beberapa hari ini asyik makan siakap stim, itu pun guna microwave. Ada yang cakap jangan bagi mandi, jangan beli buah-buahan dan bawa masuk dalam rumah. Apepun terpulanglah pada kita sama ada nak ikut ataupun tidak.

Tuesday, August 9, 2011

Chicken pox

Dugaan di bulan Ramadan, Zarin Shah terkena chicken pox pula. Sob-sob. Apa nak dikata sudah ketentuanNya.

Hari ahad yang lalu, kami ke KLCC. semasa di dalam kereta, Zarin asyik menggaru tangan kirinya. Katanya "Nyamuk gigit". Bila saya amati, terdapat bintik merah dan didalamnya ada cecair. Dalam hati saya sudah terdetik, ini pasti chicken pox! Tapi hanya satu biji saja. Bila selak-selak baju tengok belakang, perut dan muka serta kaki langsung tiada apa-apa bekas. Zarin pun ok saja, tak banyak kerenah. Diam di stroller sambil menonton kartun kegemarannya.





Ketika papa sibuk memilih baju, Zarin sudah merengek nak makan KFC, jadi saya membawanya ke KFC, habis sektul drumstik dimakannya. Selesai makan, lalu pula di hadapan Auntie Anne, nak pula choc stick, so belikan lagi, habis tiga ketul dimakannya, sungguh berselera.

Kemudian mula membuat aksi geding geliat dalam stroller, pujuk punya pujuk nampak pulak New Zealand Natural ice cream, apalagi, belilah satu scoop dalam cone perisa durian. Selepas itu, dia tersangatlah ok boleh membeli dengan aman.






Selepas itu, dia mengadu lagi,

"Nyamuk gigit gatalla mama" sambil menunjukkan tangannya itu.

Lantas saya terus ke watson untuk membeli calamine lotion. Masa Zarin berumur 8 bulan, Zarin kerap terkena campak sekam, jadi sedikit sebanyak berkenaan calamine lotion saya tahu.

Petangnya pula, saya lihat badan dan muka Zarin sudah ada bintik-bintik itu. Jadi saya sapukan calamine lotion untuk mengurangkan gatal. Kadang-kadang dia merengek juga, sikit-sikit merajuk. Mungkin badan tak selesa.

Kemudian saya call pengetua neserinya bertanya jika ada budak-budak yang terkena chicken pox. Rupanya memang ramai juga. Jadi zarin terpaksalah dikuarantinkan.

Di sini saya kongsikan sedikit info berkaitan chicken pox yang diambil dari sini

1.Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.


2.Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.


3.Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.


4.Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi


5.Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. (Zarin memang ada sakit mata baru-baru ini)


6.Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi

Sebenarnya, bila diamati, setiap tahun (tahun ini masuk tahun ketiga) ketika umat Islam bakal menyambut ramadan dan menjalani ibadah puasa, kesihatan Zarin pasti akan terjejas,



Semoga Zarin cepat sembuh, Amin

Friday, August 5, 2011

Menu Ramadan 4

Baru empat hari berpuasa sudah tidak tahu mahu masak apa. Aduhai....

Untuk sahur, kami hanya menikmati hidangan yang ringkas iaitu

1. Waffle roti tuna bertelur (Yang ini seakan menjadi juadah wajib untuk cik suami ketika bersahur)
2. Milo+Oat
3. Air suam
4. Kurma

Alhamdulilah, walaupun hidangan ringkas terasa sangat bertenaga!

Untuk berbuka pula, hari ini saya tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Ringkas sahaja hidangan kami iaitu

1. Roti pita ayam
2. Vercimili olio
4. Air soya
5. Teh o suam
6. Air suam
7. kurma







Roti pita ayam ini hasil dari air tangan papa dan Zarin, tersangat yummy dan sungguh berkhasiat. Tq sayangku







Dan ini pula sudah semestinya air tangan mama. Namun begitu, terasa tak puas makan apabila perut nasi macam saya dihidangkan dengan spagethi macam ni ketika berbuka. Saya kalau berbuka wajib makan nasi. Lepas ni kalau nak masak mee ke, spagethi ke, nasi mesti juga saya masak.

Segmen : Promosi Blog Secara Percuma Di AF




Mula-mula ingatkan AF ni Akademi fantasia, rupa-rupanya Awan Fantasia

Berkenaan blog saya:
Blog ini berkaitan kehidupan peribadi kami,boleh dikatakan sebagai diari atau catatan tentang kehidupan harian, paling banyak cerita mengenai perkembangan anak saya untuk menjadi rujukan di masa hadapan. Selain itu turut diselang selikan dengan tips, panduan, resepi dan sebagainya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tengan segmen Awan fantasia ini silalah klik.

Thursday, August 4, 2011

Menu Ramadan 3

Masih lagi berkisar tentang menu ramadan. Sebenarnya saya catitkan untuk rujukan kemudian hari serta menyemak semula sama ada menu kami sihat ataupun tidak.


Untuk bersahur menikmati ;)
1. Nasi putih
2. Ayam mamak lebihan lauk berbuka
3. Telur dadar
4. Timun dan salad
5. Waffle roti tuna bertelur
6. Kurma
7. Air masak






Manakala untuk berbuka pula ialah
1. Jeli kelapa
2. Burger malaysia
3. Nasi putih
4. Sup sayur
5. Ayam goreng
6. Sambal hitam
7. Kurma
8. Jus oren dan air masak











Sungguh sedap menikmati hidangan semasa berbuka kerana sup sayur ditambah dengan kuantiti sawi yang banyak merupakan lauk kegemaran saya, nyum-nyum

Terlondeh???

