Monday, December 31, 2012

update 36 weeks 2 days

Alhamdulilah, hari ini kandungan saya telah pun mencecah 36 weeks 2 day. Semasa checkup bersama Dr. Asmah Yun baru-baru ini (26 Dec) semuanya berada dalam keadaan baik. Berat baby pun dah 2.5kg, kata doktor memang berat yang normal untuk kandungan 35 weeks++. 

 Memandangkan 26 december kali pertama saya berjumpa Dr. Asmah, dia turut bertanya saya "dah tahu ke jantina baby?" 

 saya menjawab "Belum diconfirmkan sepenuhnya Dr."

 Doktor tersebut membalas "takpe, kejap lagi kita tengok".

 Namun begitu puas dicuba tetaplah juga adik baby taknak tunjuk. Asyik tunjuk punggung je. Tak apalah yang penting semuanya sihat dan berada dalam keadaan yang baik. Jelas doktor. 

Semasa bersembang-sembang dengan dr. Asmah, dia turut memberitahu bahawa baby dan pun engaged. Potensi untuk saya bersalin awal (26 desember 2012-10 januari 2013)adalah sebanyak 10% sahaja. Namun selepas tarikh tersebut, memang bila2 boleh keluar. Apepun banyakkan berdoa semoga dipermudahkan semasa proses bersalin nanti. Dia juga berpesan sapaya banyak minum air dan banyakkan berjalan. Next appointment 9 Januari. 

Walau bagaimanapun, kadang-kadang rasa risau juga bila ramai yang kata perut saya dah turun. ^_______________________^. Nampaknya saya kena bercuti awallah. Rancangnya pada 14 Januari saya dah nak start cuti :)

Oh ya, beg untuk ke hospital pun memang dah sedia dalam kereta, buku check up memang sentiasa diusung walau ke mana pergi sejak mula bukak buku lagi. 

Friday, December 21, 2012

Mutiara kata #11

Assalamualaikum


source: FB
 

Tuesday, December 18, 2012

Baby boy or girl?

Sungguh surprise bila setiap kali scan baby asyik malu dan taknak tunjuk sangat gendernya. Walaupun doktor dapat sahkan 50-70% sahaja, tapi kalau nampak dengan jeals mestilah bertambahkn happykan? Ada yang tengok perut kata gurl, dan ada yang kata boy. Bila ditanya naluri seorang ibu??? saya pun tak tahu (^_^)

Semasa mencari info-info tentang baby tadi, tiba-tiba terjumpa kuiz ini yang diambil dari ivillage.com. Jom kita jawab kuiz ini.

pic from depositphotos.com
 It's a boy if: 
- You didn't experience morning sickness in early pregnancy. (No, i did) 
- Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute. (No) 
- You are carrying the extra weight out front. ( Tak pasti, mungkin kot) 
- Your belly looks like a basketball. ( Yang ni pun tak pasti bentuknya macam mana, yang nyata lagi kecik dari Zarin dulu) 
- Your areolas have darkened considerably. (ya) 
- You are carrying low. ( tak pasti) 
- You are craving salty or sour foods. (emm, tak juga rasanya) 
- You are craving protein -- meats and cheese. (tak pasti, sebab masa 1st trimester suka makanan barat dan timur tengah) 
- Your feet are colder than they were before pregnancy. (tak pasti, tapi kadang-kadang malam-malam pakai stokin takut  krem kaki) 
- The hair on your legs has grown faster during pregnancy. (Tidak. biasa kena cukur tiap-tiap bulan. Tapi sepanjang mengandung ni baru cukur dua kali, licin je betis ai) 
- Your hands are very dry. ( tak, selalu pakai lotion)
- Your pillow faces north when you sleep. (Tak tahu) 
- Dad-to-be is gaining weight right along with you. (Betul, kami membesar bagai Johan. Tapi sekarang dia dah kurus balik. Saya je yang makin kembang)
- Pregnancy has you looking better than ever. (entah, nanti saya buat survey) 
- Your urine is bright yellow in color. (Tak pasti, kalau minum banyak air masak jernih je, kalu kurang ada kuning-kuning lah) 
- Your nose is spreading. (Tak kembang macam mengandungkan Zarin dulu, masih terpacak ni, tak melebar) 
- You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles. (Tak pernah buat pulak) 
- You are having headaches. (kadang-kadang masa 1st trimester)
- You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number. (Tidak)

pic from CS123rf.com
It's a girl if:
- You had morning sickness early in pregnancy. (Ya, saya alah teruk masa 1st trimester, makan muntah, makan muntah + melepek je)
 - Your baby's heart rate is at least 140 beats per minute. (Ya, bila checkup kat KK, biasanya heartbeat baby antara 148-153 per minit)
 - You are carrying the weight in your hips and rear. (oh yang ini sangat ketara, masa belum disahkan mengandung memang jeans pun dah tak muat. Serius membesar bagai johan!)
 - Your left breast is larger than your right breast. (rasanya semua orang memang begitu)
 - Your hair develops red highlights. (Tak tahu)
 - You are carrying high. (tak tahu jugak)
 - Your belly looks like a watermelon. (bab bentuk2 perut ni memang tak reti nak tengok. Yang nayta saya suka makan tembikai masa mengandung ni, yang merah yang kuning semua telan dan fevret!)
- You are craving sweets. (Tak suka sangat yang manis-manis) 
- You are craving fruit. (Em tak juga, tapi selalu makan buah) 
- You crave orange juice. (Taklah mengidam, tapi selalu minum jus oren bersama-sama vitamin untuk meningkatkan lagi tahap penyerapannya)
- You don't look quite as good as normal during pregnancy. (Tak pasti) 
- You are moodier than usual during pregnancy. (Yup, lebih-lebih lagi masa 1st trimester, kesian anak and suami ai!) 
- Your face breaks out more than usual. (Tak, rasa kulit ni macam biasa je. Memang selalu keluar, pergi kerja tak calit makeup. Tapi nampak ok je kata suami ai! Cuma ada bintik-bintik hitam sikit kat muka ni. Yang lain tu tak ada masalah rasanya)
- You refuse to eat the heel of a loaf of bread. (makan je semua) 
- Your breasts have really blossomed! (Yang ni memanglah. Sebab nak ada susukan. Bra asyik bertukar size je! Hahahahahah)
 - Your pillow faces south when you sleep. (tak tahu)
- Your urine is a dull yellow color. (tak tahu juga) 
- You hang your wedding ring over your belly and it moves from side ( jawapan sama macam tadi, tak pernah buat pun)
 - You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an odd number. (Ya)

