Tuesday, September 27, 2011

Hampir Hilang???

Tersangat ngeri apabila membaca kisah kanak-kanak hilang, Lagi seram sejuk apabila mendengar pengumuman di shopping complexs yang meminta ibu bapa kepada sekian-sekian untuk datang mengambil anak mereka.

Baru mendengar dan baca dah takut inikan pula jika bakal terjadi pada diri sendiri. Hampir tercabut nyawa ok!

Baru-baru ini ketika ke Queensbay, Zarin bersembunyi dan pendek kata saya dah terfikir yang dia HILANG!

Nak dijadikan cerita, seperti biasa Zarin akan berjalan dengan sepupu-sepupunya dan diawasi oleh kami. Baru sebentar tadi dia ada di depan mata, tiba-tiba TAK ADA!

Apabila abang saya bertanya, Zarin mana???

Terus saya panik! sepupu-sepupunya pun tak tahu. Serius berlaku sekelip mata!

Terasa gelap dunia dan hampir pitam, nafas seakan-akan berhenti apabila toleh kiri dan kanan dipenuhi kelibat manusia tanpa kelibat Zarin! Muka kami semua memang pucat lesi.

Automatik terus terkeluar suara "jantan" saya menjerit "ZARRRRINNNNNNN" memenuhi ruang tingkat bawah Queensbay!Air mata dah bergenang dah masa ni.

Cari punya cari, tiba-tiba terdengar suara halus "Zarin kat sini!"







Masyaallah!!Rupa-rupanya dia bersembunyi dibalik stand/gegantung kedai tersebut!

Terus saya mendapatkannya sambil memeluknya erat! "Zarin buat apa kat sini?" (Memang sebak dah masa ni)

"Mama pi sana! jangan kacau, Zarin nak beyak ni! Yang ni tak bagus!" sambil terus berdiri dibalik stand tersebut!

Aduhaiiiiii, rupa-rupanya dia buat 'projek' di balik stand tersebut! Hampir pengsan kami dibuatnya.

Serius, memang ngeri bila diingat!

♥ Baby In Baju Raya Contest ♥

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"








Nama Anak : Zarin Shah mohd Azuan
Tarikh Lahir : 17 Oktober 2008
Nama Ibu: Suhaida Binti Azmi

Contest ini dianjurkan dan ditaja oleh
http://damiaqish.blogspot.com/,
http://imaan09.blogspot.com/ &
http://sayasukecoklat.blogspot.com/

Maklumat lanjut berkaitan contest ini boleh dilihat di sini

jom join jom!

Friday, September 23, 2011

Beraya di Queensbay

Bila berkumpul rasanya tidak sah kalau tidak ada acara merayap ke shopping complexs, makan-makan. Adik-beradik kaki nyoping dan kaki makan, gitulah kekdahnya, penyakit keturunan agaknya, kihkihkihkihkih...

Hari raya ketiga kami semua ke Queensbay Penang. Perancangan awal mahu menginap di sana, mahu ke Bukit Bendera, mahu bercanda di tepian pantai Batu Feringghi, mahu ke situ, mahu ke sini, sudahnya hanya melekat di Queensbay! Itupun rasa macam tak cukup lagi, perlu bermalam di Queensbay baru puas hati!

Kami sampai di sana lebih kurang pukul 12 tengah hari. Rasanya ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini.





Sebaik sampai, bila kanak-kanak ribena ramai, (padahal 4 je) tempat pertama yang dituju adalah ToysRus. Jika tak ke sana, memang ada je muka kanak-kanak yang seperti sembelit! ha, sape tu?? jeng! jeng! jeng! Bila dah dapat yang dihajati, barulah mak bapak boleh shopping dengan aman. Shoping lepas raya :P





Selepas itu, jumpa pulak benda alah ni. Aduiiiiiii! Hampir sejam di sini, semua benda nak naik dan ulang naik. Takpa, bagi chance kat budak-budak happy dulu.





Bila dah penat bagi lagi peluang kat anak-anak makan ais krim dulu. Bila dah settle semua bahagian anak, mula la kami mengganas. Budak-budak, duk diam-diam. Ingatkan shoping lepas raya, best! Rupanya tak best sebab banyak benda habis. Kedai gas hampir kosong jeans di raknya. Kedai gek pun sama, begitu juga kedai-kedai yang lain. Kasut pun seme tak de size. Memang raya sakan tahun ni, agaknya. Tapi tak adalah kami tak membeli langsung, pendek kata penuh juga satu troli. Kalau sangkut di dua stroller konfem terbalik stroller. hahahahahahaha





Dan sebelum balik, part yang paling best, sempat juga kami menyinggah di kedai bling-bling. Masing-masing isteri senyum sampai ke telinga bila dapat bling-bling, lip lap-lip lap anak mami. hahahahahahaha, tak rancang tapi terbeli, opsssssss!!!

