Wednesday, December 28, 2011

Haaaa, buat apa tu????









Boys are always boys :)

mahukan rambut yang cantik dan menawan? jom

Tuesday, December 27, 2011

De Bella Aloe Vera Icy Cool

Inilah Rupa De Bella Aloe Vera Icy Cool yang saya gunakan untuk Zarin ketika selsema dan batuk. Pada mulanya, saya tidak tahu menahu tentang produk ini sehinggalah saya selalu bercerita dengan seorang ofismate (Kak Dirah) tentang kesihatan Zarin yang kerap demam, selsema dan batuk ditambah lagi dengan susah nak makan ubat. Dialah yang memperkenalkan produk ini dan mengesyorkannya kepada saya. Thank a lot Kak Dirah.. muaaach!

Saya pun mencuba produk yang disyorkan ini. Alhamdulilah, dengan izin Allah, ketika Zarin selsema dan batuk memang cepat hilang. Apa yang saya lakukan hanyalah sapukan di dada dan belakang Zarin.

Rasa sejuk dan nyaman, memang sangat-sangat melegakan dan memang sesuai dengan budak-budak. saya suka guna produk ini ketika sakit kepala, memang cepat hilang. Dia tidak panas, tapi berangin, macam makan gula-gula hacks kot :P





Menurut katalog, Aloe vera Icy Cool memberi resapan yang mendalam dengan rasa dingin yang melegakan dan cepat bertindak. Sapuan yang memberikan kelegaan kepada otot, sendi dan urat yang sakit, lenguh, kejang, terseliuh, kebas-kebas, lelah dan resdung.

Sesiapa yang berminat bolehlah mencuba produk ini. Harga di pasaran ialah RM34.00. Dapatkan di stokis De bella ya :)

psttt: Agak-agak saya boleh ganti aishah sebagai duta De bella tak? :P

Monday, December 26, 2011

Alvin and The Chipmunks di McD

Pasti ramai yang suka cartoon Alvin and The Chipmunkskan? Bukan saja budak malah mak budak pun suka juga. Kami masih lagi belum berkesempatan untuk menonton cerita Alvin yang terbaru ni. Insyaallah akan menonton juga nanti :)

Cuti tiga hari yang panjang pun kami tidak ke mana-mana. Jadi untuk mengelakkan Zarin kebosanan, maka kami membawa Zarin breakfast di McD. Rasanya memang dah lama juga tak berkunjung ke situ.

Sampai di sana, terus Zarin terpandangkan mainan Alvin dan kawan-kawannya itu. Lantas terus menjerit

"nak mainan, nak mainan!"

Jadi kami pun belilah set happy meal untuk Zarin. Bukan satu tapi dua!Satu untuk Zarin satu untuk mama :P



Mama pun ambil set happy meal sebab nak dapatkan sepasang! Kesemua mainan ada 8 ekor dan 2 ekor setiap minggu. Untuk minggu ni Zarin dah dapat sepasang.

Minggu depan, minggu depan satu lagi dan minggu depan satu lagi juga memang wajib kami berkunjung lagi, sebab nak kumpulkan mainan tu. hahahahahahha. Mr. papa senyum kambing bila mama cakap nak semua mainan Alvin 8 ekor tu.

Zarin sebenarnya tak adalah teruja sangat. Memang mula-mula nak, lepas tu entah ke mana dicampaknya. Tapi serius memang cute mainan ni.

Eh, ni anak yang teruja ke mamanya ni? :p

Pada peminat Alvin and The Chipmunks, jangan lupa untuk berkunjung ke McD ok?

Thursday, December 22, 2011

Hijau Mara Hijau Juara!

"Hijau Mara Hijau Mara"


Itulah tagline Rumah Hijau (Dewan Pelajar) yang saya wakili semasa sukan antara Rumah DBP yang berlangsung baru-baru ini. Bila kami dibahagikan mengikut rumah iaitu, Jingga, Hijau, Biru dan Ungu terus mengimbau kembali zaman muka sunburn/muka berbelang masa zaman persekolahan dulu. Hehehehehehehe


Kalau tak silap saya, sebanyak 13 jenis sukan dan 1 persembahan dikir barat yang akan dipertandingkan. Mula-mula saya tidak terlibat dengan sebarang jenis sukan yang dipertandingkan. Tapi tak lama selepas itu telefon mula berdering

"Ida, nak main netball tak?"
Ida, awak pandai main congkak?"