 Heheheheehe, apepun kuiz ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Tak sure sama ada boleh percaya ke tak. walau apepun gender baby saya tak kisah, saya terima dengan hati yang terbuka yang penting semuanya sihat sempurna :) 

Monday, December 17, 2012

Stroller untuk adik baby

Semakin menghampiri penghujung disember, semakin hati ini berdebar-debar. Sekarang masa untuk menyemak balik checklist untuk barang-barang keperluan adik baby (kata zarin). So far alhamdulilah semuanya dah hampir complete, cuma towel je saya belum beli lagi, termasuk minyak telon, minyak afiat dan minyak tampil cap wanita untuk mama. Ingat sabtu ni kami akan ke manjaku bangi, memandangkan kami akan ke rumah kakak ipar di sana, so alang-alang tu singgahlah. Oh, saya sungguh cerewet nak beli towel kali ini.

Bercakap bab stroller, sebelum ini kami bercadang untuk membeli stroller untuk abang zarin, nak yang ringan je, adik baby pakai yang abang zarin dulu. Tapi bila tengok kat kedai, rasa macam tak berkenan pula, beza harga pun tak banyak. Bila survey-survey akhirnya terbeli stroller untuk adik baby. Dan inilah stroller untuk adik baby. Kasi tengok kotak dulu. Nanti baru rasmi. Sama macam abang Zarin juga, tapi adalah beberapa perbezaan. (^_^)

yang ini juga pilihan hati

Abang Zarin yang nak stroller color red berjaya dipujuk. Fuh lega hati mama. Bagi memastikan hasrat nak stroller berwarna red, kami akan belikan liner sahaja untuk abang Zarin, sekali dengan aksesori yang color red jugok! acilah gitu abang Zarin deh? Abangkan good boy!


abang zarin masa 3-4 bulan kot
 
Tapi serius saya sangat berpuas hati dengan stroller ini. Dan rasanya sangat berbaloi beli sebab Abang zarin jenis yang suka duduk dalam stroller. Bayangkan pagi-pagi nak ke tempat parking pun naik stroller ok! Memandangkan sekarang tengah YES. So kalau dah murah dan terbekenan tu beli ajelah kan :)

Lagi satu, saya suka kalau anak-anak duduk dalam stroller. Lebih mudah untuk kami mengawalnya. Bukan apa, biasalah budak-budak, suka lari sana, lari sini, sembunyi celah-celah baju. Oh boleh pitam mak bila dalam sekelip mata sahaja anak tiada depan mata! sungguh, pernah terjadi ok! Dan bagi saya inilah cara yang paling sesuai untuk anak-anak kami. Kawan-kawan bagaimana?

Friday, December 14, 2012

Himalaya warehouse sale

Baru-baru ini tertengok kat page Himalaya kata ada warehouse sale up to 80%. Apalagi, memang teruslah tergedik nak pergi. Terus ajak mr. papa pergi masa lunch hour, dah lupa hari apa, Selasa kot. Mr. papa kalau bab himalaya memang saya yang menurut perintahla. Tu yang sayang mr. papa ketat-ketat (^_^)
 
Okey, jom lihat apa yang kami borong


Daily health, yang ni baru Mr. papa nak cuba. Twin Pack RM30. Beli 2 pack RM60
Dandruff Shampoo, juga Twin pack, percuma cucumber soap RM20
Body wash, Twin pack RM15
Foot Care Cream, untuk mama yang tumit dah jadi ala-ala kematu gara-gara berat badan yang naik mendadak RM5
hand sanitizer 4 botol RM10
Total RM110 :)

Nak tahu berapa kosnya? RM110 sahaja. Murah bukan???? Rasa berbaloi-baloi juga. Tapi warehousenya taklah banyak choice sangat. Biasa-biasa sahaja. Kalau nak lagi berbaloi tunggu member's day nanti, sebab semua produk ada diskaun!
 
Oh ya, lupa nak bagitau. Maklumat terperinci tentang Himalaya warehouse sale ni seperti berikut :
tarikh : 10-14 Disember 2012.
Masa: 10am-6pm
Tempat: Bangsar LRT Station LG Floor (Next to Old Town White Coffee)
 
Psst: Sebelum ni ramai yang tanya pasal product ni dan nak jadi ahli. Senang saja, anda kena beli barang-barang dia, mungkin dalam RM100 kot, (serius lupa sebab dah lama sangat jadi ahli. Bukan nama saya, tapi nama Mr. Papa, sebab dia dari bujang duk makan ayur slim) terus dapat jadi ahli. Pastu nikmatilah diskaun 10-20% dan kumpul voucher. Kalau dulu Voucher boleh guna sekaligus, tapi sekarang kena ikut jumlah pembelian. Contoh beli RM 25 ke atas, boleh guna Voucher RM10. Gitulah kekdahnya.

Mutiara Kata Jumaat #10

Assalamualaikum.

Alhamdulilah, hari ini saya diberikan kesihatan yang baik setelah sehari sakit kepala dan sakit-sakit badan.

Seperti jumaat-jumaat sebelumnya, saya kongsikan Mutiara Kata untuk tatapan kita semua.