Sebelum balik ke Alor Setar, sempat lagi kami menyinggah di capitan, makan roti naan, kemudian ke padang kota makan pasemboq dan kerang bakar. Kemudian nak singgah lagi makan mee udang, tapi perut dah full sangat, so batalkan saja niat itu.

Yang lucunya si emy berkata " jom kita p ghani pulok"
"Ghani???"
Opss rupanya Gurney, dia sebut Ghani.. hahahahahha.. Tak sempatlah sayang, next time kita datang lagi ya. Tapi saya suka Penang, sebab makanan sedap-sedap, opssssss!!!!

Tuesday, September 20, 2011

Raya sedondon

Masih lagi berkisar pasal gambar raya. Kali ini gambar raya yang betul-betul punya. (eh, ada gambar yang betul dan tak betul ke?) ehehehehehe.. Bukan , maksud saya yang lebih elok gitu :P

Tema kami raya tahun ini masih lagi sedondon iaitu soft purple. Pening kepala apabila memikirkan baju raya tak ada orang yang jahit, last-last jumpa kat kedai siap patung satu famili pakai baju ni, apa lagi, borong jelah. ehehehehehe

Gambar raya tak lengkap sekiranya tidak ada posing ala-ala pengantin baru atau pasangan paling romantik. ahahahahahah, jom tengok! Suci murnikan muka pengantin baru ni????







Dah-dah berangan, cuba tengok gambar budak mana kat bawah ni? Siap posing maut lagi tu, kalah pengantin baru di atas tadi.





Sudah semestinya anak teruna saya, Zarin Shah bukan lagi Alen, awas kalau salah sebut ya!

Okey, sekarang kita combinekan semua gambar-gambar di atas tadi, hasilnya??????






Sangat suka gambar ni, my little happy family. Walaupun Zarin sedikit moody, tapi inilah hasil yang terbaik untuk gambar raya tahun ini. Ok, jom framekan :)

Wednesday, September 14, 2011

Hilangkan parut chicken pox

Masih lagi berkisar tentang chicken pox walaupun dah hampir sebulan lebih Zarin mengalaminya. Tapi kali ini berkaitan dengan parut yang ditinggalkannya.

Sedih tengok muka anak teruna I tau! Parut tu masih muda dan nampak macam merah-merah sikit. Kalau hari cuaca ok, tak adalah nampak sangat, tapi kalau cuaca tak berapa baik, maka akan nampak comotlah muka anak teruna I tu, sob-sob.






Ada yang kata, "alah budak-budak tak apa, nanti dah besar kulit meregang hilanglah parutnya itu." Memang saya setuju, tetapi sebagai ibu rasa cam tak berapa best tetap ada.

Sebagai ikhtiar, saya sapukan bio oil pada parut Zarin. Baru beberapa hari, kesannya tak nampak lagi. Berdasarkan penerangan ahli farmasi mungkin mengambil masa 2-3 bulan juga. Itupun mestilah pakai ikut aturan. Jangan pakai bila ingat je! :P







Nampak macam best juga bio oil ni, penggunaannya pun pelbagai. Harap berkesanlah untuk parut Zarin. Insyaallah :)

Eh, nak tanya, sampai bila budak yang kena chicken pox perlu pantang makan telur dan kicap ya? Almaklumlah, Zarin ni hantu telur dan kicap, dan saya masih berpantang lagi untuk zarin menikmati dua benda ni. Cumanya kadang-kadang hampir kalah juga bila dia menangis nak makan telur dan kicap. Tapi buat hati kering! :(

pic bio oil from : httpwww.lifestylelog.nluploadedbiooil.jpg

Tuesday, September 13, 2011

Tudung awning nampak matang

2 Syawal dipenuhi dengan aktiviti beraya ke rumah kawan-kawan dan saudara mara. Bermula dengan kawan-kawan suami, kemudian saudara mara dan penyudahnya tentulah ke rumah teman baik saya. Kenyang perut, suka hati...eheheheheeheh

Sekali sekala menukar imej dengan mengenakan tudung awning di kepala, mengundang pelbagai tanggapan juga. Kalau pandangan suami saya

"kalau pakai yang tu, nampak macam 'makcik-makcik', tapi kalau pakai yang ni nampak matang sikitlah."








Eheheheheehhe, pada saya encik suami kurang berminat jika saya pakai tudung berawning ni. Memang selalu juga dia komplen, cuma tudung awning yang saya sarungkan pada 2 syawal itu agak menarik perhatiannya.