Saya menjawab

"Taklah pandai sangat, tapi bolehlah main sikit-skit. Saya nak jadi simpanan boleh?"

Hahahahahahha, ayat tak boleh blah. Semua game nak jadi simpanan. Sudahnya semua kena main. Takde simpanan-simpanan kahkahkah!

Permainan yang pertama adalah bola jaring. Hampir seminggu juga setiap petang turun latihan. Dah lama tak main badan mula sakit-sakit. Saya memang ahli kelab bola jaring DBP, tapi masa bujang aktiflah, bila dah kahwin dan dah anak, terus menyepikan diri. Hahahahahahaha







Hari sabtu 10hb, berlangsungnya perlawanan netball di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan. Mula-mula nak bermain asyik ke tandas je, sakit perut dan kecut perut. Bila dah start main bertambah ok, dan ok. Paling tak tahan dan rasa nak pitam bila matahari tegak di kepala masih lagi di padang. Alhamdulilah dengan kerjasama dan sokongan daripada semua ahli rumah hijau, kami muncul sebagai johan!





Memang pelbagai aksi lucu yang dipamerkan, lebih-lebih lagi kali ini diadakan juga bola jaring lelaki. Saya pun bersyukur kerana Mr. papa dan Zarin turut hadir memberi sokongan untuk saya terus bermain dengan baik.




Untuk aktiviti sukan tradisional, saya turut bermain congkak dan galah panjang. Congkak alhamdulilah, kami muncul juara juga. Sebenarnya permainan congkak bergantung pada nasib dan juga teknik, tak sangka saya boleh lakukan dengan baik. Lihatlah betapa seriusnya muka saya semasa barmain congkak. Otak ligat mengira biji guli :P





Untuk galah panjang, kami mendapat tempat kedua. Pada awal permainan, tersangatlah pasif kerana masing-masing tidak bergerak, risau 'mati' dicuit oleh ibu. Tapi alhamdulilah, di saat akhir perlawanan, peraturan ditukar dan kembali meriah. Tak adalah hanya menari-nari di dalam gelanggang. Semasa bermain galah panjang juga, tumit dan kaki saya mula sengal-sengal dan sakit.

Hari sabtu 17hb, saya bermain pula futsal yang bertempat di gelanggang Futsal JPS, Ampang. Serius saya langsung tak pernah main futsal! Tapi alhamdulilah, dengan tunjuk ajar daripada rakan-rakan rumah kami muncul juara bagi Futsal Wanita. Tapi sayang, tak ada pula gambar futsal buat masa ini.

Sejujurnya saya tersangat malu apabila Mr. papa melihat saya bermain futsal. Komen yang diterima daripadanya

"Mama oklah juga main futsal. Bolehlah sepak bola. Tapi tiap kali sepak bola tak tengok orang,asyik tengok bola dan main sepak je. Lagi satu asyik "tangkap katak" (jatuh) je. Yang nak tergelak, tiap kali jatuh bangun dan tengok kaki. Orang lain kalau jatuh tak tengok pun! hahahahahaha

Akibat bermain futsallah saya terpaksa jalan terhinjut-hinjut ke ofis, tak boleh pakai high heel / wedges, pakai kasut flat/ballet je.Huhuhuhuhu.. Hingga sekarang kaki masih lagi sakit.





Dan penglibatan saya yang terakhir pada kejohanan sukan baru-baru ini ialah Dikir Barat. Mula-mula tak nak joint, tapi bila katanya tak cukup orang dan turun latihan, saya pun ikutlah. Saja suka-suka.Tapi langsung tak reti berdikir.

Mula-mula datang sudah ditegur

"duduk bersila tu biar tegap, macam pahlawan"

Hok aloh, terus terfikir kena pakai bengkunglah masa pertandingan nanti. Lenguh wehhhh, sakit belakang!