 

Wednesday, December 12, 2012

pakej bersalin hospital pusrawi

-12.12.12-

Apa yang istimewanya hari ini? Mungkin tarikhnya yang cantik ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan dan ada juga yang memilih untuk bersalin hari ini. Apepun saya doakan semoga semua perancangan kalian berjalan dengan lancar, insyaallah. Pada saya hari ini tiada apa yang istimewa melainkan rutin pergi checkup kat PUSRAWI.

Ya, saya memang terlebih rajin pergi checkup kat dua-dua tempat. Saja je. Sebab ada yang detail dan ada yang tak. So check up dua-dua kira saling melengkapilah gitu. Tapi dah nak masuk minggu terakhir kehamilan saya akan pergi satu tempat je la.

Perkembangan ZS jr.
 

Perkembangan mama dan baby untuk check up hari ini, alhamdulilah semuanya ok. Tadi doktor scan untuk melihat kedudukan baby, buah pinggang, saluran pemakanan dan sebagainya dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Syukur padamu Ya Allah. Sebenarnya ada doktor berikan istilah-istilah yang tertentu dalam setiap penerangan tu, tapi saya yang tak belajar medic ni tak berapa ingat dan tak reti nak sebut. Jadinya saya terangkan dalam bentuk dan istilah yang mudah difahamilah. hehehehehehehe.

Tapi bila masuk part nak tengok gender baby???? hohohohohohoho, ZS jr. tersangatlah pemalu. Doktor kata dia langsung taknak tunjuk. Untuk memujuk saya, doktor berkata lagi, takpelah, yang penting semuanya dalam keadaan baik. Tunggu masa je lagi. Dan jangan lupa banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan proses bersalin nanti.

Dalam duk sembang-sembang tadi tu, doktor turut memberitahu bahawa pakej bersalin yang baru telah pun dikeluarkan oleh pihak PUSRAWI. Bolehlah membuat pilihan sekarang. 

Dan inilah pakej-pakejnya.

pakej-pakejnya :)

Pakej ini untuk bersalin normal saja tau! Kalau c-zer tu doktor kata berkemungkinan boleh sampai 10k, bergantung pada keadaan. Tapi mungkin juga kosnya akan jauh lebih murah dari itu.  Jadi untuk next check up doktor referkan saya pada doktor pakar iaitu Dr. Asmah Yon sekaligus untuk bersalin sekiranya saya nak bersalin di Pusrawi. (sebenarnya saya pun tak pasti nak bersalin kat mana lagi). Nantilah fikir.

Doktor juga menjelaskan bahawa "sebenarnya bersalin kat mana-mana pun sama saja, yang penting semua selamat. Kalau kat swasta yang berbeza hanyalah dari segi servis. Apepun kita sama-samalah berdoa agar dapat orang yang baik-baik dan memudahkan urusan semasa kita bersalin nanti".

Monday, December 10, 2012

mengantuk!

Aduhaiii, tataula apa kena dengan hari ini. Terasa mengantuk yang amat. Nak kata asyik duk menguap tak juga. Tapi badan ni rasa berat (mmg dah berat pun)+ malas + rasa nak baring je. Mata pun rasa layu, kalaulah dapat tidur atas tilam empuk kan best!.
pic from google
 

Pagi tadi Zarin kata

"Mama ni asyik lambat je pagi-pagi, perut mama berat ke?"

Aduhaiii, budak kecik ni, macam-macam pulak yang dicakapnya. Malas nak jawab, senyap je! huhuhuhuhuhu

Cepatlah pukul 5! nak balik rumah! nak balik rumah! Nak rehat+tido macam garfield tu (^_^)

Friday, December 7, 2012

teringin nak makan ini!

Ikan singgang! Sape suka makan ikan singgang angkat tangan? Sebenarnya ikan singgang merupakan lauk kegemaran saya selamanya. Tak ada lauk lain pun tak apa asalkan ada ikan singgang. Biasanya kalau masak ikan singgang saya hanya menguunakan dua jenis ikan sahaja iaitu, ikan aye (tongkol) ataupun ikan temenung/pelaling/kembung. Hanya ikan ini sahaja yang ngam untuk dibuat singgang pada mulut saya.

ikan aye singgang weh! 

Dua tiga hari kebelakangan ini, mulut saya teringin nak makan ikan aye singgang cicah sambal belacan atau budu dengan ulam-ulaman. Sebenarnya bukan susah pun nak buat. Lauk inilah yang paling cepat dan sihat untuk dihidangkan. Tapi memandangkan setiap hari balik kerja perut sentiasa kenyang, jadinya sudah hampir seminggu dapur tak berasap. Jadi saya bertekad, (wah bertekad tu, tak tahan ayat ni) untuk masak lauk pauk ini esok. Mr. papa kerja, jadi saya masak untuk saya dan zarin sajelah.

sambal belacan maveles!
Sambal belacan, wallah. Lidah melayu, kemana pergipun kalau ada sambal belacan wajib dibedallah! Kadang-kadang kalau malas tumbuk saya beli yang instant dalam botol jenama G-tra. Sedap sambal belacannya, terasa seperti tumbuk sendiri. Bukan blend ya kawan-kawan. Makan dengan ikan goreng, ikan kukus pun sedap jugak ni. Takpun buat nasi goreng atau spagheti olio. nyum-nyum...