Bulan puasa waktu rehat terasa sunyi dan bosan. nak tidur tak terlelap pulak mata. Jadi saya pun bukalah Nuffnang, nak tengok apa keyword yang selalu orang cari hingga singgah di sini. Tapi terkejut pulak bila melihat perkataan ini

TERLONDEH??????



Ehehehehe, agak-agak apa yang dicari agaknya?

Bulan-bulan puasa macam ni takkan nak cari kisah kain terlondeh kot? Blog saya raanya tak ada 18sx. kehkehkehkeh


Sebut berpuasa bukan sahaja kita menahan diri dari lapar dan dahaga sebaliknya menghindari segala perkara yang boleh membatalkan puasa.

Apepun selamat berpuasa :)

Hingga bertemu lagi

Setelah berfikir semasak-masaknya saya akhirnya telah berhenti mengepam susu di ofis sejak tiga minggu yang lalu. Terasa sedih pula terpaksa meninggalkan beg kecil saya yang telah bersama hampir 2 tahun 9 bulan.

Inilah rupa breast pump yang menjalankan tugas sepanjang menyusukan Zarin.




Saya nekad berhenti mengepam setelah berfikir umur Zarin yang telah meningkat ditambah pula susu yang semakin merudum. Walaupun telah berhenti mengepam, ini tidak bermakna Zarin telah berhenti menyusu badan. Alhamdulilah sehingga hari ini Zarin masih lagi melekat dengan saya. Daripada pengamatan, Zarin bukanlah minum susu sangatpun, namun lebih kepada habit.

Walaupun begitu, saya masih berkira-kira bilakah masa yang sesuai untuk Zarin bercerai susu. Terasa sayang pula, pasti selepas ini saya rindukan saat-saat menyusukan Zarin. Oleh sebab itu, buat sementara, biarlah Zarin melekat dengan saya, Insyaallah, selepas hari raya Aidilfitri nanti saya akan cuba ikhtiarkan untuk bercerai susu.

Kadang-kadang saya bertanya Zarin

"Ada lagi ke susu mama ni yang zarin asyik nak nenen je?"

Lantas Zarin menghisap kuat-kuat dan kemudian membuka mulut

"Ni ada nenen, tengok!" sambil menunjukkan susu di dalam mulutnya yang telah tumpah itu. hihihhihihi

Nampaknya, sampai di sini sajalah saya membimbing beg kecil itu, Insyaallah saya akan kembali aktif mengepam seandainya ada rezeki untuk Zarin mendapat adik. Amin!



Selamat tinggal beg kecil comelku
Terima kasih atas khidmat yang telah kauberikan
Jasamu tidak akan dapat kubalas
Mana mungkin daku dapat melupakanmu
Akanku simpan dirimu sebaik mungkin
Hingga bertemu lagi di lain waktu.......

Wednesday, August 3, 2011

Menu Ramadan 2

Walaupun baru 2 hari menjalani ibadah puasa, tapi fikiran dah buntu untuk menyediakan hidangan.

Menu bersahur kami pada hari kedua ramadan ialah :)



1. Nasi putih
2. Sambal udang, lebih lauk masa berbuka
3. Ikan masin
4. Kurma
5. Air masak







Manakala untuk berbuka pula :)
1. Nasi putih
2. Ayam mamak
3. Cencaru goreng
4. Sayur campur
5. Popia basah - beli
6. Kurma
7. Air laici
8. Soya cincau









Hehehehehehe, sedap sangat ayam mamak tu. Makan nasi sampai bertambah. oh ya, untuk pengetahuan, ramadan kali ini kami bukan bertiga, tapi berempat. Eh bukan saya pregnant ya, tetapi adik ipar saya sekali.








Setiap kali masak sayur campur, pasti akan saya lebihkan carrot dan brokoli, sebabnya Zarin Shah tersangat sukakan dua jenis sayur ini. :)


SELAMAT BERPUASA

Tuesday, August 2, 2011

Menu Ramadan 1

Alhamdulilah, 1 Ramadan telah berlalu. Untuk Ramadan kali ini, saya berazam untuk memasak sendiri lauk pauk. Cukuplah pengalaman membeli lauk pauk di bazar ramadan yang sungguh mendukacitakan tahun lepas.

Berikut ialah menu yang kami nikmati semasa bersahur :)
1. Nasi putih
2. Tumis sawi
3. Ikan goreng
4. Pekasam ikan lampan
5. Kurma



Dan untuk menu berbuka pula :)
1. Nasi putih
2. Kerabu Tomato Ikan bilis
3. Sambal udang
4. Telur dadar
5. Murtabak - beli
6. karipap - beli
7. Cakoi - beli
8. Kurma
9. Air Ribena dan Air masak





Alhamdulilah, walaupun lauk yang ringkas, tetapi kepuasan menikmati hidangan pasti dikecapi. Sesungguhnya air tangan isteri dan ibu tiada tandingan, cewahhhh! :P

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan

Alhamdulilah, akhirnya Ramadan menjelma lagi. Inilah masanya untuk kita menambahkan ibadat kepada Allah s.wt.

Antara kelebihan bulan Ramadan ialah :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-




PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Sumber dipetik dari SINI

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...