Lagi satu

"tepuk tu camni-camni baru sedap bunyi dia, bukan tepuk amai-amai"

Haahahahahahaha.. tepi serius seronok, bila mula berdikir dan naik sheikh, otomatik seluruh tubuh bergoyang mengikut paluan gong! hahahahahaha

Walaupun kami bukan johan dikir barat, alhamdulilah kami mendapat tempat ketiga. Dan paling menggembirakan rumah hijau muncul sebagai Johan keseluruhan dengan jumlah pungutan pingat emas sebanyak 7 pingat. saya berjaya mengutip 3 pingat emas, satu perak dan satu gangsa. Oklah tu kan? ;)


Tapi serius tersangatlah enjoy, dapat mengeratkan hubungan diantara staf berlainan bahagian, sesuailah dengan tema sukan tahun ini "bermula disini, keakraban dan kemesraan"

Apepun, tahniah kepada semua ahli rumah hijau

"Hijau Mara, Hijau Juara" HOOOOO!!!

*** kredit pic to: Mohd Fetri Shah dan Hadi Roslan

Wednesday, December 21, 2011

Panas: Gambar Zarin dalam Majalah Wanita Jan 2012

Hari minggu yang lalu, saya dikejutkan dengan perkhabaran dari seorang rakan di FB yang menyatakan

Kak Ida, Zarin masuk majalah!! Wahhhhh!!!!

Saya sungguh terkejut, automatik baju yang bertimbun untuk dilipat tidak terlipat. Saya mula bertanya itu dan ini kepadanya, rupa-rupanya gambar Zarin terpampang dalam majalah Wanita keluaran Januari 2012, cover depan tiara jacline (betul ke ejanya ni?)







Mula-mula pelik juga, betul ke ni? Setahu saya memang saya tidak pernah menghantar sebarang gambar Zarin pada mana-mana majalah. Malah saya tidak pernah langsung membeli majalah tersebut. Yang selalu beli hanyalah majalah Ben10 dan Toy Story kerta komik Upin dan Ipin.

Sejujurnya saya rasa gembira juga apabila gambar Zarin keluar majalah. Tambahan pula ini merupakan kali kedua Zarin keluar majalah. Kali pertama dalam majalah Pa&ma bersama saya. Pada masa tersebut saya diinterview berkaitan penyusuan susu ibu. Cumanya kali ini, rasa sedikit ralat apabila gambar Zarin disiarkan tanpa pengetahuan saya tuan empunya gambar, malah tidak juga dikreditkan kepada saya. Sob-sob. Saya sendiri pun tidak pasti sama ada gambar tersebut diambil di mana, mungkin FB ataupun blog.







Apepun saya mengucapkan terima kasih pada pihak majalah kerana memilih gambar Zarin sebagai penghias artikel. Harapan saya pada masa akan datang, pihak yang berkenaan seharusnya meminta izin terlebih dahulu, paling tidakpun dinyatakan sumber gambar tersebut.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya terpaksa menggunakan widget disable right click dan juga watermark. Diharap selepas ini semua pihak akan lebih professional dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

Tuesday, December 20, 2011

berapa banyak episod daaaaaa

Zarin Shah oh Zarin Shah, memang banyak akal sungguhla sekarang ni. Kadang-kadang geram kadang-kadang lucu dan cute pula!

Nak dijadikan cerita, bangun pagi semalam, Zarin mula batuk-batuk. Paling risau bila Zarin batuk dia akan buat perangai dan merap, akhirnya dia akan sebut "Nak mama, Nak mama!". Tak boleh nak salahkan dia juga, sebab kita yang dewasa ni pun bila batuk habis sakit badan, kadang-kadang boleh terkucil dibuatnya. Kalau budak lagilah kasihan, nak minum susu terganggu, nak makan terganggu. mmmmmm

Zarin pun awal-awal dah cakap semasa masuk dalam kereta,

"Zarin taknak pegi school, Zarin demam ni. Nak duduk rumah je. Mama jangan pegi work, ok?"

Akhirnya Mr. papa menawarkan diri untuk bercuti semalam. Cuti tahunannya masih banyak berbaki, mama pula cuti tahunan bukan sampai paras hidung, tapi dah sampai kening dah! hehehehehehe.. tq Mr. Papa, muaaaaahhh!!!!