Dan ulam yang menjadi kegilaan saya sekarang ialah pucuk jambu golok, ataupun lebih dikenali sebagai pucuk gajus. Oh, nampaknya esok ada pasar tani di Jalan Kuching. Memang pucuk jambu golok inilah yang saya akan borong. 3 ikat 2 ringgit!

terbayang-bayang rasa sedap dan kelat daunnya ini. gulp! Pic from google 

Wallahhhhh... dah terbayang-bayang dah lauk-pauk untuk makan nasi esok ni. Untuk lebih sedap, tambah pulak ikan goreng. Sure makan bertambah. Nyum-nyum...sedapnya weh! nakkkkkkk!!!!!!

mutiara kata jumaat #9

Salam jumaat yang penuh keberkatan :)

source: FB
 

Thursday, December 6, 2012

Update 33 weeks

Hari ini ada checkup di KK. Alhamdulilah semuanya ok kali ini. Orang pun tak ramai seperti kebiasaan, jadi prosesnya pun juga cepat. Sebelum ini setiap masa dihujani dengan topik berat badan yang naik bagai dipam-pam. Hari ini bila timbang, berat hanya naik 500g sahaja. Lucu pula rasa bila nurse cakap 

Nurse: Berat ok dah ni kak. Tapi bila masuk minggu 33 nikan, sepatutnya berat naik 500 gram seminggu, jadi bila appointment dua minggu sekali, sepatutnya naik 1kgla. Tapi tak apa, asalkan ada peningkatan dah ok.

Saya : ooo, tapi tak apalah asalkan ada naikkan.

Nurse: Akak diet ke?

Saya: A'ah, dietlah jugak. Bukan apa takut naik banyak nanti tak pasal-pasal kena minum air gula. Dah tak lalu dah

Nurse: Patutla, Takpe lepas ni akak janganlah diet sangat eh. Makan nasi sekali sehari je ke?

Saya: A'ah. malam kalau lapar makan buah, salad, roti. Ikut selera lah.

Nurse: Pagi-pagi kalau nak makan roti canai pun bolehlah. 

Serius, saya suka sangat dengan nurse yang monitor saya ni. Namanya Husna. Selalu gelak-gelak ngan dia, tak adalah nak emo tak bertempat. Hari ini diberikan penerangan tentang jaundis. Bagus juga penerangannya.

Saya juga ada bertanya tentang rasa sakit kat ari-ari tu. Katanya normal. Baby dah duduk di laluannya. Rahim semakin membesar dan menekan sebab tu rasa sakit. Tapi kalau sakit tu macam contraction dan keluar tanda-tanda kelahiran memang kena cepat-cepat ke hospital. Lega sikit mendengarnya. 

Apepun kita banyakkan berdoa semoga semuanya berjalan dnegan lancar dan dipermudahkan olehNya. Amin.

Wednesday, December 5, 2012

lampin/bedung baby

Memasuki akhir minggu ke 32 kehamilan ini hati terus berasa dup dap dup dap. Macam-macam perasaan timbul. Masa checkup 30w aritu doktor dah pesan supaya bolehlah basuh baju baby dan kemas-kemas bag untuk dibawa ke hospital. Alhamdulilah baju baby saya dah basuh minggu lepas, dan bag pun saya dah siap kemas semalam, walaupun ada sikit-sikit lagi barang yang tak lengkap.

Hari ini saja nak berkongsi kain lampin/bedung yang saya buat untuk ZS jr. Sebelum ini, kain lampin Zarin pun buat sendiri juga, tapi semuanya color putih. Mak saya dikampung dah pesan, kalau beli baju baby beli yang color putih je, jangan duk beli color yang macam-macam. Dia suka color putih. yessss maaaaammm! hohohohohohohoho

pinky-pinky gitu
 

So dia tak mention pula lampin/bedung kena color putih jugak. So saya gegatai pi beli kain yang pinky-pinky nie. Nampak macam cute je. Walaupun sebenarnya gender baby tidak dapat disahkan sepenuhnya lagi sama ada gegurl ke boboi. Hahahahahahahaha. Sekali sekala  tukar selera ok jugakan? 

psst: kawan-kawan seangkatan yang kandungannya hampir sama dengan saya, korang ada rasa sakit-sakit sekitar ari-ari tak? Serius saya kerap rasa sakit sekarang. Setiap masa cuak. Semalam pun cuak lagi. Sharela sikit pengalaman korang. Walaupun dah nak masuk anak kedua, tapi serius dah lupa Zarin dulu macam mana.

Tuesday, December 4, 2012

BE baru lagi

Alhamdulilah, buka nuffnang tadi terlihat ada satu lagi BE baru. Ini merupakan BE kedua bagi blog STK (Semua Tentang Kita). BE ini datangnya dari CIMB. Apepun sangat bersyukur sebab blog kecil macam saya ni ada juga BE. Jadilah dari tak merasa langsungkan.
sila abaikan jumlahnya yang tak seberapa itu :)
Tq nuffnang bagi BE ni. Next time jangan malu jangan segan untuk bagi lagi ya (^_^)

Tak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi singgah dan membaca celoteh saya. Sayang kamu, kamu dan kamu juga :)

Monday, December 3, 2012

Ceriakan hatinya

Hati siapa yang ceria ni??? ok yang pertama ceriakan hati mamalah dulu. Ceria sebab dapat pergi maternity & children expo. Banyak juga yang di borong. Suka-suka sebab murahkan. hihihihihihi. Saya pergi hari jumaat selepas waktu bekerja. Alhamdulilah parking senang dapat, orang kat expo pun tak ramai sangat, rezeki ibu mengandung barangkali. Stroller Zarin pun boleh masuk, tapi kejap sahaja sebab dia borink. Akhirnya Mr. papa bawa Zarin makan kat Carl's Jr. hanya mama yang pusing-pusing dalam tu. Dalam tatau nak beli apa, penuh kiri kanan bawak barang. Dengan barang yang over limit, ditambah pula dengan perut boyot, sesiapa sahaja yang melihatnya sudah tentu memberi laluan. I like! 

Seterusnya masa untuk menceriakan hati anakanada yang bijaksana itu. Hari minggukan. Kesian dia bila setiap hari Mr. papa asyik bekerja. (oh sungguh hulk hogan mr. papa) Walaupun setiap hari bekerja, tapi tak penat. Saya kerja 5 hari je, tapi melepek sokmo!

