Tuesday, January 10, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Cawangan Kuala Lumpur

Sudah lama saya teringin untuk makan mee udang Mak Jah Kuala Sepetang. Tapi bila ke Perak, tak tersinggah pula. Semalam saya menggoogle kedai-kedai mee udang yang terdapat di Kuala Lumpur. Tiba-tiba keluar Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Yang bestnya cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Wangsa Maju... Yahuuuuu!!!

Jadi selepas magrib kami pun keluar untuk menikmati mee udang tersebut. Ketika sampai, pengunjungnya tak ramai. jadi kami tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan.












Alhamdulilah, mee udang tersebut menepati selera kami. Udangnya yang besar lagi segar memang tidak mengecewakan. Ada yang bertanya adakah rasanya sama dengan mee udang di Kuala Sepetang tersebut? Jawapannya saya tidak pasti kerana tidak pernah ke sana. Yang nyata mee udang di cawangan ini sedap! Dan pastinya kami akan singgah lagi makan di situ serta mencuba menu yang lain pula.

Jika ada yang berminat untuk mencuba mee udang ini jangan segan-segan untuk ke sini yang bertempat di:

Blok 3A, No.22, Jalan Wangsa Delima 10,
d'Wangsa, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41314430

Pasti puas hati :)

11 comments:

  1. menarik!! rasa kalau makan kat cawangan lagi best kut..sebab ada pengalaman tak best dah makan kat kuala sepetang tu..huhu

    ReplyDelete
  2. ada brapa ekor udang kt dalam tu kak ida? sedapnya...

    ReplyDelete
  3. bestnye! terliur...
    boleh try ni :)

    ReplyDelete
  4. kak ida, tetiba ari ni saat kemalasan melanda diri (cewah..) sy tetibe nak bukak blog kak ida, n omg..byknyer mknan...sy hanye terkebil2 memandang mknan yg bley wut kecur liur (pose..pose...)..mee udang ini nmpk sgt sedap!!!!!waaa!!!!!

    ending.

    aina

    ReplyDelete
  5. kemana2 mesti tak lepas dgn mainan ek zarin....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...