Itu episod semalam. Pagi ini lain pula episodnya. Masuk sahaja dalam kereta Zarin mula berkata

Zarin: "eheeeem, eheeemm (betulkan suara) Zarin Lapaq ni, Zarin nak makan dulu ok?"
Mama: Zarin makan dengan kawan-kawan kat school lah.
Zarin: Tak nak, nak makan KLCC (kfc/McD)dulu dengan papa. Zarin lapaq ni mama.

Kami tak hiraukan permintaannya, terus bawak ke nursery. Mungkin dia akan berubah hati bila melihat kawan-kawannya yang lain. Sampai di nursery bermula lagi episod tak nak turun kereta.

Papa: Zarin pergi school dulu, petang nanti papa bawa pergi makan burger.
Zarin: Taknak!!!! Zarin nak makan KLCC dengan papa, mama pegi work ok?
Mama: Macam mana ni Pa? (sambil kelip-kelipkan mata, buat muka kesian supaya papa bawak Zarin pergi makan dulu)
Papa: Jomlah, bawak dia makan dululah, kesian pulak. Nanti ghiyau (nangis) payah pulak.
Zarin: Zarin makan dulu ok? nanti baru pegi school. Zarin lapaq ni.
Papa: Ok, lepas ni kena pegi school. Baca ABC, main dengan kawan-kawan.
Zarin: Hantar mama g work dulu. Zarin duduk dalam car dengan papa, makan KLCC.





Haaaa, dah happy dapat makan pancake. Lepas ni jangan start episod baru pulak. :P
Nasib baiklah Mr. Papa nak melayan :)

Alhamdulilah, batuk Zarin dah berkurangan. Saya sapukan debella icy cool. Budak kecik ini sangat susah untuk makan ubat ok!

Friday, December 16, 2011

baru nak perasan jadi perempuan melayu terakhir

Sana sini terlihat ramai yang suka memakai skirt labuh, cantik dan memang cantik. Nampak sungguh ayu dan sopan. Mungkin juga fesyen sekarang kot. Saya pun secara tak langsung mencuba juga untuk menggayakan fesyen ini. Serius saya bukan penggemar skirt, tapi dalam keadaan terdesak terpaksa juga memakainya.

Ketika pulang ke Terengganu dan ke Cherating baru-baru ini, semua jeans saya kotor dan basah. semuanya gara-gara Zarin yang makan dan lantas menumpahkan makanan ke atas jeans saya. Habis 3 helai jeans kotor. Nak basuh memang tak sempat kering. Nak beli baru memang tak sempat nak cari ditambah dengan brand kegemaran tak ada di situ.

Akhirnya saya meminta sehelai skirt dari mak saudara saya yang berumur 23 tahun untuk digayakan. Nak pinjam jeans dia memang tak muat, silap-silap boleh masuk dua oranglah jawabnya! hahahahahahaha






Mula-mula pakai rasa janggal juga, rasa sungguh sopan, ala-ala perempuan Melayu terakhir gitu :) . Tambahan pula angin sepoi-sepoi bahasa, sungguh selesa. Walaupun saya rasa tersangat ok, tapi Mr. papa kurang berminat jika isterinya menggayakan skirt begini.






Bila saya menyarungkan skirt ini, dia mula senyum kambing. Nak kata tak suka, tak juga. Nak kata dia suka, pun juga tak. Habis macam mana????

Katanya,

"Saya lebih suka awak pakai jeans, nampak lebih cantik dan kemas!"

Sob-sob... Ok, saya dah dapat jawapannya. Baru je nak berangan dan tukar imej ala-ala perempuan Melayu terakhir, nampaknya terpaksalah dilupakan.

Yang penting nampak cantik di mata suami :)


Psst: Tapi saya suka tengok orang pakai skirt. Nampak gayanya kena tunggu jadi mak yong dululah baru dapat pakai dress/ skirt, ngeh-ngeh-ngeh..Harapnya dalam tempoh masa tersebut saya tak allegic untuk pakai skirt seperti masa mengandungkan Zarin dulu :P

Monday, December 12, 2011

lama tukar baru!