Capati, roti canai!
 
Pagi sabtu Zarin request nak makan roti canai. Jadi kami pun bawa dia makan roti canai. Saya dan mr. papa makan capati. Sungguh maveles capati kat sini. kedainya terletak berdekatan dengan hospital tawakal, restoren santa (Chapati House). 

Hari ahad pula dia nak main kat taman sambil makan pancake. Setelah siap membeli sarapan, singgah kejap di flea market. Beli barang kat sebuah gerai tertinggal pulak telefon kat situ. Bila dah masuk kereta baru perasan telefon tertinggal. Tapi masa tu, hati tak berdebar-debar, maknanya tak hilanglah tu. Dan alhamdulilah, apek gerai tu tolong simpankan. Dia kejar juga saya, tapi tak jumpa. Nasib baik dia jujur. hohohohohohohoho.. Kalau tak rabak poket lagi nak beli telefon baru. Selepas itu, kami bergegas ke taman yang terletak di publika. Makan sambil bermain. Waktu pagi ok, cuaca elok, kalau petang hujan lebat sokmo. Tak merasalah Zarin nak main kat taman.

Seronok dapat main kat taman

Tengah seronok duk tengok anak-anak main, tetiba ada makhluk yang menyinggah kat beg mama. Seronok je dia duk landing. terus rasa geli geleman. Tapi nampak comel.

Cutekan? tapi geli geleman

Petangnya pula kami ke Bangi. Zarin nak main dengan sepupu-sepupunya, Hawa, Hani, Hana. Tapi masa ni badan dah sedikit dedar. Tapi dia nak pergi juga. Jadi kami pun bawakla jugak sebab dah berjanjikan. Kalau tak pergi setiap masa dituntut. Letih mak nak dengar!

Dalam pukul 8 malam lebih, kami pun balik semula ke KL. Dalam perjalanan dia muntah. Huhuhuhuhuhhuuh, habis baju dan tudung mama. Tapi gemble je singgah di Plaza Mont Kiara, beli cool fever. hahahahahahaha...  

Bila dah muntah teruslah lapar. Jadinya dia minta nak makan Wendy's. Oh yang ni memang kegemarannya. masa ni masih hujan renyai-renyai. So kami pujuk dia untuk tapau sahaja. Alhamdulilah dia ok. Nasib baik.

Makan wendy's dalam hujan renyai, nikmatnya!
 
Apepun sangat bersyukur pagi ini Zarin ceria dan badan tak panas. Walau bagimanapun saya masih bekalkan ubat demam dan meminta cikgunya menghubungi kami jika badan zarin kembali panas. 

Semakin menghitung hari, emosi abang Zarin semakin rapuh. Seboleh mungkin kami mencuba untuk menjaga hatinya. Walau apepun hatinya mesti diceriakan supaya dia tidak rasa tersisih. Oh abang Zarin!

Friday, November 30, 2012

Mutiara kata jumaat #7

Assalamualaikum


source: FB

Sharing is caring :)

Thursday, November 29, 2012

4th maternity & children expo

Oh, sungguh teruja nak pergi ke expo ini. Maklumlah, baru pertama kali. Sebelum ini asyik tertangguh sahaja niat tu. Bertambah teruja nak pergi bila barang-barang kelengkapan untuk menanti kehadiran ZS jr. masih belum lengkap. Dengarnya ada lebih kurang 500 brand yang akan mengikuti expo ini. Wahhhhhhhh!!!!!!

source : FB

Saya mungkin akan pergi hari sabtu. Tapi tengokla macam mana. kalau tak boleh tahan, esok juga saya terjah! hahahahahahaha.. Teruja memang teruja. Tapi dalam kepala ni tatau lagi nak beli apa. So sediakan sajalah duit secukupnya. Yang mana berkenan nanti beli. Kawan-kawan ada ke yang nak pergi expo ni. kalau kebetulan terjumpa jangan lupa tegur ya :)

Friday, November 23, 2012

Busuk wangi sedap!

Baru-baru ini Mr. Papa ada treasure hunt/team building ke Lumut, jadi mama dan zarin ditinggalkan :(. Kalau Mr. papa tak ada saya cukup risau, nanti Zarin mesti batuk, badan dedar ala-ala nak demam. Memang begitulah selalunya. Kadang-kadang saya hangin juga bila orang selalu kata saya "terlalu manjakan anak, Zarin anak manja, anak sorang bolehlah nak kepung, nanti dua, tiga taulah macam mana, dan sebagainya lagi!" ok full stop! Malas nak fikir pasal benda-benda tu semua, dah namanya anak kalau kami tak manjakan dia dengan kasih sayang siapa lagi? 

Zarin pula sekejap-sekejap tanya papa. Dahlah line kat sana tenggelam timbul. Jadi sukar sedikit untuk kami berhubung. Mr. Papa pergi pun tak lama 2 hari 1 malam je. Kadang-kadang dia bertanya 

"Banyak sangat ke work papa tu mama? dah malam dah tak balik-balik lagi ni!"

Saya senyum sahaja, kalau dia macam perangai-perangai saya suruh dia call sendiri papanya. 

Hari ahad tu, Mr. papa call tanya kot-kot nak beli ikan bilis, kat sana banyak katanya. Saya pun ok sahaja memandangkan stok ikan bilis memang dah habis kat rumah. Rupanya bukan sahaja ikan bilis yang di beli tetapi siap dengan ikan masin, makanan laut lain seperti sotong kering, sate, dan macam-macamlah. Memang baunya agak kureng sikit tapi sedap!

ikan masin, ikan bilis, busuk tapi sedap!
yang ni jajan, masih berbaki di rumah tu.
 Malam itu juga Mr. Papa whatapps, kata dia ada hadiah untuk mama! Hadiiiahhhhhh??? pelik juga pergi treasure hunt/team building siap boleh beli hadiah???? Ermmmmm... Dia pun whatapps gambar ini.

kotak merah menyala you! aummmmm!!!!!