Saya pula rasa agak selesa, cuma awning tu sedikit melurut ke depan bila saya makan. Mungkin saya tidak pakai inner kot. Tapi dalam hati dah berazam untuk tambahkan beberapa helai koleksi yang sebegitu, sekali sekala nampak matang, takkan nak nampak muda belia je kot :P







2 Syawal paling best sebab saya dapat menikmati kurma kambing yang dibuat khas oleh ayah Nani. Saya tidak suka kambing, tapi kalau ayah Nani yang masak memang saya makan banyyyyyyaaaaaaakkkk!!!!!sedaaaaappppppp!!!! pelikkan????

Selamat Menjawab Sayang!

Hari ini merupakan hari pertama seluruh pelajar darjah enam di Malaysia menduduki Peperiksaan UPSR. Tidak terkecuali, seorang anak saudara saya.






Untuk kakak,

Maksu doakan supaya kakak dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan jayanya. Jangan panik dan jawablah soalan dengan tenang. Maksu yakin kakak mampu lakukan yang terbaik! Insyaallah.

We love you so much!muaaaaachhhh!!!

Seriously, saya pulak yang berdebar-debar, haisssshhhhh!!!!

Monday, September 12, 2011

Syawal 1432H

Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan tentang 1 syawal kami. Rayakan sebulan :P

Hari raya tahun ini biasa-biasa saja. Tidak semeriah tahun lepas. Mungkin juga kerana saya tidak dapat mengucup jari jemari Ummi saya di pagi raya kerana Ummi saya berhari raya di Kuala Terengganu, sob-sob.














Jadi kami hanya berhari raya bersama adik beradik sahaja sebelum ke rumah mertua masing-masing. Hidangan pagi raya pun tidak sempat kami sediakan. Perancangan awal mahu masak macam-macam, namun memandangkan kakak saya mengandung dan saya pula 'kemalasan' sudahnya hanya makan ketupat dan rendang sahaja. hahahahaha





Tahun ini juga, saya agak 'kemalasan' umtuk mengambil gambar. Tak pasti pula kenapa. Semuanya malas dan malas! Gambar pagi raya pun agak carca merba. Tunggu next entry ya :) hikhikhikhik





Cuma yang pasti duit raya tetap ada. Ok, sape yang nak duit raya sila beratuq naaaaaaaa! Cik Ida nak kempiskan wallet tu :P

Thursday, September 8, 2011

Review : Syampu bayam mustika ratu

Oh, saya sudah terlupa untuk membuat review tentang keberkesanan syampu bayam mustika ratu. Sebelum ini saya ada coretkan tentang syampu bayam mustika ratu ini. Rupa-rupanya ramai juga yang bertanya.

Alhamdulilah, syampu bayam mustika ratu ini sesuai untuk rambut saya. Hasil pemakaian selama beberapa bulan, rambut saya sudah semakin kurang gugurnya. Jika dulu, bangun pagi memang bersepah rambut atas bantal, sekarang tidak lagi.


Jangan tak percaya, inilah rupa rambut saya sekarang, lebatkan????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V




Eh, ni bukan rambut saya, tapi rambut anak buah saya. Mana boleh tempek gambar saya tak bertudungkan?

Tapi alhamdulilah, rambut saya semakin ok. Cuma satu je yang tak best, saya tak suka sangat guna minyak dia tu, selalu skip..ehehehehehehe..Tapi alhamdulilah masih ok lagi. Sekarang pun saya dah selang selikan penggunaan syampoo bayam ini dengan syampoo rejoice. ehehehehehehe

Nak bagi komen lebih-lebih pun tak reti, sebab setiap rambut dan kulit kepala seseorang itu berbeza. Sesuai untuk saya tidak semestinya sesuai untuk kawan-kawan yang lain.

1984 - Budak hitam

Jika diimbau kembali ketika gambar ini diambil, umur saya adalah hampir sebaya dengan umur zarin sekarang. Sesungguhnya saya teramat rindukan zaman kanak-kanak saya dahulu.








Tatkala suami saya melihat gambar ini, katanya muka saya langsung tak berubah, sama sahaja. Cuma warna kulit dan hidung saja yang berubah.

Yelah, semasa kecil memang saya antara orang yang paling gelap dalam keluarga, hidung pun paling kemek. Tapi semakin meningkat dewasa, kulit pun makin cerah dan hidungpun makin naik.

Kalau saya balik kampung (Terengganu) pasti saudara mara akan bertanya

"Ini Adik Ida yang hitam masa kecik dulu tu ke?"

Ha, memang itulah trademark saya dulu, budak hitam.

Kadang-kadang famili saya melawak bila orang asyik bertanya kenapa saya sorang yang gelap, sedangkan kakak dan abang saya putih melepak.

"Anak yang ni lahir bulan gelap, tu yang tak berapa nak cerah tu."

Tak kisahla, camne pun, yang penting saudara mara yang dekat atau jauh masih ingatkan sayakan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...