Secara jujurnya, sudah lama saya tidak bersukan. Semenjak melahirkan Zarin, saya terus pencen. Bayangkan sudah tiga tahun lebih tidak menyarung kasut sukan dan tiba-tiba baru-baru ini saya kembali aktif bersukan gara-gara adanya pertandingan sukan antara rumah anjuran ofis saya. Mula-mula saya tidak mengambil sebarang bahagian, namun kerana semangat kesukanan dan pelawaan rakan-rakan untuk bermain netball maka, saya pun kembali menyarung kasut yang telah lama menjadi gajah putih!

Kasut ini telah dihadiahkan oleh Mr. papa ketika saya berusia 21 tahun. Ketika ini tengah mabuk kepayang cintan cintun dan majoriti masa tersebut ramai yang memakai sneakers jenis ini. hahahahahahaha..Bayangkan sudah berusia hampir 8-9 tahun.







Bila dah lama, mulalah menunjukkan pelbagai kerenah. Semasa saya mula memakai kasut ini untuk latihan netball, tapaknya mula lekang. Kemudian saya hantar untuk repair, boleh pakai kembali dan tak lama selepas itu lekang semula. Sungguh, saya sangat sayangkan kasut ini, banyak kenangan dowh! Tapi apakan daya, sehari sebelum perlawanan netball, riwayatnya tidak dapat diselamatkan lagi, nak tak nak kena dapatkan pengganti!

So, malam jumaat saya dan Mr. papa dan si comel Zarin ke Mid valley untuk membeli sepasang kasut baru. Cari dan cari maka banyaklah pilihan yang boleh dibuat. Setelah dihitung dan dibuat perancangan yang rapi, akhirnya dapatlah sepasang kasut seperti gambar di bawah!







Tadaaaaaa, mini canvas women 917 akhirnya menjadi teman baru saya. Tapi bukanlah kasut sukan sepenuhnya! Yang ini sneakers yang lebih casual. Oklah kan, boleh pakai untuk jalan-jalan juga :P, tak adalah jadi gajah putih lagi kasut ini. kihkihkihkihkih..







Sebenarnya kasut ini pilihan Mr. papa. Katanya cantik, dan tapaknya sedikit berlainan dengan kasut-kasut lain. Saya ok saja bila Mr. papa dah pilih. Orang lelaki lebih arifkan. ;)

Bila dah ada kasut baru, automatik semangat bersukan dan bersenam untuk turunkan berat badan membuak-buak!

Bila saya bertanya Mr. papa

"Saya nampak gemuk ke? Peha saya besarkan?"

Jawapan yang diterima

"Takla gemuk. Cuma peha ni kalau buat daging korban dapatlah 2 bahagian!"

Kahkahkahkahakahkah!!!!Deeeeeemmmmmmm!!!!!!

"Majulah sukan untuk negara!"

Friday, December 9, 2011

huruf tangga...ngeeeeeeeeeeee

Setiap malam sebelum tidur, zarin pasti akan menonton atau membaca ABC. Dia sendiri dah tahu nak search ABC song. So dari satu versi lagu ABC ke satu versi ABC berputar. Ada yang ok dan ada yang entah apa-apa. Layankan sajalah.

Semalam, ketika pulang dari kerja, kami singgah di kedai runcit yang berhampiran dan Zarin lantas mengambil sebuah buku ABC, jadi kami belikan sahaja walaupun sudah banyak juga buku ABC di rumah. Lagi selamat dari beli mainan yang baru sampai rumah dah rosak! Grrrrrrrrrrrr!!!!!

So semalam bermulalah episod menelaah buku baru. Buku baru katakan, so memang diusung ke hulu ke hilirlah.

Nak dijadikan cerita, mama dan Zarin sudah siap landing di katil sambil sama-sama belajar dan mengajar ABC. Mama ajar Zarin, Zarin ajar mama.

Bila mama terpejam, terus dikorek mata mama,

"mama jangan sleep, baca ABC dulu".

Nak tak nak mama besarkan mata yang dan sedia sepet nie..sob-sob..

Mama: Ni huruf apa?
Zarin: A..B...C...D... hinggalah seterusnya, berulang-ulang kali.

Kemudian giliran Zarin pula menyoal mama
Zarin : ni huruf ape?
Mama : A..B...C...D...

Kemudian baca lagi dan lagi.

Mama: Ni huruf apa?
Zarin: Huruf tangga!
Mama : ????????????

Nak tahu camne huruf tangga Zarin? lihat gambar di bawah ini!