Oh! rupanya dia menang lucky draw. Dapat barangan body shop. So kira hadiah untuk mamalah. eheheheheheehehehehe. Benda free siapa tak sukakan?

perfume, body wash, pukat ke apa istilah dia???/

Dalam kotak tu ada perfume, body wash dan pukat (eh ni bukan pukat untuk menjala ya) hahahahahaha. Wangi juga bau perfume ini. Body wash mungkin saya boleh guna dalam pantang. Kasi wangi-wangi sikitkan? ehem-ehem..

Dah lama saya tak beli barangan body shop. Last seingat saya masa sekolah/universiti. Tu pun saya suka beli dewberry yang jenis calit tu. Bukan spray. Agak-agak ada lagi tak bau buah-buah sweet tu kan?? apepun benda free, terima jelah. Bolehlah tukar-tukar ke ofis dengan perfume yang sedia ada ni.

Jumaat

source: FB

Wednesday, November 21, 2012

Duit tak ada????

Panik tak bila korang beli barang, time nak bayar tengok duit tak ada. Bukan duit je, malah dengan purse sekali? Haiyooooooo!!! 

Semalam selepas balik kerja singgahlah ke Cold Storage, sebelum tu saya ke Guardian dahulu untuk membeli beberapa barang keperluan diri. Siap memilih, saya pun que la untuk membayar. Bila tiba time saya????? Alamak! purse tak adalah!!! 

Terus rasa panik. Cari-cari dalam henbeg tetap tak ada. Haaaa, sudah. Purse tertinggal kat ofis la ni, wrislet yang saya selalu letak duit juga dalam tu pun tertinggal jugak!!!!! hadoiiii....lantas saya memberitahu cashier dengan muka yang kemerahan, 

"Dik, kejap ya, purse akak tertinggallah. Akak call husband akak jap!"

 Dia pun tersenyum sambil menganggukkan kepala. Fuh! nasib baik belakang saya tak ada orang!

Dua kawan baik yang tertinggal
 

Mama: Awak kat mana?

 Mr. papa: Kat cold storagela, awat?

 Mama: Purse saya tertinggal kat ofis. Saya kat guardian ni. Mai la sat!  

Mr. papa: Duit tak dak langsung?

 Mama: Tak dak. Cepat lah. Cering dah ni. 

Tak lama selepas itu, superman saya pun muncul. Nasib baik ada penyelamat! Terus dia bayarkan. Lantas terus saya balik rumah, tak ada mood dah nak beli barang kat cold storage. Bukan apa, sebenarnya hati berdebar duk terfikir kat mana letak purse, dalam laci ke atas meja ofis. Nak call ofismate semua dah balik. huhuhuhuhhuhuhuhuu.. Tawakkal ajelah. Nak patah balik ke ofis memang malas dah.

Hehehehe, sebenarnya saya selalu juga tertinggal cincin dan jam, alhamdulilah tak pernah hilang. Pagi tadi sampai ofis terus cari purse, nasib baik ada :) So petang ni bolehlah singgah cold storage :)

Tuesday, November 20, 2012

berat! berat! berat!

Setiap kali pergi check up setiap kali isu berat yang menjadi perhatian. Setiap bulan naik 3.5-4kg! hua hua hua hua!!! Hinggakan nurse dan doktor pun tatau nak cakap apa dah. Tekanan darah normal, diabetes tak ada, pendek kata semua normal. So bolehlah derang senyum dan buat-buat tak kisah sangat.

Hari ini nurse tanya 

Nurse: "Kak makan apa ni kak? Naik berat macam bulan2 lepas jugak."sambil gelak-gelak.

 Saya: "Makan macam biasa, tapi akak rasa selera makin kurang. Nasi sekali sehari je. tataula nape berat naik banyak sangat."

Nurse: "Betul ke timbang ni? Jom kita timbang sekali lagi. (Lepas dah timbang naik lagi 200g) Lepas ni akak kena kurangkan makanan yang berkolesterol, berkarbohidrat. Susu pun kalau boleh minum yang low fat. kena makan banyak buah dan sayur"

Adalah lagi dia duk pesan itu ini. Saya dengar ajelah. Hihihihihihihi...Nak buat macam mana, mengandungkan Zarin dulu pun tiap2 bulan berat naik gini jugak. Malah lebih banyak hingga cecah 5kg sebulan. Hadoiiii... Berat! berat! pening dah memikirkannya.

Nikmatnya tidur!

Kemudian saya berkata, "Mungkin juga akak kuat tidur. Jarang buat kerja rumah kot, banyak rehat sebab cepat letih"

Nursepun senyum je dengar ayat saya tu. "Nanti kena kurangkan sikitlah tidur tu, lebih-lebih lagi lepas makan. Akak terus tidur ke?

 "Ha'ah"... Hahahhahahahahaha (gelak lagi sama-sama)

 Bila dah kandungan memasuki 30 minggu, kenalah datang check up 2 minggu sekali. Nampak gayanya saya kenalah makan salad buah dan sayur je. Tak nak berat naik banyak-banyak. Tadi pun dah whatapps Mr. papa ajak pergi cold storage nak penuhkan peti dengan stock buah dan sayur!

Berat! berat! berat! Nape cepat sangat duk melekat kat badan den ni ha! hadoiiiii!!!!

Monday, November 19, 2012

Neurogain PB dan tablet susu kambing untuk ibu mengandung

Kandungan memasuki usia 7 bulan, saya tambahkan pengambilan supplement untuk ibu mengandung. Kali ini saya makan NeurogainPB dan juga tablet susu kambing. Semasa mengandungkan Zarin dulu pun saya makan neurogain juga. Sebenarnya neurogain adalah minyak ikan yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Cara pengambilannya adalah sebiji sehari selepas makan. 

