Wednesday, November 30, 2011

Gaya Cikgu Bedah versi Zarin

Bila semakin besar, macam-macam aksi yang ditunjukkan Zarin. Kadang-kadang lucu, kadang-kadang geram. Tapi saya sangat sukakan aksi-aksi Zarin yang telah dikerjakan oleh sepupunya, kakak.











Haaaaa, ada gaya macam Cikgu Bedah versi lelaki tak???.. Cikgu Bedah??? eh silap, ada gaya macam Cikgu Ishak (Tok wan Zarin) tak?hehehehehehehe, jangan marah ya Wan :p

Tuesday, November 29, 2011

Mak Ngah Nasi Dagang

Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu memang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita
Na na na na na Terengganu kita


Masih lagi berkisar kepada entri jalan-jalan pantai timur yang dah lama tertangguh dek kerana sibuk (menyibukkan diri :P)





Kalau berdasarkan lagu Blues Terengganu kita, katanya



Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang


Tetapi hari tu, entah macam mana suami mengajak saya makan di Mak Ngah Nasi Dagang, berhampiran Simpang Empat, Chendering kerana menurutnya kedai tersebut agak popular dan rata-rata kata sedap.Bila dah ada testimonia begitu, mulalah panjang kaki nak mencuba. Kadang-kadang malu juga sebab saya orang Terengganu, tapi tak tahu kat mana makanan yang sedap, sebaliknya suami pulak yang lebih arif. (nampak sangat jarang balik kampungkan, :P)





Terengganu juga sinonim dengan keropok gete. Alhamdulilah kat situ juga turut menjual keropok gete goreng panas-panas. Sangat sedap ok! sungguh nikmat menikmati kepok gete.





Kemudian terpandang pula dengan kuih kegemaran saya iaitu tepur kapur. Apalagi, terus bukak plastik dan makan sorang-sorang. Tambahan pula tepur kapur tersebut merupakan bungkusan yang terakhir. Memang rezeki saya hari itu.





Untuk Zarin yang gemarkan pulut, saya pesan pulut lepa. Pun sedap juga. Aduii, kalau balik Terengganu memang syok habis sebab semua makanan sedap-sedap, semua sedap dan semua nak.

Pada pendapat saya, Nasi Dagang Mak Ngah ni sedap juga ditambah dengan harganya yang murah. Kira berbaloilah menikmatinya. Jika kawan-kawan ke Terengganu jangan lupa untuk singgah di Mak Ngah Nasi Dagang ya, pasti puas hati ;)

Wednesday, November 16, 2011

4th anniversary

16 November 2011, genaplah empat tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulilah.



"Dan di antara
tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah
Dia Menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,

supaya kamu
berasa tenteram dan dijadikan-Nya
di antaramu kasih sayang,
sesungguhnya itu merupakan
tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir".
(QS. Ar-Ruum : 21)



Kau bawa diriku
Ke dalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna


"Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan aku dengannya"


Friday, November 11, 2011

Sentap!

Dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha, kami sekeluarga cukup seronok. Yelah, balik kampung, sape yang tak sukakan? Kalau boleh nak cuti lama-lama. Zarin pula pantang kalau kereta berhenti, terus terpacul pertanyaan “dah sampai kampung ke?”.
Dalam keriangan itu, tiba-tiba


Zarin: Mama, perut mama besarlah. Mama gemuk!”
Mama: Hah?


Sentap hati mama bila si anak berkata begitu. Sang suami pula ketawa tak hingat.

Papa: Dalam perut mama ada babylah, sebab tu besar.
Zarin: Mana ade, perut mama besar, mama gemuk.


Huaaaaaaaa, sentap lagi hati mama ni. Baby apanya, segala jenis mak nenek lemak ada dalam perut ni. ekekekekekekeke

Mama mula menguji kepintaran anak dengan bertanya soalan terbalik.

Mama: Zarin, mama kurus ke gemuk?
Zarin : Gemuk.
Mama : Zarin, mama gemuk ke kurus?
Zarin: Gemuk!





Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dah-dah, kali ini tak payah la kau nak sentap-sentap, Ida. Terimalah kenyataan yang kau tu dah gemuk, dah berisi. Kalau kau sentap pun bukan boleh kurus serta-merta. (tiba-tiba terdengar suara halus dari dalam diri).


Memang tak dinafikan badan saya agak berisi kebelakangan ini mana taknya, pagi nasi, tengah hari nasi, petang nasi, malam nasi, tengah malam pun nasi. Baju raya haji pun ‘sendat’ , jeans pun ‘ketat’. Huaaaaaaaaaa, sentap lagi sambil guling-guling.

Bila tanya suami ayat standardnya,


“Ok je, sama macam dulu.”


Bila dah kata “sama macam dulu”, apalagi automatiklah perasan kurus. Cuma kebelakangan ini, baru tersedar yang munculnya beberapa bonjolan comel, bahasa betulnya (lelemak berlebihan) di sana sini. Muahahahahahahahaha...


Nasib baik juga Zarin tegur. Yelah kanak-kanak tak pandai menipukan. Prihatin juga Zarin pada berat badan mama :P. Tapi bila tiba-tiba je cakap automatik sentap hati mama anak oiiii!

Lepas ni kena jaga makan, exercise dan amalkan cara hidup sihat serta pengambilan pil manjakani ‘syyyyyhhhh, rahsia wanita!’ Lain kali saya share ya ;)

Thursday, November 10, 2011

Leher takde!

Sudah lama kami tidak ke the garden, mid valley. Baru-baru ini kami ke sana untuk membeli barang. alhamdulilah ada :)

Alang-lang dah sampai, teruslah merayap-rayap pusing mid valley. Dah lama rasanya tak ke situ. Masa zaman belajar dulu, setiap minggu menapak ke mid valley, paling best hari rabulah. hehehehehehehe...

Sebelum boleh pusing-pusing dengan tenang, puaskan hati si kecil dengan menikmati ais krim. nyum-nyum...





suka makan ais krim hingga tak ada leher. Gambar fevret saya ni, nampak cute pulak Zarin wat aksi camni :)








** masih lagi busy, lalalalalalalalalalala, dah tak cukup tanah dah rasa nak pijak ni.

Thursday, November 3, 2011

Ben10

Budak-budak cepat sungguh bertukar minat, sekejap backyardigans, upin-upin, toy story, dan sekarang Ben10 pulak dah. Itulah anak bujang saya :)

Setiap hari sampai di rumah dia cakap

"Mama,Zarin nak tengok network (cartoon network)!"





Memandangkan dia minat Ben10, jadi saya pun belikanlah beberapa helai baju dan spender Ben10. Ingatkan okey, boleh tukar-tukar, tapi lain pulak jadinya. Setiap masa nak pakai baju Ben10, tengah jemur dah ambil nak pakai. Syukurlah Zarin yang jenis makan pujuk.

Cuma yang agak menggelikan hati, gambar Ben10 mesti berada di depan. Jadi pakai baju terbalik, spender pun terbalik, asalkan nampak Ben10. Selalu dia mengadu

"mama, spender masuk kat punggung!" muahahahahahahahaha..

Yela, kalau yang depan buh belakang, memang gitula jadinya :P

Bukan sekdar gemar menonton cerita Ben10, malah apa sahaja yang ada gambar Ben10 pasti nak. Aduhaiiiii, pening kepala mama nak oiiiiiii!!! Agaknya kalau petai balut dengan kertas Ben10 pun konfem nak :P


psttt: saya agak busy kebelakangan ini, saya sempat membaca sepintas lalu, jadi tidak dapat nak meninggalkan komen di rumah kawan-kawan. Insyaallah jika keadaan kembali pulih seperti sedia kala pasti saya singgah di rumah kawan-kawan ya. Dan terima kasih juga pada yang sudi singgah di sini :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...