Hahahahahahahahaha, saya bantai gelak. Huruf H dikatakan tangga. Aduiiiii, pecah perut ok! Entah macam mana dia boleh kata huruf tangga. Tak dinafikan huruf H ini kelihatan seolah-olah tangga. Aduiiiila anak aku, terus teringat cerita P. Ramlee yang belajar alif ba ta yang ada huruf jin mata toncit tu! kahkahkahkahkah!.

Zarin-zarin, macam-macam lah kamu ni. tu belum termasuk komen gambar-gambar yang ada di buku tu lagi.

O = orang utan. Adalah gambar seekor orang utan. dan Zarin cakap


"mama, bear tak mandi lagi ni, bear busuklah!"

Pitaaaaaaaaaaaaaammmmmmm mama!!!

Thursday, December 8, 2011

Bila bercakap tanpa berfikir

Banyak orang banyak ragam. Itulah ayat yang tepat dengan entri saya kali ini. Kadang-kadang saya tersangat pelik dengan sikap sesetengah orang, suka bercakap tanpa berfikir sama ada apa yang diujarkan menyinggung perasaan orang lain atau tidak (kadang-kadang terlepas tanpa sedar, saya sendiripun tidak menafikannya). Mungkin pada si dia, apa yang diujarkan adalah biasa, dan langsung tidak berniat untuk menyinggung, apatah lagi menjatuhkan air muka. Namun pada yang mendengar kadangkala lain pemahamannya. Contohnya situasi-situasi berikut :

Situasi I:
Perempuan A: Eh, baju awak samalah macam baju raya anak kita.
Perempuan B: yeke? Sama taste kot kita ni.
Perempuan A: Taklah, ni untuk anak saya, lagipun murah je, budak-budak. Untuk saya mestilah yang mahal sikit.
Perempuan B: Saya ni biasa-biasa je. Murah ke mahal ke ini je yang mampu.


Kata pemerhati : Aduhaiii, rasa kesian sangat kat perempuan B. Kalau ye pun kain perempuan B tu murah, tak payahlah nak mention. Sedikit sebanyak akan membuatkan perempuan B tu rendah diri lebih-lebih lagi ada orang lain disekelilingnya yang mendengar . Belilah kain RM1k pun semeter, i tak kisah you! duit youkan?

Serangkap pantun dari pemerhati:
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap diranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

Situasi II:
Perempuan C : Renyuknya baju/tudung awak ni. Tak iron ke apa?
Perempuan D : Iron, biasalah ada anak kecik ni.
Perempuan C : Orang lain pun ada anak kecik juga. Iron ape sampai 2-3 line kat lengan tu?
Perempuan D : Saya lain, dalam kereta masih menyelak baju riba anak bagi susu. Camne tak kedut. Takpelah baju/tudung saya kedut pun asalkan anak saya tak melalak lapar susu!

Kata pemerhati: Kadang-kadang geram dengan orang begini. Suka sangat ambil tahu sampai baju dan benda-benda remeh gini pun nak tegur. Lantak pi lah kat depa. Sebelum mengata orang cermin dulu diri sendiri, baju engkau yang beriron tu kalau cicak jatuh confem terbelah dua ke?

Serangkap pantun dari pemerhati:
Jeruk manis dimakan manis,
Manis sekali kulit bijinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali tutur bahasanya.

Situasi III:
Perempuan E : Tengok baju yang awak pakai ni teringat masa zaman saya study dulu.Masa ni memang glamer giler kain jenis ni.
Perempuan F : A’ah, memang baju ni saya buat masa study dulupun. Dah lama dah ni.
Perempuan E: Itulah, sekarang orang dah tak pakai lagi dah kain jenis gini.
Perempuan F: Orang tak pakailah saya pakai. Sekurang-kurang saya boleh pakai lagi baju-baju dulu tu.


Kata pemerhati: Hok aloh, itu pun nak tegur ke? Saya tahulah perempuan F tu outdated, old fashion lebih mudahnya ketinggalan zaman, tapi janganlah kata gitu. Kecik hati perempuan F tau!