Jika mahukan maklumat lanjut tentang neurogain bolehlah ke website mederis ini :)

tablet susu kambing dan neurogainPB

Umum mengetahui bahawa susu kambing memang banyak khasiatnya. Kemudian saya diperkenalkan pula oleh ofismate tablet susu kambing keluaran HR. Menurut beliau, semasa mengandung memang diamalkan pengambilan tablet susu kambing ini dan alhamdulilah, dengan izin Allah bayinya tidak terkena jaundice di samping sangat bagus untuk pembentukan tulang dan gigi. Jadi saya pun turut mengambilnya. Tak salah kalau mencubakan?

Sebenarnya saya memang bukan penggemar susu kambing apatah lagi daging kambing, jadi dengan adanya tablet susu kambing ini dapatlah saya makan. Itupun kembang kempis juga hidung sebab tetap rasa macam hamis sikit-sikit.

Tablet susu kambing ini boleh didapati dalam tiga perisa iaitu, coklat, plain dan strawberi. Sekarang saya hanya makan yang berperisa coklat. cara makannya ialah 2 hingga 6 biji sehari. Saya turut memesan yang perisa plain dan strawberi, tapi masih belum ada stok. Insyaallah dalam minggu depan sampai.

Untuk makluman juga, tablet susu kambing ini bukan khusus untuk ibu hamil sahaja, semua orang boleh makan termasuklah anak-anak kita. Nampak gayanya Zarin sangat sukakan tablet susu kambing ini. Katanya gula-gula. hohohohohohhooho

Friday, November 16, 2012

Happy 5th Anniversary Dear!

Alhamdulilah. 8 tahun bercintan cintun (bahasa halusnya mengenal hati budi masing-masing ya), hari ini 16 November 2012 pejam celik pejam celik sudah 5 tahun usia perkahwinan kami. Kata orang, tempoh 5 tahun adalah fasa pertama perkahwinan. Sudahnya 13 tahun menyulam cinta, tidak termasuk lagi zaman-zaman nak mula ngorat dulu.

Dari kami yang dulunya bersize xs kemudian bertukar ke size XS juga (tapi dalam bentuk CAPLOCK) hihihihihhiihihihi. Kalau diimbau kembali 16 november 2007, harinya sama seperti 16 November 2012 iaitu hari ini. Kalau dulu paginya sibuk mencari barang-barang untuk siapkan hantaran yang masih belum lengkap, menyediakan juadah selepas majlis dan sebagainya, tetapi hari ini sedang menyiapkan tugasan di ofis dengan perut yang memboyot. hikhikhik.. 

Walau apapun, setiap detik yang berlalu itu sangat manis untuk dikenang, walaupun saya menangis sebelum diijabkabulkan kerana pak andam datang lambat untuk siapkan saya! Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ingatkan dah kena pergi akad nikah dengan kain batik sebab baju nikah dah bagi pada pak andam. Lucu!


syahdu!
 
Untuk suami tersayang, terima kasih kerana telah membahagiakan saya sepanjang tempoh perkahwinan ini. 

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia 
Akan aku coba 
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia 

Hati ini bukan milik ku lagi 
Seribu tahun pun akan ku nanti 
Kan kamu 

Sayangku jangan kau persoalkan 
Siapa dihatiku 
Terukir di bintang 
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Happy 5th Anniversary dear!

Wednesday, November 14, 2012

Nasi Ayam Hailam Damansara Utama @ Solaris Dutamas

Bagi penggemar nasi ayam, Nasi Ayam Hailam Damansara Utama boleh dikatakan antara yang menjadi pujaan ramai. Kalau sebut sahaja nasi ayam ini pasti ramai yang tahu dan terbayang kesedapannya. Dengarnya  nasi ayam "the best in town". Memandangkan Nasi Ayam Hailam Damansara Utama baru sahaja beroperasi di Solaris Dutamas, jadi saya dan Mr. Papa pun tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.

 Dan inilah yang kami order.
Roasted chicken mama punya, share dengan zarin
steam/hainan/hailam tatau yang mana satu, chicken Mr. papa punya
Nasi ayamnya, nyum-nyum.. kalau guna beras mahal lagi sedaplah kot eh?
Sup kosong yang sedap
Saya tambahkan satu nasi kosong untuk Zarin. Dia nampak sangat excited nak makan nasi ayam dengan sup. Untuk saya sudah semestinya saya order roasted chicken, Mr. papa steam/hainan/hailam chicken kot. Saya tak lalu nak makan nasi ayam yang ayamnya tak berapa nak garing dan nampak macam pucat-pucat. Mesti kena ada yang macam hangus-hangus sikit.

Kerabu mangga maveles!

Mr. Papa juga tambahkan kerabu mangga bagi melengkapkan hidangan nasi ayam kami hari itu. Saya sedikit pelik, kerabu mangga yang diordernya??? emmm, satu pengalaman baru makan nasi ayam dengan kerabu mangga. Yang nyata kerabu mangganya memang sedap!

Sambal cili, ceduk je nak banyak mana
sos/sambal halia/bawang putih sedap!
 Saya paling sukakan sambal cili dan juga sambal halia/bawang putih ini. Secukup rasa. ketika menyuap nasi ayam bersama pelengkapnya ini, masyaalllah.... sedapnya! Lain dari yang lain. Terus tercakap " ummmpphh, sedapnya!" Nikmat yang amat.

tembikai laici, mama punya

Dan air pula saya memesan tembikai laici. Zarin dan Mr. papa air kosong sudah. Tengah batukkan??? Jangan ngada-ngada nak minum ais. Hohohohohohoho.. Walaupun mama juga batuk, tapi mengandung kali ini memang asyiklah duk minum ais. Dah alang-alang tak boleh telan ubat, minum je lah ais dengan "Niat untuk buat ubat" aci gitu? (^_^)

Mr. papa yang taknak gambarnya dirakamkan. Gambar hirup sup pun tetap macho dan menjadi pooojaan hatiku :p
kakak dan adik yang sentiasa berkepit! eh silap, ibu dan anaklah :P

Secara keseluruhannya, nasi ayam ini menepati selera kami. Nasi sedap, sup pun sedap dan paling penting ayamnya itu. Saya paling tak berkenan kalau makan nasi ayam ada lagi darah-darah merah kat ayam tu. erkkkk, geli! Tapi yang ini, menepati! Insyaallah akan repeat lagi. Harga pun berpatutan, kalau tak silap RM7.90. Oklah tu kan? mana lagi nak cari nasi ayam RM2.50? Kat warung biasa pun dah jual RM4.00-4.50 tahu??? 

