Saturday, October 29, 2011

29 tahun pada 29 haribulan

Yeaaaa, hari ini hari jadi saya :)

Alhamdulilah, sebaik terjaga pagi ini saya masih mampu melihat dan dikelilingi orang-orang tersayang. Syukur ya Allah atas nikmat dan kurnia yang telah Kau berikan.





Sempena permulaan hari ketika berumur 29 tahun, saya mendoakan agar Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik, memperoleh sebuah keluarga yang bahagia dan dimurahkan rezeki. Saya juga berharap menginjak ke usia 29 ini dapatlah saya memperbaiki diri kepada yang lebih baik insyaallah.

emmm, agak-agak ada tak surprise dari orang-orang tersayang ek?

Tuesday, October 25, 2011

satay ikan - wallaweiiii!

Saya merupakan penggemar satay ikan. Dulu masa kecik-kecik orang datang jual naik basikal. Tapi bila dah besar ni, masya-Allah, susahnya nak dapat!

Tapi bila dah jumpa memang borong sakan. Baru-baru ini ketika ke Terengganu, petangnya kami ke pasar minggu, sebaik sampai, terus terpandang satay ikan ni.. menonong pergi tak pusing kiri kanan dah! hahahahahah






Masa tengah bakar satay ikan ni dah beberapa kali telan liur. Kombinasi kuah pedas dan manis, pergggghhhh! sebaik bayar, terus sambil berdiri dan makan. Huhuhuhuhu...

Teringat lagi masa mengandungkan Zarin dulu, sanggup ke downtown cheras tengah-tengah malam beli satay ikan. Balik Alor Setar pula, tiap-tiap hari melanguk depan pagar sekolah Jalan Pegawai tunggu satay ikan. Kalau saya tak pergipun, anak buah yang akan belikan. heheheheheh..satay ikan, wallaweiiiiii!!!!

Welcome to the world lil princess

alhamdulilah, awal jam 11 pagi semalam saya mendapat khabar gembira bahawa kakak ipar saya selamat melahirkan bayi perempuannya.Masa itu juga sekeping gambar lil princess ini menghiasi skrin telefon bimbit saya.








Alahai comelnya, terus terbayang bau baby yang baru lahir, wangi je kan? Kakak ipar saya bersalin awal 2 minggu dari yang dijangka. Kalau ikut due date hari raya haji ni.














Apepun tahniah untuk abang dan kakak ipar saya. Dengan kehadiran ahli keluarga baru, maka semakin meriahlah keluarga kecil kami, alhamdulilah.

Nama masih belum ada, so buat sementara maksu panggil lil princess je la dulu. Tunggu maksu balik raya haji nie ya, abang Zarin pun dah tak sabar nak jumpa baby.

Untuk kakak iparku (Oje), selamat berpantang dan menyusukan bayi, jaga diri elok-elok ya :)

Tuesday, October 18, 2011

Mari potong kek

Kalau dah cheesecake, mesti kena simpan dalam peti beberapa jam atau semalaman baru sedap dimakan. Untuk birthday Zarin tahun ini, seperti permintaan Zarin, saya buatkan oreo cheesecake dengan ditampal edible angry bird, dihiaskan dengan snickers, cadbury, kitkat dan juga hirisan strawberry serta disimbahi dengan lelehan coklat ganache dan strawberry filling jadi meriah bila selera si kecik diadun bersama selera si ibu bapa. hikhik...

Apabila saya masuk sahaja kereta, Zarin dah cakap nak makan kek bird, cheese, kitkat dan strawberi. Sudahnya hari itu, langsung tidak menyimpang ke kedai seperti kebiasaannya. sukaaaaa!!!!




Seronok bukan main Zarin bila melihat kek birdnya. Siap panjat kerusi bukak peti nak ambil kek. hihihihhihihihihihi..Teruja sungguh anak bujangku ini ;) Siap cakap nak tiup ni! Nak tiup ni. dan bila cium kek dia cakap "ummmmmm, sedapnya bauuuuuuuuu!"




Untuk tidak hampakan permintaan, bagilah dia tiup lilin. Bukan sekali, tapi berulang-ulang kali ok! adusss-dussss! Memang teruja sungguh.





Dan akhirnya selamatlah kek bird dibedah siasat dan inilah keratan rentasnya. Jika tanya pada Zarin dan suami, confirmlah sedap. Zarin memang hantu cheese, so memang banyaklah dia makan. Jangan tak percaya kek tersebut habis sebiji kami makan ok!