Serangkap pantu dari pemerhati:
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Ulasan pemerhati : Memang situasi tersebut agak remeh dan mungkin mereka tidak berniat apa-apa. Tapi bagi yang terkena mungkin terasa. Kita sendiri tidak tahu situasi mereka bagaimana, baik dari segi kewangan, penampilan dan sebagainya. Kita tidak boleh nak samakan diri kita dengan orang lain. Mungkin juga kita jenis yang low profil, tak kisah asalkan masih boleh dipakai, dan tidak mengikut perkembangan fesyen, janji masih menutup aurat. Tepuk dada tanya hati!

Serangkap pantun dari pemerhati:
Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu!



Renung-renungkan dan selamat beramal ! :)

Wednesday, December 7, 2011

Cherating

Alang-alang dah sampai Terengganu, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kami sempat singgah ke Cherating dan bermalam di sana satu malam, cuma Kelantan je tak sempat nak jelajah. Insyaallah lain kali pasti sampai :)

Seronok juga singgah di Cherating kerana Zarin sememangnya sukakan laut dan air. Sampai saja terus ajak pergi mandi laut. Kawasannya yang sunyi dan jauh dari hiruk pikuk kota memang dapat menenangkan fikiran.







Cumanya, sedikit kecewa apabila imaginasi saya tentang Cherating tak seindah realitinya. Pandangan peribadi saya pantai Cherating tak berapa best dan tak berapa cantik jika dibandingkan dengan Port Dickson. Mungkin kawasan yang saya pergi tu tak berapa kena kot. Saya lebih sukakan Port Dickson. Zarin pun taknak sangat mandi laut dan lebih suka mandi kolam.

Cuma makanan di sana memang terbaiklah! Naik berkilo-kilo berat ai! muahahahahhaha

Tuesday, December 6, 2011

cantik pun salah

Adussss! kadang-kadang pelik juga dengan sikap manusia ni. Kalau puji cantik pun salah kalau kata huduh konfemlah makan penampar gamaknya.

Contoh yang paling mudah dan biasa diujarkan untuk berbasa-basi ialah;

"Lainlah nampak hari ni, cantik!"

Respon 1: Terima kasih..alah make up je yang nampak lain tu. (Ayat merendah diri tu)
Respon 2: Orang kalau dah cantik pakai ape pun nampak cantik. (Hihihi..memang ada yang jenis macam ni)
Respon 3: Aiii, takkan hari ni je cantik, hari-hari lain tak cantik ke? (Hok aloh!)







Respon 4: Aiii, macam perli je. (pulak, kata huduhkan teriak pulok!)
Respon 5: Saya taulah saya ni tak cantik, tapi sekali sekala nak juga nampak cantik.(Ni pun nak merendah diri dalam masa yang sama nak masuk bakul juga)
Respon 6: Tiba-tiba puji ni, tentu ada makna tu! (berprasangka itu tidak bagus)
Respon 7: Saya memang cantik pun, awak je yang tak tahu (Ya ampun! desyummmmmm!)

Hahahahahahaha, memang macam-macam respon yang diterimakan? Oleh sebab itu, sebolehnya saya nak elakkan menggunakan ayat berbasa-basi di atas. Bukan apa, tiap orang punya tafsiran yang pelbagai. Kita puji cantik pun salah, kalau kata huduh tataulah camne responnya.

Walau apepun respon yang diberikan, kecantikan itu abstrak. Tiap orang punya pandangan yang berbeza dan semua orang ingin kelihatan cantik. Yang penting cantik luar dan dalam, ye dak?

Monday, December 5, 2011

bumbung rumah baru

Dah lama rasanya pakai bumbung (header) yang terpampang wajah kami yang memakai baju sedondon itu . Tiba-tiba hari ini rasa nak tukar. Walaupun rumah kami tak kena banjir, tapi tangan tengah menggatal nak repair rumah. hihihihihihii..






Kali ini, saya rasa nak bumbung yang simple dan biasa-biasa saja yang penting sedap mata memandang. Tak nak lagi bumbung yang hebak-hebak (walaupun bumbung sebelum ni tak hebak tara mane pung!)




Akhirnya, dapatlah bumbung baru yang simple dan hanya ada kartun orang lidi. kehkehkeh... Cukuplah untuk kami berlindung dan mencoretkan semua tentang kita. Alhamdulilah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...