Pstt: Teringin nak try nasi ayam singapore pula. katanya lagi sedap! Oh Mr. papa jom kita pergi singapore esok. Hekhekhekhek!

Kalau berminat bolehlah singgah, alamatnya tak sempat nak snap. Tapi sederet dengan restoren mee jawa

Tuesday, November 13, 2012

Cuti lompat-lompat, ke mana kita?


Sungguh menarik kerja minggu ini, kerja-cuti-kerja-cuti-kerja-cuti-cuti! Kalau yang masih banyak lagi cuti tahunan amik tiga hari dah dapat cuti seminggu, wooooo syok! Tapi saya tak ambil cuti pun, nak forward cuti tahunan ke tahun hadapan, nak bersalin+ada baby, memang cuti tahunan sentiasa diperlukan sebagai langkah persediaan.


So kawan-kawan, cuti lompat-lompat ni kalian ke mana? Sambung cuti pergi holiday, balik kampung atau kerja-cuti-kerja macam saya juga? Untuk hari ini kami masih tidak tahu hendak ke mana. Mungkin habiskan masa bersama keluarga di rumah sahaja (MUNGKIN).

Rumahku Syukgaku :)

Tapi kaki ni rasa macam nak pergi survey-survey barang baby je. Hohohohohohoho. Tengoklah macam mana nanti. Rasa memang nak pergi, tadi badan Zarin sedikit dedar dan batuk-batuk. Kalau dia ok mungkin petang kami nak menapak ke One Utama, agak-agak ada sale tak? hihihihihihihihi

Oklah sampai berjumpa lagi di lain entry, nak tengok cinta hati saya tengah buat apa. Kecoh je kat luar tu. Oh ya sebelum terlupa, Happy Deepavali kepada semua yang meraikannya. (Tak dapat makan capati+roti canai hari ni, kedai mamak banyak tutup kot eh?) 

 Pssst: Meriah sungguh bunyi bunga api+mercun malam tadi. Dum dam dum dam ;)

Monday, November 12, 2012

Publika kat mana?

Rupanya ramai juga yang tak tahu publika kat mana. Memandangkan ada yang bertanya, jadi saya pastekan map untuk ke publika ni ya. Ada juga kawan-kawan ofis saya yang confuse antara Solaris Mont Kiara (yang tertera SOHO) kalau lalu ikut highway akan nampak. Di tanya adakah itu Publika? Jawapannya bukan. Solaris ada dua, satu Solaris Mont Kiara dan satu lagi Solaris Dutamas. Solaris Dutamaslah yang dikenali sebagai Publika.


senangkan? jomlah singgah sini
 

Sebenarnya saya suka bawa Zarin pergi ke kedua-dua solaris ini. Masing-masing agak berhampiran dengan rumah saya. Kalau Solaris Mont Kiara saya suka pergi beli barang di guardian dan Cold Storage. Manakala kalau Solaris Dutamas (Publika) saya suka makan-makan (memang banyak sangat tempat makan yang best kat sini), selalu jalan-jalan dan juga beli barang-barang (ada kedai-kedai, tapi taklah banyak sangat-sangat). Tempatnya yang lapang dan orang yang tidak terlalu ramai senanglah sikit nak biarkan Zarin membuas! hehehehehehehehehe.

Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah buka website PUBLIKA ni.

Tama Yaki @ Publika

Semasa jalan-jalan di Publika terjumpa kedai kiut ni. Tama Yaki. Memang kiut sangat-sangat sehingga terus teruja nak beli apa yang dijual. Bila tengok-tengok rupanya dia jual makanan jepun macam tako yaki tapi yang ini tama yaki.

cutekan signboard dia

macam-macam ada, pilih-pilih!

Ada macam-macam pilihan sebenarnya. Kalau dulu saya suka makan tako tao yang ada kat jusco. Dan pilihan saya tentulah octopus, bau macam busuk-busuk sikit tapi sedap! hohoho, camne tu???? Hari itu saya mencuba giant octopus, harga RM6.90 satu set ada 4 ketul kat dalam. Kalau lihat dari harga memang lebih mahal daripada tako tao, tapi yang tama yaki ini lebih besar. Sesuailah dengan harganya.

alolo, tomei-tomei! Sayang nak makan
4 ketul yang dah dikacau dek Zarin.

Tengok bungkusannya pun alahai, kiut bebenor! Sayang nak makan. Tapi rasanya berbeza sedikit dengan tako tao. Pendapat saya dua-dua sedap! Kalau tako tao adunan dia masukkan sayur dalam tu semua sekali, tengah-tengah je letak octopus, tapi yang tama yaki ni, dia buat bebola tu pastu dalam tu kira macam inti, ada sayur dan isi sotong, rangup sayurnya, sedap! Mayonisnya pun sedap sangat! 

Mesti cuba kalau jalan-jalan ke Publika tau! Eh, kat Publika ni memang macam-macam kedai makan ada! Yang terbaru ada Nasi Ayam Hailam. Nampak banner masa nak datang keje tadi. Wajib cuba petang ni/esok! hohohohohohoho. Nanti saya review :)

 Tama Yaki Level UG - 51
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...