Dan pagi ini Zarin masih lagi mintak kek birdnya. Sorry sayang, dah habis. Esok mak long datang mama buatkan lagi ya. Kali ini mungkin ada makan-makan sikit untuk ahli keluarga saya yang datang dari Kedah.

Jika ditanya hadiah Zarin..emmmmmm???? belum terfikir lagi nak bagi apa, mainan dah selalu sangat beli. Dia pun tak ada sebut nak apa-apa.

Agak-agak nak bagi apa yea? urrrrmmm, bagi Zarin adik boleh? ngeh-ngeh-ngeh! :P

Monday, October 17, 2011

Zarin turns 3!

17 Oktober 2008, 5.50 pagi lahirlah seorang bayi yang putih bersih diiringi dengan tangisan kecil yang nyaring, Bayi tersebut dinamakan Zarin Shah..

Begitu cepat masa berlalu, hari ini 17 Oktober 2011, Zarin Shah sudah menginjak ke usia tiga tahun.





Untuk zarin shah, Selamat ulang tahun Sayang. Mama dan papa sentiasa doakan semoga Zarin diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang cemerlang, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, Amin!





We love you so much!!

Pssst: petang ni kita potong kek angry birds zarin ya :)

Thursday, October 13, 2011

Kedai Kopi Hai Peng

Jalan-jalan ke pantai Timur berjalan dengan lancar. Ketika sibuk mengemas barang, Zarin bertanya

"Mama, kita nak gi mana ni?"
"Nak gi terengganu"
"Gi 'Kotnu" kat mana?
"Bukan Kotnu, terengganu, ganu kite"
"ooo, nak gi ganu, ok!"

Zarin pun sibuk kemaskan mainan penuh beg toy storynya. Kami bertolak selepas subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi. Sampai di Kemaman kira-kira jam 9.30 pagi. Dalam hati dah terfikir nak cari gerai makan yang ada jual apam kuah. Malangnya hampa! Bila saya bertanya

"Takdok orang buat doh mek eh apang tu lening. Kali kale ade ar. Doh ngidang ke guane?"






Hehehehehehe, seronok juga cakap ganu..lama dah tak cakap gitu. hehehehehehhe..Akhirnya kami singgah breakfast di Kedai Kopi Hai Peng. Kedai ini amat terkenal di Kemaman.










Macam-macam juga makanan yang ada dan sedap-sedap pula tu. Yang special roti dua ketul tula. Makan dengan tenang dan aman serta dapat menikmati nasi dagang dengan aman kerana Zarin tersangatlah goodboy. Mahunya tak good, bila dia leka melihat seekor ibu ayam dan anak-anaknya yang terkedek-kedek itu.

"Mama, chicken tu cari mama dia. Mama dia tinggal"
"Mama, chicken tu lari sana, dia kokokokokokok!"





Budak-budakkan, ada saja yang nak dicakapnya. Dahlah cakap kuat-kuat. Hehehehehehe

Bila perut dah kenyang, kami ke pasar kemaman untuk membeli buah tangan untuk saudara mara di kampung.

Friday, October 7, 2011

Demam berjemaah

Terasa lama sungguh tak update blog. Masa sangat mencemburui saya, ehehehehehehehehehe...alasan nak cover penyakit M.

Sebenarnya minggu lepas minggu yang tersangat busy dan kami pula demam berjemaah...achummmmmmmm!!!!tengok, Masih ada lagi saki baki demam ni. Memang jarang kami demam berjemaah, biasanya Zarin, kemudian baru yang lain-lain amik turn. Tapi kali ini tidak.

Bila demam berjemaah faham-faham sajalah, kita ratu di rumah, nak tak nak terpaksa gagahkan diri menjaga orang yang tersayang walaupun sebenarnya saling menjaga antara satu sama lain.





Bermula dari hari sabtu, badan dah tak sedap dan terpaksa pula bekerja pada hari minggu kerana ada bengkel. Sebaik tamat saja bengkel hari ahad memang hampir pengsan dibuatnya. Hari isnin saya halfday kerana Zarin demam lagi di nursery. Selasa dan Rabu saya ambil cuti agar demam Zarin, saya dan suami pulih sepenuhnya.

Alhamdulilah petang rabu Zarin dah pulih dari demam cuma batuk masih ada. Demam kali ini selera makannya berkurang dan memang susut berat badannya. sob-sob

Apepun terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga. Bagi menenangkan fikiran dan merehatkan diri, esok hingga Isnin kami akan ke Terengganu dan Cherating.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...